Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 29, 2010

Lebih Kilo

Berat Blog Pia TERLEBiH 17.36 kilo hehehe



Sama macam tuan dia,berat badan terlebih (T_T)

Nanti nak touch UP lagi,bagi lagi ringan

AMARAN-Berat badan tuan blog..usah ditanya :D

Tuesday, September 28, 2010

Keyword Comel

Macam name blog Pia hehe





Ops,sorry terperasan lak =))

Gambar open house,jamuan raya kat

Office tak transfer lagik.

Nanti ye...

Malam tadi tido awal,bgs untuk

kesihatan hehe....

Alhamdulillah celik mata awal

dapat sedia kan sarapan untuk

suami tersayang,yeyyyy...

Monday, September 27, 2010

Gembira dalam sedih

Gembira sebab kat pejabat pia sekarang ni ade jamuan hari raya


Tiba2 sedih pulak,dalam ramai rase macam tak siapa2 pula..hehe

emo la pula


Dan lagi 1,sob..sob camera digital yang hubby belikan
ada problem lah.

mase snap2 pagi2 tadi ok jer,start pukul 10 lebih camera terus


Pic terang sangat,lepas tu gambar ade garis2 kenapaaaaaaa huk2

Saturday, September 25, 2010

BE sayang dah muncul!! :)

Check statistic kat Nuffnang tadi..walaupon ape la sangat yang ado kat blog Pia ni kan eheheh

Alhamdulillah,wee huu~ BE sayang muncul kembali

Hari tu BE sayang hilang,terasa bagai "pernah dulu ku fikir kan tanpa BE tak mengapa.Bila BE tiada ku rasakan tak berseri dunia blog.




Sayang,sayang BE sudi muncul kembali.Thanks NUFFNANG!!U guys simply the best!!


A Big thank you from me

Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) Kak Ina KL

Ni dia Puan Pia datang nak join contest Kak Ina KL yang pandai masak ni ;)

Siapa-siapa berminat nak turut serta sila ke blog K.Ina
Tarikh tutup 22.10.2010



Header blog penganjur yang penting ade logo nuffnang..cantik kan?
K.Ina ni aktif join aktiviti nuffnang.
Banyak hadiah dia dpt hasil dari join contest2 dari nuffnang ni
Jangan jelous ,nak hadiah kena la usaha macam K.Ina ni


Sejak Pia kenal Blog K.Ina KL yang ngetop ni
Kalau ade mase memang Pia akan komen juge
Akhir-akhir ni rase setiap entry Pia komen ;)

Bagi Pia blog K.Ina sumber inspirasi
Bukan saje dari segi resipi,K.Ina kadang-
kadang ade bagi nasihat,Pia suke.
Boleh dijadikan panduan

Antara resipi dari K.Ina yang Pia dah cuba
Kung Pao Chicken
Udang Rock and Roll
Sedap,hubby pon suke ;)
Tapi derhaka sikit la hehe
*ayat geng masak K.Ina*

Baru-baru ni
kecoh dunia blog fasal serangan MALWARE
kan.K.Ina ade buat entry sebab serangan
Malware ni.Buat Pia blogger yang zero IT
ni.Entry itu sangat berguna

K.Ina tak lokek kongsi ilmu dan tips blogging
dan mesra.
K.Ina  juga rajin balas kunjungan ke
blog Pia yang biasa-biasa ni.

Oh ya,sebelum saya terlupa ini

Gambar taruhannya jeng..jeng..jeng
Ni mase raya -2,dah sampai Kg Hubby
Kat rumah MaK Teh ni,alahai Pia nampak
gumuk la mase ni
Dalam gambar ni,adik-adik sepupu hubby
geng2 FB hehe,lihat la aksi kami ish

Pak Cik Mak Cik sibuk makan
Kami sibuk berposing,terima kasih
Encik SUAMI sudi layang kegilaan
kami yang suke bergambar...

Rasanya cukup sampai disini,harap-harap penyertaan ini dapat cuit perhatian juri :D

Akhir kata

Contest- Gambar  Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) anjuran bersama
Eyriqazz , Beautifulnara ,Nurazzah dan darkbatman

“DiGi iPhone 4 Me”.

I want an iPhone 4 from DiGi so bad because





only iPhone with Digi will complete my way of communication with style !



Friday, September 24, 2010

Nak tahu tak persamaan Pia,Fadzli habib ku dengan Vanidah dan Rashidi?

Salam Jumaat

Mood hari ni "can u feel the magic in the air" :)

Maaf la citer artikel lagi,harap jangan bosan

Hari ni Pia nak share cerita cinta bukan cintan :D

Bohong la kalau Pia cakap kami ni bahagia sentiasakan

Dalam rumah tangga mesti ade pasang surut nya...

Apa2 pon Pia bersyukur menjadi isteri kepada En Fadzli

Keluarga suami pon tersangat baik dengan Pia

Pia ni moody orang nya,suami sangat simple dan cool

Pia tak pandai nak cerita panjang,jom baca kisah cinta Vee dan Rashidi

bace sampai habis ye,Pia ade ulasan sikit kat bawah ni hehe






CERITA cinta pasangan bahagia Vanidah Imran dan Rashidi Ishak tidak lama. Hanya sekali pandang, Shidi sudah jatuh cinta dengan gadis kelahiran Pulau Pinang itu.

Dalam masa dua minggu ketika kedua-duanya terlibat dalam penggambaran drama Athirah pada tahun hujung tahun 1999, Shidi telah melamar Vee untuk menjadi suri hatinya.

Hanya dalam tempoh setahun iaitu pada 1 Oktober 2000, mereka sah bergelar suami isteri dan sehingga kini secara rasmi perkahwinan yang dibina atas cinta itu sudah masuk tahun ke-10 dilengkapi dengan dua cahaya mata Mikail Aimran, 9, dan Maryam Rashika, 6 tahun.

“Pertama kali bertentang mata dengan Shidi, saya seperti terkena kejutan elektrik dan berkata dalam hati kenapa saya rasa saya kena berkahwin dengan dia,” kata Vee saat pertama kali bersua dengan Shidi.

Shidi pula yang membocorkan rahsianya buat kali pertama mengatakan, dia terpukau dengan kecantikan yang dimiliki oleh Vee saat melihat Vee mencedok kuah kari.

“Masa itu, saya rasa waktu seperti terhenti dan saya asyik melihat dia. Ketika itu saya tahu, saya harus berkahwin dengan dia,” tutur Shidi.

Begitulah rentetan sejarah bahtera perkahwinan antara Shidi dan Vee. Selepas 10 tahun mereka masih dilihat sebagai pasangan yang cukup secocok, malah kemesraan yang diluahkan mereka umpama pasangan pengantin baru.



Baru-baru ini, pada acara ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 telah diadakan di Hotel PNB Darby Park. Majlis tersebut tidak ubah seperti sebuah resepsi perkahwinan yang kecil.

Tidak sekadar meluahkan cinta, memotong kek, malah mereka berdua turut menari berdua dalam penuh romantis di hadapan keluarga, sahabat dan pihak media sambil diiringi lagu syahdu Stand By Me yang merupakan kejutan buat Vee daripada Shidi.

DIRAIKAN. Pasangan Vee dan Shidi turut diraikan oleh Sofea Jane dan AC Mizal serta isterinya, Emylea.

“Bayangkan tujuh bulan sebelum bernikah, saya tidak ada sebarang persembahan. Awal perkahwinan juga begitu tetapi syukur lepas nikah saya dapat tawaran berlakon filem Seri Dewi Malam dan apabila Vee disahkan mengandung anak pertama kami dapat tawaran untuk menjayakan iklan Maggie, sejak itu rezeki kami tidak putus-putus,” cerita Shidi.
Disebabkan mereka berdua tidak mempunyai pekerjaan tetap, kawalan kewangan amat penting untuk menjamin masa depan mereka sekeluarga.
Oleh itu, mereka mengamalkan konsep perkongsian wang dalam satu akaun untuk menanggung segala keperluan kehidupan.
“Saya serahkan semua tanggungjawab soal wang pada Vee kerana dia seorang yang sangat teratur. Duit yang kami peroleh kami akan kongsi, itu yang kami amalkan sejak awal perkahwinan sehingga hari ini,” tutur Shidi.
Selain itu sifat saling percaya antara pasangan juga penting untuk mengekalkan keutuhan rumah tangga.
Dugaan buat artis seperti mereka lebih besar berbanding orang biasa yang tidak dikenali ramai. Jelas Vee dan Shidi petua yang dipegang adalah tiada rahsia antara mereka berdua.
“Kami percaya antara satu sama lain, saya tahu Vee orangnya macam mana. Bila rakan-rakan tanya saya tidak rasa cemburu lihat isteri berlakon dengan lelaki lain?
“Sebagai lelaki memang saya cemburu tetapi bagi saya, dia seorang yang menjaga diri serta statusnya sebagai seorang ibu dan isteri. Jadi isu cemburu tidak perlu timbul kerana mula-mula saya kenal dia, dia sudah jadi pelakon dan saya tidak mahu sekat kerjayanya selepas kami berkahwin.
“Jika dia dapat skrip yang agak menyentuh sensitiviti kami sekeluarga dia akan duduk berbincang dengan saya terlebih dahulu,” beritahu anak ketiga daripada empat beradik itu lagi.
Vee juga menceritakan hal yang sama. Meskipun kedua-duanya sibuk dan sering berada di set penggambaran yang berbeza itu bukanlah alasan untuknya berahsia dengan suaminya.
“Setiap kali kalau ada lelaki minta nombor telefon dan saya tidak boleh elak untuk memberinya, saya akan beritahu Shidi. Bila lelaki itu hubungi saya, saya suruh Shidi yang jawab.
“Sebenarnya kerjaya sebagai artis lagi susah nak berlaku curang dengan pasangan sebab orang kenal kami. Kalau sekali orang nampak, berita itu akan tersebar dengan cepatnya,” terang Vee lagi.

Berubah

KELUARGA bahagia. Vee menari dengan anak lelakinya, Mikail, sementara Shidi mendukung Maryam.

Tambah Vee sepanjang bergelar suri kepada Shidi, dia banyak diubah oleh Shidi untuk menjadi insan yang lebih baik dan saling melengkapi antara satu sama lain.
“Saya orangnya panas baran dan Shidi pula orang jenis yang diam, rileks dan ikut sahaja rentak saya. Bila orangnya macam itu, saya tidak pernah tinggi suara dengannya.
“Kalau kami bergaduh macam mana pun, sejak awal perkahwinan kami buat undang-undang tidak akan panggil nama masing-masing. Sebaliknya kekal dengan panggilan sayang walaupun tengah bergaduh,” ucap Vee dalam tawa.
Beritahu Pelakon Wanita Terbaik FFM 20 lalu menerusi filem The Red Kebaya itu lagi ketika dia bernikah dahulu, Datuk Jalaluddin Hassan pernah berpesan mereka berdua harus tabah kerana banyak ujian Allah yang akan menguji kami.
“Memang benar dalam perkahwinan ujiannya pelbagai, kalau tidak kami, anak-anak pula. Jadi dalam sebuah perkahwinan komunikasi itu harus sentiasa ada. Kami juga selalu bergurau untuk merapatkan hubungan kami.
“Walaupun dalam hati saya takut kerana melihat banyak rakan artis yang bercerai, saya berdoa supaya rumah tangga kami kekal sehingga ke akhir hayat,” ucap Vee penuh harapan.



Dalam artikel ni,yang Pia buat kaler merah tu la yang buat Pia teruja nak buat entry ni

Pia dengan suami tak buat undang-undang la...cume Pia dan suami dalam hati sendiri

rase macam tak sanggup nak panggil name walupon tengah berselisih faham atau gaduh ;)

Entry ini bukan dengan niat menunjuk atau menjaja perihal rumah tangga kami

Harap boleh dijadikan tips?mungkin??Terpulang pada anda untuk menilai

Yang buruk itu Pia,yang baik lagi indah dari Allah

Thursday, September 23, 2010

Shahir AF8 kemalangan dan kisah Shahir SMS Rozita Che' Wan

Syukurla Shahir selamat,berita ade link kat bawah ye



Tak tau pula ade cite Shahir dengan Rozita ehehe

Cian,kete baru lagi..Fairlady tu



myMetro | Shahir terselamat dalam kemalangan


gAmBaR Google

Wednesday, September 22, 2010

Sedih..Sob..sob..sob

Nak nanges huhu

tak de orang tegur pon template baru Pia,hehe :P

Bukan nak cakap pasal tu sebenar nya

Pia sedey ni,kat gambo tu yang pia bulatkan



Pia memang tak pandai bab coding2 ni

Template pon guna ape yang blogger ni je ha

Ikon Nuffnang jadi macam pelik jer

Tak cantik,tak de warna Biru macam dulu

Ke Pia pakai pelangi Nuff jadi macam tu?

Terima kasih




terima kasih yang tak terhingga sudi komen dan mengunjungi blog pia ni



Anda semua memang MANIS.....Terima kasih yang tak terhingga sudi datang

ke ruang cerita alam maya Pia

U know who u are :)

Tuesday, September 21, 2010

Siti Kelembai

Siti Kelembai dah bermula!!!!Comel la Yana ni

Hubby Pia tau dongeng Sang Kelembai,Pia tak tau

Hubby Pia citer Sang Kelembai ni kan

kalau ikut cerita dongeng zaman dulu kala, Sang Kelembai mempunyai kuasa yg boleh sumpah orang jadi batu.

Sang Kelembai kalau tegur apa apa benda terus jadi batu, dia ni pantang ja bunyi bising nanti dia akan tegur so benda tu nanti jadik keras belaka,sebab tu tak de orang nak kawan dengan dia. cian.....


Walaupun takde sinopsis penuh tapi dari gambaran agak2 jalan cerita boleh le nak cerita sikit..

Siti Ratna ialah anak kepada saintis (Eizlan Yusof ) yang sangat minat mengkaji tumbuh-tumbuhan dan selalu masuk ke dalam hutan untuk buat kajian.Sebab tu kot dian kenal orang bunian(Jamine Hamid)lepas tu kawin dapat Siti Kelembai.

Bapa bunian(Dewa Kelembai) tak suke,dia sumpah nanti mereka tak bahagia


Tup2 Eizlan Yusof dah jadi bapa tunggal dan dia cuma tinggal dengan Siti(Yana)dah besar

Drama Siti Kelembai di slot lagenda yang baru ni banyak aksi aksi komedi dan watak Siti dan kawan baiknya di kolej iaitu Moin (lakonan Fizo Omar ) yang macam lurus tu agak lucu jugak le. Moin sebenarnya menaruh hati kat Siti ni.

Tiba-tiba Siti ni dapat kuasa luar biasa dan perwatakan Siti pun dah berubah dan dia tak lurus bendul dan tak makeup dressing yang ya ampun over!

Pelakon dalam Drama Siti Kelembai; Fizo Omar, Yana Samsudin, Putri Mardiana, Bob Lokman, Cat Farish Eizlan Yusof,








Ini la gazet yang buat hati Pia tertawan,lagu apa yek?

Malam tadi sempat lari p umah umi nak tengok Siti Kelembai ni
hehehe



Monday, September 20, 2010

Seindah Biasa-Siti Nurhaliza

Salam ,selamat sejahtera pada semua
moga berbahagia :)

Hari ini isnin,ramai dah kembali kepada rutin
asal.

Pia syok dpt bermalas-malasan sikit minggu
lepas...

Ok la tu sampai bila nak bermalas-malas

Mood raya masih bersisa kan??

Tak pe,tak pe jangan kerut,muke ketat
dihari isnin yang indah ini(ecece konon)

Happy working pada yang berkejaya

jadikan hari isnin kita Seindah Biasa!

Suri rumah pon kerjaya juge,indah tu


Pia tujukan lirik lagu ni khas untuk  semua
wah,berangan jadi DJ

Tak penah dibuat orang tujukkan lirik :P


Gambar cantik dari FB rasmi Dato Siti,cantiknya isteri Dato K ni



Jalan pernah takut ku tinggalkan

Saat bintang tak mampu lagi berdendang

Saat malam menjadi terlalu dingin

Hingga pagi tak seindah biasanya


Takkan mungkin kita bertahan

Hidup dalam bersendirian

Panas terit hujan badai

Kita lalui bersama



Saat hilang arah tujuan

Kau tahu ke mana berjalan

Meski terang meski gelap

Kita lalui bersama



Ku tak bisa merubah yang telah terjadi

Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik

Agar kita tak pernah menjadi jauh

Meski beza dermaga untuk kita berlabuh


Pernah kita jatuh

Mencuba berdiri

Menahan sakit dan menangis

Tapi erti hidup lebih dari itu

Dan kita mencuba melawan

Sunday, September 19, 2010

Sultan Brunei

Antara pemimpin dunia yang Pia kagumi :)

tapi bukan bermakna pemimpin negara sendiri



Pia tak pandang ye.



Pia sangat adore dengan cara pemerintahan YM Sultan



SEARCH di Facebook,jumpe Page

H.M. Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah


mungkin bukan yang rasmi,tak ape lah

Pia "LIKE" juge

dan lagi 1 sebab kenapa Pia buat entry ini

penyumbang keyword ,11 hit untuk minggu ni

Kematian tragis rakan Dato' Sosilawati ditemui tergantung

Utusan Malaysia Online - Jenayah


Al-Fatihah

Friday, September 17, 2010

M.Rajoli Meninggal Dunia 10.45 Malam tadi

mStar Online : M.Rajoli Meninggal Dunia Malam Ini

Al-Fatihah






Pic dan surah from Google

:'(

BE sayang tolong muncul kembali yek

Oh Nuffy ku cayunk


Sejak semalam BE kesayangan telah ghaib

Sebelum tu comel yer ade 1 lagi colum BE





Setelah Pia enjoy akan BE itu sejak beberapa
waktu..tak ingat ehehe :D


Pia berharap BE akan muncul lagi ye,mungkin kah?Pelishhhhh

myMetro | Kes Dato' Sosilawati: Erni tekad teruskan legasi perniagaan ibu

Tabahkan hati wahai anak-anak Arwah Dato Sosilawati.berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.

Erni,kanan (hadapan),kuatkan semangat teruskan perjuangkan empayar ibu mu

myMetro Kes bunuh Sosilawati: Erni tekad teruskan legasi perniagaan ibu


Gambar google

p/s-maaf keputusan DNA belum keluar,dah saya menggunakan perkataan arwah.

Al-Fatihah

Siti Nurhaliza mengandung?

Mula-mula Pia nak mohon maaf jika entry ni menyinggung perasaan mana2 pihak

Pia hanya nak kongsi cerita yang menarik perhatian diri sendiri

Pia pergi jalan2 tadi,cerita tentang Dato Siti diblog ni

Gambar dari Fb rasmi Tok Ti


Amin2...

Jika benar,bertambah berseri rumah tangga Dato Siti



p/s-Pia juge sedang berusaha,semoga Allah kabulkan impian ku dan suami..Amin

Thursday, September 16, 2010

'Raya Sakan Contest by Insan Tinggi'

Yeahhhh,here Kak Pia come Zack!!!




Pia jemput sakan ni,meh la join?Sila klik kat sini ya

untuk maklumat selanjutnya,peraduan hingga

30 Sept 2010,hurry-hurry!!!Mari-mari

"menyakankan" diri dalah contest ini,ehehe

Tema contest SAKAN na....



Hari raya adalah hari yang sangat istimewa

dah tua2 ni kan,teruja nak beraya lain sikit dah

Tapi sambut sakan tetap sakan betul tak?

Saat ini la yang sibok memanjang 365/366 tahun lompat

boleh berjumpa,dan juge rehat sikit2 kan?

Mane boleh rehat terbongkang aje 1 hari

ramai datang umah.ye ke tidak tuan2 puan2?

Tahun ni Pia dan adik2 perempuan menYakan kan

diri kami dengan busana rekaan khas dari umi

yang kami  kami  cintai..tadaaaa

Songket biase je


material kami beli kat Jakel,murah ajer berbaloi2

tak perlu berbelanja mahal untuk beraya Sakan

Ramai yang suke teman sedondon kan?

Sedondon tak semestinya kena betul2 sama

dari segi tona warna dan atau fabrik

Kami buat kelainan sedikit pada tahun ini

Sedondon hanya dari segi corak pada kain

Bagaimana?sakan tak Pia?ehehe



Akhir kata

terima kasih penganjur

Selamat menhadiri Open House dengan sakan ye teman2 :)

Wednesday, September 15, 2010

Singer George Michael arrested in London

Ni boleh join kelab artis bermasalah,Paris Hilton..Lindsay Lohan




Singer George Michael has been charged with possession of cannabis and driving while unfit through drink or drugs, London's Metropolitan Police Service said Thursday.

Michael, 47, was released on bail and told to appear at Highbury Corner Magistrates Court in north London on August 24, police said.

Police did not say what led to the arrest, but Michael -- whose real name is Georgios Panayiotou -- was widely reported to have been involved in an accident in the early hours of July 4, in which he allegedly crashed his car into a north London photo shop.CNN

Kaya susah,miskin pon susah

p/s-betul G M ni ga*?

Siti Kelembai

Cuti2 raya ni Pia sempat layan TV

terpandang 1 gazet yang bakal ganti

Ular Emas slot Lagenda diTV3

Siti Kelembai



Hati Pia dah tertawan sangat ni

tambahan pulak dalam gazet tu

backgorund lagu tradisional,enak halwa telinga

pelakon utama Norliana Shamsudin

si Wawa ni Adnan Sempit ni ehehe.

Comel kan dia

Picture Google

Tuesday, September 14, 2010

Oprah kelass !!

"Trip of a Lifetime


In the 25th season premiere, Oprah gave her 300 Ultimate Viewers the surprise of their lives. "You're going to Australia! We are going to Australia! You and you and you are going to Australia." Watch Oprah's big announcement—and the audience's ultimate reaction." Oprah.com


tadi tengok berita,ade fasal Oprah

Pia kenal Oprah dari kecik lagi,

walaupon tak pernah berpeluang

ikut talk show dia secara konsisten

kenal la juge Talk show dia ni

well siapa tak kenal Oprah kan

Oprah ada empayar sendiri kagum!

show dia pon bakal tamat tak lama lagi
 
Oprah buat suprise lagi dulu dia pernah

bagi hadiah kereta sorang sebiji kat

penonton di studio ...bestnya!!

Pilot dia John Travolta gitew

Sunday, September 12, 2010

Mayat Dato' Sosilawati dibakar di ladang ayam

Tragedi hari raya,Al-Fatihah
Semoga anak2 dan keluarga
arwah tabah menghadapi ujian ini



KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.

Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.

Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.

Sumber berita Kosmo Online

Saturday, September 11, 2010

1 Syawal 1431

Salam 1 Syawal semua

Syukur Alhamdulillah kita masih diberi kesihatan dan peluang untuk meraikan
hari kemenangan umat islam setelah sebulan berpuasa.

Disini Pia nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Mohon maaf jika ada tersilap kata atau tingkah laku sepanjang Pia berblogging

Berhati2 kemana saja destinasi cinta yang kita hendak tuju nanti ye

Sedikit gambar Syawal 2010



our third year Alhamdulillah

Mohon maaf,time snap sudah senyum
Dengan umi

Abah



Adik2 perempuan

baju raya jahitan umi

Wednesday, September 8, 2010

Jumaat raya di Malaysia..Salam Aidilfitri

Alhamdulillah

InsyAllah Jumaat raya la kita,penyimpan mohor besar raja dah umum tadi
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah mengumumkan tarikh 1 Syawal bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat 10 Sept 2010 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.


Sumber berita TV3 dan gambar-Google

Tuesday, September 7, 2010

Pertemuan kali-2 dan Ucapan

Semalam kan....Pia kan.... ehehe gedik pulak
laporan ade disini

oh ya,hari lebaran kian menjelma,ni kira unofficial punya ucapan nanti nak buat entry lagi

Pia nak ucapkan Salam Aidilfitri buat anda yang sedar akan kewujudan ucapan ini

Terutamanya pada yang sudi singgah blog picisan Pia ini :),para pengikut setia ecece

Mohon maaf jika ada kata-kata atau perbuatan yang mengguris perasaan anda diblog ini

Sesungguhnya Yang baik itu dari Allah,yang buruk dari Hambanya yang hina ini

Monday, September 6, 2010

Tak Sangka,tudung Serbia...

Pia terkejut dengar berita kehilangan Datuk Sosilawati kat Buletin Utama malam tadi


Saje nak sharekat blog,tak sangka keyword kehilangan Datuk Sosilawati

menyumbang trafik yg agak tinggi untuk blog cabok Pia ni.




05.09.2010-Sejarah ni




Ade lagi satu keyword mencuri perhatian ku,u all perasan tak?hehehe
Tudung Serbia

Macam mane rupe fesyen tu agaknya?cengini kah rupenya =))


ampun Tok Ti,jgn marah saya gurau jer


Gambar dari Pak cik Google

Sunday, September 5, 2010

Pengasas Kosmetik Nouvelles Visages (NV) Sdn Bhd Hilang

Datuk Sosilawati Lawiya dilaporkan hilang sejak 30 ogos lalu,beliau dipercayai hilang bersama peguam dan pemandu.Semoga mereka selamat

Sumber Buletin Utama TV3



Gambar dari Google

Saturday, September 4, 2010

Apa Yang Saya Beli Warehouse Clearance Sale,Dodol?

Esok last day!
Siang tadi Pia pegi Shamelin,teman umi dan adik hanta baju kat kawan umi

Kat area situ ade banyak Warehouse Clearance Sale

Sementara umi cit cat,Pia dan adik lari ke Bonita/Elianto
Warehouse Clearance Sale.

Saje jer tengok2,penah pergi last year sedar tak sedar dah 2 kali
pegi warehouse sale Bonita Elianto ni.Last year ade beli tuala,aksesori....dan


ini antara hasil tahun lepas,Pia beli shades ni RM10


Eye shadow Elianto ade yang dijual semurah RM1!Pandai2 la pilih

Cadar Akemi pon ade jual,cantik2 lagi dengan harga yang murah
ade yang dari seratus lebih jadi rm25

Langsir siap jahit pon ade,kena pandai pilih harga yg Pia perasan RM59.90

Tahun ni Pia just beli ni,ehehe citer dodol ?sambung bace ye :)


alas untuk lap kaki jer ehehe ,RM8

Alang2 sampai area Cheras ni,Umi ajak singgah umah Bapa saudara Pia

Adik umi,Pak Cik tak de umah dia kerja hari ni

Mak Cik dengan kawan2 dia kebetulan nak mula kacau dodol

seronoknya :)

Satu kuali kecik


Satu lagi kawah besau,kuantiti same je kot.jenuh nak mengacau dodol hehe

Friday, September 3, 2010

Majlis Berbuka Puasa

Al-Kisah Jumaat minggu lepas,

ade majlis berbuka puasa anjuran

top management,terima kasih boss :)

Majlis berbuka kat Vistana Hotel

makanan banyak not bad makan free

jangan banyak bunyi ok Pia!ehehe

Kawasan tumpuan Kamben Panggang!!!Q panjang!

sempat la merasa,yum2 lembut dagingnya dipanggang

yang penting tak de bau,bertambah selera

Gambar hanya ini yang mampu,

sibuk makan,mengewakan (T.T)

Tahun lepasnya majlis gambar lagi

meriah pakai tipon je,nak tengok kat sini

dah ade Digi Cam malas lak nak snap

pandan muke kan dah menyesal

Pia suke bergambar,tapi kadang cengini la jadinya senyum cemek


Pasan jap

Kami dah tawen :)

eeeee,tunjuk gigi



Maaf gambar terpakse diblurkan,ade yang low profile kekekeh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (219) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (25) Celebration (105) Cite biase jer (152) Doa (10) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (262) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (67) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)