Ni dia Puan Pia datang nak join contest Kak Ina KL yang pandai masak ni ;)
Siapa-siapa berminat nak turut serta sila ke blog K.Ina
Tarikh tutup 22.10.2010
Header blog penganjur yang penting ade logo nuffnang..cantik kan?
K.Ina ni aktif join aktiviti nuffnang.
Banyak hadiah dia dpt hasil dari join contest2 dari nuffnang ni
Jangan jelous ,nak hadiah kena la usaha macam K.Ina ni
Sejak Pia kenal Blog K.Ina KL yang ngetop ni
Kalau ade mase memang Pia akan komen juge
Akhir-akhir ni rase setiap entry Pia komen ;)
Bagi Pia blog K.Ina sumber inspirasi
Bukan saje dari segi resipi,K.Ina kadang-
kadang ade bagi nasihat,Pia suke.
Boleh dijadikan panduan
Antara resipi dari K.Ina yang Pia dah cuba Kung Pao Chicken Udang Rock and Roll
Sedap,hubby pon suke ;)
Tapi derhaka sikit la hehe
*ayat geng masak K.Ina*
Baru-baru ni
kecoh dunia blog fasal serangan MALWARE
kan.K.Ina ade buat entry sebab serangan
Malware ni.Buat Pia blogger yang zero IT
ni.Entry itu sangat berguna
K.Ina tak lokek kongsi ilmu dan tips blogging
dan mesra.
K.Ina juga rajin balas kunjungan ke
blog Pia yang biasa-biasa ni.
Oh ya,sebelum saya terlupa ini
Gambar taruhannya jeng..jeng..jeng
Ni mase raya -2,dah sampai Kg Hubby
Kat rumah MaK Teh ni,alahai Pia nampak
gumuk la mase ni
Dalam gambar ni,adik-adik sepupu hubby
geng2 FB hehe,lihat la aksi kami ish
Pak Cik Mak Cik sibuk makan
Kami sibuk berposing,terima kasih
Encik SUAMI sudi layang kegilaan
kami yang suke bergambar...
Rasanya cukup sampai disini,harap-harap penyertaan ini dapat cuit perhatian juri :D
Hari ni Pia nak share cerita cinta bukan cintan :D
Bohong la kalau Pia cakap kami ni bahagia sentiasakan
Dalam rumah tangga mesti ade pasang surut nya...
Apa2 pon Pia bersyukur menjadi isteri kepada En Fadzli
Keluarga suami pon tersangat baik dengan Pia
Pia ni moody orang nya,suami sangat simple dan cool
Pia tak pandai nak cerita panjang,jom baca kisah cinta Vee dan Rashidi
bace sampai habis ye,Pia ade ulasan sikit kat bawah ni hehe
CERITA cinta pasangan bahagia Vanidah Imran dan Rashidi Ishak tidak lama. Hanya sekali pandang, Shidi sudah jatuh cinta dengan gadis kelahiran Pulau Pinang itu.
Dalam masa dua minggu ketika kedua-duanya terlibat dalam penggambaran drama Athirah pada tahun hujung tahun 1999, Shidi telah melamar Vee untuk menjadi suri hatinya.
Hanya dalam tempoh setahun iaitu pada 1 Oktober 2000, mereka sah bergelar suami isteri dan sehingga kini secara rasmi perkahwinan yang dibina atas cinta itu sudah masuk tahun ke-10 dilengkapi dengan dua cahaya mata Mikail Aimran, 9, dan Maryam Rashika, 6 tahun.
“Pertama kali bertentang mata dengan Shidi, saya seperti terkena kejutan elektrik dan berkata dalam hati kenapa saya rasa saya kena berkahwin dengan dia,” kata Vee saat pertama kali bersua dengan Shidi.
Shidi pula yang membocorkan rahsianya buat kali pertama mengatakan, dia terpukau dengan kecantikan yang dimiliki oleh Vee saat melihat Vee mencedok kuah kari.
“Masa itu, saya rasa waktu seperti terhenti dan saya asyik melihat dia. Ketika itu saya tahu, saya harus berkahwin dengan dia,” tutur Shidi.
Begitulah rentetan sejarah bahtera perkahwinan antara Shidi dan Vee. Selepas 10 tahun mereka masih dilihat sebagai pasangan yang cukup secocok, malah kemesraan yang diluahkan mereka umpama pasangan pengantin baru.
Baru-baru ini, pada acara ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 telah diadakan di Hotel PNB Darby Park. Majlis tersebut tidak ubah seperti sebuah resepsi perkahwinan yang kecil.
Tidak sekadar meluahkan cinta, memotong kek, malah mereka berdua turut menari berdua dalam penuh romantis di hadapan keluarga, sahabat dan pihak media sambil diiringi lagu syahdu Stand By Me yang merupakan kejutan buat Vee daripada Shidi.
DIRAIKAN. Pasangan Vee dan Shidi turut diraikan oleh Sofea Jane dan AC Mizal serta isterinya, Emylea.
“Bayangkan tujuh bulan sebelum bernikah, saya tidak ada sebarang persembahan. Awal perkahwinan juga begitu tetapi syukur lepas nikah saya dapat tawaran berlakon filem Seri Dewi Malam dan apabila Vee disahkan mengandung anak pertama kami dapat tawaran untuk menjayakan iklan Maggie, sejak itu rezeki kami tidak putus-putus,” cerita Shidi.
Disebabkan mereka berdua tidak mempunyai pekerjaan tetap, kawalan kewangan amat penting untuk menjamin masa depan mereka sekeluarga.
Oleh itu, mereka mengamalkan konsep perkongsian wang dalam satu akaun untuk menanggung segala keperluan kehidupan.
“Saya serahkan semua tanggungjawab soal wang pada Vee kerana dia seorang yang sangat teratur. Duit yang kami peroleh kami akan kongsi, itu yang kami amalkan sejak awal perkahwinan sehingga hari ini,” tutur Shidi.
Selain itu sifat saling percaya antara pasangan juga penting untuk mengekalkan keutuhan rumah tangga.
Dugaan buat artis seperti mereka lebih besar berbanding orang biasa yang tidak dikenali ramai. Jelas Vee dan Shidi petua yang dipegang adalah tiada rahsia antara mereka berdua.
“Kami percaya antara satu sama lain, saya tahu Vee orangnya macam mana. Bila rakan-rakan tanya saya tidak rasa cemburu lihat isteri berlakon dengan lelaki lain?
“Sebagai lelaki memang saya cemburu tetapi bagi saya, dia seorang yang menjaga diri serta statusnya sebagai seorang ibu dan isteri. Jadi isu cemburu tidak perlu timbul kerana mula-mula saya kenal dia, dia sudah jadi pelakon dan saya tidak mahu sekat kerjayanya selepas kami berkahwin.
“Jika dia dapat skrip yang agak menyentuh sensitiviti kami sekeluarga dia akan duduk berbincang dengan saya terlebih dahulu,” beritahu anak ketiga daripada empat beradik itu lagi.
Vee juga menceritakan hal yang sama. Meskipun kedua-duanya sibuk dan sering berada di set penggambaran yang berbeza itu bukanlah alasan untuknya berahsia dengan suaminya.
“Setiap kali kalau ada lelaki minta nombor telefon dan saya tidak boleh elak untuk memberinya, saya akan beritahu Shidi. Bila lelaki itu hubungi saya, saya suruh Shidi yang jawab.
“Sebenarnya kerjaya sebagai artis lagi susah nak berlaku curang dengan pasangan sebab orang kenal kami. Kalau sekali orang nampak, berita itu akan tersebar dengan cepatnya,” terang Vee lagi.
Berubah
KELUARGA bahagia. Vee menari dengan anak lelakinya, Mikail, sementara Shidi mendukung Maryam.
Tambah Vee sepanjang bergelar suri kepada Shidi, dia banyak diubah oleh Shidi untuk menjadi insan yang lebih baik dan saling melengkapi antara satu sama lain.
“Saya orangnya panas baran dan Shidi pula orang jenis yang diam, rileks dan ikut sahaja rentak saya. Bila orangnya macam itu, saya tidak pernah tinggi suara dengannya. “Kalau kami bergaduh macam mana pun, sejak awal perkahwinan kami buat undang-undang tidak akan panggil nama masing-masing. Sebaliknya kekal dengan panggilan sayang walaupun tengah bergaduh,” ucap Vee dalam tawa.
Beritahu Pelakon Wanita Terbaik FFM 20 lalu menerusi filem The Red Kebaya itu lagi ketika dia bernikah dahulu, Datuk Jalaluddin Hassan pernah berpesan mereka berdua harus tabah kerana banyak ujian Allah yang akan menguji kami.
“Memang benar dalam perkahwinan ujiannya pelbagai, kalau tidak kami, anak-anak pula. Jadi dalam sebuah perkahwinan komunikasi itu harus sentiasa ada. Kami juga selalu bergurau untuk merapatkan hubungan kami.
“Walaupun dalam hati saya takut kerana melihat banyak rakan artis yang bercerai, saya berdoa supaya rumah tangga kami kekal sehingga ke akhir hayat,” ucap Vee penuh harapan.
Dalam artikel ni,yang Pia buat kaler merah tu la yang buat Pia teruja nak buat entry ni
Pia dengan suami tak buat undang-undang la...cume Pia dan suami dalam hati sendiri
rase macam tak sanggup nak panggil name walupon tengah berselisih faham atau gaduh ;)
Entry ini bukan dengan niat menunjuk atau menjaja perihal rumah tangga kami
Harap boleh dijadikan tips?mungkin??Terpulang pada anda untuk menilai
Yang buruk itu Pia,yang baik lagi indah dari Allah
kalau ikut cerita dongeng zaman dulu kala, Sang Kelembai mempunyai kuasa yg boleh sumpah orang jadi batu.
Sang Kelembai kalau tegur apa apa benda terus jadi batu, dia ni pantang ja bunyi bising nanti dia akan tegur so benda tu nanti jadik keras belaka,sebab tu tak de orang nak kawan dengan dia. cian.....
Walaupun takde sinopsis penuh tapi dari gambaran agak2 jalan cerita boleh le nak cerita sikit..
Siti Ratna ialah anak kepada saintis (Eizlan Yusof ) yang sangat minat mengkaji tumbuh-tumbuhan dan selalu masuk ke dalam hutan untuk buat kajian.Sebab tu kot dian kenal orang bunian(Jamine Hamid)lepas tu kawin dapat Siti Kelembai.
Bapa bunian(Dewa Kelembai) tak suke,dia sumpah nanti mereka tak bahagia
Tup2 Eizlan Yusof dah jadi bapa tunggal dan dia cuma tinggal dengan Siti(Yana)dah besar
Drama Siti Kelembai di slot lagenda yang baru ni banyak aksi aksi komedi dan watak Siti dan kawan baiknya di kolej iaitu Moin (lakonan Fizo Omar ) yang macam lurus tu agak lucu jugak le. Moin sebenarnya menaruh hati kat Siti ni.
Tiba-tiba Siti ni dapat kuasa luar biasa dan perwatakan Siti pun dah berubah dan dia tak lurus bendul dan tak makeup dressing yang ya ampun over!
Pelakon dalam Drama Siti Kelembai; Fizo Omar, Yana Samsudin, Putri Mardiana, Bob Lokman, Cat Farish Eizlan Yusof,
Ini la gazet yang buat hati Pia tertawan,lagu apa yek?
Malam tadi sempat lari p umah umi nak tengok Siti Kelembai ni
hehehe
Ni boleh join kelab artis bermasalah,Paris Hilton..Lindsay Lohan
Singer George Michael has been charged with possession of cannabis and driving while unfit through drink or drugs, London's Metropolitan Police Service said Thursday.
Michael, 47, was released on bail and told to appear at Highbury Corner Magistrates Court in north London on August 24, police said.
Police did not say what led to the arrest, but Michael -- whose real name is Georgios Panayiotou -- was widely reported to have been involved in an accident in the early hours of July 4, in which he allegedly crashed his car into a north London photo shop.CNN
In the 25th season premiere, Oprah gave her 300 Ultimate Viewers the surprise of their lives. "You're going to Australia! We are going to Australia! You and you and you are going to Australia." Watch Oprah's big announcement—and the audience's ultimate reaction." Oprah.com
Tragedi hari raya,Al-Fatihah
Semoga anak2 dan keluarga
arwah tabah menghadapi ujian ini
KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.
Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.
Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.
Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.
Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.
Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.
“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.
Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.
Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.
Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.
Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.
Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.
InsyAllah Jumaat raya la kita,penyimpan mohor besar raja dah umum tadi
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah mengumumkan tarikh 1 Syawal bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat 10 Sept 2010 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.