Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 30, 2009

Umi

Tadi baru lepas keluar makan dgn umi tersayang with adik2 sekali Yummy2 ,blh dikatakan istimewa juga la menu yg kami pesan "Seafood" Pia ajak umi keluar makan coz mase hari pia tak bawak umi keluar makan Eh! bukan tak sayang umi kite tau ;P,kebetulan adik2 yg belajar xboleh balik time tu. So, pia buat keputusan untuk menangguhkan agenda mkn2 ni hehehe. Lepas makan keluar dengan dengan hubby and adik kat Uptown Danau Kota,jln2 cuci mata. Biasala malam minggu sesak,susah cari parking dah 2 3 kali pusing..kepala naik pusing hehe. Tegok ragam manusia sekali,tapi benci kat sini tempat terbuka.BAU asap rokok lemassssss! Kat area sini mmg best juga kalau nak berjumpa kwn2,byk kopitiam pia suke minum kat sini. Ok la pia nak tido dah ngantuk,selamat tido jgn lupe cuci kaki.Eh gosok gigi dulu......Bace surah ape yg patut ye.Eh esok ade kenduri kwn hubby la,yeyy sok blh mkn kenduri.

Thursday, May 28, 2009

Kekasih hati,Doktor Hatiku,Soulmate...

http://emo.huhiho.com Ini lelaki yg curi hati saya ;),namanya Muhammad Fadzli .Dia bkn giler bergambar seperti isteri dia yg nakal ini ;P .Tgk tu aish geram,cubit baru tau sayang pandang la kamera nih. Tentang Mr Fadzli

1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?

  • Movie
  • ps2
  • Cartoon dia suke katun span kuning tu hehe

Cik Atiqah org kesayangan kite ber2 suke cartoon..hicks ;)

2. What's foods he doesn't like?

  • Alhamdulillah dia tak cerewet pasal makanan.tapi kalau pia masak, sotong kena potong kecil bulat2,dia geli nak mkn kalau sotong dimasak seekor2.

3. You go out to eat and have a drink. What does he order?

  • Teh o Ais.Pelik tapi benar,minuman suamiku selalunya lebih sedap dari minuman pia sendiri.Pia suke mintak sikit minuman dia,kemudian berakhir dgn pertukaran suka "tak suka sama suka" hahaha.
  • Mr Fadzli suke makan Nasi Ayam,coklat dia suka sneakers.

4. Where did he go to high school/uni?

  • Kat hometown dia dari seklah rendah hingga menengah,hehe berahsia pula ;P
  • Dia penah sambung belajar kat Perlis

5. What is his career/job/still studying?

  • Dia kakitangan kerajaan yg cemerlang hahaha

6. What size shoes does he wear?

  • Dia kate size 7 hehe,selalunya sekarang kasut dia "ana" yg pilih

7. If he was to collect anything, what would it be?

  • CD game ps2 dia la pe lagi...bluekkkk,kalau pia rase dia main game lame sgt...akan keluar la ayt "saya terabaiiiii" dari mulut pia hahaha

8. What would this person eat every day if he could?

  • Nasi Ayam dan masakan ibu dia,Mertua pia ;)

9. What would he never wear?

  • Baju dari fabrik yg blh buat dia kepanasan,cian aby ku dia cepat berpeluh.kulit dia juga agak sensitif.
  • Lelaki jarang pakai kaler pink kan?tp pia telah berjaya menambah warna pink dalam koleksi pakaiannya hihi.Lame juga la tersimpan,setelah "makan bulan"pia berjaya memujuk Mr Fadzli pakai t-shirt pink itu.aLa sayang,bkn pink sgt2 pon ;P.Kan t-shirt tu belang2 pink dan putih hihi.

10. What would he always wear when dating with you?

  • mase pertama kali keluar dgn dia(dgn tukang kenen2 kan kami sekali)dia pakai kemeja kasual hihi
  • Mr Fadzli ni simple jer orgnya,t-shirt and jeans adalah uniform dia

11. Who is his best friend?

  • pia..pia...and more pia haha,he's mine
  • ery ,epol and childhood friend siapa kamoo semua? boleh blah hahaha

12. What is something he wishes you wouldn't do?

  • dia sgt berharap pia dpt kawal emosi roller coaster ni (eh! dah ade kemajuan kan sayang?)hehe
  • merajuk,gune lirik lagu faizal tahir pulak tu "siapa sebenarnya aku padamu" ,kemudian tarik muka ikan buntal hahaha.
  • ala cayang merajuk adalah terapi buat pia hahaha tak de la, saje jer usik2 dia.kadang2 pia pula benggang bile dia malas nak pujuk.ye la kalau dalam satu hari lebih 5x pia merajuk,sape tak fed up hehehe tau pon ko pia.Sering berlaku dihujung minggu,ye la isnin-jumaat keje mane ade mase sgt hehe.

13. What is his favourite colour?

  • Biru muda,well warna baju kami bersanding kat kg dia pon biru...

14. What is his habit?

  • suke sgt pegang muke dia,geram tgk.tgn tak reti duduk diam!lebih2 lagi time drive.hbs muka berparut dek tgn gtlnya suke usik jerawat tgh naik kat muke dia.
~tgk tu, aish...sayangku~
15. What is he proud of?
  • His famili,me hehe ;P

16.what is his favourite perfume?

  • Dunhill ~desire~kot,tp mmg pasti dunhill

eH!same lagi Cik Atiqah ;)

17. do you think he will read this?

  • pia akan paksarela kan dia hahaha.mungkin ya, mungkin tidak 50-50.

18. How Both of u Fall in Love?

hmm,pia suke soalan ni....melalui kawan baik dia,pia dan kwn dia ni satu bekerja dibawah satu bumbung dulu....tmpt keje lame pia.company tu tak ramai melayu,hanya ade pia,mie(dia la kawan baik pia)mase pia tiada kekasih hati,dah beberapa org lagi.Ade lagi sorang kwn Indian Sara....Kami berempat.

Sejak kwn dia ni join tmpt keje pia yg dulu,pia dan mie bertambah la seorg lagi kawan.happy la juga kan bertambah kawan,dia ni ok baik hati juge eceh2..tak sangka kami bertiga jadi kawan rapat.Dan pia tak terfikir langsung yg dia ni ade misi cupid nya...ade udang disebalik mee.Yg untungnya pia hehehe,dpt cik abg dah sekarang ni.....Si cupid tu dah nak sampai seru dah dgr khabar..Alhamdulillah..

Tapi dia ni pangkatnya lebih tinggi dari pia dan mie,sibuk memanjang....dah setahun lebih dia join company baru dia jalankan misi katanya.mula2 dia cerita (time tu pia dah declare dgn Mr Fadzli)dia tak jadi nak kenalkan pia dgn husband pia sekarang ni.Sebab dia ingt pia dgn mie(Azmi)bercinta haha,lawak btl bila pia dgr.Mesti tak ade org pecaya pia kawan baik dgn lelaki kan?Eh ni dah nak lari topik ni,nanti pia cite psl Mie "suai chai" ni.Si cupid ni siap nak kenal kan pia dgn kwn dia yg lain tapi xjadi,mungkin itu jodoh pia dgn hubby.

Step yg pertama dia lakukan utk kenen2 kan pia nak tau ape?haaaa dia buatkan friendster utk pia.dulu pia mane reti benda2 mcm ni huhu,memang tak tau ape itu friendster,pia dulu ingt hanya ade laman sosial myspace jer dlm dunia ni,pia tau psl myspace pon dari adik pia.Dari laman fs tu la dia tunjuk kawan2 dia,dan beria2 cerita tentang Mr Fadzli nya Friendster kat pia.Mase ni xsyak ape2 lagi,rupe2 nya dlm diam dia suruh cik abg saya tgk gamba kite kat friendster bkn buatan asli tgn pia seperti sekarang.

Selepas beberapa bulan agenda si cupid ni tertangguh,pada suatu ptg sabtu tibe2 dia ajak pia,mie,sara tgk wayang kat OU.Tgk cerita Cicak Man haha....lps tgk wayang dia ajak lepak minum kat Gombak.Time lepak minum kat gombak tu la pia xsangka rupa2nya dia call Mr Fadzli suruh dtg sekali join kite org.Epol ko pandai btl buat plan ye,mula2 sampai epol nak kenalkan cik abg tu dgn pia dia blh paling muka dia ke arah lain.aish pemalu rupanya,pia pula memberani kan diri tgk wajah dia sekilas...time ni kami xbyk berckp first time hehe,dia duduk sebelah mie.kiranya mie duduk tgh2 diantara kami time.pertemuan pertama kami xbyk ckp,pia lebih byk berbual dgn mie hehe.Kami jadi pengkritik filem pada mlm tu ...

Beberapa bulan kemudian ade kenduri kawan si cupid tu,dia ajak pia,mie pergi kenduri tu.Dia bagitau pia dia ajak Mr Fadzli sekali pia just ckp oooo ye ke hehe.Time tu ingt lagi Eye On MaLaysia baru ade kat Titiwangsa,kenduri tu dekat jer dgn Titiwangsa kat Jalan Semarak.Pada pertemuan kali kedua ni,cik abg saya tu byk memulakkan bicara dgn pia.Dia beri perhatian kat pia time tu,Dieorg pe lagi usik2 kami jer la kje nya.Mase ni kami belum saling bertukar private no lagi u.....Lps pertemuan ini epol ade ckp Mr Fadzli tertarik kat pia,dlm hati biar btl malu pon gak rase.

Pertemuan ketiga kami diaturkan oleh EPOL the cupid,kami keluar bertiga tgk wayang dan mkn2 kat KLCC.Time pegi pia naik Putra Lrt sendiri,blk mereka hantar sampai KTM dekat rumah pia.Pia parking kete kat KTM,mase ni la kami saling bertukar nombor...Sejak itu kami pon saling berhubung melalui SMS.Ingt lagi mase terima sms pertama dari dia "Salam,hi saya fadzli,awk tgh buat ape".Pia bls "waalaikumsalam,buat bodah jer hehe.jgn marah ye gurau je"spontan je hehe.Pia suke usik dia,kan first time jumpa dia agak pemalu orgnya jarang jumpa lelaki mcm ni.

Sejak kenal dgn dia baru la fon pia ni active,sebelum ni single mane ade org nak SmS / call sgt hehe.sampai adik pia pon perasan siap tegur "hai kak hp active ye skunk".Sejak kami berkawan dia kadang2 dtg tmpt keje pia,kami lunch sama2 dgn epol sekali.Sampaikan si cupid cemburu ingtkan nak jumpa dia,rupa2 nya hehehehehe fhm2 sendiri la.Kalau dia tak datang mase lunch,dia dtg selepas waktu kerja.

Setelah kami berkawan lebih kurang 4 bulan,pada suatu mlm yg hening dia call.Dia kata dia nak perhubungan ni ke tahap yg lebih serious.Time tu dia berumur 27thn,dia ckp pada umor mcm ni dia nak cari calon,xmo kapel2 tanpa ade tujuan.Kami berbual sgt lame pd mlm itu,berckp tentang byk pekara.....Pia bagi jwpan(xblh tido mlm tu) pada esok harinya (setuju)!.Pia nilai dia melalui kawan dia,bagi pia kalau kawan dia baik.InsyAllah dia pon baik,dan seperkara lagi dia "ckp kalau awk nak tau betapa seriousnya saya nak kan awk.Saya nak bawak awk jumpa ibu bapa saya secepat mungkin".Itu yg buat pia yakin dgn dia,ye dia lah jodoh pia.

Cerita tunang,perkahwinan InsyAllah pia akan ceritakan nanti ye......

myspace comments myspace comments & myspace layouts

Monday, May 25, 2009

PiA DiTag EwAh2...

:: Uber Amazing Blog! ::
DaRi MiSs MaWaR ;) - "Serious"! asyik belek blog dia semasa nak jwb tag ni.First time la katakan... Award bukan sebarang award (layak ke blog cabok i nih dpt award, lol).Award siap dengan tag u Hihi....Sila tatap award ada tu kat atas : 1- Copy Award Diatas Untuk Diletakkan Di Blog Anda.
  • -sudah siap!hehe
2- Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini.Erm..si Roozu la kan?
  • seorg gds manis lagi menawan dimataku(walaupon baru kenal,pia rase kami serasi)
  • stailo blogger
  • suke sgt21000x(ni pon xckp tau) dgn blog dia ctk.paling suke link twitter dia kaler pink,blh tulis what r u doing right now kat blog
  • jurusolek blog pia thank u soo much,muahh!
  • suke tgk org slim mcm dia,jeles(positif nya tau) huhu
3- Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri Sebelum Memilih Penerima Award Seterusnya.
  • Berhati kaca like roozu,emosi pia mmg seperti roller coaster pantas turun naik nya.
  • mungkin sebab fakta yg diatas pia xramai kawan,sebenarnya pia cpt mesra klo nak tau.pia mungkin selesa dgn seseorg tu, klo dia pon selesa dgn pia( blh rase tau),tp pia ni bkn la memilih sgt.dlm erti kata lain pia bkn perasan diri ni bagus tau.
  • suke juge memandu kereta,tp semenjak ade cik abg dlm hidup asyik2 dia la jd mangsa ha2,itu pon setelah pia tarik muke ikan buntal!kata cik abg saya ;P
  • pia ni pencinta mknan yg enak,tidak seperti roozu he2
  • kerja rumah yg paling pia xsuke ialah lipat baju!favorite pula basuh pinggan(poyo kan?)
  • nak jadi ahli perniagaan...Amin
  • suke juge shopping(tertakluk pd syarat bajet)hehe
  • sgt2 suke warna merah jambu,xsepadan dgn sikap dia yg bkn lemah lembut seperti warna kesukaan dia ;P
  • sgt2 bersyukur mempunyai suami yg begitu menyanyangi pia,dan terima diri ini seadanya ewah!
  • ketinggian lebih kurang 4 kaki 9 inci,masa dialam persekolahan selalu diejek.sungguh terkilan.......
4-Anda Perlu Memilih 10 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka.
  • alamak siapa harusku pilih?ERM.. sI pArI2 pAgI yG pErSiS dIrI pIa,but not 100% ya
  • my adik ipar yg terror bab2 IT ni ;),bau nasi oppss jgn mrh Fabregas....
  • cik Riri ctk manis,sumber inspirasi fesyenku..muahhh.Terima kasih follow blog ngok ngek pia,riri antara follower terawal sis.
  • Mr Fadil yg cool,ade bisnes online cool...ngam gak dgn dia ni.Xsangka sekolah kami dulu dekat jer rupanya he2.Terma kasih follow blog ngok ngek ni
  • Cik Atiqah, kamoo menawan.Terima kasih jadi antara follower terawal.
  • Cik Eyra terima kasih follow blog ngok ngek sis ni ;)
  • My lovelycousin K.loolies...layan ke tag2 ni hehe

Saturday, May 23, 2009

Akhirnya

Pia xtau la patut diluahkan disini atau tidak...tapi bile difikirkan balik pe salahnya. Malu sendiri pon ade sebab pia beria2 beremosi pd entry "pia emo" dulu hik2.... Pia bersyukur sgt2 kerana dpt tmpt duduk yg selesa sekarang.Bkn seperti yg telah diaturkan HR sebelumnya tu(yg sampai pia emo beb).Sehari sebelum pindah floor baru ,pia dah nekad utk mtk tukar tmpt.Dgn alasan yg serba canggih lagi logik cewahh ;P . Alhamdulillah pia telah berjaya mendptkan tmpt yg agak memuaskan hati pia.... Nak tau pe alasannya?Teng3.......... Ini serba sedikit dialognya- "Cik HR saya satu group cik A,kami handle acct company "B" ni kena duduk dekat2 la cik HR".Kebtlan my partner cik A ni dpt kedudukan yg sgt besh disebelah cik W. "Kalau mcm tu awk suruh partner awk tukar dgn cik L lah" .Cik HR bersuara selepas pia menyatakan hasrat utk tukar tmpt(sebab cik L ditmptkan sebelah pia) Aik?Ade ke patut Cik HR ni suruh tukar tmpt dgn Cik A pula.Cik L tu jage acct company "E" la. Partner pia si Cik A NI pula yg tension mase tu ~@!#!@$@#$^#$%^ huu! Tiba2..... Nsb baikla my manager msk campur,setelah cik HR berbincang dgn Manager pia.Akhirnya pia dpt kedudukan yg agak selesa (disebelah cik A) dari dalam pelan yg asal.Dgn perasaan yg penuh gembira(yes2!! dlm hati ;P) lagi bersyukur pia terus setup computer cpt2,takut jika mereka tukar fikiran hish ngeri!Pia pon susun barang2 spt fail2 dan sebagainya seperti lipas kudung lajunya ;P.Kiranya sekarang ni pia bertukar tmpt dgn cik L tu,meja cik L(meja pia ikut pelan asl) berdepan dgn group dia juga,so senang juga la mereka nak berkomunikasi kan.Cik W xtukar tmpt,tmpt dia yg paling diidam2kan oleh kami semua ;P.Oleh kerana dia masih baru,dia xperlu check report dan lain2 maksudnya,dia belum dpt task yg memerlukan dia perlu berbincang seperti kami. Lega rasanya dpt tmpt duduk sekarang ni,bkn ape pia cume nak cikHR tu kaji la dulu sebelum buat ape perancangan.Setidak-tidaknya tanya sesuai ke tidak pelan yg dirancang,pia dgn cik A satu group kena la duduk dekat2 supaya mudah kami nak berkomunikasi.Psl kerja @ kalau ade ape2 masalah dgn kerja kami ,bukan mudahkan kami bergosip,buat ketupat, cit cat@ pot pet tau ;P. Ni tidak, ade ke cik W tak perlu sgt deal dgn cik A ditempatkan sebelah cik A tu,tak sesuai kan...... p/s-pada rakan sepejabat ade terbace entry ni, diharap jgn salah fhm ingt pia mengutuk @ menghentam org di alam maya ni.ini cuma luahan hati seorg wanita yg emosi nya seperti roller coaster turun naiknya ;P . Pada yg pening2 lalat selepas membaca entry ini,pia mohon maaf sebab pia pon pening selepas membacenya hihi.

Friday, May 22, 2009

Tearin' up my heart!!

JAFRI memeluk anaknya Nur Afini manakala Nur Safura ditenteramkan seorang saudara selepas ibu dan adik mereka mati dibunuh di Taman Pinji Seni, Ipoh semalam.

IPOH – Gara-gara sebuah komputer riba yang nilainya tidak sampai RM2,000, tiga nyawa melayang akibat dibunuh seorang penagih dadah di sebuah rumah di Taman Pinji Seni di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang, pemilik salon, Wah Yah Mat Zi, 42, dan anak bongsunya, Esmin Denish Jafri Tajul, 5, serta pembantu rumah warga Indonesia, Dani, 19, mati akibat ditikam dan ditetak dengan pisau oleh penagih dadah yang masuk ke rumah tersebut untuk merompak.

Mayat ketiga-tiga mangsa itu ditemui berlumuran darah dengan mayat Wah Yah berada di ruang tamu manakala mayat Esmin dan orang gaji ditemui berhampiran bilik air.

Difahamkan semasa kejadian, Wah Yah sempat menghubungi suaminya, Jafri Tajul Aripin, 47, dan memaklumkan mengenai kejadian rompakan itu.

Jafri yang ketika itu bekerja di sebuah bank di sini terus memandu kereta pulang dan sempat melihat seorang lelaki melarikan diri dari arah rumahnya.

Suspek berusia 26 tahun telah diberkas oleh dua rakan Jafri.

Buat masa ini, polis mengesyaki ketiga-tiga mangsa itu dibunuh selepas Wah Yah dikatakan enggan menyerahkan wang yang diminta suspek.

p/s-Al-Fatihah..... where's the the love....ppl killing ppl dying.

Sumber dari Kosmo online

Friday, May 15, 2009

Lif

~@!#%^& nya org ni!dah nmpk pia msk lif bkn nak tolong tekan butang open kat lif tu.nsb baik sempat meloloskan diri dlm lif ni.Sebal btl rase! Getusku dlm hati~~~Kes ni berlaku time pia nak naik ofis lps tapau lunch minggu lps hari pe ek? xingt?tp ini kisah benar bkn rekaan ea... Oooooo dlm lif ade 2 org lelaki rupenya,sorang muda sorang lagi pak cik.yg buat pia benggangnya si muda tu tgk org mcm nak mkn pe kes?benci!xsuke xsuke xsuke tau grrr..... Lps yg si muda tu sampai ke destinasinya,si pak cik tu tu bersuare "mcm bdk hisap dadah jer bdk tadi tu,pak cik blh kenal org hisap dadah ni.bawah mate dia bengkak"sambungnya. Pia hanya mengangguk2 kan kepale jer(bkn mengiakan) tanpa menjawab,pia malas nak jawab benda yg kite xtau. Dgn harapan cpt la sampai destinasi pia,"lmbt la pula nak sampai lif ni"pia bermonolog dlm hati Bagi,pia mate org baru bangun tido dan org yg xcukop tido pon bengkak juge.ha mcm mane tu? p/s-kalau pia salah minta maaf yer,xtau sgt mcm mne rupe org ambil bhn2 terlarang tu. aksi org khayal @ gian ambil bhn2 terlarang tu tau la sikit2, tu pon tgk kat tv.

First H1N1 flu case in Malaysia

Malaysia confirms first H1N1 flu case KUALA LUMPUR: Malaysia confirmed on Friday its first case of H1N1 flu, the country's top health official said. "I can confirm (that it) is the first case in Malaysia," Health Director General Ismail Merican told AFP. His confirmation followed a statement from the health ministry giving details of the country's first case. "The patient is a 21-year-old male student who had just returned from the United States on May 13, 2009 and who was down with fever, sore throat and body aches on May 14," it said. "This is the first A (H1N1) flu case found in Malaysia," the statement added. It said the patient went into the Sungai Buloh quarantine facility in central Selangor state on the same evening and is now in a stable condition. It urged all passengers who travelled on the Malaysian Airlines flight MH091 from Newark in the United States to Kuala Lumpur that landed at 7.15am on May 13 to contact the ministry for further instructions. The ministry said it had so far received 11 flu-like cases for investigation with all the patients warded and isolated for monitoring. "All these cases showed symptoms of flu and had a history of visiting countries infected with the outbreak (but) all their clinical samples had been sent to institute for medical research for lab tests and tested negative," it said. On Tuesday, the government urged its citizens to defer travel to the US, Mexico, Canada, Spain and Britain following reported cases of H1N1 flu in those countries. Health authorities have installed 20 thermal scanners at the country's entry points to help detect cases, with 9,324 passengers screened so far. The latest World Health Organisation figures show the number of laboratory-confirmed H1N1 flu cases worldwide is 6,497 in 33 countries. A total of 65 people have died from the disease, most of them in Mexico, WHO figures show. -Ya Allah, ku mohon lindungi lah hamba-hamba Mu dari sebarang penyakit,Amin....

To LovePink

Ade org request badak,so pia tujukkkan hippo yg cute ni khas utk dia nge..nge..nge...

Thursday, May 14, 2009

mISs Roozu

dEaR mISs Roozu.....thanks u so much for the sweet n lovely make over of my blog Roozu oh roozu ur name is such a sweet lovely,just like u muahhhhxx... That cute lil' ladybug just for u,jgn takut pulak yer pic dia besar hihi Xsangka dunia maya menemukan kite....... Love, sIs Pia

Wednesday, May 13, 2009

Masalah angin dalam perut

MASALAH angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu masalah kesihatan yang luar biasa, berlainan keadaan individu lain yang sentiasa bimbang dan risau. Ada kalanya kebimbangan ini menyebabkan seseorang berasa tidak selesa atau malu terutamanya apabila berada di majlis-majlis tertentu kerana ia mengganggu aktiviti seharian. Kemungkinan gejala yang dialami antara seorang individu dengan individu serupa, tetapi punca sebenar masalah itu terjadi adalah berbeza. Walaupun keadaan ini tidak mengakibatkan kematian, namun mereka yang menghadapinya berasa tidak selesa dan berusaha untuk mengatasinya. Pakar Perunding Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad menjelaskan, dalam keadaan normal gas atau angin sememangnya terdapat dalam saluran gastrousus seperti esofagus, perut, usus kecil dan usus besar. Beliau memberitahu, kebanyakan individu menghasilkan antara satu hingga tiga pain angin sehari dan mengeluarkannya semula dengan anggaran 14 kali dalam sehari. Menurutnya, terdapat bakteria dalam usus yang membantu menghasil dan mengurangkan angin. "Hubungan rapat antara dua kumpulan bakteria inilah yang menentukan jumlah angin yang terdapat dalam saluran gastrousus seseorang individu,'' katanya. Cara bakteria ini mengurangkan gas ialah dengan meresapkan gas hidrogen di dalam usus. Beliau memberitahu, angin dalam perut yang dihidapi kebanyakan individu berpunca daripada dua sumber utama iaitu: * Udara yang ditelan iaitu apabila seseorang dalam keadaan tertekan atau stress akan lebih kerap menelan udara tanpa disedari. * Proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar pada makanan yang tidak dihadam. Gas dihasilkan terutamanya dari seperti karbon dioksida, oksigen, nitrogen dan ada kalanya methane. AEROFAGIA (menelan udara) Aerofagia atau menelan udara merupakan punca utama bagi masalah angina berada dalam perut. Semasa makan dan minum, setiap individu pasti menelan sedikit udara. Selain itu tabiat makan atau minum dengan cepat, mengunyah gula-gula getah, merokok dan gigi palsu yang longgar boleh menyebabkan seseorang menelan lebih banyak udara. Bagaimanapun kebanyakan individu mengeluarkan udara yang terdapat dalam perut ini melalui sendawa (burping) dan belching. Sebahagian besar daripada udara yang ditelan mengandungi oksigen, nitrogen dan karbon dioksida. Sebahagian gas yang ditelan ini bergerak ke usus kecil dan sebahagiannya akan diserap, manakala setengahnya pula bergerak ke usus besar dan dikeluarkan melalui rektum sebagai kentut(hehehe malu seh ade perkataan ni) p/s-Masalah ini sering melanda diriku akhir2 ini huhuhu

Tuesday, May 12, 2009

Peristiwa Tayar Pecah

Berlaku sehari selepas pia blk dari negeri9 hari tu Esknya kje,pia n hubby mcm biase siap2 nak pergi keje. Dlm perjalanan kat hiway tibe2 dah rase lain mcm....naik moto rase xbalance mcm naik kuda,cume xlaju jer he2. Bayangkan lah kami btl2 ditengah2 hiway persimpangan Bukit Lanjan dan Duta semasa tayar tu dah mule kempis. Nsb baik la trafik bergerak perlahan,time org nak pergi keje,klo kete sume 100km/j xtau la kiteorg ni selamat ke tidak. Perlahan2 pia turun dari moto,kete2 kat belakang kiteorg dah bunyikan hon!!saba jer la bkn sengaja pon. Nsb baik ade 1 kete belakang kiteorg tu berhenti bagi laluan utk kami ke lorong kecemasan. kat lorong kecemasan tu pia tgk tyr dah pecah,mcm terbelah pia tgk tyr tu rase mcm nak nangis pon ade. Dah la kat tgh2 hiway ni pelan2 kiteorg menapak ke restoran jejantas yg ade stesen myk. Xpernah seumur hidup pia kaki pia ni jejak jalan kat tgh2 hiway(kecuali kawasan R &R)huhu Nsb baik xjauh sgt kira2 1/2 kilometer huhuhu,cian hubby tolak moto,pia ikut jer kat belakang dia. Org yg dlm kete sume tgk2 jer tebal jer rase muke uhuk2, dlm hati ckp pe la nsb pagi2 dah kena mcm ni. Sampai restoran jejantas sarapan dulu lapo belum breakfast hehe,lps mkn baru hubby cari org repair tayar. Pia duduk jer kat kedai mkn sambil bace paper sementara tunggu hubby settle masalah tayar tu. Lebih kurang pukul sebelas pagi baru settle,last2 kami xpergi keje hari tu amek EL huhu..maaf boss xsengaja. p/s-moral of the story sila periksa tayar kenderaan anda ye :P,jgn tau bawak jer hihihi kan dah kena EL.menjejaskan productivity negara tau.

Meningitis

KUALA LUMPUR, Malaysia - Nearly 450 people have been quarantined at a training academy in Malaysia after meningitis killed one student and sent 19 others to the hospital, an official said Sunday.

Hasan Abdul Rahman, a senior Health Ministry official, said all 334 trainees and 115 staff were quarantined at a traffic officer training academy in southern Malacca state over the weekend.

A trainee in his 20s died from the highly contagious disease Monday, Hasan said. He said the other 19 hospitalized trainees are responding well to the treatment for bacterial meningitis.

He said the situation was under control but that everyone would remain under quarantine for at least five more days. Health officials are also checking on others who have come in contact with the trainees, he said.

Meningitis, which can be caused by a virus or bacteria, is an infection of the fluid that surrounds the spinal cord and brain. Symptoms include fever, headache and joint aches.

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu

Umi ampunkanlah anak mu ini,ku tahu ku bukan anak yg terbaik utkmu.Terlalu byk yg umi korban buat anak2mu........  
She used to be my only enemy and never let me be free
Catching me in places that I knew I should'nt be
Every other day I crossed the line I didn't mean to be so bad
I never thought you would become the friend I never had
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All that you did was love
Mama I love you.Mama I care
Mama I love you . Mama my friend. You're my friend
I didn't want to hear it then but I'm not ashamed to say it now
Every little thing you said and did was right for me
I had a lot of to think about,about the way I usedto be
Never had a sense of my responsibility
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes, all that you did was love
Mama, I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama ,my friend. You're my friend
But now I'm sure I know why,
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All I can give you is love is love
Mama I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama, my friend,You're my friend
Mama, I love you, Mama ,I care
Mama, I love you, Mama, my friend, You're my friend
 
p/s-opps lupe post ini khas utk umi kandung pia dan mak mertua pia.hehehe lupe dah kawin ade 2 mak:P,syukur sangat2 ade mertua yg terbaik dalam dunia. my umi superduper carieer mum coz dulu dia kerja,mak mertua superb housewife and mum.

Ragut Maut

Doa Pelindung Diri, Keluarga Dari Godaan Syaitan & Manusia

"Dengan Nama Allah aku pertahankan diriku dan agamaku, degan nama Allah aku pertahankan kerluargaku hartaku dan anakku. Dengan nama Allah aku pertahankan semua apa yang telah diberikan Tuhan kepadaku. Allah, Allah, Allah, ialah Tuhanku yang tidak aku sekutukan dengan suatu apa saja. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Mulia dan lebih kuasa dari sesuatu yang aku takuti. Ya Allah, aku berlindung pada Engkau dari kejahatan diriku, dan kejahatan syaitan yang menipu dan kejahatan orang mungkir yang kejam. Jika mereka berpaling, katakanlah, cukup Allah tempatku berpegang, kerana itu peliharalah Arasy yang besar."

Boleh dikatakan setiap hari ada berita tentang wanita diragut,sehingga ada yg kehilangan nyawa.Hancur luluh hati pia membaca berita2 ini,Ya Allah ku mohon perlindungan hanya padaMu.

Artikel kes ragut hingga maut sumber dari Kosmo online hari ini

NEGARA RM2 punca ajal Saripah Oleh ZAID MOHD. NOOR dan KHAIRI MOHAMAD berita@kosmo.com.my HASHIMAH (kanan) bersama cucu-cucunya dikunjungi Mohd. Zaki (dua dari kiri) di Tumpat semalam. TUMPAT - Nilai nyawa Saripah Mohd. Noor, 34, dan anak dalam kandungan yang baru berusia tiga bulan hanyalah RM2. Ini kerana ketika kejadian diragut, wanita itu hanya mempunyai wang RM2 dalam beg tangannya. Ibu mangsa, Hashimah Hussin, 54, berkata, sebelum tragedi itu, anak kedua daripada sembilan beradik itu meminjam RM5 daripada seorang menantunya untuk pulang ke rumahnya di Kampung Jel, Repek, Bachok. “Saripah langsung tiada duit sampai minta dengan mak cik tetapi mak cik pun tiada duit. “Dia kemudian pinjam RM5 daripada adik iparnya untuk mengisi minyak motosikal dan membeli makanan,” ceritanya ketika ditemui di Kampung Kok Bedullah dekat sini semalam. Menurut beliau, dalam perjalanan, dia singgah di kedai bagi mengisi minyak motosikal RM3 dan baki RM2 dipercayai untuk membeli makanan disimpan di dalam beg tangannya. Bagaimanapun, kata Hashimah, wang RM2 itu telah menyebabkan dia menemui ajal bersama bayi dalam kandungannya. Cerita wanita itu, Saripah sudah dua minggu tinggal di rumahnya bersama dua orang anaknya iaitu Nurul Akmal Alisa Mat Zani, 6, dan Siti Najwa Mat Zani, 2. Katanya, pada pukul 8.30 pagi kelmarin, Saripah mahu pulang ke rumahnya di Bachok bagi menguruskan pertukaran sekolah anak ketiganya, Syawal Nabil, 8, dari Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Bachok ke salah sebuah sekolah di Tumpat. “Selalunya dia membawa dua orang anaknya itu tetapi entah kenapa semalam (kelmarin) dia minta saya menjaga anak-anaknya,” ujarnya. Tambahnya, anaknya itu kerap berulang-alik dari Bachok ke Tumpat yang perjalanannya sejauh kira-kira 60 kilometer. Jenazah Saripah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kok Bedullah di sini pada pukul 11 malam kelmarin.

Thursday, May 7, 2009

Doa Segala Penawar

Semoga kita tidak dijangkiti Swine Flu AKA influenza A H1N 1 2009 atau Selsema Bab*...Amin. Sumber dari Darul Syifa

Akak... juga yg kena

New company msk utk handle claim staff2 mereka,kerja makin bertambah it's ok Alhamdulillah.Tapi ok ke kalau akak juga nak kena back up benda yg akakkk....tok seh (xreti langsung)nak buat?Aduhai...akak bkn nak berkira dgn company kerja maaaa kena ikhlas.tp task ni sgt2 susah utk belajar,bagi la time aduhhh.LoL ni yg nak sebak2,touching2 ni.... p/s-tibe2 sedar diri dah tua,gelarkan diri akakkkk :P

Tuesday, May 5, 2009

Kisah ajaib influenza A

AMREE AHMAD Seorang budak terselamat di sebalik seluruh penduduk kampungnya di Mexico maut akibat selesema babi hanya kerana satu perkara – suka mencuci tangan yang kotor SETIAP kali muncul apa sahaja musibah dahsyat, kita turut diselitkan dengan beberapa kejadian luar biasa yang dianggap terpencil tetapi unik. Tidak ketinggalan wabak influenza A yang sebelum ini dirujuk sebagai selesema babi atau swine flu.Wabak yang diberi kod H1N1 itu juga mendedahkan sikap berwaspada segelintir masyarakat yang jarang dipedulikan tetapi berjaya menyelamatkan nyawa individu terbabit. Ironinya mereka yang berada di sekeliling insan itu maut dalam keadaan tragis. Antaranya, kisah seorang budak lelaki di sebuah perkampungan di Mexico yang menjadi tumpuan pihak berkuasa sebagai kawasan bermula wabak maut itu. Kampung tersebut menempatkan ladang ternakan babi utama negara berkenaan. Perkara itu sempat diceritakan beberapa krew pesawat MH 095 Penerbangan Malaysia (MAS) dari Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada tengah Hari Jumaat lalu. Kumpulan 18 pramugari Dan pramugara MAS itu memberitahu Kosmo! Ahad, sebelum bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX), media massa di AS bersaing mencari laporan menarik mengenai wabak itu. Kebetulan California antara beberapa negeri di AS yang menjadi tumpuan kerana mencatatkan kes tertinggi influenza A Dan kebetulan berjiran dengan wilayah Baja di Mexico yang teruk terjejas akibat penularan wabak tersebut. Namun satu kisah yang dipaparkan stesen CNN sebaik saja wabak itu mula menjadi berita utama 25 April lalu cukup meruntun perasaan penonton. Pengajaran daripada kisah itu menyebabkan penduduk AS mula mengambil berat soal kebersihan. Seorang pramugara yang memohon namanya tidak disiarkan malah berkata, kisah bagaimana budak itu terselamat di sebalik semua penduduk terkorban menyebabkan syarikat penerbangan mula melaksanakan prosedur pencegahan awal. “Seorang demi seorang penduduk jatuh sakit secara misteri sebelum maut. Aspek kebersihan khasnya penjagaan diri memang tidak diutamakan masyarakat Mexico Dan AS sendiri,” katanya yang kebetulan menonton siaran televisyen tersebut. Hakikatnya wartawan CNN yang menjadi wakil media pertama dibenarkan memasuki kampung itu juga terkejut apabila mendapati kanak-kanak kecil tersebut mampu hidup kerana sikap positifnya dalam menjaga kebersihan terutama tangan. “Dia suka basuh tangan jika mendapati tangannya kotor selepas bermain atau diselaputi habuk apatah lagi setelah menyentuh babi. Budak itu cepat-cepat mencuci kedua-dua tangannya waima kerana menutup hidung selepas bersin atau batuk,” katanya. Akhirnya, budak ‘ajaib’ itu masih hidup Dan disahkan langsung bebas dijangkiti wabak tersebut semasa ditemui pasukan kecemasan Mexico. Mereka hairan Dan menganggap kisah disiplin budak itu sesuatu yang wajar dijadikan pengajaran. Saringan ketat di KLIA Bagaimanapun, langkah pencegahan diambil pihak berkuasa Malaysia sebaik penularan wabak selesema itu di KLIA turut mendapat pujian penumpang warga asing. Mereka bukan sahaja terkejut malah kagum dengan tahap siap siaga negara ini. Jason Smith, 38, yang berkhidmat dengan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) Dan antara lebih 300 penumpang MAS dari Los Angeles mendapati kerajaan Malaysia cukup peka dengan situasi penularan wabak H1N1 itu. “Saya terkejut kerana di Los Angeles kami cuma melalui pengimbas haba badan tetapi di KLIA, kami disaring ketat. Mujurlah petugas di sini cekap bekerja Dan proses pemeriksaan tidak mengambil masa yang terlalu lama,” jelasnya. Pengalaman semasa benua Asia dilanda wabak selesema burung Dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) sedikit masa lalu nyata menjadikan kerajaan Malaysia lebih bersedia. Seorang lagi penumpang, Yusuf Ayub, 30, yang pulang ke Malaysia turut memuji tindakan pantas barisan hadapan KLIA itu bagi memastikan setiap penumpang dari AS berasa selesa Dan yakin mereka tidak membawa wabak maut tersebut. “Di Los Angeles, suasana agak normal seolah-olah tiada apa-apa berlaku namun di KLIA, proses saringan kesihatan menyebabkan para penumpang menyedari bahawa seluruh dunia ‘bertarung’ untuk keluar daripada wabak selesema itu,” katanya. Beliau yang balik selepas dua minggu bercuti di AS juga bangga apabila mendapati setiap krew MAS diberi latihan bagaimana menangani wabak itu di dalam pesawat. Malah bekalan topeng hidung adalah lebih daripada mencukupi.
p/s-Sumber dari Kosmo atas garisan :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (219) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (25) Celebration (105) Cite biase jer (152) Doa (10) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (262) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (67) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)