Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 29, 2011

Ceramah sempena Israk Mikraj

Alhamdulillahh Pia sempat gi dengar ceramah lunch break tadi



Ustaz/pensyarah dari UIA menyampaikan ceramah

Dapat ilmu seba sedikit huraian tentang Israk Mikraj
lebih jelas.

Israk Mikraj bukan sekadar peristiwa Baginda Rasullah SAW
diangkat naik hingga ke langit ke-7

Israk Mikraj adalah tentang pensucian hati dan solat

Peritiwa Israk Mikraj adalah sebagai medium untuk
memberi kekuatan pada Baginda Rasullah SAW
untuk meneruskan dakwah.

Wallahulam

Sekadar berkongsi serba sedikit apa yang Pia fahami
dari majlis ilmu ini

Mohon maaf jika ada salah silap dari pia yang jahil ini


Fairy Notes-bagus sangat pengurusan Global Tower selalu menganjurkan majlis ilmu.next July sempena Nisfu Syaaban.Bulan ramadhan setiap hari BERKEJA ade ceramah time lunch break insyAllah



Israk Mikraj

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya zaman berputar seperti keadaannya tatkala Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun ada 12 bulan. Antaranya ada empat bulan haram. Tiga bulan berurutan iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis riwayat Bukhari).
Dalam al-Quran Allah SWT berfirman bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah At-Taubah ayat 36).
Menghubungkan Rejab dengan sejarah Islam, bulan ini tidak banyak mencatat peristiwa besar, tetapi satu daripada peristiwa yang berlaku itu boleh dijadikan bahan renungan seluruh pengikut Nabi Muhammad SAW.
Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar Islam mencatat dua peristiwa sedih memilukan hati dalam sejarah perjalanan hidup rasul kesayangan kita, iaitu Nabi Muhammad.
Dua peristiwa sedih dimaksudkan itu ialah kematian Siti Khadijah, isteri yang sangat disayangi Baginda dan banyak berkorban harta benda dan wang ringgit untuk membantu Baginda berdakwah mengembangkan Islam. Siti Khadijah dengan penuh ikhlas dan rela hati menyumbang semua harta miliknya untuk kepentingan dan kemajuan dakwah Rasulullah dalam usaha menegakkan risalah Islamiah.
Kemuraman terus melanda hidup Rasulullah. Selepas kematian Siti Khadijah disusuli pula dengan kematian bapa saudara Nabi, Abu Talib yang begitu rapat dengan hidup Nabi. Justeru, Abu Talib bersungguh-sungguh dan bermati-matian membela dan melindungi Rasulullah daripada ancaman orang kafir Quraisy.
Abu Talib adalah orang yang sangat dihormati dan disegani di kalangan bangsa Arab ketika itu menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berani mengganggu Rasulullah. Pemergian dua sangat rapat dan disayangi Baginda ini, Siti Khadijah dan Abu Talib, amat dirasakan oleh Baginda selepas itu.
Justeru, selepas kematian dua orang disayangi oleh Rasulullah ini, pergerakan dakwah baginda di kota Makkah semakin sempit dan sering mendapat gangguan daripada orang kafir Quraisy. Baginda mendapat ejekan serta mengancam keselamatan Baginda. Rasulullah akhirnya memutuskan untuk berhijrah ke Taif.
Malangnya di Taif juga Rasulullah menerima cacian, ejekan serta penghinaan penduduk Taif. Rasulullah kembali semula ke Makkah. Penderitaan ditanggung Rasulullah cukup berat ketika itu. Melihat keadaan Rasulullah SAW itu maka Allah memerintahkan Jibril membawa Rasulullah melalui peristiwa Israk Mikraj. Peristiwa menakjubkan itu berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 menjadi rasul.
Allah berfirman dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami mengangkatnya ke martabat yang tinggi – “(Surah Maryam ayat 57).
Inilah peristiwa penting dan besar bagi orang Islam kerana peristiwa itu memberi hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad dan sekali gus ia juga menjadi cermin bagi umat Muhammad pada hari ini, sebelum ini dan yang akan datang.
Sesuatu yang dikira penting bila bercakap mengenai Israk Mikraj ini ialah sejarah pensyariatan solat kini difardukan bagi umat Islam lima waktu sehari. Pada mulanya Allah menetapkan sebanyak 50 waktu sehari ketika Nabi Muhammad kali pertama menghadap Allah di Sidratul Muntaha. Selepas turun naik berulang kali menghadap Allah selepas diminta oleh Nabi Musa, maka akhirnya Allah menetapkan lima waktu saja sehari semalam.
Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj yang dialami Nabi Muhammad ribuan tahun lalu itu sentiasa segar dalam ingatan seluruh umat Islam kerana peristiwa itu diingati setiap tahun. Peristiwa itu memberi pengajaran yang cukup bermakna kepada orang mukmin untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah hingga kiamat. Jelas diperlihatkan kebesaran dan keagungan Allah melalui peristiwa Israk Mikraj.
Allah berfirman bermaksud: “Maha Suci Allah, yang menjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkali sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’ ayat 1)
Mempelajari kejadian yang berlaku sepanjang peristiwa Israk Mikraj yang dialami oleh Nabi Muhammad pada masa tiga suku malam itu boleh memberi kesedaran dan keinsafan mendalam bagi umat Muhammad.
Sebagai contoh ialah satu kejadian yang disaksikan Rasulullah ketika perjalanan (Israk), sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu mereka memecahkan semula. Mereka melakukannya berulang-ulang kali. Jibril memberitahu Rasulullah itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud kepada Allah (solat).
Kejadian di atas itu boleh menginsafkan mereka yang selama ini mengabaikan atau tidak solat. Allah tetap akan memberi balasan kepada mereka yang tidak sujud kepada-Nya dan Allah tidak memungkiri janji-Nya.

Google-2009 repost

Tuesday, June 28, 2011

Semasa Gerhana

Pia sedap je tido,terkilan juge tak sedar konon nak tgk gerhana

SUASANA di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur pada pagi Khamis, 16 Jun lalu sedikit berbeza berbanding hari-hari lain. Tepat pukul 1 pagi, orang ramai yang terdiri daripada berbilang kaum mula berkumpul dengan satu tujuan iaitu untuk melihat sendiri fenomena gerhana bulan penuh berlaku.
Aktiviti mencerap gerhana bulan anjuran Planetarium Negara dengan kerjasama Masjid Negara buat kali kedua itu bertujuan menggalakkan budaya ilmu dalam kalangan warga kota.
Kira-kira 10 buah teleskop disediakan oleh pihak Planetarium, Persatuan Astronomi Starfinder dan orang perseorangan bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat dengan jelas fenomena itu berlaku.
Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan dan Sains Angkasa, Azreena Ahmad, makmal sebenar bagi ilmu astronomi adalah di kawasan luar dan bukan di bilik darjah.
“Cuma, saintis boleh menjangkakan sesuatu fenomena itu berlaku kerana ia satu putaran tetapi, masih bergantung kepada keadaan cuaca,” ujarnya
Bayang warna jingga

TIGA fasa gerhana bulan penuh iaitu ketika fasa bulan memasuki Penumbra, fasa bulan memasuki Umbra dan fasa gerhana penuh.

Katanya, program-program seperti itu disasarkan kepada pelajar sekolah dan kolej supaya mereka dapat merasa sendiri pengalaman tersebut.
“Kebanyakan pelajar kita akan membuat ulang kaji dengan menggunakan teknologi internet bagi mendapatkan maklumat tambahan. Ia bukan 100 peratus salah, tetapi kurang tepat kerana apa yang dilihat dan dicerap di Amerika Syarikat dan Australia pasti berbeza kerana kedua-dua negara tersebut berada dalam hemisfera yang berlainan.
“Malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa beruntung kerana dapat melihat sedikit kedudukan bintang di hemisfera selatan dan sedikit lagi di utara,” ujar Azreena yang ditemui di Program Cerapan Gerhana Bulan Penuh.
Gerhana bulan penuh terjadi apabila bumi berada di antara bulan dan matahari dalam garisan lurus. Selain Malaysia, kawasan barat Australia, tengah Asia dan Afrika turut dapat menyaksikan fenomena itu kali ini.

SEBANYAK sepuluh buah teleskop disediakan untuk memberi peluang kepada orang ramai mencerap gerhana bulan.

Ia juga merupakan gerhana bulan terpanjang sejak tahun 2000 iaitu selama 100 minit bermula tepat pada pukul 1.25 pagi apabila bulan mula memasuki kawasan Penumbra.
Penumbra merujuk kepada bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah.
Ketika itu, bulan akan mula membentuk seperti sabit kerana sedang memasuki bayang bumi sehingga kedudukannya berubah sepenuhnya apabila memasuki Umbra.
Umbra merujuk kepada bahagian bayang yang sangat gelap.
Bayang warna merah kejinggaan akan mula kelihatan di permukaan bulan di antara pukul 2.23 pagi hingga 3.23 pagi dan mencapai fasa gerhana penuh tepat pukul 4.13 pagi.
Warna permukaan bulan ketika gerhana bulan penuh adalah berbentuk seperti gegelang merah kejinggaan.
Fenomena tersebut berlaku kerana cahaya matahari yang terpancar akan diserakkan oleh atmosfera bumi dan hanya cahaya merah dan jingga terpantul dari permukaan bulan.
Fenomena dikaji saintis
Ketika sesi taklimat kepada orang ramai, Pegawai Penyelidik Planetarium Negara, Lau Chen Chen berkata, proses cerapan ketika gerhana bulan amat berguna kepada para penyelidik.
“Mereka dapat mengkaji kandungan debu dalam atmosfera bumi melalui warna yang dipantul oleh bulan ketika gerhana berlaku,” ujar ketika ditemui.
Warna pantulan adalah berbeza daripada coklat tua, merah, oren cerah dan kuning bergantung kepada kehadiran debu dan awan yang hadir dalam atmosfera.
Sebagai contoh, semasa kejadian gerhana bulan penuh pada tahun 1992, abu dari gunung berapi Pinatubo, Filipina telah menyebabkan bulan hampir tidak kelihatan.
Tambah Chen Chen lagi, ketika gerhana bulan juga saintis dapat mengkaji fenomena air pasang surut serta dapat mengesahkan teori-teori seperti cahaya bergerak lurus.
“Bagi para penyelidik, gerhana bulan juga adalah masa untuk mengkaji diameter bumi dan bulan,” kata Chen Chen lagi.
Selain itu, Azreena pula menambah, gerhana bulan juga menjadi salah satu cara orang zaman dahulu kala menentukan kedudukan dan arah kerana ketika itu masih lagi tiada teknologi moden seperti Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).
Bukan petanda buruk

SEMBAHYANG sunat gerhana juga dilakukan secara berjemaah di Masjid Negara baru-baru ini.

Ketika waktu bulan mula memasuki kawasan Umbra, umat Islam turut disunatkan untuk melakukan solat sunat gerhana. Ini adalah sebagai satu lagi kebesaran Maha Pencipta yang wajib setiap umat Nabi Muhammad SAW mengambil ikhtibar.
Malah, tiada hubung kait antara kejadian gerhana dengan perkara berlaku yang berlaku dalam Islam. Ia hanya menunjukkan kebesaran Allah sahaja.
Penolong Pegawai Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber Masjid Negara, Azhar Tuarno berkata, terdapat hadis nabi bermaksud: Tiada kaitan gerhana dengan kematian seseorang.
“Hadis itu keluar ketika anak nabi yang masih kecil, Ibrahim meninggal dunia dan kebetulan berlaku gerhana matahari.
“Jadi, orang ramai berkata alam turut berduka dengan kematian anak nabi lalu keluar hadis tersebut,” ujar Azhar yang turut menyertai solat sunat gerhana pada 16 Jun lalu.
Ia jelas menunjukkan fenomena gerhana adalah salah satu daripada kebesaran Allah dan kita sebagai umatnya harus memperbanyakkan ibadat seperti sembahyang, sedekah dan beristighfar.
“Selain itu, ia juga menggalakkan budaya ilmu terutama astronomi atau lebih dikenali sebagai ilmu falak,” ulasnya lagi.
Mengulas mengenai program kerjasama dengan planetarium yang diadakan di perkarangan Masjid Negara, Azhar berkata, ia amat baik sekali kerana menambahkan fungsi masjid.
“Ia juga dapat merapatkan hubungan antara kaum apabila semua bangsa dapat berkumpul bagi melihat fenomena tersebut,” katanya lagi.
Gerhana bulan mula bergerak keluar dari Umbra pada pukul 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari Penumbra pada pukul 7.01 pagi.
Selain cerapan gerhana bulan, aktiviti-aktiviti lain yang diadakan adalah mencerap planet Zuhrah, Musytari dan Marikh. Kuiz gerhana, taklimat dan tayangan dokumentari turut diadakan.
Untuk tidak mengecewakan pengunjung pada hari cerapan jika tidak nampak fenomena tersebut, sebuah tayangan secara langsung dari tempat-tempat seluruh negara seperti di Pejabat Sains dan Teknologi Ranau, Sabah diadakan.
Di Masjid Negara pula, sembahyang sunat gerhana secara berjemaah turut diadakan bermula tepat pukul 3 pagi disusuli dengan khutbah gerhana.Kosmo

Monday, June 27, 2011

Dear Dini n Abg Eq

Thank You very much dini n abg Eq,dah terima gift nya :)

ni dari abg EqZ hasil dari contest Bali Simple Giftaway


yang ni hasil komen 30 TERAWAL di blog dini dapat MASKER yang hmmm wangi

Saturday, June 25, 2011

Hubby buat Pia sedih


Peristiwa ini berlaku pada hari jumaat
24.06.2011

Menjalani rutin macam biasa

petang habis keje tunggu
hubby datang amek

dia lambat dari biasa,hanya Allah
yang tahu apa yang Pia rase

Sedih sangat macam2 dalam otak ni
!!!risau sangat Pia
call tak angkat!!

Call2 tak jawap!!!!Last2
dah dekat 1jam lebih tunggu
tanpa kabar berita

Hubby call cakap dia dah sampai
tunggu kat bawah

Jumpa je hubby Pia terus tanya
hubby nak cakap macam tak nak

Lepas Pia insist! hubby bagitau dia
jatuh moto,berhenti jap jantung ni!

Apa yang Pia takutkan selama ini
terjadi.

Memang la tak teruk sangat,luka pon
tak de

Tapi hati bini mane yang tenang dengar
kesayangan dia accident walaupon tak
serious mane.

Hubby cakap jatuh perlahan jer.bergesel dengan kete,
kete tu pon slow

Keta tu tak bagi signal terus je tukar
lane,great!

Orang tu bawak repair moto tu yang
hubby lambat

Hubby ngadu badan lenguh2 sakit berdenyut
sikit tangan n kaki belah kiri

Pia tanya dah jumpe doktor belum,"dia cakap
belum ,tak payalah  jumpe doktor tak de ape2"

banyak cantik!!suka cakap Pia degil kan

tengok siapa yang degil sekarang


dah buat orang risau setengah mati


Pia terus cakap "dah jangan nak bagi alasan

kita gi GH check ape yang patut sekarang jugak!"


Bagi Pia, kena check badan tu tak kira accident 
kecik ke besar ke

Takut ada kecedaraan dalaman

tak salahkan berhati-hati?


Since office Pia dekat dengan GH,kami gi
GH



Dah lepas waktu berkeja pegi kat


Jabatan Pesakit Luar dah tutup

Pegi Jabatan Emergency zon tak kritikal

first check sebelum jumpe doktor,lepas tu register
while waiting orang yang bertampal kepala tu bergari,2 orang polis bawak dia
kena X-Ray

dah lepas check dengan doktor

syukur la doktor cakap tak de ape2,
lega rasenya

dapat ubat tahan sakit,ubat sapu untuk
bahagian badan yang sakit2 dan ubat gastrik

pharmacist cakap
ubat tahan sakit mungkin akan menyebabkan
gastric bagi "balance" gitu lebih kurang la
tak ingt dah dia cakap ape



mendapatkan perkhidmatan kesihatan kat gomen bayar RM1

HANYA perlu korban masa saje,saba lah banyak2 mase menunggu

nak dekat 2jam juga la mase kat GH


Fairy Noes-sebelum keluar rumah Pia selalu berdoa mohon kami dan keluarga dilindungi Allah.tak dapat bayangkan kalau kenderaan lain langgar ke mase hubby jatuh moto :'(

Pia memang pernah terfikir pagi kita keluar rumah pegi keje,dapat tak menatap wajah orang yang kita sayangi pada bila habis keje nanti.berserah pada Allah

Friday, June 24, 2011

Larangan memakai gelang berloceng

Selamat Hari Jumaat ;)

Nasihat diri sendiri ni



APAKAH hukum memakai gelang kaki dalam kalangan wanita Islam?
JAWAPAN:
Apabila seseorang wanita itu menjaga auratnya di hadapan bukan mahram, ia bukan sahaja menjaga maruah dirinya, malah menjaga wanita mukmin seluruhnya. Maruah dan harga diri wanita begitu tinggi dan bernilai.
Wanita Islam wajib menjaga auratnya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak mereka atau anak tiri mereka atau saudara mereka, anak saudara lelaki mereka, anak saudara perempuan mereka, sesama perempuan Islam atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada wanita atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah kamu menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.”
(Surah An-Nur :Ayat 31)
Menutup aurat bukan sekadar memakai tudung semata-mata, tetapi ia merangkumi aspek keseluruhan tubuh seseorang wanita. Haram bagi seseorang wanita mendedahkan aurat kepada lelaki yang bukan mahramnya seperti yang dijelaskan oleh ayat di atas. Perlu dijelaskan kerana kegagalan menjaga aurat menyebabkan ramai wanita dicampakkan ke dalam neraka.
Ini dijelaskan dalam sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang memakai pakaian, tetapi masih seperti telanjang (mendedahkan aurat) sehingga memalingkan lelaki ajnabi ke atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun.” (Riwayat Muslim)
Etika pemakaian menutup aurat yang sempurna adalah pakaian mestilah longgar, tidak ketat, tidak jarang, tidak nipis, tidak memakai wangian yang melampau dan tidak menyerupai pakaian orang kafir. Cara berpakaian yang amat membimbangkan kini apabila ramai kaum wanita Islam memakai tudung di kepala, tetapi berpakaian ketat dan nipis sehingga menampakkan bentuk tubuh.
Islam melarang wanita mukmin memakai gelang berloceng kerana ia akan mengeluarkan bunyian ketika bergerak. Ini boleh mendatangkan fitnah dan menarik perhatian orang lain seterusnya boleh mewujudkan pergaulan bebas yang dilarang dalam Islam seperti yang dijelaskan dalam ayat di atas.
Jauhi susuk ayat
APAKAH hukum memakai susuk dalam Islam? Bagaimanakah pula dengan susuk ayat?
JAWAPAN:
SUSUK ialah logam emas, perak atau besi yang amat kecil dan dimasukkan ke dalam tubuh seseorang yang kononnya untuk menjadikan seseorang itu kebal dan cantik supaya ramai yang jatuh hati atau takut kepadanya.
Hukum memakai susuk adalah haram dan dilarang kerana amalan sihir jelas bertentangan dengan Islam.
Islam meletakkan sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang perlu dijauhi. Seperti sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud, jauhilah daripada tujuh dosa besar.
Mereka bertanya, wahai Rasulullah. Apakah dia? Sabda baginda: Syirik kepada Allah, mengamalkan sihir, membunuh diri yang diharamkan Allah kecuali dengan cara yang benar, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan yang baik melakukan zina. (Sahih al-Bukhari )
Trend terkini yang mengelirukan masyarakat dengan mengatakan bahawa harus menggunakan susuk ayat yang diambil daripada ayat-ayat al-Quran untuk kelihatan cantik wajib dijauhi.
Sesungguhnya Allah telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan manusia perlu menghargai nikmat kurniaan-Nya. Janganlah kerana sedikit kesenangan dunia yang sementara menyebabkan kita mendapat kesusahan di akhirat.

Thursday, June 23, 2011

Musim Aaron popular

Abang Seth!!!!!hehe ;P



SEJAK kebelakangan ini tiba-tiba sahaja nama Aaron Aziz meniti dari bibir ke bibir. Bukan kerana kontroversi tetapi kerana lakonan berkesannya di dalam dua buah karya yang kebetulan disiarkan dalam masa yang sama iaitu filem KL Gangster dan drama Nora Elena.

Maka tidak hairanlah mengapa kini penonton semakin menggilai Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz terutamanya wanita yang jatuh cinta dengan sisi romantisnya di dalam drama-drama lakonannya.

Tersenyum dan tidak henti mengucapkan syukur, kata Aaron yang kini berusia 35 tahun, keikhlasan dalam melakonkan setiap watak serta kerja kerasnya selama ini semakin membuahkan hasil.

“Ini sudah rezeki saya, saya percaya kalau kita buat sesuatu dengan penuh keikhlasan orang akan nampak dan hargai lakonan serta karya itu.

“Tahun ini tahun ke-11 saya berlakon dan rasanya tahun ini merupakan tahun tuah dan tepat kerana kebetulan dua buah karya lakonan saya berjalan serentak di televisyen dan layar perak,” ujarnya.

Meskipun namanya kini berada di puncak, katanya selera penonton boleh berubah-ubah mengikut musim, mungkin kini dia diminati dan digilai tetapi ia tidak akan berkekalan.

“Dulu masa drama Nur Kasih keluar, semua orang bercakap tentang drama Nur Kasih dan pelakonnya, sekarang bila masa berlalu ada drama lain pula yang diminati, sebab itu saya cakap saya popular hari ini juga kerana musim.

“Mungkin pada masa akan datang akan ada fenomena pelakon lain pula, cuma saya rasa bertuah kerana penonton menghargai diri saya sebagai pelakon,” ucapnya.

Walaupun namanya sedang hangat, Aaron masih mengekalkan konsep satu kerja dalam satu-satu masa supaya dia tidak hilang fokus dan menyusahkan orang lain.

AARON AZIZ dan isteri bakal menunaikan umrah pada bulan depan dan bakal menukar kerakyatan Singapura kepada Malaysia.



“Sejak awal berlakon saya memang amalkan konsep satu kerja dalam satu-satu masa. Saya tidak mahu kerana saya mahukan wang yang banyak, saya terkejar-kejar dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
“Memanglah saya akan dapat duit dengan cara macam itu, tetapi kualiti kerja belum dapat dipastikan lagi. Saya juga bimbang akan menyusahkan orang lain,” katanya yang menolak beberapa tawaran lakonan kerana kini terlibat dengan penggambaran drama Stanza Cinta.

Romantis Aaron
Jika dilihat kembali kebanyakan watak yang dipegang Aaron dalam filem adalah watak gengster atau samseng, manakala di dalam drama adalah watak romantis.
Akui Aaron dia sendiri tidak tahu mengapa dia sering diberikan watak sebegitu, tetapi tegasnya setiap kali melakonkan watak gengster dan romantis ia sentiasa berbeza.
“Memang saya selalu diberikan watak yang lebih kurang saya tetapi saya lakonkannya dengan cara berbeza. Romantis Seth Tan dan Nora Elena dan romantis Irfan dalam drama Stanza Cinta sangat berbeza,” kata duta L'Oreal Men itu lagi.
Dalam dunia realiti, Aaron sendiri tidak seperti Seth Tan atau jahat dalam filem KL Gangster. Semuanya itu hanya watak lakonannya sahaja.
“Saya gembira apabila drama Nora Elena mencipta satu fenomena di mana penonton terkejar-kejar balik rumah untuk menonton drama itu dan ia menghilangkan tekanan pada mereka yang menontonnya.
“Tetapi harus diingat Seth Tan hanyalah watak lakonan bukannya saya yang sebenar. Saya juga tidak mahu kerana watak romantis terlebih dalam Nora Elena membawa masalah kepada orang lain.
“Janganlah kerana menonton drama ini, penonton wanita terutamanya mempertikaikan kenapa suami mereka tidak begitu romantis. Watak Seth hanyalah fantasi. Isteri saya sendiri tanya pada saya kalau dia tidur di bawah adakah saya akan angkat dia naik atas seperti mana dalam drama Nora Elena sebabnya saya sangat berbeza daripada watak Seth itu sendiri,” ucap Aaron.
Singapura ke Malaysia


BARISAN pelakon Stanza Cinta bergambar dengan pengarah drama ini. Along Kamaluddin (dua dari kanan).

Cerita bapa kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia aktif berlakon di Singapura selama lima tahun, sebelum meneruskan kerjanya di Malaysia.
Sejak menjejakkan kaki di dalam industri seni Malaysia, terangnya, dia tidak lagi menoleh ke belakang dan pada tahun 2007 Aaron membawa keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur.
Tahun ini, selepas lima tahun di Malaysia, Aaron sekeluarga sudah bersedia untuk memohon status penduduk tetap di Malaysia.
“Saya sudah lama bekerja di Malaysia dan sudah mempunyai ramai rakan dan kerjaya yang stabil di sini. Malah, isteri dan anak-anak saya juga selesa tinggal di Kuala Lumpur.
“Tahun ini, saya sudah jual semua aset saya di Singapura dan bersedia untuk memohon status penduduk tetap di Malaysia. Keluarga saya di Singapura tidak menghalang keputusan saya kerana mereka memahami jiwa saya kini di Malaysia,” jelasnya.
Bagaimanapun, sebelum memohon status penduduk tetap, Aaron dan isterinya Diyana terlebih dahulu akan terbang ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada 13 Julai depan selama 11 hari.
“Ini kali pertama saya akan ke Mekah bersama isteri. Saya memang rasa teruja, kerana tidak pernah ke sana, selama ini pun saya hanya dengar cerita daripada orang sahaja.
“Nanti di sana saya juga ingin berdoa agar permohonan status penduduk tetap saya akan dipermudahkan dan saya akan uruskan proses permohonan itu sekembalinya saya dari Mekah,” tuturnya yang ditemui pada majlis sidang akhbar drama Stanza Cinta.kosmo
Fairy Notes-selamat menunaikan umrah dengan isteri tersayang abg Aaron

Visit Baby Ahmad Asyaf

Hari selasa lepas keje Pia n my other half pegi visit baby!!

comel2!!!melted lagi

Childhood friend hubby dah dapat baby
tahniah

Dah 2 bulan baru dapat melawat dia

adorable 
cak
alololo
pandang siapa tu shayang?
geram la acik nengok
kerut2
tangan comel
Asyaf n mak cik Pia over
dodoi
training2 :),dukung kejap je kekok lagi kena jage kepala baby lembut lagi
terus letak kat riba selamat sikit


Masa melawat Asyaf mak cik pia ni tak buat entry ni ,lagi kalau tak

nak posing macam ni,sweet sangat(mood tak habis cair tengok gambar ni)






Fairy Notes-semoga kami dikurniakan rezeki ini secepat mungkin,insyAllah.Amin  :')

Wednesday, June 22, 2011

Online shopping !!



SENARIO seperti kekangan masa kerana sibuk bekerja, menguruskan keluarga dan tuntutan harian yang memenatkan sudah menjadi asam garam kehidupan masyarakat kota hari ini.

Itu belum ditambah lagi dengan masalah kesesakan jalan raya, kesukaran mencari parkir atau barisan di kaunter yang terlalu panjang.

Kerana itu, bukanlah menghairankan apabila budaya beli-belah barangan runcit warga kota hari ini semakin berubah.

Sambil duduk di rumah melayan anak-anak atau menonton TV, dengan satu klik di internet sahaja selepas beberapa jam barangan yang dibeli akan tiba di depan pintu rumah.

Itulah antara perubahan gaya hidup dan budaya beli-belah yang dibawakan Doorstep Retails Sdn. Bhd.

Syarikat itu telah membangunkan laman web www.doorstep.com.my dalam menawarkan dan menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan keperluan harian rumah sehingga ke pintu pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ragavan P. Nair berkata, laman web berkenaan dibangunkan untuk memberi platform alternatif kepada pengguna bagi mendapatkan barangan keperluan harian rumah mereka.

“Kebanyakan masyarakat hari ini mempunyai gaya hidup yang agak sibuk dan tidak mempunyai masa berkualiti untuk membeli barangan keperluan harian rumah mereka.

“Justeru itu, laman web ini akan dapat membantu memudahkan pengguna kerana mereka tidak perlu lagi keluar rumah mendapatkan produk sebaliknya hanya melayari alam maya dan produk akan dihantar ke rumah atau pun pejabat,” katanya kepada Kosmo!.

Pada mulanya, Ragavan menambah, laman web tersebut hanya menawarkan produk barangan korporat terutamanya dalam industri hotel, institusi kewangan, hospital, syarikat telekomunikasi dan televisyen.

Bagaimanapun, melihat sambutan yang diberikan segmen tersebut amat positif, ia telah dikembangkan kepada pasaran pengguna pada tahun lalu.



RAGAVAN (kiri) dan Shiamala memerhatikan laman web doorstep.com.my yang menjadi salah satu platform budaya beli-belah baru di alam maya.

“Terdapat 5,000 produk pengguna manakala lebih 1,000 produk korporat pada harga kompetitif yang boleh dipilih pengguna apabila melayari laman web ini.
“Antara kategori produk yang ditawarkan kepada pengguna termasuk makanan sejuk beku, sayur-sayuran, buah-buahan, penjagaan diri, barangan runcit dan banyak lagi,” katanya.
Selain daripada itu, dia memberitahu, terdapat juga kategori produk import daripada negara Jepun, Korea, India, Eropah dan Timur Tengah.
Katanya, produk-produk yang terdapat dalam laman web tersebut akan sentiasa dikemaskini secara berperingkat-peringkat untuk memenuhi permintaan pengguna.
“Saya juga berharap pembangunan laman web ini dapat membantu pengusaha industri kecil sederhana (IKS) tempatan.
“Ini kerana melalui laman web produk yang dihasilkan mereka dapat diperluaskan dengan lebih mudah dan berkesan,” ujarnya.
Penghantaran setiap hari
Dalam pada itu, Ragavan menambah, pengguna hanya perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM100 sahaja, manakala caj penghantaran pula dikenakan dari RM1 sehingga RM5.
Apa yang menarik tentang laman web itu katanya, pengguna boleh mendapatkan produk-produk tersebut setiap hari.
Buat masa ini, Ragavan memberitahu, penghantaran barangan hanya dilakukan di Lembah Klang.
Katanya, pengguna boleh menentukan slot masa penghantaran ataupun mengikut jadual dikeluarkan untuk memudahkan lagi pengguna dalam pembelian barangan secara dalam talian.
“Penghantaran akan dibuat dari pukul 10 pagi hingga 10 malam bagi produk barangan pengguna. Penghantaran barangan korporat pula dilakukan dari pukul 9 hingga 6 petang.
“Pengguna boleh membuat bayaran menggunakan beberapa kaedah termasuk pembayaran secara tunai, kad kredit, kad debit atau melalui perbankan internet,” ujarnya.
Laman web yang mesra pengguna itu hanya memerlukan mereka mendaftar secara percuma dan memilih produk serta masa penghantaran yang diingini.
Setiap kali tempahan dan penghantaran produk dilakukan, e-mel akan dihantar secara automatik untuk memudahkan semakan dilakukan mereka.

TENAGA kerja Doorstep Retail sibuk memunggah barang untuk diagihkan kepada pelanggan.




Sementara itu pengarahnya, Datin Shiamala Arumugam memberitahu, promosi turut diadakan setiap bulan untuk memberi faedah kepada pengguna.
“Melalui promosi ini pengguna akan dapat membeli produk pada harga istimewa sekali gus menguntungkan mereka dalam pembelian dalam talian.
“Kita akan sentiasa menukar produk promosi untuk memberi pilihan kepada pengguna dalam pembelian mereka,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu Shiamala berkata, terdapat beberapa kelebihan membuat pembelian dalam talian terutamanya produk barangan keperluan harian rumah.
“Ia membantu pengguna membuat perbelanjaan produk keperluan harian dengan lebih berhemah kerana terdapat harga dipaparkan dalam laman web berkenaan.
“Pengguna juga dapat membantu memulihara alam sekitar apabila penghantaran yang dilakukan tidak menggunakan beg plastik,” katanya.
Ujarnya lagi, penjimatan penggunaan bahan api turut dapat dilakukan oleh pengguna kerana mereka tidak perlu memandu untuk mendapatkan produk sekali gus membantu mengurangkan pencemaran.
Katanya, pengguna juga dapat mengatur masa mereka dengan lebih mudah kerana tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas dan sebagainya.
Menyentuh mengenai perancangan masa hadapan Ragavan menambah, dia bercadang mengembangkan lagi lokasi penghantaran ke negeri-negeri lain dalam masa terdekat.
“Kita juga sedang dalam perancangan untuk membangunkan kategori baru pusat beli-belah alam maya yang menawarkan pelbagai produk kepada pengguna,” katanya.

Fairy Notes-barang dapur pia belum berani beli online lagikkk :P

Tuesday, June 21, 2011

Melted!!!!!

Tadi pia jalan2 blog uyun cantik

dia buat entry ni

Cair pia tengok gambar2 ni



Monday, June 20, 2011

Happier Lady :)

Pia dapat key chain dari Mr Engineer

thank you so much ya bro!!!

join giveaway bali EZ hari tu


my name was first!!!same2 ehehe

SUNG-BONG CHOI-Korea got talent

ooo ini lah dia,baru tengok semalam

sobs...sobs...sobs





sedih nya hidup sebatang kara :'(,minit ke 2 lebih je dah sebak
tgk video neh.
nampak dia sangat tabah,dari reaksi muka dia
nampak banyak sangat kesukaran hidup yang dilalui

Choi cetus fenomena Susan Boyle


SUNG-BONG CHOI tidak pernah menyertai uji bakat sebelum ini. Namun, dia nekad untuk mengubah kehidupannya dengan menyertai rancangan realiti Korea’s Got Talent.
CHOI mahu mengubah nasibnya untuk menjadi insan berjaya.



Secara zahirnya, tiada apa yang istimewa pada remaja lelaki berumur 22 tahun itu. Dia tidak kacak bahkan seorang yang pemalu.
Tetapi di sebalik penampilan biasa itu, Choi ada kisah dan kelebihan sendiri sehingga membuatkan orang lain kagum dan terpegun.
Dalam rancangan yang disiarkan di stesen televisyen Korea Selatan itu, Choi memberitahu bahawa dia pernah tinggal di rumah anak yatim pada usia tiga tahun.
Akibat tidak tahan dibuli, dia melarikan diri dua tahun kemudian dan tinggal di jalanan sambil berniaga gula-gula getah dan air minuman.
“Saya hidup macam lalat selama 10 tahun,” katanya di hadapan penonton dan juri rancangan itu.
Choi yang hidup sebatang kara berkata, dia ingin bebas daripada perangkap kenangan silam yang menyedihkan.
“Saya tidak menaruh keyakinan pun untuk menyertai pertandingan ini. Saya hanya mahu menjadi seperti orang lain.
“Saya tidak pandai menyanyi, tetapi berasa seperti menjadi orang lain apabila menyanyi,” katanya.
Dia yang tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang nyanyian memukau seluruh dewan sehingga ada yang menitiskan air mata apabila dia melontarkan suara.
Ramai yang berpendapat dia bakal mengembalikan fenomena peserta Britain’s Got Talent, Susan Boyle yang menyertai rancangan itu pada tahun 2009.
Choi menyanyikan lagu Itali berjudul Nella Fantasia baru-baru ini.
Sebahagian rakaman rancangan tersebut yang dimuat naik ke laman YouTube ditonton sebanyak hampir enam juta kali.Kosmo

Sunday, June 19, 2011

Angry Birds terbit buku masakan




Permainan video Angry Bird yang mula diperkenalkan pada tahun 2009 mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.





LONDON - Pencipta permainan video untuk aplikasi telefon pintar iPhone, Angry Bird akan menerbitkan sebuah buku masakan yang diinspirasi daripada watak-watak popularnya.
Syarikat tersebut, Ravio memberitahu, semua resipi itu akan melibatkan penggunaan telur dalam masakannya. Berita itu diumumkan pada Persidangan Mobile Terbuka di London sebagai sebahagian rancangan Ravio untuk mengukuhkan jenamanya dalam pasaran hiburan.
Angry Bird merupakan aplikasi berbayar iPhone nombor satu di pasaran United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS). Ia telah dimuat turun oleh lebih 200 juta pengguna.
"Kami mahu menjana keuntungan dalam semua perniagaan yang kami sertai. Ini bukan satu hobi. Ia juga bukan seperti Apple TV atau sebagainya," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Ravio, Peter Vesterbacka.
Buku masakan yang boleh didapati dalam bentuk digital dan cetakan itu akan dijual bersama barangan-barangan lain termasuklah kasut, patung dan kotak makanan yang boleh dibeli daripada laman web Angry Birds.
Ravio dilaporkan menerbitkan sendiri buku tersebut. Ini bermakna ia akan memperoleh 90 peratus daripada keuntungannya. Selain buku, Ravio turut merancang menghasilkan siri kartun di televisyen dan permainan papan tidak lama lagi. - Agensi kosmo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (219) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (25) Celebration (105) Cite biase jer (152) Doa (10) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (262) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (67) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)