BEBERAPA pelajar memegang payung kerana bimbang terkena hujan yang mengandungi radioaktif di sebuah sekolah di Seoul semalam.
SEOUL - Sebanyak 126 buah sekolah di Korea Selatan ditutup kerana bimbang hujan di negara itu dicemari radiasi dari loji nuklear Fukusihima Daiichi di timur laut Jepun.
Pejabat Pendidikan Wilayah Gyeonggi semalam dalam satu kenyataan memberitahu, ia membenarkan pihak pengurusan sekolah membuat keputusan sama ada mahu meneruskan sesi persekolahan atau sebaliknya.
Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa kadar radiasi dalam air hujan adalah rendah dan ia tidak mengancam kesihatan manusia.
Menurut beberapa pegawai, 126 buah sekolah di wilayah Gyeonggi telah ditutup manakala 43 lagi menyingkatkan waktu pembelajaran sebagai langkah berjaga-jaga.
Wilayah berkenaan terletak berdekatan Seoul.
Sementara itu, pakar-pakar keselamatan nuklear memberitahu, kebocoran radiasi dari loji Fukushima Daiichi ke dalam air dan udara, tidak mengancam kesihatan mereka yang tinggal di luar zon perpindahan sekitar 20 kilometer dari sekitar loji itu.
Loji nuklear Fukushima Daiichi itu rosak selepas gegaran kuat gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter yang berlaku di timur laut Jepun pada 11 Mac lalu.
Para pekerja bertungkus-lumus menghalang radioaktif tersebar ke udara dan laut akibat kebocoran di beberapa reaktor nuklear di loji berkenaan.
Ekoran gempa bumi kuat itu, tsunami setinggi 10 meter melanda wilayah timur laut Jepun mengakibatkan lebih 27,500 orang terbunuh dan hilang. - Agensi Kosmo
4 comments:
walaupun dia kata rendah tp kena gak hati2 kan
uish bahaya jugak kan..bagus satu langkah berjaga2..
arini kt japan ada earthquake lg..ermm..
risaunya... :'(
Post a Comment