Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 28, 2012

Gadis 'hamil' setiap kali selepas makan

kosmo


kiri]KERRI DOWDSWELL semasa dalam keadaan normal.
[kanan]PERUT Kerri Dowdswell membesar selepas dia makan. 



CANNOCK, Britain - Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.

"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire.

Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.

Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.

Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama.

Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.

Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.

Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia membesar. - Agensi

Tuesday, February 21, 2012

Puisi

Puisi Ada Apa Dengan Cinta

 

Tentang Seseorang

Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci

Aku ngin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh
Ah...ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai .........

Thursday, February 16, 2012

Starbuck,Starbike,Setarbak Kopi

Nikmat kopi Starbike


KETIKA warga Jakarta yang berpendapatan tinggi menghirup latte dalam suasana santai dan nyaman di restoran Starbucks, sebahagian besar penduduk kota itu beralih kepada ‘Starbike’ yang beroperasi di tengah kesibukan dan kesesakan jalan raya untuk mendapatkan kopi mereka.


Di setiap bandar besar di Indonesia, ada saja penjual kopi beroda menjaja di tepi jalan raya atau di tempat yang ramai orang.
Cara mereka berniaga juga amat mudah, hanya perlu menuangkan air panas daripada termos ke dalam gelas pakai buang untuk dibancuh dengan kopi segera sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Di negara yang harga secawan kecil latte di rangkaian kedai kopi antarabangsa iaitu lebih kurang RM10 bersamaan gaji sehari kebanyakan penduduk Indonesia yang berjumlah 240 juta orang, penjaja jalanan ini memang menjadi tumpuan kerana mereka menawarkan harga 10 kali lebih murah.




Walaupun dilabel sebagai penjaja tidak berlesen dan sering menyorok daripada ditangkap polis, namun penyedia kopi jalanan itu juga termasuk dalam kumpulan peniaga dan itu adalah usaha untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dengan membeli ‘francais tidak rasmi’ bagi orang miskin.


Sambang, petani berusia 28 tahun, datang ke Jakarta setahun lalu untuk mengubah nasibnya. Dia membayar ‘yuran permulaan’ iaitu RM480 kepada seorang daripada ramai ejen bebas bagi mendapatkan basikal dan termos.

Sejurus urusan pembayaran selesai, dia memulakan perniagaannya dengan membawa rantaian peket kopi segera ‘Kapal Api’ kopi hitam yang paling popular di kalangan penduduk Indonesia dan kapucino untuk pelanggan yang mempunyai cita rasa ‘mahal’. Peket kopi segera itu digantung pada gagang basikalnya.



Sambang yang enggan memberikan nama penuhnya juga perlu membayar RM96 sebulan untuk bekalan air panas, peket kopi dan gelas plastik kepada ejennya. Secara purata, dia boleh mendapat kira-kira RM320 sebulan.

Dengan jumlah pendapatan sebanyak itu, penjual kopi atau vendor seperti Sambang biasanya mengambil masa enam bulan untuk membayar wang yang dipinjam daripada ejen. Ada sesetengah ejen menyediakan tempat tinggal (sempit dan kecil) kepada penjaja yang kebanyakannya datang dari kampung.

Rangkaian kedai kopi antarabangsa seperti Starbucks atau The Coffee Bean and Tea Leaf memang banyak di bandar besar di Indonesia tetapi ia hanya tertumpu di gedung beli-belah malah sebaris dengan butik Louis Vuitton atau Tiffany’s yang menjual jam tangan berharga RM48,000.

Sedangkan penjual kopi jalanan seperti Sambang yang mengenakan kemeja-T lusuh dan selipar menawarkan perkhidmatan kepada kelompok pelanggan yang sama sekali berbeza dengan peminum kopi ‘kelas atasan’.

“Orang kaya pergi ke Starbucks, orang miskin seperti saya pergi ke ‘Starbike’,” kata pemandu teksi di Jakarta, Junarsah, ketika keluar dari teksi limosinnya.

Dia segera menahan seorang penjaja kopi yang lalu tidak jauh dari tempatnya berhenti.

“Ia murah, cepat dan sedap. Ini sudah cukup untuk saya,” kata pemandu berusia 44 tahun itu sambil tersenyum. Dia membayar 3,000 rupiah (RM1) untuk segelas kopi dan dua batang rokok.

Memang penjaja jalanan ini tidak menawarkan beraneka jenis kopi dan sajian manis seperti rangkaian kedai kopi antarabangsa. Namun mereka ada ‘kombo’ tersendiri yang mampu menarik pelanggan iaitu rokok. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, kadar merokok di Indonesia meningkat enam kali ganda dalam tempoh 40 tahun kerana kombo ‘kopi dan rokok’ ini.

“Apalah maknanya kopi tanpa rokok? Ia sama macam suami dan isteri, mana boleh dipisahkan,” kata penjaja kopi jalanan berusia 36 tahun, Supriyanto
“Awak boleh jual rokok tanpa kopi, tapi tidak sebaliknya. Percayalah cakap saya,” katanya lagi.

Walaupun mempunyai pasaran yang besar tetapi persaingan di kalangan ratusan penjaja jalanan ini amat sengit. Masing-masing sanggup melakukan apa saja bagi memastikan mereka boleh terus bertahan.

“Saya beri nombor telefon bimbit kepada pelanggan tetap supaya mereka boleh telefon bila-bila masa. Saya juga membuat penghantaran percuma ke pejabat mereka.

“Semua boleh, asalkan dapat lebih banyak pelanggan,” katanya sambil menayangkan telefon bimbitnya, jenama Nokia model terbaru.

Kebanyakan pelanggannya adalah pekerja pejabat bawahan, pelajar, pemandu teksi dan pekerja rencam yang bertugas membersih, mengawal dan menjadi pembantu kepada golongan pertengahan dan kaya.

Meskipun saling bersaing, namun hubungan sesama penjaja ini amat baik dan mesra.

Malah mereka mempunyai beberapa tempat perjumpaan di sekitar bandar untuk berehat dan makan bersama. Bahkan mereka juga akan memberi maklumat sekiranya ternampak polis di mana-mana.

Sebelum kemunculan penjaja beroda ini dua tahun lalu, penjaja kopi di Pulau Jawa berniaga dengan berjalan kaki. Pulau Jawa (dengan ejaan Java dalam bahasa Inggeris) adalah pulau terbesar di Indonesia dan menamakan kopi dengan nama pulau ini selepas ia terkenal di seluruh dunia pada abad ke-19.

Penjaja kopi beroda ini cuba untuk tidak mencuri pelanggan penjaja yang berjalan kaki dengan meletakkan basikal mereka agak jauh dari kawasan rakan penjaja.

Merlyn Suciati, pengurus di sebuah cawangan Starbucks di Jakarta berkata, syarikat berkenaan menawarkan kepelbagaian dan keselesaan kepada pelanggan untuk mereka bersembang sambil minum kopi. Tentu tidak selesa untuk menikmati kopi dalam suasana panas terik.

Tetapi bagi kebanyakan penduduk Indonesia, mereka hanya mampu menikmati caffe latte atau macchiato dalam mimpi saja.

“Tentu saja saya mahu minum kopi mahal di pusat beli-belah, tetapi harga secawan itu cukup untuk belanja makan saya selama seminggu,” kata Haryono yang memandu ‘ojek’ atau teksi motosikal. - AFP metro



yang penting,ni only in malaysia tau hihi.kat Beranang

Wednesday, February 15, 2012

WW Wordless Wednesday-Tutti Frutti





kaum hawa boleh nikmati diskaun 15% Tutti Frutti Ladies Day setiap hari selasa ;)

Friday, February 10, 2012

Gadis Hanya Makan ‘Nugget’ Selama 15 Tahun

Pia terbace ni kat kosmo beberapa minggu lepas rasenya,tak ingat dah

akak pon suke nugget dik yum2,tapi tak boleh makan selalu
tak sihat

Stacey Irvine ketagih memakan makanan ringan nuget ayam selama 15 tahun sejak berusia dua tahun. - AGENSI

LONDON 30 Jan. - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun terpaksa dimasukkan ke hospital kerana kekurangan zat setelah ketagih makan nuget ayam selama 15 tahun.

Menurut laporan yang dipetik dari akhbar Daily Mail, Stacey Irvine dari Castle Vale, Birmingham amat menggemari makan nuget ayam sejak dia diperkenalkan dengan makanan itu ketika berusia dua tahun oleh ibunya.

"Saya tidak boleh menjamah makanan lain selain nuget ayam sejak berusia 2 tahun.

"Ibu mula putus asa untuk memberi makanan lain kepada saya sejak setahun lalu," katanya.

Awal minggu ini, Irvine yang bekerja di sebuah kilang dikejarkan ke hospital kerana badannya tidak mempunyai zat yang mencukupi selepas dia tidak pernah menjamah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kebanyakan pakar psikiatri menyifatkan ketagihan remaja tersebut terhadap nuget sebagai masalah pemakanan namun ia tidak ditemui dalam Manual Diagnostik dan Statistik untuk Masalah Kesihatan Mental.

"Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Seseorang yang mengalami masalah ketagihan makanan akan makan secara berlebihan namun tidak bergantung kepada hanya satu-satu jenis makanan sahaja.

"Ketagihan Irvine terhadap nuget mungkin merupakan satu daripada tanda-tanda masalah jiwa yang serius," ujar Dr. Sue Varma, pakar psikiatri di Sekolah Perubatan Langone, Universiti New York.

Katanya, kebergantungan terhadap sesuatu makanan itu mungkin disebabkan tekanan perasaan dan keletihan selain amalan pemakanan dalam keluarga sendiri.

"Kanak-kanak lebih terdedah dengan masalah ini dan mereka memerlukan terapi dan jangan takut untuk membawa anak-anak anda berjumpa dengan pakar psikiatri," tambahnya lagi. - AGENSI Utusan

Thursday, February 9, 2012

Restoran RMSY Naan Cheese,JALAN MEDAN TUANKU

The best naan cheese town(restoran yang tulis)
hehe

nampak macam pizza kan?cheese
dia wuuuu

tapi kena saba sikit kedai ni
pelayan nya kalut sikit hihi

Bukan kutuk,hehe kisahnya

Lepas duduk kejap waiter pon datang
kat meja

datang ambil order bagai nak rak ni tengok
gaya dia tulis

Mase tu kedai ramai juga pelanggan

order tak sampai2 dekat dekat 1/2 jam tunggu

meja lain yg sampai sebelum pia sampai
pon dah selamat "ngap" naan cheese

Mase pia ternampak ni hati sudah panassss

tunggu punya tunggu nasib baik pia
tak terbalik kan meja haha

pia pon mintak hubby pegi bayar pesanan
yg hanya 1 Teh o ais yg hubby order sampai

Padahal pia ade order air juge,tak dpt huhu (T_T)

pia tengah marah terus ajak hubby balik,
saje nak tunjuk sikit kat tokey (kot) yg jage cashier
yg dieorang salah

Pia tak jadi hulk pon,marah manje2 je jage maruah suami
dan diri sendiri hehe

Air tu xpayah bayar hehe kira macam tanda tokey mohon maaf

ntah macam mane ntah waiter tu missed order kami,tak de rezeki
nak mkn naan cheese malam tu

Oleh kerana teringin nak merasa,esok nya kami datang lagi(tak serik)

yg kelakar nya waiter yg same amek order,restoran tak ramai sangat orang

Dia xingat kami,of course la pia ingat dia sebab waiter tu ter"missed"
order kami semalam,kiranya orang yg buat "salah" kat kami la heheh mesti
ingat muka dia

Mase order hubby siap cakap "jangan jadi macam semlam ye order naan tak sampai2"
waiter tu blur2,memang dia dah lupe betul hadoi kami gelak2 je tengok gelagat dia

Mase menunggu order sampai,pia pesan kat hubby mintak tolong dia
folow up kalau tunggu lebih 20 minit hehe ,takut waiter tu tu lupa lagi.

Lebih kurang 15 minit kemudian naan cheese yg diidam2kan sampai

amboi,suka dapat makan terus lupe "kisah hitam" semalam,may b waiter tu pening kot semalam ramai sgt orang.

Alhamdulillah dapat la pia n hubby merasa best naan cheese yang macam pizza ni

Rasenya boleh tahan yummey makan time naan masih panas,kari kambing pedas

Boleh order kari ayam ,daging atau dhal lupe lah hehe apa lagi ade

Minuman pulak kami order teh tarik,sedap cukup rasa

Teh nya rase macam teh pekat kat rumah,tak macam teh warna
yang kat kedai mamak biasa tak de rase teh.Suit my taste

Naan Cheese RM5 sekeping,kari kambing agak mahal sepinggan tu RM10 tapi banyak

Restoran RMSY ni dekat dengan Maju Junction,sebarang jalan senang je nak jumpe

Wednesday, February 8, 2012

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (219) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (25) Celebration (105) Cite biase jer (152) Doa (10) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (262) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (67) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)