Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 3, 2011

Seth dalam drama Nora Elena sweet,ada sorang ni lagi sweet!

pic from google





Mesti ramai peminat Seth Tan
dalam drama Nora Elena yang
sedang hangat kat TV3 kan?


Lately Pia bace novel blog(novelog)
nukilan kak melur jelita :)

Mula tahu dari LM jelita yang cerita
fasal novelog ni kat blog dia                                                                

Ini dia "AWAK SUKA SAYA TAK"?


Watak utama dalam novelog ni

Muhammad Hilman Yong Abdullah
dan Puteri Intan Zulaikha

Hilman ni lagi sweet dari Seth i tell u
Intan pulak pemarah,cepat merajuk
(mcm pia :P)

Taat pada ajran islam lagi ;),suka!

Nak tau best ke tak novelog ni
cuba baca k :)..klik sini

Bukan kisah cinta biasa,ada nilai2 dakwah
dalam kisah mereka :)

Kena lagi

Hadoi calar balar lagi tangan ku

kecederaan yang poyo kan?
sikit pon nak kecoh :P



nak tau kenapa pia kecoh2?

nak nasihat ni,kertas boleh jadi
bahaya kalu tak handle with care

tgk pia dah dicederakan kertas

pedih tau,dah banyak kali dah
tangan ni calar balar

Rejab


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



syukur Alhamdulillah bertemu kita kembali pada bulan rejab ini

semoga diri ini tidak persia2 kesempatan yang diberi ini

Thursday, June 2, 2011

Eropah cemas sayuran tercemar

PRAGUE, Republik Czech — Sejumlah sayuran dari Sepanyol yang disyaki dicemari bakteria yang boleh membawa maut ditarik balik penjualannya di Austria dan Republik Czech bagi mengelak wabak penyakit, lapor pihak berkuasa semalam.
Jangkitan bakteria yang dikenal pasti sebagai E. coli itu telah membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang manakala ratusan yang lain di seluruh Eropah mengalami keracunan.
Pihak berkuasa Czech menyatakan, sebanyak 120 timun organik Sepanyol yang disyaki dicemari bakteria itu ditarik semula penjualannya dari pasar raya dan kedai runcit.
Pegawai kesihatan di Austria pula memberitahu, hanya sebilangan jumlah timun yang ditarik balik.
Agensi Kesihatan dan Keselamatan Makanan Austria menjelaskan, pihaknya telah mengeluarkan amaran bahawa pencemaran bakteria itu turut merebak pada tanaman tomato dan terung.
SEBIJI timun yang ditanam di sebuah rumah hijau di Algarrobo Sepanyol - Reuters



Agensi tersebut mendakwa sejumlah sayuran itu mungkin telah dijual dan meminta orang ramai yang membelinya supaya segera membuang sayuran tersebut.
Di Denmark, seramai lapan orang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan bakteria E. coli.
Timun yang dicemari bakteria itu turut dilaporkan turut dieksport ke Hungary dan Luxembourg untuk dijual.
Dua rumah hijau di Sepanyol didapati menjadi sumber bakteria tersebut merebak.
Negara lain seperti United Kingdom dan Belanda juga dipercayai dijangkiti bakteria tersebut.
Orang ramai yang baru pulang mengunjungi Jerman pula diminta untuk berjumpa dengan doktor jika mereka mengalami cirit birit berdarah. - Agensi kosmo


Fairy notes-macam scary je timun tu.buletin utama dah laporkan tadi

Tanam anggur

Ladang anggur Khatulistiwa







ANAK pokok anggur yang sedia ditaman di kawasan tanah lapang.

ANGGUR, yang suatu ketika dianggap eksklusif kerana harganya mahal, diketahui hidup subur di negara-negara beriklim sejuk. Bagaimanapun, hasil kemajuan teknologi hibrid membolehkan tumbuhan renek itu menyesuaikan diri dengan cuaca panas di Malaysia.
Di negara ini, anggur ditanam buat pertama kali oleh Jabatan Pertanian Perlis kira-kira 20 tahun lalu.
Sejak itu, anggur telah menjadi sebahagian daripada tanaman buah-buhan di negara ini termasuk dijadikan pokok hiasan di laman rumah. Walaupun rasa dan teksturnya tidak sehebat anggur import, ia masih dianggap memiliki kelas tersendiri.
Di Ladang Anggur Sendayan, Negeri Sembilan, pokok anggur ditanam secara terbuka seratus peratus dalam skala yang besar iaitu di atas sebidang tanah seluas 10 hektar.
Ladang yang diusahakan sejak tahun 2006 ini dimiliki oleh sebuah syarikat bumiputera, A-Winn Global Market Services Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan.
Menurut penyelia ladang anggur berkenaan, Saidon Sadri, pihaknya menyediakan persekitaran semula jadi untuk dirasai sendiri oleh pengunjung ladang berkenaan.
“Di negara luar, kebanyakan pokok anggur ditanam di dalam rumah hijau yang dibina untuk mengawal suhu dan keadaan persekitaran demi memastikan hasilnya nanti bermutu tinggi.
“Namun, di ladang ini semua pokok anggur ditanam di kawasan terbuka. Ini sekali gus mendedahkan kepada orang ramai bahawa anggur juga boleh hidup di kawasan beriklim Khatulistiwa,” katanya.
Celoteh jejaka berusia 35 tahun ini bagaikan satu ensiklopedia pertanian. Ilmu agro yang dihirup Saidon sepanjang berguru bersama wakil pengusaha dari Thailand bukan calang-calang nilainya.
Baka Siam
Katanya, terdapat empat jenis baka utama anggur di ladang itu yakni Shiraz, White Malaga, Black Pearl dan Black Opal.
Jika ada rezeki, pengunjung boleh merasai sejenis lagi baka anggur hibrid iaitu Black Pink.
BUAH anggur boleh dipetik selepas 120 hari ia berputik.





“Kesemua jenis anggur itu berbeza dari segi rupa dan rasa. Shiraz mempunyai biji, berwarna kehitaman apabila masak dan rasanya agak masam berbanding anggur jenis lain.
“White Malaga adalah satu-satunya spesies anggur di sini yang berwarna hijau, berbentuk lonjong dan mempunyai rasa yang manis. Setangkai anggur jenis itu pernah mencatat rekod seberat satu kilogram.
“Begitu juga Black Pearl dan Black Opal yang sangat manis rasanya dan biasanya tidak berbiji,” ujarnya sambil menceritakan rasa manis Black Pink yang warnanya merah kehitaman dan berbentuk lonjong.
Tambah Saidon, anggur di ladang itu berbuah mengikut giliran dalam empat peringkat. Setiap peringkat melibatkan masa selama kira-kira empat bulan.
Menurut beliau, anggur boleh berbuah sebanyak tiga kali setahun tetapi ia boleh direhatkan dengan memangkas dahannya.
Tempoh rehat itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan daya rintangan pokok terhadap penyakit.
“Ketika pokok-pokok direhatkan, baja kesuburan akan ditambah manakala ranting dan daun dipangkas untuk menghasilkan tunas baru,” jelas Saidon.
Kata beliau lagi, tunas baru pokok yang dipangkas tadi akan berputik dalam tempoh tiga minggu. Selepas 120 hari, buah-buah anggur yang matang boleh dipungut.
Cabaran utama yang dihadapi sepanjang tempoh pokok anggur berbuah tentunya ancaman penyakit, ulat dan mergastua.
“Burung merah mata dan gembala kerbau paling gemar menghabiskan waktu di ladang ini semasa pokok sedang berbuah.
“Adakalanya penyakit yang disebabkan oleh teritip dan ulat pelombong daun turut menjejaskan hasil anggur,” getusnya yang menceritakan ladang itu pernah diserang monyet liar.
Leceh
Selain itu, faktor persekitaran juga menjadi penyumbang kepada kerosakan pokok.
“Jika hujan turun terlalu kerap, daun dan batang anggur akan mereput. Buahnya menjadi berbintik-bintik hitam seolah-olah berkarat kerana sifat berasid anggur yang sensitif kepada air,” ujar Saidon.
Saidon tidak menolak dakwaan bahawa anggur susah untuk dijaga, namun jika pemiliknya bijak mengendalikan tanaman itu, ia pastinya mudah sahaja.
“Anggur perlukan tanah yang sentiasa lembap tapi pantang tanah yang boleh menakung air kerana akar serabutnya mudah rosak dan tidak sekuat akar tunjang.
“Tanah yang sesuai untuk penanaman anggur adalah tanah berpasir yang neutral dan senang untuk digemburkan,” tambahnya yang juga mencampurkan tanah gambut serta penggunaan batas untuk pokok-pokok anggur.
Beliau mengesyorkan tanah berbukit memandangkan sifatnya yang tidak menakung air. Baja yang sesuai juga amat diperlukan oleh pokok yang sedang membesar.
Baja organik, kata Saidon, adalah yang paling baik kerana kandungan nutrien aslinya yang tinggi berbanding baja kimia.
“Ladang ini menggunakan baja khas yang diproses daripada debu gunung berapi yang diimport dari Thailand selain baja kompos serta bahan buangan daripada haiwan seperti lembu dan kelawar,” katanya yang menggunakan nisbah 50 kilogram baja kimia NPK (nitrogen, fosforus dan kalium) untuk setiap sembilan kilogram baja debu gunung berapi.
Pokok anggur perlukan pengairan yang sempurna. Sehubungan itu, penyiraman dilakukan pihaknya sebanyak dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang.
“Teknik percikan air ke bahagian batas pokok berdekatan dengan batang dibuat selama dua hingga tiga jam setiap hari menggunakan sumber air yang dipam dari tasik buatan di sekitar ladang,” jelas Saidon.
Kahwin
Tut dan kahwin adalah antara kaedah yang sering digunakan Saidon untuk menambah bilangan anak pokok anggur.
“Paling cepat anak pokok boleh dialihkan ke dalam beg poli ialah sekitar 10 bulan selepas melalui proses tut atau kahwin,” katanya yang jarang menggunakan teknik keratan batang dan semaian biji kerana tempoh pertumbuhannya yang lambat.
Anak pokok akan memanjat selepas berusia sebulan dan buah pertama yang dihasilkan pokok baru biasanya akan berasa masam.
Sebagai alternatif, bagi yang individu yang berminat memiliki pokok anggur sendiri, teknik penanaman secara bongsai digalakkan.
“Kaedah ini hanya menggunakan pasu dan para yang boleh dibina sendiri mengikut saiz dan keperluan,” katanya yang turut menjual anak pokok anggur kepada pengunjung di ladangnya.
Ladang Anggur Sendayan dibuka untuk kunjungan pelawat seawal pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan 4 hingga 7 petang setiap hari. Ia mengenakan bayaran masuk serendah RM3 bagi kanak-kanak dan RM5 bagi dewasa.
Pengurus Operasi Eksekutif, Ladang Anggur Sendayan, Zaiton Disa menyasarkan bilangan pelawat seramai 200 orang setiap hari.
“Selain orang tempatan, kami juga menerima kunjungan pelancong dari Singapura dan Brunei yang sangat tertarik dengan keunikan Anggur Sendayan,” katanya yang turut merancang untuk menambah bilangan pokok anggur yang berjumlah 4,500 batang pokok kini.
Selain itu, pihaknya juga bakal bekerjasama dengan Kementerian Asas Tani dan Jabatan Veterinar untuk memulakan penternakan haiwan berskala sederhana.
“Kita harap dengan adanya perkembangan ini dapat menggalakkan lagi orang ramai untuk singgah di ladang ini sekali gus membangunkan industri pelancongan dalam negara,” tuturnya.Kosmo


Fairy Notes-profesional ok!bukan tanam anggur yang lagi satu tu hehe
Fairy Bebel-pak cik pia ade tanam pokok anggur kat laman rumah,tapi pokok je subur.tak penah berbuah

Meh jenguk blog mereka,best!!

Happy!!!dieorng ni best ,coz bagi hadiah kat pia hehehe

thank u thank u!!!!

kalau tak bagi hadiah pon best,blog dieorg best!!

ini blog dini,dia bagi hadiah kat pia kat sini

ini blog JMR,encik jurutera

encik jurutera bagi hadiah dalam bentuk ni :),thanks bro!


yeyyy,JMR link blog pia kat side bar blog dia


Fairy Notes-blogging is fun,bukan sebab dapat hadiah.nice to meet u all ;)

Wednesday, June 1, 2011

Tutti Frutti

Yummy2,akhirnya dapat pon merasa frozen yogurt ni :)

Pia merasa for the first time ni,kat wangsa maju dekat dengan
wangsa walk mall

self service ni,macam beli slurpee kat 7 E,
ambil cup dan tekan je mesin nya.

lepas tu gi kaunter timbang dan bayar

kanan hubby nya,dia pilih red velvet.pia pilih banana strawberry flavor.hubby nya kureng sikit,pia nya yummy!!Pia pilih topping buah peach cereal milo.hubby pilih gajus dan laici.ada macam topping seperti choclate rice,strawberry dan lain2

yogurt kan rase nya masam2,tambah rase buah dan icy ...hmmm nice!!lovin it
enjoying my tutti frutti
santai sambil menikmati frozen yogurt 
nice deco
pia suka tutti frutti kat wangsa maju ni,siap ade ruangan menonton tv.
pia suka rak buku merah tu
kesayangan pia senyum,bukan senang nak ambil gambar dia macam ni :)

model tak berbayar tutti frutti heh heh heh :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)