Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 31, 2012

Gaya Irma Hasmie Jubah Cotton

Sweet sangat ,Irma layak digelar fesyen ikon untuk muslimah

cantik nya baju/dress/jubah cotton yang Irma pakai




Foto kredit BN

Monday, January 30, 2012

La Chateau de Puah,Gombak

Entry ini di re post lalala ;D


Hari khamis lepas Pia dinner kat La Chateau De Puah Gombak,hehe nama ala2 france?
Boleh klik link untuk lebih info :)


Adik Pia mase study hostel dia name La Chateau juge kat Seputih hihi

Pia makan Beef Lasagna,yummy2 portion besar tak comel macam
kat kedai pizza

Pelan2 makan habis licin!Puas makan,cheese nya banyak daging cincang pon banyak

Hubby makan Nasi Bukhara kambing ,nasi is superb bagi Pia...hehe rase juge :D

Beverage Pia minum Ice Blended Cuppucino
Cukup rase Cappucino nya,creamy tak cair

Hubby minum 100plus,gelas unik.

Bill RM40.40 2 pax

Suasana kat sini memang tenang dan cantik

Restoran ni tersorok sikit masuk je jalan gombak
kene alert sikit ade signboard nya

Lorong2 kecik kawasan rumah,
Pia tau tempat ni lepas tgk Jalan2 Cari Makan

Mase Serina anak Chef Wan jadi pengacara
2010

Cuba lah,once in a blue moon

Thursday, January 26, 2012

Menonton Badai Semalam,last show.dah bermalam-malam punya cerita hehe

Siyes tahun lepas nya cerite hehehe :P

Buat kenangan kat blog ni

Diadaptasi daripada novel terkenal nukilan penulis tersohor, Khadijah Hashim yang diterbitkan pada sekitar tahun 1970-an, teater "Badai Semalam" yang bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada November lepas







gambar dari google,yg lain pic sendiri

watak emelda sebagai Mahani ala2 mami jarum menyerlah ,keseluruhan semua pelakon berjaya membawa watak dengan baik



Fairy Notes-dapat tengok Aaron Aziz,Erra,Datin Umie sipi2 je mase sesi autograph hehe

Wednesday, January 25, 2012

WW Wordless Wednesday

ihihihi,nak menunjuk la kunun dah lame tak ber FB :p

Sunday, January 22, 2012

Little White Cafe,indahnya hiasan dalaman



PINTU gerbang seakan-akan dibalut daun-daun plastik seakan-akan mempelawa pelanggan memasuki kafe.

SEKILAS pandang, ramai akan teruja dan terpesona melihat keindahan restoran ini. Ciri eksklusif itu pasti membuatkan ramai bertanggapan bahawa makanan yang dihidangkan pasti mahal-mahal belaka.
Itu pandangan pertama penulis sebelum memasuki dan merasai sendiri makanan serta minuman yang terdapat di kafe Little White Cafe yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Sebenarnya, bukan ingin bersikap skeptikal namun hiasan di bahagian luarnya sahaja cukup mewah seakan-akan pelanggan berada di taman bunga di Belanda atau Switzerland!
Selain itu, mungkin ramai yang memikirkan Little White Cafe milik pelabur asing.
Hakikatnya, pemilik kafe itu ialah wanita tempatan, Faizah Zainal Abidin.
“Sebenarnya, harga makanan dan minuman yang terdapat di kafe ini berpatutan. Ini kerana, kafe ini dihias menarik untuk membuatkan pelanggan berasa seperti berada di kafe luar negara.
“Little White Cafe turut menonjolkan konsep ‘fine dining’ yang mementingkan lokasi strategik, kelazatan hidangan selain penampilan luaran dan dalaman,” katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.
Hidangan eksklusif
Faizah menjelaskan, konsep ‘fine dining’ yang diterapkan di restorannya digambarkan dengan hiasan luar dan dalaman kafenya.
Realitinya, sebelum memasuki kafe, pelanggan bagaikan disapa dengan binaan pintu gerbang berbentuk empat segi seperti kubah masjid.
PEKERJA restoran tekun menyiapkan menu makanan yang dipesan pelanggan.

Malah, pintu gerbang itu juga dibalut dengan bunga-bunga kertas. Pagar besi di bahagian kiri dan kanan pintu gerbang membuatkan bahagian luar kafe seakan-akan taman bunga.
Bukan itu sahaja yang Faizah menggamit pelanggan untuk datang tetapi juga rekaan kayu berbentuk empat segi yang dicat berwarna hitam.
Kayu itu ditempa menu istimewa kafe yang turut digelar kafe empat musim ini.
Ciri-ciri unik lain di bahagian luar kafe ini termasuk lampu-lampu neon klasik yang digantung sekali gus menggambarkan ciri-ciri tradisional seperti rumah lama.
Faizah juga bereksperimen dengan reka bentuk kontemporari dan tradisi dengan menggunakan pintu dan tingkap jenis logam ‘magnesium board’ yang lebih ampuh berbanding kayu.
Menurut Faizah, beliau sengaja mengecat pintu dan tingkap dengan rona hijau kerana ingin menekankan ciri-ciri alam semula jadi serta tumbuh-tumbuhan.
“Terdapat pelanggan yang memasuki kafe ini terasa bagaikan dipeluk dengan kasih sayang kerana hiasannya,” kata Faizah tersenyum.

Cerita wanita berusia 40 tahun ini tidak berhenti begitu sahaja.

Tombol pintu masuk juga cukup unik kerana bercorak bunga serta alam semula jadi.

Faizah memberitahu, beliau cenderung memilih warna putih sebagai kemasan kafenya kerana warna itu membuatkan premisnya kelihatan lebih besar dan selesa walaupun ruangannya agak terhad.

“Warna putih sesuai dipadankan dengan warna-warna lain seperti warna hijau dan kuning,” katanya.

Lukisan

Bahagian dalaman Little White Cafe turut menyajikan susun atur dan rekaan yang pasti menggoda pelanggan.

Selain kaunter penyediaan minuman dan makanan yang terletak di bahagian hadapan kafe, terdapat beberapa lukisan karya pelukis bernama D Wolf digantung kemas di dinding kafe.

Lukisan-lukisan tersebut digantung rapi serta tersusun seakan-akan ia bercerita mengenai aktiviti nelayan di lautan, suasana pantai serta gambar matahari terbenam.

Teruja untuk membeli, usah khuatir kesemua lukisan itu bukan perhiasan semata-mata tetapi untuk dijual.

Selain lukisan-lukisan potret itu terdapat rak-rak di bahagian dinding kafe yang dihiasi pinggan mangkuk sama seperti untuk dihidangkan kepada pelanggan selain bahan makanan dan minuman yang disaji kepada pelanggan.

Antaranya tin minuman bergas, serbuk kopi dan teh, botol sos cili dan tomato.

Selain itu, tarikan lain seperti novel-novel Inggeris serta televisyen bersaiz kecil.

Faizah turut memasang cermin di bahagian dinding sebagai satu langkah bijak untuk membuatkan ruang kafe seakan-akan lebih luas.

Tarikan kafe wanita yang mempunyai lima orang anak ini masih belum berakhir.

Beliau turut menyediakan menu makanan serta dekorasi kafe yang berbeza mengikut empat musim iaitu musim bunga, luruh, panas dan juga salji.

Ujarnya, jika pada musim sejuk bahagian tingkap akan disembur dengan semburan khas seakan-akan musim salji sedang berlaku di negara ini.

“Selain itu, saya juga akan menggunakan kipas yang mengeluarkan cecair seperti salji . “Makanan yang dihidangkan juga berbeza iaitu ayam belanda serta sos beri yang lazat.

“Jangan khuatir kerana tiada arak digunakan selain tiada pokok hiasan seperti perayaan Krismas,” katanya.

Jika pada musim bunga pula, lebih banyak bunga-bunga tiruan akan menghiasi kafe.

Pada musim luruh kafe akan dihias dengan bunga-bunga hiasan dan daun-daun plastik di bahagian lantai kafe.



RUANG dalaman kafe yang ringkas namun mementingkan keselesaan pelanggan.

“Apabila musim panas tiba, kami akan memperkenalkan menu ayam dan daging yang dibakar dengan menggunakan arang batu,” katanya.
Susunan meja kafe juga diatur dengan kemas dan lebih berbentuk santai.
“Pelanggan boleh memilih meja untuk dua orang, empat orang, enam orang atau 11 orang yang kebiasaan digunakan oleh keluarga.
“Pelanggan juga boleh memilih untuk duduk di kerusi kayu atau sofa,” katanya.Kosmo

Friday, January 20, 2012

Sikit punya hal jer

Dalam hidup kita pasti akan mengalami pekara atau situasi yang kita tak suka atau benci

Kurang gemar,kurang senang atau selasa,annoying,padahal pekara itu kecil ajer

Pia selalu alami situasi itu,disitu la kesabaran kita diuji.Selalu lah mohon pada Allah supaya menjadi manusia yang sabar,tabah.Amin

Sebagai manusia kadang2 Pia tewas mengawal emosi,terserlah diwajah atau mood jika sesuatu mengganggu benak fikiran atau jiwa.

Pia selalu rasa diri ini lain dari yang lain,tapi bila bab2 macam ni berlaku kat diri sendiri.

Oh rupanya Pia same je macam wanita2 diluar sana,hmmm bukan Pia nak kutuk semua wanita diluar sana.

Cuma Pia beranggapan Pia pon boleh jadi atau berperangai "typical women

Semoga sifat ini akan dapat diatasi atau dikurangkan,mencuba memperbaiki diri dan sifat dari hari ke hari

Fairy Notes-hujan lebat ketika menaip entry ini,syukur Alhamdulillah sejuk.setelah beberapa hari panas dan kering

Wednesday, January 18, 2012

WW Wordless Wednesday


Salji kah?hehehe defrost peti ais hari tu
punya la banyak salji,macam igloo dah hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)