Hati ku sakit teramat sangat
Agama suci Islam terus diuji dicabar dipermainkan berkali-kali
Lepas satu satu,sooner or later terimalah akibat dari perbuatan keji ini
Wajah Nakoula disiar di YouTube
LOS ANGELES - Wajah penulis skrip filem yang menghina Nabi Muhammad 
SAW, Nakoula Basseley Nakoula disiarkan di laman YouTube semalam.
Gambar tersebut menunjukkan dia duduk bersama pelakon Anna Gurji di set filem 
 Innocence of Muslims yang mengaibkan Nabi Muhammad.
GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube semalam menunjukkan Nakoula (kiri) duduk bersama Gurji. 
Akhbar
 Mail on Sunday di Britain turut menyiarkan gambar tersebut.
Nakoula dilahirkan di Mesir dan merupakan penganut Kristian Koptik.
Dia yang berusia 55 tahun kini tinggal di California, Amerika Syarikat (AS).
Nakoula pernah mengaku dia membocorkan sebahagian kandungan filem itu di YouTube.
Filem itu telah mencetuskan tunjuk perasaan di kebanyakan negara 
sejak Rabu lalu sehingga mengakibatkan tujuh orang terbunuh termasuk di 
Lebanon.
Dalam akhbar itu, Gurji yang memegang peranan sebagai isteri Nabi 
Muhammad berkata, dia kini bimbang tindak balas terhadapnya ekoran filem
 tersebut.
Menurutnya, dia ditipu Nakoula kerana pada mulanya diberikan peranan sebagai isteri seorang lelaki bernama George.
Bagaimanapun, katanya, nama George itu ditukar kepada Muhammad.
Dalam perkembangan yang sama, Nakoula kini sedang bersembunyi, kata pihak berkuasa AS.
Menurut laporan agensi berita 
AP, Nakoula sebelum ini disoal oleh para pegawai runding cara di sebuah pejabat syerif di Cerritos, California kelmarin.
Dia disoal berhubung kes perlanggaran pembebasannya secara bersyarat 
ekoran menggunakan komputer untuk membocorkan sebahagian kandungan filem
 tersebut.
Menurut seornag jurucakap syerif, Steve Whitmore, selepas soal siasat
 itu, dia menaiki sebuah kereta meninggalkan pejabat tersebut.
"Selepas itu, anggota-anggota kami meninggalkan Nakoula di sebuah lokasi yang dirahsiakan.
"Kami tidak tahu ke mana dia pergi," katanya.
Nakoula telah dibebaskan secara bersyarat pada Jun 2011 selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan.
Dia didapati bersalah menipu bank dengan menggunakan identiti palsu dengan membuka 600 akaun bank.
Berdasarkan syarat pembebasannya, Nakoula tidak dibenarkan untuk 
menggunakan komputer serta internet selama lima tahun tanpa kebenaran 
daripada para pegawai perunding cara.
Hakim mungkin mengarahkan dia kembali dipenjarakan kerana melanggar syarat pembebasannya itu. - Agensi.
KOSMO
Majalah Perancis siar karikatur hina nabi
PARIS - Sebuah majalah Perancis menerbitkan karikatur menghina Nabi 
Muhammad semalam sekali gus memburukkan lagi ketegangan global berhubung
 filem 
Innocence of Muslims yang memperlekehkan agama Islam.
KETUA editor Charlie Hebdo, Charb menunjukkan muka 
depan majalah satira berkenaan di Paris semalam. 
Perkembangan tersebut menyebabkan Perancis meningkatkan kawalan keselamatan di semua kedutaan negara itu.
Karikatur biadap itu disiarkan majalah mingguan tempatan, 
Charlie Hebdo, beberapa hari selepas bantahan ganas tercetus dari Benua Asia hingga ke Afrika kerana memprotes filem 
Innocence of Muslims.
Setakat ini, lokasi pemerintah Amerika Syarikat (AS) terutama kedutaan negara kuasa besar itu menjadi sasaran penunjuk perasaan.
Keganasan berkaitan filem amatur tersebut menyebabkan 
sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di tujuh buah negara termasuk Duta 
AS yang maut di Libya.
AS turut menutup sementara konsulatnya di Jakarta ekoran demonstrasi 
serupa, manakala beratus-ratus penunjuk perasaan membakar patung 
Presiden Barack Obama di ibu negara Sri Lanka, Colombo.
Kementerian Luar Perancis mengeluarkan amaran perjalanan semalam 
dengan menggesa rakyatnya yang berada di dunia Islam supaya berwaspada 
dan mengelakkan perhimpunan awam dan mengunjungi "bangunan sensitif" 
seperti bangunan keagamaan dan kedutaan Barat.
Mengulas berhubung tindakan majalah 
Charlie Hebdo, Perdana 
Menteri Jean-Marc Ayrault berkata, kebebasan bersuara adalah terjamin di
 Perancis tetapi menegaskan kebebasan tersebut perlu disertakan dengan 
rasa tanggungjawab dan hormat kepada bangsa dan agama lain. 
Menteri Luar, Laurent Fabius pula mengeluarkan komen lebih keras apabila menyifatkan tindakan 
Charlie Hebdo menyiarkan karikatur tersebut umpama mencurahkan minyak ke dalam api.
Dalam perkembangan berkaitan, pasukan polis pencegah rusuhan berkawal di luar beberapa pejabat majalah berkenaan. 
Tahun lalu, pejabat majalah itu dibaling dengan bom api selepas ia menerbitkan edisi memperlekehkan gerakan radikal Islam.
Ketua Editor 
Charlie Hebdo yang dikenali sebagai Charb diletakkan di bawah perlindungan polis selama setahun selepas insiden tersebut.
Ditanya berhubung kontroversi terbaharu majalah berkenaan, Charb 
mempertahankan keputusan untuk menyiarkan karikatur biadap tersebut.
"Nabi Muhammad bukan suci buat saya," katanya dalam satu temu bual di sebuah pejabat majalah berkenaan di sini.
"Saya tidak menyalahkan orang Islam kerana tidak tertawa melihat 
kartun kami. Saya hidup di bawah undang-undang Perancis dan bukan 
undang-undang al-Quran," tambahnya.
Menurut ketua editor berkenaan, dia tidak menyesal dan tidak berasa 
bertanggungjawab berhubung sebarang keganasan yang bakal tercetus ekoran
 penerbitan tersebut.
"Saya bukan orang yang keluar ke jalan-jalan raya sambil membawa batu dan raifal automatik Kalashnikov," ujarnya. - AP.
KOSMO
Fairy Notes-Apakah peranan kita sebagai umat Islam?tunjuk perasaan sahajakah?bukan kan itu ganas?
Hanya doa mampu ku pohon,doa itu senjata mukmin
Daku bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam.
Lindungi kesucian agama Islam,teguhkan hati kami ya Allah