Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 9, 2011

Wacha!!!kena belasah!penangan suami tunggu isteri shopping 3 jam

Suami muda tak sabar

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

KUANTAN: Akibat gagal menahan sabar selepas lebih tiga jam menunggu isteri membeli-belah, seorang lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup memukul wanita itu di depan orang ramai dengan sebuah beg tangan di sebuah pasar raya di Jalan Gambang, di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, wanita berusia 50 tahun dan tinggal di sebuah taman perumahan berhampiran pasar raya berkenaan, lebam di beberapa bahagian badan dan muka sebelum mendapat rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Gambang.

Sebelum kejadian, pasangan terbabit dikatakan masuk ke sebuah pasar raya untuk membeli barangan keperluan sebelum si suami dikatakan penat dan berehat di luar pasar raya itu.
Selepas kira-kira tiga jam menunggu, si suami yang berusia hampir 20 tahun lebih muda daripada isterinya itu mula bengang dan berang apabila mendapati wanita berkenaan tidak muncul dalam waktu yang sudah dijanjikan sebelum itu.

Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, isteri lelaki berkenaan keluar dari pasar raya itu sambil menjinjing beberapa beg plastik mengandungi barangan dibeli.

Tanpa mempedulikan isterinya yang ketika itu menjinjing banyak barang di tangan, lelaki berkenaan terus menengkingnya sehingga menarik perhatian pengunjung lain yang berada berhampiran.

Lelaki itu yang tidak menghiraukan perhatian pengunjung lain terus merampas beg tangan isterinya sebelum memukul beberapa kali di badan selain melibas beg berkenaan ke muka isterinya.

Wanita terbabit yang terkejut dengan tindakan luar batasan si suami kemudian terus melarikan diri masuk ke dalam kereta kerana malu kejadian itu disaksikan pengunjung lain.
Susulan kejadian itu, wanita terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, pergaduhan itu hanya berpunca daripada lelaki berkenaan tidak puas hati dengan sikap mangsa kerana gemar mengambil masa lama untuk membeli-belah.

Bagaimanapun, katanya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.HM

Fairy Notes-syukurlah suami Pia tak macam ni kalau dia boring tunggu Pia shopping muncung cikit je mulut dia hehe,mintak dijauhkan...Amin

5 comments:

Atiqah Adnan said...

teruknyee.. lelaki tu panas baran.. bencinyeeee..!! memang tak patut jadi lelaki laa..

babybugmum said...

lollllllll..laki camni pon ada ke..huhu

Cik Ecah said...

huhu sedih kan.....
takut pun ader..aduhh

Hana Faza-same person said...

mcm2 karenah kan manusia ni.. dua2 pon salah sebenarnya..yg isteri agak2lah tgok suami pnt toksahlah lama2 sgt..yg suami pon, kalau rasa tak larat, toksahlah pi..hehehe..panjang plak commnet hana nih..heheh

Sheherazade said...

Lovely qah-terok sgt kan? :(

Lovely saza-xtau jenis hape

Lovely cik ecah-yup,emo btl bace berita ni

Lovely hana-btl juga tu,setiap manusia berbeza walaupon disatukan dgn ikatan pernikahan.harus la bijak dan sabar layari bahtera rumah tangga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)