Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 27, 2011

Happy Birthday Pak Cik Google

Terperasan ni tadi

hari tak sempat nak hapdate

So citer pasal ni je la ye



Dah sekolah menengah dah google ni :P

Zaman sekarang ni ayat yang sering terpacul
dimulut kita jika mencari sesuatu info

"Ala engko Google je nanti jumpe la apa yg ko nak cari" hehehe

Monday, September 26, 2011

Baby Baby Baby oooo like!!

Assalammualaikum auntie2,uncle2 hehehe

minggu lepas sibuk ke pg kenduri ,open house semua?

terima kasih pada kawan2 jemput,rase dihargai :)

dalam pada tu Pia sempat ikut hubby jumpe baby Ahmad Asyaf Hanzalah
lagi

Oh Asyaf makin comel putih,manja tak kisah pon auntie dukung yeyy!!!

mak cik pia bushukk hihihi
nom nom nom
alolo pandai ye
tengok auntie ke Asyaf?
dah nantok
comel sangat!!geram!

dah sleeping handsome (baby boy kan)heheh



fairy notes-pia mc hari ni,demam

Friday, September 23, 2011

Apa yang istimewa pantai ni

Pantai burka di Albania


SPILLE - Sebuah kawasan di sebuah pantai di sini diberi jolokan pantai burka kerana ia dikhaskan untuk wanita Muslim yang tidak memakai bikini.

BEBERAPA wanita memakai burka mandi di sebuah pantai di Spille, Albania pada bulan lalu.



Ia terletak di barat daya Tirana di Albania dan beberapa meter dari kawasan pantai yang membenarkan wanita berjemur dan berenang dengan memakai bikini.

Pantai tersebut merupakan satu-satunya pantai yang dikhaskan untuk wanita Muslim berenang dan bermain air laut dengan memakai burka.

Kira-kira dua pertiga daripada penduduk Albania merupakan penduduk Muslim. - AFP Kosmo

Thursday, September 22, 2011

Denda pelanggan tak habis baki makanan

Bagus juga buat macam ni
RIYADH - Sebuah restoran di Arab Saudi mendenda pelanggan mereka yang memesan makanan yang berlebihan tetapi gagal untuk menghabiskannya.
Semenjak pendekatan tersebut dilakukan, beberapa pelanggan di Restoran Marmar di Damman itu telah dikenakan bayaran mengikut jumlah baki makanan yang tertinggal di dalam pinggan mereka.
Tujuan utama caj tersebut dilakukan adalah untuk mengurangkan pembaziran dan menghalang pelanggan daripada memesan makanan secara berlebihan.
Pemilik restoran itu, Fahad Al Anezi berkata, denda tersebut amat penting kerana ramai pelanggannya yang memesan makanan dalam jumlah yang besar hanya untuk menarik perhatian dan menunjukkan status sosial mereka.
Menurutnya, maklum balas terhadap denda caj tersebut memberi impak positif sejak ia diperkenalkan namun dia tidak memberitahu apa yang akan dilakukan ke atas wang caj yang dikenakan itu. - Agensi
ingat2 la ada orang yang kebuluran di bumi Somalia :'(,pesanan untuk diri sendiri juge

berpada2 lah


 Google

kadang2 pia pon membazir juge,ampunkan daku

Wednesday, September 21, 2011

Wordless WednesDey! lagik ;P

Ihtifal Open House Mj petang tadi

Ofis Pia baru buat Jamuan Raya

By the lake Titiwangsa

yummey!!!

Nanti pia citer lagi
hehehe

WW Wordless Wednesday

Nak jugekkk buat entry WW ehehe

pia sangat enjoy minum minuman panas kegemaran dalam cawan bagai macam ni


Tuesday, September 20, 2011

Awas murung selepas bersalin

Rekod kat blog,bacaan untuk tambah pengetahuan

tuan tanah dan share untuk kamu2 semua boleh kan? :D



MEDIA diberikan penerangan mengenai tema kemurungan selepas bersalin yang disampaikan oleh Abdul Kadir.



KEMURUNGAN atau sugul yang biasa kita dengar sejak dulu lagi sering disalah erti. Ramai yang tidak tahu bahawa ia adalah masalah kesihatan utama.
Kualiti kehidupan orang yang mengalami kemurungan mungkin terjejas teruk, namun keadaan itu masih kurang difahami. Malah, lebih buruk apabila orang ramai memberikan tanggapan negatif terhadap mereka yang mengalami masalah itu.
Kemurungan ialah satu gangguan mental umum. Mereka yang menghidap kemurungan biasanya mempunyai beberapa ciri seperti tiada mood, kurang minat, rasa bersalah atau rendah harga diri, tidur terganggu, hilang selera, kurang bertenaga dan tumpuan yang lemah.
Ia juga membuatkan seseorang rasa tiada harapan, pesimistik dan rasa bersalah. Masalah itu boleh menjadi kronik atau berulang lantas menjejaskan keupayaan seseorang individu menjalani kehidupan harian.
Dalam keadaan paling serius, kemurungan boleh menyebabkan seseorang itu mengambil nyawanya sendiri. Kebanyakan kes kemurungan boleh dirawat dengan ubat atau psikoterapi iaitu rawatan kaedah psikologi.
“Tanggapan salah dan pendangan serong yang dikaitkan dengan kemurungan adalah antara faktor umum yang menyebabkan seseorang enggan mendapatkan rawatan.
“Kemurungan adalah penyakit yang rumit. Ada banyak jenis kemurungan dan sempena Hari Kesedaran Kemurungan tahun ini, jenis kemurungan yang difokuskan ialah kemurungan selepas bersalin.
“Kempen pada tahun ini mengambil tema Kemurungan Selepas Bersalin: Merungkai Mitos,” kata Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar.
Beliau berkata demikian pada taklimat media sempena Hari Kesedaran Kemurungan baru-baru ini dihoskan oleh selebriti, Wardina Saffiyyah yang turut sama berkongsi pengalamannya menghadapi kemurungan selepas bersalin.
Kebanyakan orang belum pernah mendengar tentang gejala kemurungan selepas bersalin termasuklah dalam kalangan profesional penjagaan kesihatan dan ada yang mengabaikan kewujudan diagnosis ini.
Perkara yang menyedihkan tentang kemurungan lepas bersalin ialah si ibu dinafikan hak untuk merasa murung kerana dia tidak sepatutnya rasa sedih selepas bersalin.
“Hakikatnya kemurungan selepas bersalin adalah masalah umum, tetapi tidak ramai wanita yang mengalaminya sanggup mengakui menghidap masalah ini.
“Dianggarkan bahawa kemurungan selepas bersalin dialami antara 10 hingga 20 peratus wanita yang baharu menjadi ibu,” ujarnya.
Tambahnya, kemurungan selepas bersalin atau meroyan adalah kerumitan bersalin nombor satu. Keadaan tersebut boleh menjejaskan kesejahteraan ibu dan juga anak.
Bagaimanapun, sebagaimana masalah kemurungan lain, kemurungan selepas bersalin boleh dirawat.
Mahu cederakan diri
WANITA selepas bersalin memerlukan penjagaan rapi dan tidak dibiarkan berseorangan. – Gambar hiasan


Menurut Abdul Kadir, kekurangan ilmu pengetahuan tentang keadaan sebenar meroyan menyebabkan ibu yang baru bersalin dihantui rasa takut dan akhirnya tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
“Diagnosis tepat dan rawatan awal dengan ubat yang betul adalah penting untuk menjamin keputusan rawatan yang baik dan mengurangkan kejadian berulang dalam apa jua bentuk kemurungan,” pesannya.
Para penyelidik mendapati kemungkinan kemurungan berulang kembali meningkat dengan setiap kejadian. Selepas kejadian pertama, kebarangkalian ia berlaku kurang daripada 50 peratus tetapi selepas kejadian kedua, kemungkinan meningkat kepada 70 peratus dan selepas kejadian ketiga, kemungkinan meningkat lebih daripada 90 peratus.
Kemurungan selepas bersalin kebiasaannya berlaku dua minggu selepas seseorang wanita itu bersalin, tetapi tidak semua wanita mengalaminya.
“Ia situasi biasa yang dialami oleh para ibu tetapi tempohnya tidaklah melebihi 12 hari. Perasaan itu biasanya akan hilang dalam masa 10-12 hari.
“Jika melebihi tempoh tersebut si ibu perlu mendapatkan rawatan segera sama ada kaunseling atau rawatan. Sememangnya ada rawatan yang disediakan bagi kemurungan selepas bersalin dan rawatan tersebut berkesan,” ujar Ketua Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Nor Zuraida Zainal.
Tambahnya, kemurungan selepas bersalin dapat dielakkan melalui penyusuan bayi supaya hubungan ibu dengan anak itu rapat.
Dalam pada itu, selebriti terkenal, Wardina tidak ketinggalan berkongsi pengalamannya menghadapi kemurungan selepas melahirkan anak keduanya.
“Ya, saya pernah mengalaminya dan ia satu keadaan yang teruk. Saya tidak mahu orang lain mengalaminya.
“Saya bernasib baik kerana saya mendapatkan informasi mengenai kemurungan dan mengetahuinya dengan lebih mendalam serta cara mengatasinya,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.
Walaupun air mukanya nampak tenang, anda jangan terkejut bahawa Wardina pernah terfikir untuk pecahkan gelas dan mencederakan dirinya, malah menengking anaknya.
“Kini, jika ada rakan yang baru melahirkan bayi, saya akan jadi orang pertama yang akan bertanyakan khabar buat si ibu.
“Pesanan buat para suami, jangan sesekali membiarkan isteri anda yang baru melahirkan bayi seorang diri. Berbuallah dengan mereka dan beri mereka sokongan,” ujarnya.Kosmo

Monday, September 19, 2011

Diary Ramadhan-memori

Hehehe,biasa la Pia entry berkepam

Since last ramadhan ,Pia agak slow berblogging

Alang2 ade mase senggang sikit cuti2 ni(buat entry pada
jumaat publish hari ni :P)

saje Pia nak story sikit aktiviti di bulan ramadhan

Selain merebut pahala sepanjang bulan ramadhan

antara aktiviti tak wajib la pegi bazaar ramadhan dipetang hari

kami tak la pegi bazaar hari2,rimas penat bersesak2 ramai sgt umat manusia
pegi bazaar cari juadah untuk berbuka.

pernah dalam sepetang tu,pergi 3 bazaar lain2 tempat sebab buntu nak cari makanan
apa,ramai sangat orang sampai gerai makanan pon tak nampak hahaha

penah balik dengan tangan kosong pon ade sebab pia pening lepas sampai
bazaar ramai sangat orang hihi

Antara bazaar yang kami selalu kunjungi bazaar taman melawati

bazaar ni banyak gerai iakan bakar ade, kambing panggang pon jual ade kat sini

asam pedas order baru masak,lobster bakar RM100 pon ade penah masuk
metro hihi

kami selalu beli kuih akok,kuih tepung pelita kat sini memang terbaik
i tell u

kuih akok kat sini tebal manis,masak cara tradisional sedap sangat
macam biasa,gambar tak sempat snap hehe


ni pic kat bazaar taman melawati,mase ni pegi hari ahad pukul 3.30pm pia n hubby dah terpacak kat sini kurang sikit orang.selesa sikit cuci2 mata eheheh

jumpa lagi di diary ramadhan pia insyAllah :)

Friday, September 16, 2011

Thursday, September 15, 2011

Pantang!!!

Nampak cermin!!!hehe

Bini sape lah ni jaja muka kat blog









Sunday, September 11, 2011

Memori Iftar

Antara memori indah Ramadhan,iftar bersama gadis2 yang cantik
lokasi di wangsa maju

Dream come true dapat bertemu dengan Riri (juara Rina Gadis Melayu 3)

Pergi dengan Cikgu Pia kesayangan Pia,dia yang uruskan semua love sayang!

Iftar ni dianjurkan sekali dengan Butik Get Gorgeous


antara yang hadir nanie hussin :) berbaju biru sara hata kanan sekali owh ya kali 2 kire bertemu ya sara :)
owh sesat jalan jap,sempat lagi :P
licin
with blogger gadiz gula oranje shawl :)
rina salleh :)
posing itu mesti! :D

Saturday, September 10, 2011

La Tahzan,Jangan Bersedih Sesungguhnya Allah bersama Kita

re post entry ini :)

Hari ni time break tak de tazkirah,pia jalan2 kat 1 TUBE

jumpe video Dr MAZA yang sangat menyejukkan hati,Subhanallah


Ya Allah jadikan hamba-hambaMu ini insan yang tabah,cekal bersabar bertawakal  hanya padaMu

Jauhi Kami dari tidak tahu bersyukur,Amin

Friday, September 9, 2011

Wacha!!!kena belasah!penangan suami tunggu isteri shopping 3 jam

Suami muda tak sabar

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

KUANTAN: Akibat gagal menahan sabar selepas lebih tiga jam menunggu isteri membeli-belah, seorang lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup memukul wanita itu di depan orang ramai dengan sebuah beg tangan di sebuah pasar raya di Jalan Gambang, di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, wanita berusia 50 tahun dan tinggal di sebuah taman perumahan berhampiran pasar raya berkenaan, lebam di beberapa bahagian badan dan muka sebelum mendapat rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Gambang.

Sebelum kejadian, pasangan terbabit dikatakan masuk ke sebuah pasar raya untuk membeli barangan keperluan sebelum si suami dikatakan penat dan berehat di luar pasar raya itu.
Selepas kira-kira tiga jam menunggu, si suami yang berusia hampir 20 tahun lebih muda daripada isterinya itu mula bengang dan berang apabila mendapati wanita berkenaan tidak muncul dalam waktu yang sudah dijanjikan sebelum itu.

Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, isteri lelaki berkenaan keluar dari pasar raya itu sambil menjinjing beberapa beg plastik mengandungi barangan dibeli.

Tanpa mempedulikan isterinya yang ketika itu menjinjing banyak barang di tangan, lelaki berkenaan terus menengkingnya sehingga menarik perhatian pengunjung lain yang berada berhampiran.

Lelaki itu yang tidak menghiraukan perhatian pengunjung lain terus merampas beg tangan isterinya sebelum memukul beberapa kali di badan selain melibas beg berkenaan ke muka isterinya.

Wanita terbabit yang terkejut dengan tindakan luar batasan si suami kemudian terus melarikan diri masuk ke dalam kereta kerana malu kejadian itu disaksikan pengunjung lain.
Susulan kejadian itu, wanita terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, pergaduhan itu hanya berpunca daripada lelaki berkenaan tidak puas hati dengan sikap mangsa kerana gemar mengambil masa lama untuk membeli-belah.

Bagaimanapun, katanya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.HM

Fairy Notes-syukurlah suami Pia tak macam ni kalau dia boring tunggu Pia shopping muncung cikit je mulut dia hehe,mintak dijauhkan...Amin

Thursday, September 8, 2011

GIVEAWAY....saya suka domo lah!

Assalammualaikum EZ chan
(ape motif letak chan??)

ala japan Pia agaknya sebab
nama giveaway DOMO Kun

hehe



Sejujurnya Pia tak tahu langsung apa2 fasal
DOMO kun yang ganas comel ni

And the sedeh part,i'm not creative either *tsk*

Tapi penah nampak DOMO kun ni
dijual kat Mall

Baru hari ni tahu nama nya DOMO kun
kawaiiii(comel) sangat nama nya!

Yang Pia tahu,Pia berminat nak join giveaway
yang EZ chan anjurkan ni

Jika Pia menang DOMOarigatogozaimatsu
Pia ucapkan ya ;D

Sesiapa yang berminat nak join giveaway
DOMO kun disini

SAYOnara ,bukan sayo sayo KL Gangster
eheh

Jumpa lagi,insyAllah ;)

Ini baru Batman hehe

Pause citer raya jap :D


Trend tiru aksi kelawar mula popular




TREND berdiri dalam keadaan terbalik kini semakin popular di laman perkongsian sosial di Internet.






LONDON – Semakin ramai individu memuat naik gambar mereka di laman rangkaian sosial di Internet dengan melakukan aksi berdiri dalam keadaan terbalik seperti kelawar, lapor sebuah akhbar semalam.
Aksi tersebut kini lebih popular di Internet berbanding trend meniarap seperti papan di pelbagai lokasi.
Banyak laman web memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan sejumlah orang berlatih dengan melakukan aksi kelawar itu di rumah dan di beberapa lokasi lain seperti tempat meletak kereta.
Namun, aksi tersebut menerima beberapa kritikan negatif daripada para pengguna Internet yang menyifatkannya sebagai berbahaya.
“Seseorang pasti akan mati kerana melakukan aksi ini,” menurut satu komen di Internet.
Sebelum ini, seorang individu maut akibat terjatuh dari balkoni sebuah bangunan di Australia kerana melakukan aksi meniarap. – Agensi KOSMO

Monday, September 5, 2011

My Fav Lagu Raya :) (byk la pulak)

Selamat Hari Raya Aidilfitri para follower ku sayang,
ewah mcm la femes sgt blog u ni pia :P.
Mcm mane raye u all semua?mesti seronok habis punya la,
kita layan lagu raya WALAUPON dah masuk hari2 ke?
baru pia citer fasal mende hihihi =))
Daa jumpa lagi muahh! (the kiss for girls only hihi).



Friday, September 2, 2011

Teaser Aidilfitri


Syukur Alhamdulillah 1 Syawal menjelma

terlalu pantas waktu berlalu

time update ni pon dah raya ke 4,next week
keje *tsk*

terasa baru semalam mula bangun sahur :(
hipokrit kah daku?

Semoga dipanjangkan umur dipertemukan dgn ramadhan akan
datang,Amin

Di kesempatan ini pia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
maaf zahir batin

jika ada yang tersinggung sepanjang Pia berblogging atau sesiapa yang mengenali Pia
tersinggung dengan kata2 dan perbuatan Pia selama ini..ampun maaf dipinta
ikhlas insan yang hina ini

semoga bertemu lagi,insyAllah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)