Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 31, 2010

Dewan Peperiksaan Di Afghanistan

Bersyukurlah pelajar2 Malaysia


Thursday, July 29, 2010

Pesan Tun Mahathir pada blogger

Semalam lepas masak dinner simple,sempat la tengok Buletin Utama

Wow !berlansungnya Asian Bloggers and Social Media Conference 

Blogger cabok mcm Pia ni tak layak ler join kot ekeke :,SPEAKER2 nya bukan calang2 orang


Antaranya Tun Mahathir,Blogger tersohor Malaysia,petikkan kata2 Tun

'Penulis blog wajib tulis perkara benar'


2010/07/29

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa penulis blog supaya berpegang teguh dengan kod etika untuk menulis perkara benar demi kebaikan masyarakat supaya mereka dan blog masing-masing lebih dihormati.

Bekas perdana menteri itu berkata, kod etika itu perlu diwujudkan secara sukarela demi kebaikan penulis blog sendiri kerana ia bakal membina reputasi mereka di mata orang ramai.

Dr Mahathir, yang juga seorang penulis blog berkata, masyarakat kini mempunyai akses kepada blog, satu medium yang hampir di luar kawalan mana-mana pihak berkuasa dan jika mereka mematuhi kod etika untuk menulis perkara yang benar saja, lebih ramai orang akan membacanya.


Jika kita bersandarkan kepada kod etika sebegini dalam setiap penulisan kita, saya fikir lama-kelamaan, orang ramai akan menghormati blog. Jika kita tidak menulis perkara yang benar, mereka akan meninggalkannya seperti yang berlaku kepada media biasa ketika ini, katanya dalam ucaptama pada persidangan Blogger Asia dan Media Sosial 2010 di sini, semalam.

Persidangan dua hari itu dihadiri 400 peserta dari benua Asia.


Dr Mahathir berkata, walaupun blog menyediakan ruang bagi kebebasan menulis apa dikehendaki secara mutlak, namun penulisnya masih perlu bertanggungjawab terhadap penulisan mereka serta tidak menyalahgunakannya.

Tidak boleh menyatakan perkara buruk atau memaki hamun orang lain, jangan buat begitu, orang akan marah dan mereka boleh mengambil tindakan terhadap kita. Kita mesti ada bukti untuk setiap yang kita nyatakan, katanya.
Beliau berkata, penulis blog mempunyai kelebihan dari segi kebebasan, namun mereka mesti menggunakannya dengan penuh tanggungjawab bagi membentuk pemikiran ke arah membina masyarakat dunia lebih baik demi kebaikan umum.

Tidak ada sesiapa boleh menghalang atau membetulkan kita, kerana kita berkuasa (kerana) kitalah penulis, penyunting dan juga penerbit. Apabila memiliki senjata, jangan gunakan (untuk menembak) sesuka hati. katanya.

Beliau berkata, sesetengah blog amat bagus, namun ada tidak berguna, justeru kemahiran diperlukan bagi mengenal pasti kebenarannya. BERNAMA..terima kasih berita harian

Krisdayanti-KD


Tolong jangan bercium dikhalayak ramai!!!

Wednesday, July 28, 2010

Berita tragis

Susulan berita anak jiran meninggal :'(

Al-Fatihah


Tuesday, July 27, 2010

Berita sedih!!!memang tak sangka dia

Hari ahad lepas,petang hujan lebat sangat...Hujan2 ni just baring2 kat rumah

Pukul 6 lebih hujan reda  nak bancuh kopi,jenguk2 kat luar tingkap ramai orang

berkerumun kat longkang besar berdekatan dengan rumah Pia

Lepas tu Pia suruh hubby keluar tanya,rupe2nya anak jiran kami

lemas mase nak ambil bola jatuh kat longkang tu :'(

Gerakkan mencari diteruskan sampai tengah hari semalam

Pia tak sangka anak yg rajin tolong mak dia setting meja,buka payung besar

tolong mak dia berniaga nasi lemak seawal jam 6.30 pagi dah pergi buat selamannya

Kadang2 Pia suke bagi arwah air vitagen,coklat ....Comel arwah tu,rajin tolong mak

Biasa la budak lelaki kadang nakal,terdengar dia kena marah dgn mak dia

Petang semalam,jenazah dikebumikan di kg maknya di Perak..Al-Fatihah


gambar ehsan dari google

Friday, July 23, 2010

WARNING !!!ATTENTIONS LADIES.....

GIRLS BEWARE -- INDONESIAN DEVILS ARE IN KELANA JAYA, KEPONG, DAMANSARA, BANGSAR, PUCHONG, CHERAS, SERDANG, SUBANG JAYA, SHAH ALAM, OUG, SETAPARK , .....

Indonesian gangs rapes any females - BEWARE !!!
These creatures that look like human called Indonesians are now raping 8 years old girl....!!! Please set up an alarm system in your house...!!! The money is not worth saving....!!! It will be too late for all you know. These Indonesians would rape any females ranging from 1 year old to as old as 90 years old.

PLEASE FORWARD THIS TO AS MANY PEOPLE AS POSSIBLE.
KUALA LUMPUR :

Police have mounted an inter-state manhunt for a notorious gang which robbed a couple before raping their eight-year-old daughter in their Kepong home on Monday. They believe the same gang is also behind Tuesday's incident where a 31-year-old housewife was gang raped by five men in front of her husband at a house in Kelana Jaya after relieving them off RM30,000 in cash and valuables. In the first incident on Monday, three knife-wielding men broke into house in Bukit Maluri, Kepong, at 2.30am and held up the family. The robbers, who entered from the back door, then threatened the couple and their three children before tying them and ransacking the house.

Several minutes later, two of the robbers took the couple's eldest daughter to a room and allegedly raped her.. The gang then fled after 40 minutes with about RM5,000 in cash and valuables.

City police chief Deputy Comm Datuk Meor Chek Hussin Mahayuddin said police had also beefed-up patrols in the area. They are liaising with their counterparts in Negri Sembilan where the gang is believed to be also operating.


MUST READ THIS STATEMENT subject: Malaysiais finally number 2 in something!
Don't work too late (MALAYSIABOLEH!)
Not to scare anyone.. But, it is good to be watchful rather than feel sorry later.!!!
Malaysiais finally number 2 in something! Don't work too late,
It's always good to be very careful.!


Don't work too late, ladies, please take care and you men please tell your wife to make sure that they are not alone when they stay back to work.
Here is the true story.
There is a girl was raped and murdered. She went back to work on a public holiday with another girl, the boyfriend even packed lunch for them and later when the girls wanted to go home, the car couldn't start and the other girl's boyfriend who came to pick her up didn't wait because the girl told them to go off first and there was a security guard helping her. She didn't come home that night and they found her body in a burnt car abandoned in a rubber estate in Dengkil on the 3rd day.
The guard reported to work and acted normal during the police investigation but when the police questioned him again, he remembered the color of her clothes in detail and they noticed that the hair on his hands were seared although there was no burnt marks. He finally admitted that he is the one that killing her. There was no cover up but the case was not publish in the newspapers.

Don't ever trust the security guards.
Be sure to keep the office door lock. Hey girls, be forewarned and please be doubly, even triply cautious whenever there is a need to stay back late at work. If at all possible, leave the plant/company early when there are still people around. Better yet, if there is still work that must absolutely be completed by that day, bring it home!
Just heard about a rape case at a MNC(multinational company) which just happened sometimes back last year. The victim is married with kids, she worked till 11.00 pm. Security guard raped her in the toilet. She managed to escape and drove herself to the hospital.

Next day, the other employees was shocked to see the condition of the toilet.. Blood and her hair everywhere, and all the brooms and mops were broken. The police later came and arrested the security guard, who still reported for work the next day. However, they manage to cover it up, not even come up in the newspaper or any media.
I can't imagine how such cases have been covered up in Malaysia . It's because they are MNC. (This is a sad reality)

Please girls, don't put your life in danger by working late or being negligent. You can never be too careful nowadays. Malaysiaranks number 2 in crime against woman.
Please send this to all your female friends


My extra advice: Guys, please tell your mom, your sister, your wife, your girlfriends and all your female friends around you too!


~~~ PLEASE ALERT ~~~

P/S-This message is from my e-mail,and i'm NOT RACIST

Wednesday, July 21, 2010

ANTARA LOGIK DAN BENAR

Salam rindu,hi semua :)

Entry bz gilorz dari pIa..renung2kan

Hanya Allah yg Maha Mengetahui


Tidak semua perkara yang benar itu logik
Kisah 1: Seorang kafir (OK) berkata pada orang mukmin (OM) yang sedang berwudhuk:
OK: "Kenapa kamu wudhuk?
OM: "Aku tadi batal wudhuk sebab terkentut"
OK: " Aku heran, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut?
OM: "Ini arahan Tuhanku, aku taat saja"
OK: "Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali"
OM: "Kebenaran itu tidak semestinya logik"
OK: " Apa buktinya?
OM: Yuk ikut aku
OM membawa OK ke sebuah pintu. Lalu OM memegang tangan OK, kemudian menyepit tangan OM dengan pintu itu. OK menjerit kesakitan.
OK: Aduh tangan aku sakit...tolong lepaskan tangan aku!
OM: Baiklah...inilah jawabanku: tangan kamu yang sakit, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit.
OM pun meninggalkan OK yang bodoh sombong itu dalam kesakitan....

Tidak semua perkara yang logik itu benar
Kisah2: Seorang kafir (OK) berkata kepada orang mukmin (OM)
OK: Tuhan kamu sungguh tidak adil
OM: Kenapa?
OK: Tuhan kamu menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja.
OM: Kenapa begitu?
OK: Yalah...manusia dicipta dari tanah, kalau dibakar dengan api hangus, sakitlah. Tapi syaitan dicipta dari api, kalau dibakar dengan api relaks lah....tdk terasa apa-apa....
OM: Tidak begitu. Tuhan aku kata, mereka semua akan tersiksa...
OK: Ah...tdk mungkin. Logiknya manusia saja yg tersiksa, syaitan tidak
OM diam sebentar, lalu dia meninggalkan OK.
Beberapa waktu kemudian OM datang lagi dengan membawa sebongkah tanah keras dan melemparnya tepat ke dahi OK
Dahi OK luka berlumuran darah. Kemudian dia membawa OM menghadap seorang hakim. Setelah mendengar cerita dari kedua belah pihak ttg kejadian itu, maka hakim bertanya pada OM
Hakim: mengapa kamu lempar OK begitu?
OM : Maaf Tuan Hakim, OK mengatakan bahwa Tuhan tidak adil kerana menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja sbb syaitan dicipta dari api. Logiknya memang begitu, tapi itu tidak benar. TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR
Sebagai buktinya saya lempar dia dengan tanah. Logiknya OK, manusia yg dicipta dari tanah kalau dilempar dengan tanah tidak sakit, bukan? Tapi buktinya OK luka dan sakit. Saya tidak bermaksud menyakitinya, saya hanya mau menjawab pertanyaannya.


Renungan kepada para pengagum Albert Einstein, Bill Gates, para saintis, filosof dan yang sejenis dengannya
Kalau begitu, siapakah sebenarnya manusia yang paling cerdik? Einstein, dll yang kafir atau orang mukmin (walaupun dia hanya tukang kebun)?
Salaam & Regards
Amri el Wahab

Friday, July 16, 2010

Ayah Saman Anak

Menurut berita,tegar nya anak2 Pak Cik ni kurung ayah mereka :'(

kerana harta,tak kira la ayah sendiri pon sanggup diperlakukkan sebegini rupa




Manchester United

Salam Jumaat,first jumaat dlm bulan Syaaban

U all rindu Pia tak?hehehe Pia rindu u all...bz la uhuk2

Ni saje nak kecoh fasal jersey baru club Liga Perdana Inggeris/English Premier League (EPL)

kesayangan isteri Enche Fadzli ni..Manchester United!!

Suami Pia yg tersayang tak minat pon club ni,gado2 manja la time tgk bola hik2


Kelakar la jersay baru MU,mcm kanak2 tadika pon ade design dia

Monday, July 12, 2010

SYAABAN

Dah masuk waktu Isyak kan?Masuk waktu maghrib tadi bermula la Syaaban

Sesugguhnya ku dalam kerugian kerana mempersia-siakan waktu :(

Lagi mengenai info Syaaban sila baca sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tom My Starz LG kena serang!

Gempar!!!What the.....semalam baru jer tgk melodi..
abg rambut ketak Nas Ahmad minta Tom penjelasan tentang kontroversi ini.

Tgk mcm ok mesra mcm tak apa masalah

Pagi ni lain pulak citer,dunia oh dunia

Maaf jika penulisan picisan ini menyinggung perasaan sesiapa

Niat dihati hanya untuk sekadar berkongsi dan tauladan




VIVA ESPANA

Finally world cup dah tamat,setelah sebulan pesta berlangsung

Bravo Espana,Juara Eropah,now tambah lagi title Juara Dunia!!

Fuhhh nak gugur rase jantung tengok game ni,suke3 Spain menang!! :D


Usher datang M'sia

Salam,hi u guys..how's weekend?mine was ok after a tiring weekdays

Selamat mulakan minggu baru semua

Ni Pia mahu cerita fasal Usher sikit,

mula2 Pia tak tahu OMG tu lagu baru Usher

My lil' sys Pari2 Pagi dok nyanyi lagu ni dalam kete hari tu bila kuar kat corong radio,dalam hati ck lagu sapa la Oh oh oh oh oh ni hihi :D

Baru2 ni dia dtg Malaysia la kan,wah siap jejalan kat Batu Caves gitew,napa tak singgah umah Usher hahaha :P






p/a-dah 30an u Usher ek,me still 20an lalala :P

Saturday, July 10, 2010

Peristiwa Isra' Mikraj

Pia memang nak buat entry fasal peristiwa penting ni,tapi minggu ni minggu bz.

Thanks to my lovely Rina Salleh,usahawan muda,model kesayangan Pia

Yang terlebih dahulu post entry Isra' Mikraj,Pia mohon copy dari blog Riri


PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


  • Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan
  • Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
  • Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
  • Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
  • Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  • Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  • Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  • Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
  • Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
  • Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.


Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Friday, July 9, 2010

Ashley Cole

Uh,emang dasar kamu ya!!kunun menyesal,eeee menyampesss tak kuase

Thursday, July 8, 2010

Alahai Anne dan Wafi

Pia kagum dengan ketabahan Anne,mereka pon berpisah cara baik dan tidak memburukkan satu sama lain.Cume kesian kat anak2,mereka la menjadi mangsa diatas penceraian yg belaku



Mike Tyson

Alhamdulillah,Pia belum ade rezeki nak ke tanah suci

Wednesday, July 7, 2010

Orange Proton Taxi No..Must read!!!!

Orange Proton Taxi No.
HWC 244


To all the KL and PJ drivers out there:


Please be warned that there is an
orange Proton cab with the number plate HWC 244 (name of cab company - Innovasi Timur Sdn Bhd) who is out to get single women drivers, for unknown reasons but we believe potentially to rape and kill. The cab is driven by a fat and bald Malay man (occasionally with two other men in the car who look like Indonesians) who have been going around doing the following (possibly amongst others) to get women to come out of their cars by attempting to create an accident:

1. Cutting into your lane quickly so that you have to swerve to avoid an  accident.
2. Braking suddenly on a road where there is just you and them.
3. Driving extremely slowly in front of you and then when you overtake, he will try to knock into you by swerving into your lane.

It is very likely that more than one woman have experienced the attempts of the driver of this cab but it is unknown if he has been successful in raping/murdering any woman yet. Please don't let it happen to you!

Please be very observant and careful to look out for this cab, especially when you are traveling on a quiet road by yourself. There have been so many rape cases lately (e.g. the one in Centrepoint ) so please warn your loved ones - wives, daughters, mothers, sisters, etc to be extra extra careful and to watch out for cabs and cars like HWC 244 and other similar perpetrators.
d: FW: PLEASE FORWARD TO AS MANY AS YOU CAN]


p/s-i'm not racist,i was just trying to forward this message.Wallahualam

Bila Pia dapat award!

Salam,

Yeehiiii!!Pia dapat award..terharu2..terase diri ku begitu berharga!!hati bunga2 lalalala

Ucapan yg teramat sgt pada pemberi award,

Yang award ni dari Puteri yg cantik bak bidadari,muahhh!
Award kedua dari blogger Amin ;),timo kasih deh..hihihi tak sangka entry ni memikat hati dia nak bagai award :D.Header blog dia menarik,dia tulis LOMPAT TIKAM.Sejenis desert yg sgt sedap dari kelate.kegemaran ku dah hubby lepas i ajar dia makan hehehe.


Tuesday, July 6, 2010

Magika

Salam,hi semua

Pia tengah musykil ni?pia memang yg jenis moderate comment before publish

Sejak dua menjak kebelakangan ni,bile Pia klik jer moderate comment

Nanti komen tu HILANG dari pandangan mata,

Eh blogspot comment kamu main silap mata kah?

Sekejap wujud,kejap hilang...ke teringin biskut???

Minggu lepas penah jadi sekali,mase tu pagi2 kat ofis buka blog sebelum waktu kerja

Balik umah buka blog tgk ada blk komen tu,pulak??pelik2.................

Cik Bulan pon ada complain menda yg same mcm Pia  kat blog dia hari ni

Walaupon komen tak banyak,pia hargai sgt...sedihnya ni komen2 yg hilng tu belum muncul lagi ;'(

U olls ada alami pekara yg same mcm pia tak????habaq mai sikit


p/s-Jom solat,dah nak masauk Maghrib

Monday, July 5, 2010

Cerek

Cerek tak halal



Gambar aRIEL dan Luna

Hangat3!!Gambar aRIEL dan Luna

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*














Jgn marah ye,ampun2 saya pon terkena hehehe.Saya tak mencemarkan nama baik suami,keluarga dgn menempek gambar yg tak senonoh disini

Sunday, July 4, 2010

Tag 20 Things About Me

Pia ditag lagi :),dari Mama Farrihin ok tak i letak nama Mama Farrihin?suke2 hati jer kan Afidah :P..hi2

Dear,i pernah buat Tag mcm ni lebih kurang same

Kawan u Jard yg Tag :),u pon ade komen kat entry tu

Pia suke tau the comment :)

Thanks so much anyway kerana sudi Tag Pia lagi

Jom refresh fakta tentang Pia,ade extra 3fakta,

tak de yg istimewa pon tentang diri ini

Tag ni mintak 20,meh klik sini eh u guys...Thankie

World Cup 2010 Latest Updates

Poor Diege Armando Maradona,Messi,Teves,Kaka,Robinho

Bravo Oranje!!!sebab kalahkan brazil waka waka.And it all about 4 with Germany

Now is my fav team pulak need to do packing and go home :(





Saturday, July 3, 2010

Al-Fatihah

Salam takziah buat kawan blogger Ezzati sekeluarga atas permergian adik lelaki tersayang ke rahmahtullah pada 30hb yg lalu.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yg beriman

Semoga mereka tabah diatas ujian ini

Al-Fatihah

TERJEMAHAN S AL-FATIHAH

Thursday, July 1, 2010

Rupa-rupanya,sila bace kalau nak tahu

Salam semua,macam mane u all minggu ni?Hope rutin u all semua berjalan lancar...semoga dipermudahkan semua..InsyAllah

Ni Pia nak share 1 mende ni,mungkin ramai yg dah tahu

Buka komputer k.aini padadirektori
C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA \CAGCAT10, carigambar
bernama J0285926. Anda akan temukan gambar Lambang/benderazio*&#
Isr#@$ lengkap ( sama dengan warna aslinya) dengan lilin (saranaibadah
mereka). HAPUS! Gambar tersebut ada disemua PC di seluruh...dunia.

Ade mende jahanam ni disemua komputer kat dunia ni :|

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (219) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (25) Celebration (105) Cite biase jer (152) Doa (10) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (262) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (67) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)