Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 30, 2010

Trauma Kemalangan Maut


PETALING JAYA: "Saya tidak tahu sama ada boleh bawa kereta lagi atau tidak," ujar dramatis, Juhara Ayob (gambar) yang masih trauma akibat terbabit dalam satu kemalangan maut kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi di Jalan Kuching dekat Pasar Borong Selayang.
Dia yang masih terkejut dengan tragedi itu sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Selayang Baru ke Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) di ibu kota.
"Saya dalam perjalanan ke ASWARA kerana ada kelas pukul 1 petang, saya tak sedar bagaimana kehadiran mangsa kerana tiba-tiba sahaja saya sudah melanggarnya.
"Saya masih terkejut dan takut untuk memandu. Bukan sebab kereta saya hancur tetapi kerana mangsa tersebut meninggal dunia di tempat kejadian," jelasnya kepada mStar Online dalam nada sedih di sini hari ini.
Juhara telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar kira-kira pukul 6 petang tadi.
Bagaimanapun, dia yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish berwarna kelabu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mangsa seorang wanita dipercayai warga Myanmar sedang berjalan kaki telah mengalami kecederaan dalaman dan meninggal dunia di tempat kejadian.mStar


p/s-Pia pernah alami kemalangan kecil,tapi melibatkan 6biji kereta,sampai sekarang cepat terkejut..ada rase trauma

World Cup 2010 Results Update Lagi

Akhirnya jepun kalah,tiada wakil Asia bagi temasya kali ini :(
Berakhir melalui tendangan maut eh penalty...
Setelah waktu perlawanan berakhir seri tanpa jaringan gol
Caya juge utk Spain,kalah kan Portugal..bye2 Christiano balik kg ye








Tuesday, June 29, 2010

Ariel dan Luna Maya

Sekadar share artikel dientry untuk blog saya,tiada niat nak aibkan orang


Seleksi berita sensasi Ariel PeterpornPan dankekasih hati Luna Maya

Penunjuk perasaan mahu Ariel direjam
Ratusan penunjuk perasaan menuntut hukuman rejam terhadap selebriti yang terlibat dengan klip video seks di Jakarta semalam.

JAKARTA - Sejumlah penunjuk perasaan di sini semalam menuntut penyanyi terkenal Indonesia, Ariel dihukum rejam sampai mati berhubung skandal klip video lucah yang turut melibatkan dua wanita mirip selebriti Luna Maya dan Cut Tari.
Seorang jurucakap sebuah kumpulan Islam berkata, Ariel yang berumur 28 tahun dan seorang duda sepatutnya dihukum rejam sampai mati bersama Cut Tari yang merupakan seorang pengacara televisyen terkenal.
"Tubuh penzina sepatutnya ditanam separuh badan dan dibaling batu sehingga mati," kata seorang penyelaras protes itu, Fadilah Karimah.
Tunjuk perasaan itu dilakukan semasa klip video itu masih boleh dilihat di Internet.
Menurut perangkaan, Indonesia mempunyai kira-kira 40 juta pengguna Internet. - AFP-Kosmo





World Cup 2010 Results Update(Sila jangan muntah lagi2 bola :P)

Malam tadi i tengok Oranje(Belanda)kalah kan Slovakia

Sambal pon dah kalahkan Cili hehehe :D

Masih ade wakil Asia Jepun ,akan beraksi..Jepon sila buat kejutan pelissss

Kalo Asia tak rezeki,mau Argetina menang.nak tau kenapa? disini






Monday, June 28, 2010

Mari kita sama-sama berdoa

Salam semua,mohon kawan2 semua doakan semoga adik Blogger Ezzati sedar dan sembuh..adik dia kemalangan :'(,kini di ICU




Ezzati n family b strong ...

World Cup 2010 Latest Updates

Sedih giler team kesayangan Korea Selatan kalah,nampak semangat dieorg.Bile semangat begitu nak ade kat sini?

And oso Englanggg too bad,cian sepatutnya gol Lampard dah masukkkkk..booooo utk pengadil.Keputusan sepatutnya 4-2.....Tapi pengadil juge manusia biasa kan,kuase ditangan dia dalam game England Vs Germany tu.









Ji Sung ,player of My fAv Club MU ...ur STILL HERO to me

Sunday, June 27, 2010

Burger Singa

Ish3,ade berani??hehe..ade ke patut lol :P


Saturday, June 26, 2010

Jabulani-Bukan Jambul Itik dan bukan Jambul Ayam

Ngeh3,tengok name bola tu Jabulani TERINGAT lagu Jan jan jala Jambul itik jambul ayam =))

Rasanya ramai yang tahu kan bola rasmi Piala Dunia 2010,Jabulani namanya means "rejoice" in Zulu language

Rejoice bermaksud bergembira dalam bahasa melayu

Sedikit fakta yang Pia cedok dari Wikipedia,banyak lagi fakta menarik u all boleh baca kat link Wikipedia ye :)



World Cup 2010 Result Update

Tahniah pasukan Asia,Kanbate!(Jepun) dan A Ja!Hwaiting!(Korea Selatan)melangkah ke pusikan seterusnya

Banyak team power2 beraksi semalam,tumpuan pasti TOMATO Vs Chili eh! Spain Vs Chile la hehehe.Ade referee M'sia but still simpanan,semoga dia dpt beraksi...

Portugal seri dan Brazil jer,waka2

Perlawan kelmarin ni Pia curi dari Farid Fabregas blog hehe jangan mrh abg ngah.tak sempat nak update bz sikit



Keputusan terkini

Pak Cik Kayo

Fakta

haaa,nampak tak?Jutawan Asia-Pasifik tu dah mengatasi Eropah.

Jika kerja keras boleh jadi jutawan kan??


Friday, June 25, 2010

Judi

Oleh itu teman2,jangan la berjudi ye

BANYAK MENDATANGKAN
KEBURUKKAN DARI KEBAIKKAN

nasihat pada diri sendiri juge
Refresh hukum judi?disini



Ayat-ayat Cinta Power

Bahana Facebook lagi ye,berhati2 lah dimana saja anda berada



Pelajar tingkatan empat MTD maut dipercayai dibuli

 kes Buli Lagi??Hmmm

Pelajar tingkatan empat MTD maut dipercayai dibuli Pelajar tingkatan empat MTD maut dipercayai dibuli

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi di sini meninggal dunia awal pagi ini dipercayai dibuli dan didera oleh pelajar senior maktab tersebut, demikian menurut polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Abdul Rahim Hamzah ketika mengesahkan kejadian itu berkata siasatan awal mendapati wujud unsur jenayah dalam kes kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16.

“Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata polis belum mengambil sebarang keterangan dan sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu.

Kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) menyebut suatu kejadian yang melibatkan kematian pelajar itu berlaku antara 11.30 pagi semalam sehingga 1.20 pagi ini.

Mindef telah menubuhkan satu lembaga siasatan untuk mengenalpasti punca insiden itu.

Mohammad Naim Mustaqim didapati tidak sedarkan diri dan dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba di situ.

Mayatnya kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Besi pukul 2 pagi tadi.

“Keluarga Allahyarham telah dimaklumkan akan keadaan itu dan satu lembaga siasatan telah ditubuhkan sebaik kejadian itu berlaku bagi mengenalpasti punca kejadian,” kata kenyataan itu.

Beberapa pelajar yang dikenalpasti bersama-sama mangsa semasa kejadian telah dipanggil bagi membantu siasatan.

Siasatan awal polis sedang dijalankan untuk keperluan dalaman Angkatan Tentera, bahagian penyiasatan khas dari Cawangan Provos Marsyal untuk menjalankan siasatan susulan, kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, jenazah Mohammad Naim selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong, Baling malam ini.

Jenazah pelajar itu tiba di rumah keluarga bapanya di Kampung Baru pukul 8.15 malam ini dari Pulau Pinang dan dikebumikan pada pukul 9.15 malam.

Urusan sembahyang jenazah dilakukan di rumah keluarga berkenaan.

Ibu mangsa Fauziah Abd Wahab, 45, beberapa kali pengsan sebaik mayat anak sulung dari tiga beradik itu tiba dengan van jenazah di rumah mereka. – Bernama

Sumber MI

Liza Hanim Manis Bertudung


Setelah lama tidak mendengar khabar berita daripada penyanyi bersuara lunak, Liza Hanim, tiba-tiba dia muncul dengan penampilan baru dalam program realiti Mentor malam kelmarin. Liza Hanim yang diundang sebagai seorang juri professional dilihat bertudung litup dengan bentuk badan berisi. Perubahan ini pasti membuatkan ramai peminat Liza di luar sana ingin tahu kisah di sebalik perubahan ini.

Menurut Liza sudah dua bulan dia mengenakan tudung. Tidak ada sebab tertentu yang membuatkan dia mengambil keputusan untuk berubah imej. Sebaliknya, ia berlaku tanpa dirancang.

“Saya mula memakai tudung April lalu. Tidak ada sebab tertentu yang membuatkan saya berubah imej ini. Kalau ikutkan memang dah lama ada niat, cuma saya tidak benar-benar yakin hendak lakukan. Bulan April lalu, tiba-tiba keinginan itu sangat kuat. Bangun tidur suatu pagi tu, saya terus teringat hendak pakai tudung.

Saya pun bincang dengan suami dan dia menyokong niat saya. Tapi dia sempat pesan supaya tidak buat separuh jalan. Dengan emak dan ayah saya pun saya tidak maklumkan. Mereka hanya tahu selepas kami berjumpa. Mereka pun tidak ada masalah dengan perubahan ini. Semua ahli keluarga menyokong saya,” cerita Liza.

Menyentuh soal kerjaya nyanyiannya selepas ini, Liza memberitahu dia akan terus menyanyi walaupun sudah bertudung. Tambahnya, menyanyi adalah minatnya dan dia tidak mungkin meninggalkan nyanyian begitu sahaja.

‘Sudah bertudung tidak bermakna saya akan meninggalkan dunia nyanyian. Saya masih ingin berada di dalam industri, cuma buat masa ini saya belum bersedia untuk buat kemunculan semula. Saya sedang mencari imej yang bersesuaian. Kalau sudah bertudung, pasti saya tidak boleh bergerak di pentas macam dahulu lagi. Banyak yang perlu saya fikirkan. Bagaimanapun, minat saya masih pada pop. Saya tidak boleh lari dari pop.

Paling penting, saya mahu turunkan berat badan dahulu. Perkara ini memang bukan senang untuk saya lakukan. Ikut pengalaman bersalin anak pertama dahulu, saya ambil masa setahun setengah untuk kembali ke bentuk badan asal. Anak kedua ini tidak tahu pula macamana. Kalau semuanya berjalan seperti yang dirancang, saya akan muncul dengan single terbaru pada bulan puasa nanti. Sekarang tengah mencari right song for the right image,” ujar Liza yang melahirkan anak perempuan keduanya pada tahun lalu.

Bercerita tentang ‘kehilangannya’ pula, menurut penyanyi yang memegang watak Saloma dalam Teater Muzikal P.Ramlee ini, dia sebenarnya sibuk menguruskan syarikat miliknya, LH Media Sdn Bhd yang diusahakan bersama suami.

“Selepas bersalin, niat saya mula-mula adalah untuk menguruskan badan. Jadi, untuk tujuan itu, saya cuba sibukkan diri dengan bisnes. Apabila sudah sibuk dengan bisnes, banyaklah benda yang perlu saya uruskan. Ditambah pula dengan anak-anak yang semakin membesar. Banyak keperluan mereka yang perlu saya uruskan. Kebetulan Marsya masuk darjah satu tahun ini. Tahu-tahu sajalah, kalau urusan bisnes dan rumahtangga bercampur, memang sibuklah jadinya. Sebab itulah susah hendak jumpa saya di mana-mana. Kiranya, Mentor ini adalah kemunculan pertama saya selepas bersalin,” cerita Liza.

Bukan hendak jatuhkan sesiapa
Sebagai salah seorang juri professional yang diundang ke Mentor malam kelmarin, Liza secara berterus-terang mengatakan Adi merupakan peserta yang paling lemah apabila diminta memilih salah seorang protege yang tidak menyerlah. Bukan itu sahaja, Liza turut menamakan Mohd sebagai protege yang paling bagus.

Mengulas tentang tindakannya itu, Liza memberitahu dia berbuat begitu bukan kerana hendak jatuhkan sesiapa. Sebaliknya, ia dilakukan bertujuan untuk memberi peluang kepada Adi untuk membetulkan kesilapan.

“Saya bagi komen itu secara telus. Bukan hendak jatuhkan sesiapa. Semua mentor yang berada di atas pentas tadi adalah kawan-kawan saya. Jadi tidak mungkin saya berniat tidak baik. Sebenarnya semua protege bagus. Komen yang saya buat adalah berdasarkan persembahan mereka pada malam ini.

Mohd paling konsisten, sebab itu saya kata dia bagus. Macam Adi pula, dia ada melakukan beberapa kesilapan ketika persembahannya. Saya harap dengan komen yang saya berikan, dia tidak akan patah semangat, sebaliknya memperbetulkan kesilapannya itu. Untuk Mohd pula, jangan jadikan pujian itu untuk berasa selesa. Jika silap percaturan, mungkin minggu depan dia akan buat kesilapan. Bagi saya, semua protege masih ada peluang yang sama,” ujar Liza mengakhiri perbualan.Sumber GUA


p/s-Pia suka sangat,Alhamdulillah..u look so sweet Liza

Thursday, June 24, 2010

Aisyah Selamat Bernikah



Penyanyi popular 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah hari ini mengakui yang dirinya kini isteri kepada Faizal Sazali Zulkifli, seorang duda beranak enam. Aishah telah bernikah dengan pasangannya itu di Narathiwat, Thailand pada 30 April lalu. Pernikahannya itu bagaimanapun tidak maklumkan kepada pihak media.

Namun, ia dapat dihidu apabila Aishah memuat-turun gambar pernikahannya di laman sosial Facebook miliknya. Dalam laporan sebuah akhbar hari ini, Aishah memberitahu dia dan suami terpaksa bernikah di sempadan Thailand kerana suaminya belum mendapat surat cerai. Dalam masa yang sama, Aishah juga menafikan perceraian suaminya dengan bekas isteri ada kena-mengena dengan dirinya.

Ini adalah perkahwinan ketiga Aishah. Sebelum ini dia pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki Singapura sebelum berkahwin semula dengan lelaki warga New Zealand pada September 1997. Hasil perkahwinan kedua, Aishah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun. Selain itu, Aishah juga mempunyai seorang anak angkat berusia 16 tahun.

Sumber dari GUA

Tai Tau Ha(kepala udang besar)Pelupa

Sebenarnya saya nak buat entry ni,tapai tapi lupe la nak tulis ape uwaaaaa!

World Cup 2010 Results Update

Result WC semalam dan kelmarin,bz la hehehe...yeeeeyy team yg Pia sokong menang
  1. KOREA
  2. ARGENTINA
  3. ENGLAND

maaf pada komen yg belum dibalas
akan dibalas secepat mungkin..terima kasih banyak datang blog Pia








Wednesday, June 23, 2010

Pia dan Parcel

Lepas peristiwa dicium,Hari Selasa baru Pia mula keje

Sampai jer pejabat,tengok atas meja ade parcel

Senyum2 Pia pagi tu,HAPPY la dapat hadiah yeyyy

Dapat hadiah dari Pn Atiqah,Pia dpt bkn join contest ke ape ke

Pia adalah pengomen tegar diblog Atiqah Adnan,diam tak diam

Selepas setahun lebih berblogging dah 138 ketul komen ada kat blog dia hee~

Dia adalah antara follower terawal Pia,kenal dia mase dah jadi tunang orang

Sampai la dia dah bergelar Puan seperti Pia juge :),resepsi belah hubby dia

jatuh pada hari lahir Pia 14.03,sape nak tahu umur saya?angkat kaki hehehe :P

Pia tak dapat pergi kenduri dia,masa tak mengizikan..kebetulam musim kenduri juge

Anyway Qah,terima kasih banyak diatas pemberian ini,Pia suke ok ;)...hmm wangi(dialog ala2 iklan Silky Girl) :D

Ini bukti2 nya yang arif,lalala saya dapat hadiah


p/s-Thanks So Much Atiqah Adnan,semoga kita dapat bersua suatu hari nanti

Tuesday, June 22, 2010

Contest Mata Menawan

Ye ye Cik Bulan sayang,Kak Pia dah join contest ni amacam ngeh3.

Dik Faten Cik Bulan lah tukang promosi contest kamu ni,Cik Bulan dah buat rujukkan ok :P

nama contest ni contest mata menawan,salam kenal ya Dik Fatencumyl



syarat-syarat penyertaan :

1. wajib menjadi follower blog fatencumyl,akak dah follow ok :)
2. pastikan gambar anda seorang sahaja (kalau ada gambar orang lain tak bole)
3. pastikan 1 gambar je taw..
4. pastikan nampak mata anda ye. tak kesah la gambar tu edit ke tak janji nampak mata (nama pun contest mata menawan kan)
5. letakkan banner contest di atas kat sidebar blog korang :)
6. sediakan 1 entri khas tentang contest ni dan tag kawan anda minimum 2 orang.maximum suka hati.
7.contest ini berakhir pada 31 julai 2010.
8. selepas dah join contest ni tinggalkan link anda di ruangan komen entri contest mata menawan ni.serta link referral anda :)

hadiah

pemenang mata menawan: * akan dapat 1 pasang contactlens made in korea yang tahan 1 tahun dan pemenang akan decide sendiri nak contactlens warna apa..(fatin akan contact dgn pemenang kalau dia ada rabun fatin akan bagi dia contactlens yg ada power)
*akan dapat hadiah misteri yang boleh mencantikkan mata.

referral terbanyak: akan dapat hadiah misteri dari fatin.(hadiah yang boleh mencantikkan mata)


kawan2 jom lah join contest ni.
:)

Pia tag-Pari2 Pagi
follower yg disayangi




Mata saya,akak tak rabun ye :D.Alhadulillah
Gambar mase majlis buka puase tahun lepas,kalo make up tak de tajaan jgn jarap Pia lukis muke sendiri.Thanks K.Ida make up kan saya.Terbaikkkk

It's all about jumping

--Chenta. oh! love--, nama blog Puan Balkidz.Dia bagi i keje shekolah

Yaaa,saya ditag masuk contest lalala,giler kentang la toing2 punya contest hehe

Pn Balkiz,saya kopi pes ye,jgn marah haak3,gelak guling2 macam tenggiling

Cara2 untuk menyertai contest ini,



-----♥ (re-post entry from cik Nina’s blog) ♥-----Lps tu Pn Pia Kopi Pes dari blog dia haha
Howdy to all.
Nak buat contest juga.
It's all about jumping = melompat.
Best kan?
Sebab saya tau ramai yang suka merakamkan gambar melompat (termasuklah saya).

Rules and regulations:
  1. Rakamkan sebarang gambar anda atau bersama kawan2 dengan aksi lompat yang paling cool. 
  2. Gambar yang diedit secara sederhana atau yang unedited juga diterima.
  3. Be my follower --> Nina Aman
  4. Repost entri ini di blog2 anda dan tag 4 kawan.
  5. 2 foto dengan aksi lompatan paling cool akan disiarkan di blog saya dan berpeluang menerima hadiah menarik.
  6. Tarikh tutup: 4 JULAI 2010.
Erk!maaf ye penganjur saya memang tak ada gambar lompat2 yg cool macam korang.Ini saja yg mampu ku beri.

 Lihat,anak2 yang manis.Adik sepupu hubby cute :),paling geram yang belah kanan baju pink tu.Dia mcm Amani dalam drama AdaMaya tu,suara gaya dia sebijik macam Amani.Yang lain2 Kak.Long sayang juge ok.Meraka panggil i Kak.Long :)

 sekarang saya nak cari mangsa
-Cik Bulan
-Cik Paro
-AtiqahAdnan
-Sarahata

 hihi harap2 sudi2 kan la korang ye join contest ni


p/s-Salam kenal anyway,nice to meet u Nina

Eikasyaza's Green Contest

Salam,aloha semua,,,jangan muntah ye Pia join contest lagi ni

jemput ke blog penganjur Eikasyaza

Syarat-syaratnya adalah :

Jadi follower saya (tak nak pon xpe.. tapi credit kepada yang follow)Pia dah IKUT ye :)
Buat simple entry pasal contest nie and letak picture kat atas di blog korang.. jangan lupa link ke blog i ye..
Letak gambar korang (sorang2 je) memakai pakaian berwarna hijau dan di kelilingi kehijauan
(contoh : pokok-pokok ke, kat taman ke, macam-macam lah)

Tinggal url entry korang di comment box entry ni ye.. senang i nak p check..

Hadiah :

Kategori Lelaki : One Drop Perfume (Men Set)
Kategori Wanita : One Drop Perfume (Woman Set)
Pemenang boleh pilih mana-mana set yang diorang nak okei

Tarikh Tutup :

07 Julai 2010
(Jam 11.59 malam)

Senang kan.. Gambar-gambar peserta akan dinilai oleh i sendiri, hubby dan kawan-kawan terdekat (diorang xdibenarkan untuk join contest ini) Senang kan??? sO, jom la join ramai-ramai... (^_~)



I'm joining this contest because teruja tengok blog penganjur yang sweet eceeceh bodek nampak :P, dan kehijauan Cik Bulan.


Nak share gambar raya saya tahun lepas yang agak hijau ni haha,ok tak?iNi la kehijauan Pia,dulu mase remaja Pia kurang gemar warna hijau,sekarang tidak lagi..do i look great in green??


watermark pon ikut tema tau :)

Pizza Hut

Malam minggu yg lalu,kawan adik Pia yg lame menghilang bawak hati yang lara tiba2 muncul

Muncul2,dia ajak keluar makan,dia mau jadi penaja pada hari itu..wah2 rezeki2.Bertuah i u,dapat join sekali

Habib sayang i tak nak ikut pulak,dia nak tgk bola,so kami pon pergi bertiga jer.

Kawan sebenar dia adik i yang second last tu tgh praktikal kat Termerloh huhu...Jgn majuk ye Ca,kami mkn dulu..For u nanti next trip tunggu u balik  ok...pesanan penaja.Thanks Adi Super

Ok,sekian laporan jum lihat gambar

On the way

Baru sampai bla3

Order pizza fish prawn ,cheese2 yummy3


Tu dia perempuan ku,penaja ,dan side dish pasta disitu

GARLIC BREAD tak hbspic sup lupe snap ,dan licin ..Alhamdulillah


Nak balik dah,kat luar ade pokok,pokok tu cantik hehe.tak de kena mengena dengan makan hihi

Awal Ashaari dan Scha

Sah???




Artis Malaysia ni hipokrit ke? Well jika ada yang tersinggung saya mintak maaf ye,cume keliru dengan sikap sesetengah artis Malaysia ni.Apa yg buat Pia berkata2 seperti ini,klik sini

Monday, June 21, 2010

World Cup 2010 Result Update

Christiano Ronaldo and the gang buli pasukan Asia,adeh sedey lak sebab ade team Asia kat situ.kemain lagi CR senyum bile dpt gol


Siti Nurhaliza bida plat KCT 1

Gambar dari Pakcik Gugel

Berita Disini

Monday

Salam,happy MONDAY hihi...don't u love MONDAY lalala

Saje jer print screen carta pai visitor semalam,blog ni bukan ramai pon orang datang hehe

Terima kasih pada anda semua,visitor2 yg manis lagi baik hati ecececeh bodek nampak :P




suke tgk warna-warni,adn of course pink la yg paling comel dihati ku

And last but not least Selamat Kembali ke sekolah anak-anak yang manis,belajar rajin2 ye

Sunday, June 20, 2010

World Cup 2010 Result and i need help pleaseee!!!

Salam semua,how's weekend ?Harap semua enjoy denga keluarga tercinta.
Result bola lagi,dan saya adalah masalah ni..mintak tolong kawan2 semua
boleh tak tolong jelaskan,saya blur la

Refer untuk masalah gambar yang ke-2 ye,gambar yang pertama print screen result bola




Ni ha masalah dia,mane button untuk upload kat blogspot ni?video tak de pon,dulu ade jer?:( , huhuuhu..Anybody pease help me

World Cup 2010 Result Ghana Vs Australia,Happy Fathers Day

Lagi keputusan yg berkesudahan dengan seri 



Owh ya,Minggu ni hari bapa kan...Selamat Hari Abah,terima kasih yg tak terhingga buat aboh....


Gambar Raya Tahun Lepas :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)