Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 17, 2011

Sultan Hassanal Bolkiah

Salam hari "isnin" semua :),senyum2 ok


Ni nak story sikit fasal seorang Sultan

Pia always adore His Majesty since i was a little girl

mase kecik for no reason minat kat Sultan,

ehehe mungkin mase kecik suka sebab Baginda kaya,encem kot hehe :P


But now bila dah dewasa for me His majesty ade charisma or aura pemimpin yg sangat kuat(menyerlah)

Dan sekarang Pia dah ade sebab yang kukuh kenapa Pia adore dengan Sultan Brunei ni






Kalau check keywords kat Nuff kan,Keywords Sultan Brunei antara penyumbang traffik yg tinggi kat blog Pia ni

Padahal niat Pia nak share kat blog je,tak penah terfikir akan jadi penyumbang traffik kat blog Pia :)


Fairy pia-tak salah kan minat baginda,tak lah sampai taksub ;).

Friday, October 14, 2011

Kaitan basikal dan Malawi



SEORANG pengayuh basikal teksi Malawi boleh mendapat upah sejumlah 1,00 kwacha (RM19.55) sehari.


BEBERAPA buah teksi basikal yang dilengkapi pad tempat duduk belakang sedang menunggu penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan perjalanan kos rendah tersebut.

Di bandar besar yang terletak di Malawi, sebuah negara kecil selatan benua Afrika itu, basikal adalah pengangkutan bertayar dua yang menjadi pesaing kepada kenderaan seperti kereta.

Di bandar Kaphatenga, kenderaan ringkas yang dilengkapi beberapa loceng dan wisel digunakan untuk mengangkut pelbagai jenis barang, daripada longgokan kayu api hinggalah kepada bungkusan ais.

Ia turut mampu menghantar orang sakit dengan memasang sebuah wagon khas pada bahagian belakang basikal.

"Industri pembuatan bot sangat susah. Oleh sebab itu, saya mengambil keputusan untuk menukar pekerjaan. Dalam sehari saya berjaya mengumpul sebanyak 1,000 kwacha (RM19.55).

"Saya sudah biasa dengan pekerjaan ini malah mampu membonceng orang yang berbadan besar. Kami tidak kisah selagi mendapat penumpang," kata Panjira Khombe, 28, yang telah menjalankan perkhidmatan teksi basikal selama dua tahun.

Malawi berbeza dengan negara-negara Afrika lain yang telah menggantikan basikal dengan deruman enjin motosikal.

Kebanyakan kawasan pedalaman dan bandar-bandar Malawi memiliki keanehan suasana retro dengan gaya hidup penduduknya kelihatan tidak tergesa-gesa dan basikal pula dapat dilihat di merata-rata tempat.

Murah

PENGAYUH basikal teksi di Malawi tidak pernah memilih penumpang, sama ada berbadan besar atau kecil.

Salah seorang kumpulan sukarelawan organisasi bukan kerajaan, Engineers Without Borders, Alex Hockin, hanya membayar lebih kurang satu dollar (RM3.15) kepada pemandu kabaza untuk membawanya melalui bandar Salima yang terletak di timur Malawi berdekatan tasik Malawi.
"Saya sangat sukakannya (basikal). Kamu hanya perlu naik teksi basikal untuk ke mana-mana sahaja," ujar pelajar sains alam sekitar yang berumur 21 tahun itu ketika membandingkan kesenangan dan kebolehsediaan sistem pengangkutan awam di negara asalnya, Kanada.
Bagaimanapun, berdasarkan kepada pengalaman, dia menggelak untuk menggunakan perkhidmatan teksi basikal yang tidak menyediakan tempat duduk pad penumpang.
"Ia mengejutkan. Terdapat antara 10 atau 20 buah basikal untuk setiap kereta yang berada di Salima. Tetapi logik juga apabila difikirkan. Ia berlaku kerana krisis minyak," ujarnya lagi.
Engineers Without Borders (Jurutera Tanpa Sempadan) merupakan badan sukarelawan yang bekerja untuk meningkat taraf hidup penduduk di pedalaman Afrika.
Malawi merupakan sebuah negara pertanian yang mempunyai kepadatan penduduk miskin seramai 16 juta orang. Namun, hanya 3,000 buah kenderaan didaftarkan dalam tempoh sebulan.
Penunggang motosikal sering berdepan dengan masalah ketiadaan minyak petrol dan kekurangan bekalan diesel. Akibatnya, ia sering mengganggu frekuensi perjalanan dan kos pengangkutan awam di negara itu yang bertahun-tahun berjuang dalam keadaan mundur.
Kemunculan teksi basikal bukan sahaja mampu mengurangkan kos pengangkutan malah ia mampu sampai ke setiap pelosok kampung. Ia juga sesuai digunakan orang miskin dan yang tinggal di kawasan pedalaman.
CareCar


WAGON khas diperlukan untuk membawa pesakit atau barang-barang yang besar.

Malawi merupakan negara yang dikelilingi daratan dengan populasi rakyat sebanyak 39 peratus dan hidup dengan pendapatan kurang satu dolar (RM3.17) sehari.
"Basikal sangat popular di sini kerana orang ramai tidak mampu memiliki motosikal, dan ditambah pula dengan kepadatan populasi penduduk yang tinggi," ujar lelaki dari Belanda, Peter Meijer yang membuka perniagaan basikal, Sakaramenta pada tahun 2009.
Syarikatnya yang berpusat di bandar ekonomi, Blantyre itu telah menghasilkan beberapa basikal pembawa muatan yang digunakan untuk tujuan pengangkutan dan jualan.
Tetapi produk yang paling popular adalah basikal ambulans yang dipanggil sebagai CareCar yang sudah terjual sebanyak 800 unit.
"Permintaan terhadap CareCar sangat tinggi. Ia digunakan untuk membawa pesakit dan wanita mengandung dari kawasan perkampungan ke hospital.
"Purata jarak antara kawasan luar bandar di Malawi ke pusat kesihatan adalah sejauh 13 kilometer dan sudah menjadi kebiasaan, orang akan berjalan kaki sepanjang jarak tersebut," ujar Meijer.
Tambahnya, sebanyak 80 peratus penduduk Malawi menggunakan perkhidmatan organisasi-organisasi bukan kerajaan sementara yang lain pula akan pergi ke syarikat-syarikat yang bertanggungjawab memegang polisi kebajikan sosial.


BASIKAL juga digunakan untuk mengangkut barang-barang keperluan harian seperti kayu api.



Dalam pada itu, syarikat pengedar, Farmers World, telah pun menjual antara 8,000 hingga 10,000 buah basikal import dari India dalam tempoh setahun pada harga antara 12,000 kwacha (RM235) hingga 15,000 kwacha (RM294) sebuah.
Basikal yang paling mendapat tempat dalam hati penduduk Malawi adalah basikal roda standard bersaiz 55 sentimeter dan mempunyai gear tunggal.
"Ia alat untuk membawa orang dan mengangkut barang, tiada cukai jalan dan tidak memerlukan ruang parkir yang luas," kata pengurus pemerolehan, Amin Edhi.
Dalam kesibukan laluan pasar di Nsundwe yang terletak di bahagian barat bandar pentadbiran, Lilongwe, di tengah-tengah Malawi, kelihatan mekanik basikal sedang sibuk membaiki kenderaan beroda yang dipenuhi kayu api.
"Orang ramai menggunakan basikal kerana mereka miskin," kata pemilik kedai Helbert Video Show, Felix Ziwande ketika ditemui di sebelah puluhan basikal yang ditempatkan di situ.
Ziwande mengenakan caj bayaran sebanyak 10 kwacha (RM0.20) untuk menonton filem berbahasa Cina dengan sarikata bahasa rasmi Malawi, Inggeris, yang ditayangkan pada sebuah televisyen kecil di kedai videonya.
Pada bahagian laluan dalam pasar pula, kelihatan penjual aiskrim, Banda Chimupuwe, 16, sedang mengusung basikal yang dilengkapi dengan kotak dingin beku berwarna merah.
"Ia mudah untuk saya menjalankan perniagaan, murah dan tidak memerlukan minyak petrol," ujarnya sambil menunjukkan basikal warna hijau miliknya yang dibeli pada harga 12,000 kwacha (RM391). - Kosmo



Fairy Notes-kat Malaysia naik basikal bahaya kan?lagi2 kat jalan sibuk macam kat KL.kenapa pia citer fasal basikal?ni la kenderaan pertama pia tau "naik" (tunggang sendiri he2)

Salam Jumaat

Monday, October 10, 2011

Nuffnang!!! I terharu

thanks for 2 new BE :')

WALAUPUN lately Pia tak update
blog secara consistent

Thanks Unilever,thanks Celcom



Eh terlebey over,Assalammualaikum

hi semua!!!!apa khabar?Pia doakan
anda semua baik2 shiat sejahtera dan bahagia ya

Doakan Pia juge ok ;)

Jumpe lagi InsyAllah he2,bz sikit la ;P

Friday, October 7, 2011

Perisik suri rumah Korea

MOON menunjukkan kamkoder yang merupakan antara alatan digunakan oleh perisik suri rumah.
JIKA dilihat sosok tubuh dan gaya Jennifer Chung, mungkin ramai yang tidak menyangka dia sebenarnya seorang perisik yang sedang mengintip pesalah undang-undang.
Setiap pagi, selepas suri rumah dari Korea Selatan itu menghantar dua anak lelaki ke sekolah dan mengurus suaminya ke tempat kerja, dia akan bersiap-siap untuk mencari pesalah yang terdiri daripada guru sekolah yang tamak, pengusaha restoran dan pemilik salon kecantikan.
"Sesetengah mereka dikenakan tindakan kerana mengenakan yuran tusyen yang melebihi had, tidak mendedahkan bahan pada menu yang dihidangkan atau menyediakan rawatan kecantikan yang sepatutnya dilakukan oleh seorang doktor.
"Mereka ini ialah pesalah undang-undang. Saya perlu bukti untuk melaporkan kepada pihak berkuasa," kata Chung, 54, sambil menunjukkan kamkoder yang disembunyikan dalam beg duitnya yang dilengkapi lensa kecil di celah-celah lubang.
Dalam misi penyamaran yang tipikal, Chung akan berlakon seperti pelanggan biasa dengan merakam perbualan atau adegan-adegan yang melanggar undang-undang. Kemudian, dia akan menghantar rakaman video itu kepada pihak berkuasa.
Dia akan mendapat bayaran dalam bentuk tunai bagi setiap kes daripada pelbagai jabatan kerajaan dan jumlah ganjaran yang diterima dalam sebulan boleh mencecah lebih 2 juta won (RM5,400) sebulan.
Ganjaran perisik
ANTARA alatan yang digunakan paparazi suri rumah ketika melakukan kerja-kerja penyiasatan.

Ramai rakyat Korea Selatan terutama golongan wanita umur pertengahan menjadi perisik atau lebih dikenali sebagai paparazi berbanding hidup sebagai orang kaya dan terkenal.
Bilangan mereka semakin bertambah dan sumber pendapatan hanya dengan membuat rakaman video pesalah kecil undang-undang yang terdiri daripada penduduk Korea sendiri.
Ketika pihak kerajaan berterusan menambah ganjaran kepada perisik, sekolah-sekolah yang memberi tunjuk ajar cara-cara mengintip pesalah turut berkembang.
Sekolah-sekolah seperti itu mengajar para pelajarnya kaedah-kaedah untuk menghendap mangsa supaya perbuatan mereka dapat dirakam, malah turut berkongsi rahsia untuk berlakon sebagai orang tidak bersalah supaya tidak dicurigai.
"Bidang ini telah menjadi industri yang menguntungkan. Ada orang menjadikannya sebagai pekerjaan tetap," ujar pengasas sekolah paparazi di Seoul, Mismiz, Moon Seung-Ok.
Katanya, bilangan pelajarnya bertambah ketika keadaan ekonomi perlahan dan ramai suri rumah mencari jalan untuk menambah pendapatan keluarga.
Seung-Ok juga merupakan seorang paparazi berpengalaman. Beliau menyiasat pelbagai jenis kes iaitu daripada pemandu yang melanggar hadlaju sehingga kepada pengedar dadah.
Tambahnya, para perisik bertugas membantu pihak berkuasa dan polis yang kekurangan kakitangan malah ada yang bekerja lebih masa untuk menguatkuasakan undang-undang.
"Terdapat individu yang menuduh kami tiada hati nurani malah ada yang mengatakan kami sebagai pengkhianat. Mencari duit dengan mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain," ujar Seung-Ok kepada pelajar-pelajarnya yang rata-rata berumur dalam lingkungan antara 40 dan 50-an.
Tetapi ujarnya, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan tuduhan-tuduhan seperti itu.
"Mereka adalah penjenayah yang membuat keuntungan dengan melanggar undang-undang!" tegas Seung-Ok yang menggambarkan pekerjaan sebagai perisik sebagai tugas patriotik dan bermanfaat.
Pusat tuisyen



MOON (tengah) memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajarnya mengenai cara menyiasat dengan betul.


Kesalahan yang sering menjadi sasaran di negara yang obses dengan pendidikan itu adalah berkaitan dengan pemilik pusat tuisyen. Antara kesalahan mereka ialah mengenakan caj yang berlebihan dan menjalankan sesi pembelajaran sehingga lewat malam.
"Ia adalah kesalahan yang paling popular kerana pengusaha pusat tuisyen yang tamak ada di mana-mana sahaja. Para suri rumah dengan mudah berlakon seperti ibu bapa biasa yang bertanyakan yuran pembelajaran," terang Seung-Ok.
Menurut laporan kementerian pendidikan Korea Selatan, pihak mereka telah membayar sejumlah 3.4 billion won (RM9.25 juta) sebagai ganjaran sejak sistem tersebut diadaptasi pada bulan Julai 2009 lalu.
Ramai pengkritik berpendapat perisik-perisik menjadikan ia sebagai perniagaan kerana perlu bertahan untuk hidup dalam saat-saat ekonomi yang sukar.
Jurucakap persatuan pengusaha pusat tuisyen Korea Selatan, Cho Young-Hwan menggelar mereka sebagai pemangsa tidak berperikemanusiaan kerana telah menyebabkan banyak pusat-pusat tuisyen kecil ditutup.
Ujarnya, banyak pusat tuisyen ditekan oleh ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka tekun belajar menyebabkan ia terpaksa membuka kelas sehingga larut malam walaupun itu merupakan larangan kerajaan.
Seorang lagi pengkritik, Professor undang-undang di Universiti Kebangsaan Jeju menyifatkan situasi tersebut amat merisaukan.
"Paparazi ini akan membuat perangkap dan tidak sabar-sabar menunggu orang melanggar undang-undang. Amalan seperti ini hanya menyuburkan sikap saling tidak mempercayai sesama ahli masyarakat," keluh Oh lagi. kosmo
Fairy Notes-wah macam Charlies Angle's,kelas kau maria hehe

Monday, October 3, 2011

Manja kan diri di S..

Assalammualaikum ,hye :)

Macam mane weekend?best tak?mesti best kan?Pia nya weekend lebih best dari
biasa.

Sabtu lepas Pia sempat memanjakan diri kat Reen 's Beauty House And Spa
di Ampang :),lokasi nya kat shop lot sebelah LRT Ampang atas Restoran Nasi Kandar Kedah

Seronok Sangat!!!!lebih2 lagi bayar dengan harga yang sangat2 mengembirakan poket!! :)



Sejak tau Dealmates,Milkadeal dapat pegi Spa jika tawaran Spa tu menarik! :)

Urutan kat Spa ini terbaikkkkkk

So ini sedikit gambar yang sempat diambil :)

ruang menunggu
Pia gi dengan colleague 2 orang,Pia habis dulu tunggu lagi sorang buat treatment terakhir
ruang sauna oh ya,ear candling tu Pia tukar dengan sauna fuhhhh banyak peluh keluar
Untuk kakiku
Ini Fav!!!!!berendam dalam ni Bathtub Spa ni bentuk love!!! siap boleh buat Bubble untuk jacuzzi sekali best sangat!!Baik je therapist Alia layan Pia nak berposing kat sini(nasib baik Pia tak ting tong posing mase tengah berendam kan :P,melampau la kan kalo macam tu)



Ini mase tawaran MILKADEAL :) Pia pegi sebelum puasa first time mase ni dapat tawaran hebat!!!

Di Tini Spa dekat dengan Galaxy Ampang,gambar yang ni je ade haha masa baru lepas mandi susu


RM48 instead of RM384 for: Dermalogica Facial + Aromatherapy Massage + Body Toning + Foot Soak & Light refreshments at Tini's Spa, 2 Locations [88% OFF]




antara faktor pia pilih promosi ni sebab Spa ni milik muslim,rawatan pon disediakan untuk wanita sahaja,selesa nak manjakan diri di Spa macam ni :)

Kalau ikut nafsu memang syok tawaran hari2 masuk kat email,pilih la yang betul2 sesuai dengan kita :)

Kebetulan kedua2 temapat ni Spa di kawasan Ampang

Tini Spa berdekatan dgn Galaxy Ampang

Reen's Beauty House dekat dengan station LRT Ampang

Fairy Notes-badan rase fresh lepas gi Spa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)