Assalammualaikum ;),salam jumaat
Pada suatu pagi,tadi je hehe pia pergi minum pagi dengan hubby
kat suatu tempat.
Masa nak cari tempat duduk,pia terpandang seorang perempuan
tengah rancak bersembang denga kawan dia.
Mase tu dia nak suap bihun sikit lagi nak masuk mulut dia sambil berborak
Last2 tak jadik ko jah,rancak berbual hihi lucu la ;D KIV dulu bihun masuk mulut dia
Perempuan kalau dan bersembang tak hengat dunia hihi
Entah2 awak pon same macam tu Pia oii tanpa disedari,hmmmm
Friday, December 30, 2011
Wednesday, December 28, 2011
WW Wordless Wednesday
Pia suka minum minuman panas dalam set cawan dan piring
Dah tak banyak kedai serve minuman panas macam ni
Feeling macam orang futih lak minum macam ni hihi
Err dah penah bebel fasal ni kat sini
Saje nak ber WW ;p
Fairy Notes-kat rumah minum guna mug je senang hihi
Labels:
Cite biase jer,
First Time
Tuesday, December 27, 2011
Ceritera Tandas
Assalammualaikum apa khabar?
Teruk2 ini pon nak dijadikan cerita hehe saje je pia pon dah lame tak jalan2 umah u oll blog pon bersawang,wanita seperti saya suka berposing? waima dalam tandas
oppssss :P
sebenarnya macam ni bak kata yuna "disetiap gambar ade lagu"
lagu ni sebenarnya, disetiap gambar pulak musti ade cerita kan kan? ;P
ini gambar dlm ladies THE MALL,rm 0.50 tau nak masuk mahaiiii
may b mall lame kan design nya ol skool la sikit jarak antara tandas
dan cermin pon dekat ala sempit,kebersihan ok lah
jgn ditanya ape fungsi katun tu hihi :P
cerita dalam gambar ini pulak lokasi di salah sebuah bangunan di jalan tun razak,tandas nya sangat la bersih tip top.lantai kering je sebab tu pia posing buat kenangan hihi :P.kebayakkan bagunan baru design tandas nya lebih luas kan?contah mall JJ(jusco) baru (antara yang baru la) JJ AU ade ruang tukar lampin baby,ade ruang untak bersolek dan sinki basuh tangan berasingan.mudahkan pengunjung bukan?dan yg paling penting tandas awam tu kena la bersih.
Tandas adalah antara ruang yg penting untuk manusia kan?
Seksa dek non kalau tandas memualkan dari memuaskan
kalau lah semua tandas bersih macam ni kan best.
Teruk2 ini pon nak dijadikan cerita hehe saje je pia pon dah lame tak jalan2 umah u oll blog pon bersawang,wanita seperti saya suka berposing? waima dalam tandas
oppssss :P
sebenarnya macam ni bak kata yuna "disetiap gambar ade lagu"
lagu ni sebenarnya, disetiap gambar pulak musti ade cerita kan kan? ;P
ini gambar dlm ladies THE MALL,rm 0.50 tau nak masuk mahaiiii
may b mall lame kan design nya ol skool la sikit jarak antara tandas
dan cermin pon dekat ala sempit,kebersihan ok lah
jgn ditanya ape fungsi katun tu hihi :P
cerita dalam gambar ini pulak lokasi di salah sebuah bangunan di jalan tun razak,tandas nya sangat la bersih tip top.lantai kering je sebab tu pia posing buat kenangan hihi :P.kebayakkan bagunan baru design tandas nya lebih luas kan?contah mall JJ(jusco) baru (antara yang baru la) JJ AU ade ruang tukar lampin baby,ade ruang untak bersolek dan sinki basuh tangan berasingan.mudahkan pengunjung bukan?dan yg paling penting tandas awam tu kena la bersih.
Tandas adalah antara ruang yg penting untuk manusia kan?
Seksa dek non kalau tandas memualkan dari memuaskan
kalau lah semua tandas bersih macam ni kan best.
Labels:
Cite biase jer
Friday, December 23, 2011
3 bulan tidur kepala ke bawah untuk dapat anak
Print screen takut "ter"copy iklan,majuk nuffy karang hihi :P
Harian Metro
Fairy Notes-pengorbanan seorang ibu,sanggup lakukan apa saja demi zuriat yg dikasihi :')
Harian Metro
Fairy Notes-pengorbanan seorang ibu,sanggup lakukan apa saja demi zuriat yg dikasihi :')
Thursday, December 22, 2011
Fatin Liyana
Siapa tak kenal Fatin Liyana kan?Tahniah dik atin ;),cantik kan FL
BB-She is beauty with brain
Blog fenomena bakal doktor
NAMA Fatin Liyana memasuki carta 10 carian paling popular Google Malaysia 2011.
PELAJAR perubatan, Nur Fatin Liyana Asri, 22, tiba-tiba meraih perhatian selepas namanya tersenarai dalam 10 carian paling popular Google Malaysia 2011.
Carian kata kunci 'Fatin Liyana' berada pada tangga keenam selepas carian Bruno Mars, Hana Tajima, Cikgu Shida, Avril Lavigne dan Anwar Ibrahim.
Sementara itu di tangga ketujuh ialah penyanyi remaja popular Justin Bieber diikuti selebriti Rihanna, Ustaz Kazim dan blogger Hanis Zalikha.
Fatin merupakan pemilik blog di alamat http://honeykoyuki.blogspot.com. Menurut Fatin, blog itu dimulakan pada Januari 2009 bertujuan mengabadikan kenangan pahit manisnya sepanjang berada Indonesia.
Model
Fatin merupakan pelajar perubatan di Universiti Padjadjaran di Bandung. Universiti Indonesia itu menawarkan pengajian ijazah berkembar dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
"Tidak dinafikan segelintir rakyat Indonesia gemar mencemuh pelajar Malaysia. Tetapi saya membiarkannya sahaja kerana sedar saya tinggal di tempat orang," katanya.
Pengalaman di rantau orang sejak tiga tahun lalu membuatkan Fatin berwaspada.
Tidak sekadar ditipu warga tempatan malah rumah sewanya di Puri Indah, Jatinangor, Bandung digeledah perompak.
Peristiwa itu ternyata meninggalkan ketakutan dalam diri gadis setinggi 161 sentimeter ini sehingga kini.
Trauma yang dilaluinya bukan sahaja akibat kehilangan barangan berharga, lebih menyedihkan apabila pihak berkuasa seperti anggota polis dan ketua kampung hanya mentertawakan dan menyalahkannya atas kecelakaan tersebut.
"Kes kehilangan motosikal pelajar Malaysia di sana bagaikan perkara biasa. Nasib baik pihak Kedutaan Malaysia banyak membantu.
"Acapkali juga kami kena tipu terutamanya apabila mereka tahu saya orang Malaysia.
"Paling menyakitkan hati segelintir peniaga sesuka hati menaikkan harga nasi ayam penyet daripada 7,000 rupiah (RM2.50) kepada 20,000 (RM7) walaupun harga asalnya tertera pada menu," cerita Fatin.
Pengalaman ditipu menjadi inti pati awal laman blognya. Namun, tinggal di Bandung juga membolehkan model sambilan ini menikmati keindahan negara republik itu.
"Kunjungan ke Bogor, Jakarta, Yogyakarta dan Bali meninggalkan banyak kenangan mengujakan. Keunikan setiap destinasi itu saya abadikan dalam blog saya," ujar anak kedua daripada empat beradik ini.
Selepas tiga tahun, laman blog itu kini mempunyai lebih 33,000 pengikut.
Cerita Fatin yang gemar berkongsi tip kecantikan dan gaya hidup, sebelum ini blognya hanya dibaca rakan-rakan terdekat.
Dicemuh
Namun segalanya berubah pada awal tahun lalu selepas Fatin menulis mengenai cara pemakaian tudung.
Akibat kurang melakukan kajian tentang pemakaian tudung, tulisan berkenaan telah mencetuskan kontroversi.
Dia dicemuh sebagai tidak sensitif terhadap agama gara-gara cara pemakaian tudung yang dipaparkan dalam blog itu dikatakan tidak mengikut kaedah Islam yang sebenar.
Sejak episod pahit itu, nama Fatin Liyana semakin menjadi sebutan manakala laman blognya terus popular sehingga hari ini.
"Pengalaman itu mengajar saya agar membuat kajian terlebih dahulu sebelum menulis sesuatu isu.
"Tidak sangka pula ramai yang memberi perhatian terhadap tulisan saya itu.
"Kebanyakan pembaca juga meminati tulisan yang cenderung pada topik tip kecantikan mahupun pelancongan.
"Saya menulis blog sekadar ingin mengelakkan kebosanan bukan kerana populariti," katanya yang pernah memperoleh pendapatan sebanyak RM2,500 sebulan daripada laman blog tersebut.
Berbicara mengenai gaya penulisan blog, gadis manis ini lebih selesa menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami tetapi pada masa yang sama mengelakkan singkatan perkataan.
Hakikatnya, Fatin yang sedang menjalani latihan praktikal di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur begitu mencintai bidang perubatan.
"Impian saya adalah untuk menjadi seorang yang boleh menyumbang sekurang-kurangnya kepada ibu bapa sendiri.
"Menjadi seorang doktor adalah impian saya. Cita-cita itu terlaksana jika saya dapat menamatkan pengajian yang berbaki dua tahun lagi," kata gadis berbintang Gemini ini.Kosmo
Wednesday, December 21, 2011
WW Wordless Wednesday
this is not cendoi,tak besh xsedap tak tau mane silap nya.
bukan nak mengeji rezeki ye
kedai mane tak ingat dah hehe
sekarang susah kan nak jumpe cendol yg ais nya
dikisar mcm sajli macam ABC
Labels:
Emosi
Tuesday, December 20, 2011
Tora datang lagi
Jangan tanya apa yang negara telah berikan untuk kita
Sebaliknya bertanya la pada diri sendiri
Apa yang anda telah berikan untuk negara???????
Fairy Notes-emosi tak stabil tiba lagi.sedang mengumpul semangat,pia dalam mood mengomel.tak puas hati situ sana sini tak bagus Pia kena muhasabah diri.
Oh Lord Dear Allah berikan hamba ketabahan kekuatan,kesabaran pada hambaMu yang hina ini..
Amin
Sebaliknya bertanya la pada diri sendiri
Apa yang anda telah berikan untuk negara???????
Fairy Notes-emosi tak stabil tiba lagi.sedang mengumpul semangat,pia dalam mood mengomel.tak puas hati situ sana sini tak bagus Pia kena muhasabah diri.
Oh Lord Dear Allah berikan hamba ketabahan kekuatan,kesabaran pada hambaMu yang hina ini..
Amin
Labels:
Emosi,
First Time
resipi pasta ravioli
http://www.trymasak.my/resepi.php?video=Raviolli berinti Keju/' target='_new'>
Jumpe laman sesawang best trymasak.my
Sangat best video ajar care nak buat Ravioli!buat nya entah bila haha
Fairy Notes-pengaruh Twilight
Jumpe laman sesawang best trymasak.my
Sangat best video ajar care nak buat Ravioli!buat nya entah bila haha
Fairy Notes-pengaruh Twilight
Friday, December 16, 2011
Majlis ilmu
Pia memang salute kat pengurusan surau kat tempat keja pia ni
rajin anjurkan majlis ilmu.Alhamdulillah
ini latest yg Pia gi hari rabu minggu ni,kelmarinla kan? :P
sebaik2 orang islam ialah orang yang meninggalkan pekara yg sia2
ini himpunan majlis ilmu sepanjang tahun ini
lepas tazkirah,hehe rejeki
yang tazkirah hari pertama bulan ramadhan,pada 1 ramadhan yg lalu
sepanjang bulan ramadhan yg lalu ade takzirah
antara penceramah Iman muda pertama,Imam muda Asraf EH EH SILAP pic yg ats tu imam muda ashraf,yg ni mase tazkirah hari pertama bulan ramadhan
rajin anjurkan majlis ilmu.Alhamdulillah
ini latest yg Pia gi hari rabu minggu ni,kelmarinla kan? :P
sebaik2 orang islam ialah orang yang meninggalkan pekara yg sia2
ini himpunan majlis ilmu sepanjang tahun ini
lepas tazkirah,hehe rejeki
yang tazkirah hari pertama bulan ramadhan,pada 1 ramadhan yg lalu
sepanjang bulan ramadhan yg lalu ade takzirah
antara penceramah Iman muda pertama,Imam muda Asraf EH EH SILAP pic yg ats tu imam muda ashraf,yg ni mase tazkirah hari pertama bulan ramadhan
Labels:
Cite biase jer,
First Time,
Nasihat
Wednesday, December 14, 2011
Monday, December 12, 2011
Saya Keliru,confuse
Larian maraton rosakkan jantung
SEBELUM ini ramai yang percaya bahawa jika kita melakukan aktiviti olahraga secara teratur, kita dapat dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Namun, terdapat beberapa aktiviti kecergasan yang perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Kajian oleh Universiti Melbourne, Australia baru-baru ini mendapati mereka yang melakukan aktiviti ekstrem seperti larian maraton dan memanjat gunung mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung.
Dalam kajian ke atas 40 orang atlet, pengkaji mendapati mereka yang aktif melakukan sukan tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan pada bahagian ventrikel kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung.
Penemuan tersebut disiarkan di dalam European Heart Journal.Kosmo
Tuesday, December 6, 2011
Terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan di China
Im sure ramai yg dah tau kisah ni :'(
KLIP video kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah jalan di Foshan, Guangdong, China yang memaparkan insiden seorang kanak-kanak perempuan dilanggar dua buah kenderaan tanpa dibantu oleh sesiapa pada Oktober lalu memang menyayatkan hati.
Kejadian itu berlaku ketika ibu Wang Yue atau sinonim dengan nama Yue Yue sedang menyidai pakaian manakala bapanya pula sibuk menguruskan kedai perkakasan milik keluarganya.
Demi kelangsungan hidup, ibu bapa Yue Yue terpaksa membiarkan anak mereka yang berusia dua tahun itu berkeliaran seorang diri tanpa pengawasan.
Menerusi rakaman video itu, Yue Yue dilihat berdiri di sebatang jalan di sebuah pasar seorang diri sebelum dilanggar sebuah van yang seterusnya menggilis tubuhnya yang kecil itu.
Tidak lama kemudian, Yue Yue sekali lagi digilis sebuah kenderaan lain.
Ramai penonton You Tube menyangkakan pemandu tersebut akan membantu kanak-kanak itu.
Namun apa yang mengejutkan ialah dia terus dibiarkan tanpa bantuan.
Seramai 18 orang awam melihat kesengsaraan Yue Yue bertahan untuk terus hidup, tetapi apa yang merasuk fikiran mereka untuk berlagak selamba tanpa menunjukkan sebarang riak emosi dan membiarkan sahaja Yue Yue bergelut dengan kecederaan.
Akhirnya, Yue Yue diselamatkan oleh seorang tukang sapu sampah wanita yang mengangkat tubuh badan Yue Yue yang longlai ke tepi jalan sebelum ibu mangsa yang berada di kawasan berdekatan berlari mendapatkan anak perempuannya itu.
Yue Yue koma seminggu hospital. Kanak-kanak malang itu tidak dapat diselamatkan ekoran kegagalan sistem tubuhnya berfungsi.
Kematian Yue Yue ibarat memberi peringatan kepada dunia khususnya penduduk China tentang nilai kemanusiaan yang kian terhakis disebabkan kepesatan ekonomi dan urbanisasi yang tercipta di negara gergasi ekonomi dunia itu.
Pelbagai reaksi dilemparkan orang ramai berhubung insiden itu. Ada yang menyalahkan sistem perundangan China dan ada juga yang menjadikan kes berprofil tinggi melibatkan seorang lelaki bernama Peng Yu pada tahun 2006 sebagai punca kepada masalah tersebut.
Empat tahun lalu, Peng Yu dikatakan menghentikan kenderaannya bagi membantu seorang wanita berusia 66 tahun yang cedera di Nanjing, Jiangsu dan membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Makan diri
Sifat kemanusiaan yang ditonjolkan Peng Yu memakan diri apabila dia dituduh oleh wanita itu sebagai individu yang bertanggungjawab melanggarnya hingga mengakibatkan kecederaan dan seterusnya membawa kes tersebut ke mahkamah.
Hakim yang mengendalikan kes itu menjatuhkan hukuman denda sebanyak 45,000 yuan (RM22,296) ke atas Peng Yu atas alasan hanya individu yang bersalah akan membantu menyelamatkan wanita tua itu.
"Keputusan hakim terhadap Peng Yu telah menghancurkan nilai murni dalam diri masyarakat China dan ia merupakan penyakit yang sukar untuk dirawat," luah seorang rakyat China di laman sosial Sina Weibo, yang digelar Twitter versi China.
"Diharapkan anda menemui erti kasih sayang di syurga, dunia ini penuh dengan sikap tidak endah," kata seorang lagi pengguna Sina Weibo, Winter Space.
Sementara itu, polis di Foshan memberitahu kedua-dua pemandu kenderaan yang bertanggungjawab melanggar kanak-kanak malang itu telah ditahan dan akan menjalani perbicaraan.
Namun pihak berkuasa enggan mengulas lanjut berhubung penahanan dua pemandu tersebut dan atas dakwaan apa mereka ditahan juga masih belum diketahui.
Jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin sering kali mendominasi topik perbalahan di China.
Video insiden tersebut yang tersebar pantas di internet membangkitkan manusia yang alpa tentang erti belas kasihan dan definisi kemanusiaan.
Hasilnya, rakyat China menggesa kerajaan memperkenalkan undang-undang Good Samaritan (rakyat berhati mulia) bagi menghukum orang awam yang enggan membantu individu yang memerlukan pertolongan.
YUE YUE (kanan) kanak-kanak malang dari China menjadi bukti kepada ketidakprihatinan masyarakat setempat di negara tersebut.Gubal undang-undang
Komentar untuk akhbar Friday's Global Times menyatakan tragedi Yue Yue telah membogelkan sisi gelap komuniti China dan menyokong penggubalan undang-undang buat Good Samaritan.
"Adalah lebih wajar mewujudkan sistem ganjaran bagi mereka yang rela membantu mangsa seperti Yue Yue berbanding menghukum mereka yang enggan menghulur bantuan," dedah komentar itu lagi.
Seorang peguam negara itu, Zhu Yongping, mencadangkan agar penubuhan undang-undang Good Samaritan diwujudkan di Foshan tetapi motif setiap individu terhadap sesuatu kes sebegitu sukar untuk ditentukan.
Zhou Chengxin, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan di Pejabat Hal Ehwal Perundangan Shenzen berkata, tarikh draf penggubalan undang-undang baharu itu diserahkan ke Kongres Rakyat Shenzen masih belum diketahui.
Menerusi draf itu, cadangan undang-undang merangkumi pengecualian tanggungjawab ke atas individu yang membantu seseorang yang memerlukan pertolongan tetapi bertemu kegagalan, selagi tiada unsur-unsur pengabaian dan sabotaj ditemui.
Good Samaritan juga menetapkan jika individu yang menerima bantuan mahu mengemukakan saman ke atas orang yang membantunya, mereka perlu mengemukakan bukti kukuh sebelum membawa perkara itu ke mahkamah.
Tambah Zhou, China tidak memiliki undang-undang seperti itu sebelum ini, jadi tiada contoh yang boleh dijadikan garis panduan bagi menggubal undang-undang baharu itu.
"Perkara ini masih dalam perbincangan, sama ada sesuai atau tidak Shenzen mengaplikasikan undang-undang itu ataupun menyerahkannya kepada perundangan negara bagi membuat keputusan.
"Kita berharap agar Kongres Rakyat, badan perundangan dan mahkamah tinggi dapat memberi langkah-langkah penyelesaian sewajarnya," ungkap Zhou.
Draf undang-undang tersebut sebenarnya mula dicadangkan pada awal tahun ini ekoran reaksi Timbalan Presiden sebuah hospital tempatan di Shenzen, Xu Long terhadap insiden yang menimpa seorang lelaki warga emas pada 2010 yang mati akibat sesak nafas selepas rebah di tempat awam, namun tiada sesiapa yang membantu.
Profesor Sains Politik dan Undang-Undang, Universiti China, Wu Ming'an menganggap kes Yue Yue sebagai seruan kepada masyarakat untuk berubah.
"Bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang, Good Samaritan sememangnya diperlukan bagi melindungi mereka yang berhati mulia.
"Usul awal yang dikemukakan Shenzen mungkin menjadi contoh terbaik untuk kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang tersebut untuk semua daerah di China," jelas Wu.
Pentingkan diri
Seorang pemimpin parti Komunis tempatan menerusi akhbar Guang Zhou Daily menggesa rakyat China mencari refleksi di sebalik kejadian itu dan menjadikannya sebagai pengajaran.
Kejadian yang menimpa Yue Yue itu juga menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan slogan dan sasaran Presiden China, Hu Jintao yang memperkenalkan polisi masyarakat harmoni selama lapan tahun dia memegang tampuk pemerintahan China.
Dilempar dengan pelbagai hamburan kata-kata rakyat dan negara luar, kerajaan China membuat kenyataan balas bahawa kerajaan telah berjaya mengeluarkan 400 juta rakyat daripada kepompong kemiskinan dan hidup sebagai golongan kelas pertengahan.
Majoriti rakyat China juga kini berpendidikan tinggi dan golongan miskin pula tidak berdepan kebuluran dan masih mampu untuk hidup.
Obsesi China dalam meningkatkan ekonomi dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara Barat dilihat bersifat peribadi iaitu mereka mahu disanjungi dan tanpa disedari mereka telah melahirkan masyarakat yang mementingkan diri dan kebendaan.Kosmo
Fairy Notes-habito wifeyto demam,baru ok sikit
Fairy Notes-habito wifeyto demam,baru ok sikit
Friday, December 2, 2011
Dan Pia memang penakut Part 3
Assalammualaikum kawan2
ok sambungan Pia jalan2 Perlis,i know dah basi hihi :P
nak story juga ,Layan je boleh ke tidok?
ni kat tasik melati area BERSERI,sebenarnya Pia jalan2 sini dulu sebelum gi ladang tebu chuping
posing la apa lagi :P
kemudian bergerak ke timah tasoh,macam ni turutannya 1-Tasik Melati 2-Ladang Tebu Chuping 3-Padang Besar(pia story later) 4-Timah Tasoh yang kat gambar ni,empangan sebenarnya ni cantik kan?Subhanallah
Ini keesokkan harinya ke Gua kelam,mood "dan "Pia memang penakut" actived!!jalan nak ke sini kus semangat sunyi
sampai dah,Alhamdulillah
Habito jadi photoG hehe,dia tak mo enter frame,Gua Kelam ditutup waktu ni hujan air deras.kalau boley masuk pon Pia tak nak....biasa la penakut hehe
Jalan nak gi sini pon kecut perut bukit kiri kanan hutan tebal,memusing2 saje jalan2 hari keje tak apa pon kat sini.depan sikit pintu sempadan Siam
Bakal bersambung lagi lalalala
ok sambungan Pia jalan2 Perlis,i know dah basi hihi :P
nak story juga ,Layan je boleh ke tidok?
ni kat tasik melati area BERSERI,sebenarnya Pia jalan2 sini dulu sebelum gi ladang tebu chuping
posing la apa lagi :P
kemudian bergerak ke timah tasoh,macam ni turutannya 1-Tasik Melati 2-Ladang Tebu Chuping 3-Padang Besar(pia story later) 4-Timah Tasoh yang kat gambar ni,empangan sebenarnya ni cantik kan?Subhanallah
Ini keesokkan harinya ke Gua kelam,mood "dan "Pia memang penakut" actived!!jalan nak ke sini kus semangat sunyi
sampai dah,Alhamdulillah
Habito jadi photoG hehe,dia tak mo enter frame,Gua Kelam ditutup waktu ni hujan air deras.kalau boley masuk pon Pia tak nak....biasa la penakut hehe
Jalan nak gi sini pon kecut perut bukit kiri kanan hutan tebal,memusing2 saje jalan2 hari keje tak apa pon kat sini.depan sikit pintu sempadan Siam
Bakal bersambung lagi lalalala
Labels:
Cite biase jer,
First Time
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Artikel
(222)
Award
(9)
Bahan Santai
(120)
Beloved Nuffnang
(26)
Celebration
(105)
Cite biase jer
(153)
Doa
(11)
Emosi
(183)
First Time
(186)
Gift
(6)
Info
(264)
Kawen-Kawin
(26)
Lirik
(21)
Love
(46)
Nasihat
(68)
Pia berhujung minggu
(83)
Tag
(21)