Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

Daphne Iking




Fairy Notes-Alhamdulillah

Rita Anak Arwah Sosilawati mimpi ibu







http://bacapaperku.blogspot.com/

Sunday, February 27, 2011

Selamat Pengantin Baru Siti Sarah Raissuddin dan Shuib Raja Lawak


Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 26 FEB 2011: Setelah menjalinkan hubungan cinta lebih setahun, akhirnya pasangan merpati dua sejoli penyanyi, Siti Sarah Raissuddin dan ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhammad atau Shuib selamat disatukan dengan ikatan perkahwinan yang sah.
Malah dengan hanya sekali lafaz, Siti Sarah pun sah menjadi isteri kepada Shuib dalam majlis yang cukup sederhana yang telah berlangsung di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, sekitar jam 5.50 petang tadi.Murai




Saturday, February 26, 2011

Ular Kapak



Ada orang cari ular kapak la



Hari tu kat on the way pegi keje ,lalu sentul ade
bomba dan penyelamat kot tengah tangkap ular sawa
besar punya!

Gambar tak sempat snap,rushing nak masuk ofis



Fairy Notes-ciptaan Allah,tapi tcuak juga kalau terserempak.

Friday, February 25, 2011

Dating lagi

Sabtu lepas Pia dating dengan

Colleague yang rapat mase Pia keje
tempat lame kat Glenmarie :)

Dating kat Subang Parade,Pia dah lame
tak pegi Subang Parade,dah cantik!

Dulu kami kadang2 hari jumaat
kami buat Pot Luck.

Atau gilir2 masak,next firday team member
lain pulak masak :)

Dan kadang2 lepas keje pegi Ole2 Sek 8?
dah lupe.Rindunya

Sekarang dah berubah Fae shawl Rainbow
mase tu baru tunang,sekarang dah kawen dah ade
Baby Aimi :)

Kak Sue tudung hitam dulu ade sorang hero,sekarang
dah ade 2 orang hero :')

Sementara tunggu dieorang sampai,Pia tengok
ramai yang tolak stroller bawak baby,anak jalan2

Dalam hati berkeping2 jap, :')
Semoga Allah izinkan soonest!Amin2







ada lagi 1 gambar =))




































with baby Aimi :),comel!!!



Fairy Notes-have to admit,sudah gumuk.muka kembang semangkok!sigh

Ade orang belanja :D

Tadi ade lunch date dengan Umi Hanis

Time kaceh umi hanis belanja lunch tadi, :D

gambar tak de,lapar :P

 google

Makan Kyros Kebab,Pia makan croissant
mix.Alhamdulillah 


Fairy Notes-Umi Hanis are reading? :P nanti kita keluar lagi ye KR

Dilarang parking merata-rata disini!!!

Walauweh,sekali tank daaa =))

KERETA kebal milik Nicholas Kravchenko diletakkan di tepi sebatang jalan raya dekat rumahnya di Wolvercote, Britain baru-baru ini.

WOLVERCOTE, Britain - Sebuah kereta kebal milik seorang penduduk diparkir di tepi jalan di luar rumahnya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakan pemilik kereta kebal itu meletakkan kereta kebal tersebut di tepi jalan telah menyebabkan jiran-jirannya marah.

Jiran-jirannya itu mengadu kereta kebal itu 'menyakitkan mata' mereka kerana ia menjejaskan pemandangan yang indah di kawasan berkenaan.

Namun, pemilik kereta kebal seberat empat tan itu, Nicholas Kravchenko menegaskan, tidak ada undang-undang yang melarang beliau meletakkan kereta kebal tersebut di tepi jalan.

Beliau yang merupakan bekas jurutera tentera membeli kereta kebal era tahun 1960-an itu daripada Kementerian Pertahanan pada harga lebih £10,000 (RM49,545).

Menurutnya, kereta kebal itu mempunyai kelajuan 32.10 kilometer sejam. - Agensi Kosmo

Thursday, February 24, 2011

Terkini

Sekarang ni KL rata2nya hujan kan?

Pagi makan nasi kerabu,kunun lunch tak makan
lah.Still kenyang

Sekarang sangat sejukkkkk,perot pulak mintak diisi
lapo la pulak :P

Nasib baik ade stock prune hari tu hihihi

Pia makan preserved prune jenama S,bukan petik dari pokok yang Pia jumpa kat goggle ni tau...kikikih



Fairy Notes-moral of the story?makan la snack yang berkahsiat kawan2 :P

Dafi kejam?Dafi pembunuh?

1,000 maut di Libya


RIBUAN penduduk berhimpun dekat sebuah bangunan mahkamah di Benghazi, Libya semalam.

BENGHAZI - Tindakan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mahu menamatkan tunjuk perasaan yang menuntutnya meletakkan jawatan telah menyebabkan 1,000 orang terbunuh, kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini semalam.

"Kami percaya anggaran kematian kira-kira 1,000 orang boleh dipercayai," kata Frattini merujuk kepada tindakan Gaddafi yang mengarahkan pasukan keselamatan membedil dan menembak para penunjuk perasaan.

Sebelum ini, pertubuhan hak asasi, Human Right Watch menganggarkan 233 orang terbunuh dengan 62 penduduk di ibu kota Libya, Tripoli sejak dua hari lalu.

Menurut Frattini, beliau mengetahui bahawa wilayah timur Libya, Cyrenaica yang merupakan lokasi yang menempatkan banyak simpanan minyak tidak lagi berada di bawah kawalan Gaddafi.

Di bandar Benghazi, para penunjuk perasaan meraikan kemenangan dengan bermain bunga api dan membunyikan hon ekoran pertumpahan darah sudah berakhir.

Kawasan timur Libya dikatakan sudah berada dalam penguasaan penduduk yang menentang pemerintahan Gaddafi.

Sebuah penjara turut dibakar di Benghazi dan imej televisyen Sky News menunjukkan sebuah pesawat antipeluru berpandu Libya ditinggalkan di sebuah pangkalan tentera dekat Tobruk.

Menurut akhbar Quryna, di Sabratah, 80 kilometer ke barat Tripoli, tentera Libya menempatkan sejumlah besar askar selepas para penunjuk perasaan memusnahkan hampir kesemua pejabat perkhidmatan keselamatan. - Reuters Kosmo


Fairy Notes-macam virus kan?nilai sendiri

Wednesday, February 23, 2011

Gempa bumi kuat di New Zealand

SEORANG wanita ditarik dari celah runtuhan di Christchurch, New Zealand semalam.

CHRISTCHURCH - Kerja-kerja menyelamat dilakukan semalam selepas satu gempa bumi kuat melanda bandar raya ini yang merupakan antara bandar terbesar di New Zealand dengan menyebabkan bangunan-bangunan tinggi dan gereja runtuh, banyak kenderaan musnah dan sekurang-kurangnya 65 orang terbunuh.

Gempa bumi tersebut berlaku semasa orang ramai sedang sibuk melakukan kegiatan harian di bandar yang dihuni 350,000 orang itu pada pukul 12.51 tengah hari kelmarin (8.19 pagi waktu Malaysia semalam).

Ia merupakan antara bencana alam yang paling dahsyat pernah melanda New Zealand.

Gempa bumi itu adalah yang kedua terkuat melanda bandar raya ini yang dihuni oleh 350,000 orang dalam tempoh lima bulan.

Ia yang sekuat 6.3 pada skala Richter mencetuskan kemusnahan jauh lebih besar berbanding gempa bumi yang terkuat yang melanda sebelum subuh pada September tahun lalu.

Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan gempa itu berpusat pada kedalaman 2.5 kilometer di bawah tanah pada jarak lima kilometer dari sini.

Menurut kenyataan agensi itu, selepas gempa bumi tersebut, dua gegaran susulan, setiap satu berukuran 5.6 dan 5.5 pada skala Richter melanda bandar ini.

Setakat malam semalam, lebih 100 orang termasuk 12 pelajar Jepun yang melawat bandar ini dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan ketika hujan turun.

"Situasi di sini penuh dengan kemusnahan," kata Perdana Menteri New Zealand, John Key selepas beliau tiba di bandar ini beberapa jam setelah gempa bumi berlaku.

Menurutnya, angka kematian setakat ini adalah 65 orang dan berkemungkinan besar akan terus meningkat.

"Kita sedang menyaksikan hari paling gelap dalam sejarah New Zealand," ujarnya.

Sebuah gereja batu yang menjadi mercu tanda bandar ini ranap manakala bangunan-bangunan tinggi runtuh dan jatuh bertindih dengan jalan-jalan raya dipenuhi dengan serpihan konkrit dan batu bata.

"Bencana kali ini amat mengerikan. Orang ramai ditindih dengan runtuhan, runtuhan seberat beberapa tan," kata seorang penduduk tempatan Nathanael Boehm.

Menurutnya, beberapa mangsa mati akibat dihempap konkrit.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Bandar Christchurch, Bob Parker mengisytiharkan darurat di bandar ini dan mengarahkan orang ramai meninggalkan pusat bandar.

Lapangan terbang juga turut ditutup manakala Hospital Christchurch dikosongkan buat seketika sebelum dibuka semula.

Bekalan elektrik dan perkhidmatan telefon terputus dengan paip bawah tanah bocor dan menyebabkan banjir di beberapa batang jalan raya di sini.

Sejumlah kereta yang diletakkan di tepi jalan kini tertimbus di bawah timbunan runtuhan. - Agensi-Kosmo

Fairy Notes-Rakyat Malaysia/pelajar disana selamat(Buletin Utama).Alhamdulillah

Misteri suara tangisan dari dalam kubur


JAKARTA - Penduduk di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur mengerumuni sebuah kubur yang dikatakan mengeluarkan suara seperti orang menangis, lapor akhbar dalam talian Tribunnews.com semalam.

Kubur itu yang menempatkan jenazah seorang remaja perempuan di Prumpung, Desi Tri yang berusia 15 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai sejak pagi semalam.

Desi meninggal dunia pada 18 Februari lalu kerana sejenis penyakit.

Menurut seorang jirannya, Bony, 38, dia turut mendengar cerita bahawa Desi didapati masih hidup semasa solat jenazah.

Bagaimanapun, seorang wakil ketua kampung, Bambang berkata, dia tidak mendengar suara tangisan dari dalam kubur tersebut.

Dia menjelaskan, jika kubur itu mahu digali semula, ia perlu mendapatkan persetujuan daripada keluarganya. - Agensi-kosmo

Tuesday, February 22, 2011

Facebook haramkan gambar wanita mengandung


LONDON - Seorang wanita terkejut kerana gambarnya dalam keadaan hamil diharamkan oleh laman sosial Facebook, lapor akhbar The Sun semalam.

Gambar itu menunjukkan wanita tersebut, Angela Hurst (gambar) bergaya seperti aksi pelakon Demi Moore.

Gambar Angela yang dirakam oleh seorang jurugambar profesional itu dijadikannya sebagai gambar profil di muka surat Facebooknya.

Ia tidak sama seperti gambar Demi untuk majalah Vanity Fair pada Ogos 1991 yang dirakamkan dalam keadaan bogel. Sebaliknya, Angela memakai pakaian yang tidak menjolok mata.

Namun, hanya selepas tiga hari ia menjadi gambar profilnya, Facebook mengeluarkan gambarnya kerana dianggap menyalahi terma 'berbogel'.

Angela yang berusia 34 tahun dari Lee-on-Solent dekat Hampshire, England menyatakan bahawa gambar itu bukannya lucah kerana seluruh tubuhnya ditutup.

"Saya menerima banyak mesej, terutama daripada kaum wanita yang memberitahu mereka menyukainya. Mengingati tempoh mengandung ialah sesuatu yang menarik dan ia tidak bersifat seksual. Jika Demi boleh buat (merakamkan tubuhnya semasa hamil), kenapa tidak saya?" kata Angela.

Suami Angela, David berkata: "Gambar itu cantik. Tindakan ini agak berlebih-lebihan."

Sementara itu, seorang jurucakap Facebook pula menegaskan pihaknya melarang wujudnya unsur-unsur berbogel di laman tersebut. - Agensi Kosmo


Fairy Notes-Seksi kot

Seram,wuu~

Cuba dalami lirik ini

Lagu Rakyat

Ost Filem Musang Berjanggut

lirik Nenek Nenek Si Bongkok Tiga :

Nenek, nenek,
si bongkok tiga.
Siang mengantuk,
malam berjaga.
Mencari cucu
dimana 'ada.
Nenek ku kahwin
dengan anak raja.

Cucu, cucu
tak dapat lari.
Nenek tua
banyak sakti.
Sekarang nenek
nak cari ganti.
Siapa kena,
dia yang 'jadi.



Fairy Notes-tau mase tengok melodi few weeks ago.Ade penyanyi Fadzil yang citer (kalau tak silap )


lirik lagu Nenek Nenek Si Bongkok Tiga Lagu Rakyat

Get Well Soon Hero!

Ya Allah!Pia terluka sikit pon tak tahan.
Ini kan pulak tertusuk kayu kat betis :(





KORAT, Thailand - Semangat juang yang tinggi menjadi azimat buat jagoan negara, Mohd. Azizulhasni Awang untuk menamatkan saingan final acara keirin pada Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Velodrom Manchester, London awal pagi semalam.

Sekalipun betis kirinya tertusuk serpihan kayu velodrom selepas dia terjatuh akibat pelanggaran dengan empat lagi pelumba, Azizulhasni masih mampu bangkit dan kembali meneruskan perlumbaan yang menyaksikannya meraih pingat gangsa.

Ketika insiden malang itu berlaku, Azizulhasni terjatuh bersama empat lagi pelumba yang lain iaitu Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol) ketika mereka bersaing di selekoh terakhir.

Ternyata semangat kental yang ditunjukkan pelumba berusia 23 tahun ini telah memukau penonton yang hadir bagi menyaksikan acara yang cukup dinanti-nantikan itu yang dimenangi pelumba sensasi Britain, Chris Hoy.

Selepas insiden tersebut, Azizulhasni terus dikejarkan ke Hospital Manchester Royal Infirmary untuk mendapatkan rawatan dan difahamkan, dia akan menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan serpihan kayu kira-kira sepanjang 20 sentimeter itu.

Mengulas situasi terkini Azizulhasni, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd. Wahab berkata, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu ini tidak mengalami kecederaan yang serius.

"Saya telah dimaklumkan oleh pengurus pasukan Malaysia (Datuk Naim Mohammad) bahawa Azizulhasni kini berada dalam keadaan stabil.

"Diharapkan berita ini dapat meredakan seketika pelbagai cerita yang kita dengan tentang Azizulhasni sebelum ini.

"Saya juga berharap semua peminat-peminat sukan di tanah air mendoakan Azizulhasni agar segera sembuh dan dapat kembali memperkuat skuad trek negara," jelas Abu Samah kepada Kosmo! semalam.

Sebelum berlepas ke Manchester pada Selasa lalu, Azizulhasni berjaya menyumbang dua pingat gangsa pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2011 di sini.

Dua pingat gangsa tersebut hadir menerusi acara kegemarannya iaitu keirin dan pecut individu.

"Saya berbangga kerana Azizulhasni tidak kenal erti putus asa dan terus berjuang hingga titisan keringat terakhir bagi memburu kejayaan.

"Sikap sebeginilah yang harus ada pada setiap pelumba-pelumba negara jika mereka mahu mencipta kejayaan di pentas antarabangsa.

"Jangan kita mengalah sebelum berjuang. Saya berharap semangat juang yang ditunjukkan Azizulhasni menjadi ikutan oleh semua atlet di Malaysia khususnya pelumba-pelumba negara.

Azizulhasni yang lebih dikenali dengan gelaran The Pocketrocketman, kini merupakan pelumba No. 1 dalam acara keirin dan sedang memburu tiket untuk beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, Azizulhasni berjaya meraih pingat emas dalam acara keirin.

Ekoran daripada kecederaan itu, Azizulhasni tidak akan bersaing dalam acara pecut berpasukan awal pagi tadi (awal pagi Isnin). Tempatnya digantikan oleh Hafiz Sufian. Dua lagi pelumba negara ialah Muhamad Edrus Md Yunos, Josiah Ng.

"Saya juga tidak tahu Azizulhasni terkena serpihan kayu itu sehinggalah dia menamatkan perlumbaan. Perkara ini cukup mengejutkan seluruh pegawai dan pelumba-pelumba Malaysia," kata ketua jurulatih, John Beasley.

Azizulhasni juga tidak akan bertanding pada kejohanan dunia di Apeldoorn, Belanda yang akan bermula pada 23 Mac depan.Kosmo

Fairy Notes-harap ramai lagi atlet negara mempunyai semangat juang yg tinggi seperti Azizulhasni

Monday, February 21, 2011

Resipi Sayur Pak Choi Sos Tiram

Ye IBU2,BAPAK2 sekalian

Sayur ini juge dikenali sebagai Siew Pak Choi , Sawi

Hari ni Pia nak ajar masak
ecece :P

Resipi yang mudah,ringkas!

Semudah ABC,123

Sayur Pak Choi(Sawi Kecil)

Sos Tiram

Bawang Putih-chop3!! dicincang
halusss(ala2 Harith Iskandar dalam iklan nescafe :P)


Cara2 nya

Celur Pak Choi sehingga layu/lembut

Khasiat mungkin hilang jika sayur dicelur terlalu lame :P


Untuk Sos tiram

tumis bawang putih hingga wangi

kemudian masukkan 4 sudu besar sos tiram

kacau hingga mendidih,masukkan sedikit air

untuk sos yang lebih cair.

Terpulang pada selera anda

Tak perlu garam,sos tiram dah

ade perasa,cukup rase

Fairy Notes-boleh ditambah fish ball dalam menu ini,goreng fish ball(belah 2) hingga garing.Taburkan diatas resipi ini ;).Selamat Mencuba

Sunday, February 20, 2011

Wujud lagi Lanun-lanun ni,ini bukan cobaan ini betul2



UMUR mereka baru 15 tahun tetapi dalam usia sementah itu, tiga remaja ini memilih untuk menggalas senjata dan menjadi lanun yang paling ditakuti Teluk Aden, Somalia.

Kasayah Dhalin Hassan, Mohammad Abadi Ibrahim dan Hassan Yusuf Ahmad adalah antara tujuh lanun Somalia yang ditahan dalam satu operasi menyelamatkan kapal dagang Malaysia, MT Bunga Laurel oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 20 Januari lalu.

Ketika ditawan Somalia, kapal dagang yang membawa muatan minyak pelincir dan bahan kimia dari Asia Barat ke Singapura itu berada kira-kira 300 batu nautika atau 550 kilometer di timur Oman.

Selain tiga remaja terbabit, empat lagi rakan mereka, Ahmad Othman Jamal, Abdil Eid Hassan. Koore Mohammad Abdile dan Abdi Hakim Mohd. Abdi, berusia di antara 18 hingga 25 tahun turut dicekup Pasukan Pelindung Khas ATM .

Kelmarin, tujuh lanun tersebut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan melepaskan tembakan senjata api kepada tentera Malaysia.

Mereka bakal berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971.

Pembabitan aktif rakyat Somalia yang majoritinya beragama Islam sejak 10 tahun kebelakangan ini amat membimbangkan.

Teluk Aden yang terletak di antara Yemen di Semenanjung Arab dan Somalia di Afrika kini dianggap ‘Teluk Paling Bahaya’ di dunia.

Namun, lebih 21,000 kapal masih melaluinya setiap tahun memandangkan ia merupakan laluan air pintas yang menghubungkan Eropah dan Asia menerusi Terusan Suez.

Lanun moden Somalia dianggap licik, sofistikated dan melanun untuk meraih wang tebusan jutaan dolar yang begitu besar nilainya di negara Somalia yang kebanyakan rakyatnya hidup dalam kedaifan.

Senjata api

Menurut seorang penganalisis politik untuk saluran BBC, Mohamed Mohamed, kumpulan lanun Somalia dibentuk oleh pakar dalam tiga bidang berbeza.

BERPURA-PURA menangkap ikan sebelum menyerang kapal dagang menjadi taktik popular lanun Somalia

Ia termasuk bekas nelayan yang menjadi ketua kerana kepakaran mereka mengenai laut, bekas militan yang mempunyai kemahiran bertempur dan juruteknik sokongan yang mahir mengendalikan peralatan operasi berteknologi tinggi seperti telefon satelit, kelengkapan ketenteraan dan sistem kedudukan global (GPS).
“Selain menjadi lanun, mereka juga berniaga senjata api di Yemen dan Mogadishu. Mereka juga memberi perkhidmatan pinjaman wang,” lapor Mohamed.
Kawalan keselamatan yang semakin longgar menjadikan ratusan lelaki yang bersenjata memilih untuk menyertai kumpulan perompak laut apatah lagi ‘kerjaya’ itu menjanjikan kehidupan yang mewah di Somalia.
Seorang penduduk di Gawoore, Puntland, iaitu negeri yang paling ramai penduduknya menjadi lanun, Abdi Farah Juha, berkata, kekayaan hasil daripada merompak membolehkan lanun Somalia hidup senang.
“Mereka ada duit, ada kuasa dan kumpulan mereka semakin kuat dari sehari ke sehari.
“Mereka berkahwin dengan wanita muda yang cantik, membina rumah besar serta memiliki kereta dan senapang baru,” katanya yang menganggap kerjaya sebagai lanun boleh diterima masyarakat, malah sudah menjadi satu trend.
Bagi rakyat yang sebelum ini terpaksa menjadi mangsa konflik antara puak selepas kejatuhan Presiden Mohamed Siad Barre pada tahun 1991, hasil daripada aktiviti melanun dianggap sebagai habuan termewah dalam hidup mereka.
“Kebanyakan lanun berusia 20 hingga 35 tahun dan mereka melakukannya kerana wang.
“Mereka tidak pernah dilihat bergaduh sesama sendiri kerana terikat dengan perjanjian wang malah lanun yang tercedera juga jarang ditemui,” katanya.
Walaupun ada di kalangan mereka yang ditangkap dan mati di tangan tentera asing, aktiviti lanun Somalia tidak tergugat.

BEGINILAH keadaan sebuah hospital di Mogadishu. Rakyat Somalia sudah terbiasa dengan kehidupan serba kekurangan.

Anarki

Adakah lanun Somalia sangat ganas dan tidak boleh dikalahkan walaupun oleh pasukan tentera marin terbaik dunia?

Mengulas senario lanun yang semakin serius, Pensyarah Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain menyifatkan kejatuhan regim Mohamed Siad mengakibatkan Somalia berada dalam keadaan lebih kritikal selepas tiada kerajaan pusat yang sahih untuk mentadbir negara tersebut.

“Perang saudara antara dua wilayah di Somaliland dan Puntland memburukkan lagi keadaan,” jelasnya.

Tambah Atory, ketiadaan undang-undang dan pentadbiran sistematik menjadikan Somalia sebuah negara bebas atau digelar anarki.

“Pergolakan terjadi di mana-mana termasuk perairan negara kerana setiap kawasan pantai dikawal militan tertentu yang diketuai pemimpin puak.

“Keadaan yang kucar-kacir menyebabkan rakyat semakin tersepit.

“Desakan hidup memaksa mereka menjadi apa saja walaupun perlu merompak dan menjadikan anak kapal sebagai tebusan,” jelasnya lagi.

Pensyarah Sains Politik di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Pengajian Strategi, Fakulti Sains dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff pula

berpendapat modus operandi yang dijalankan oleh lanun Somalia bersifat profesional dan sistematik.

“Setiap kapal asing yang melalui perairan Somalia perlu membayar cukai atau royalti kepada militan yang mengawasi kawasan itu.


PENANGKAPAN lanun Somalia oleh tentera India baru-baru ini sangat wajar untuk menyekat keganasan mereka.

“Keengganan akan menyebabkan pemimpin puak bertindak lebih agresif dengan menyerang dan merampas barangan daripada kapal asing tersebut,” ujarnya.
Selain itu, tindakan pemberian permit kepada kapal asing untuk menangkap ikan di perairan tersebut tanpa menghiraukan penduduk tempatan turut membangkitkan kemarahan rakyat tempatan.
Bimbang hak asasi dirampas oleh pendatang asing, tindakan lebih ganas dipilih bagi mengelakkan penindasan ke atas mereka.
Bagaimanapun, istilah lanun yang dilabelkan pedagang antarabangsa sebenarnya bukan berpunca daripada tindakan agresif mereka semata-mata.
Pada awalnya pengiktirafan diberikan kepada beberapa puak sahaja untuk menguasai wilayah tertentu di Somalia namun apabila kuasa itu berjalan, komuniti antarabangsa pula melabelkan mereka sebagai lanun.
Oleh kerana tiadanya pengawasan antarabangsa maka jumlah kes berkaitan lanun di perairan tersebut semakin meningkat berikutan desakan untuk mendapatkan wang membeli senjata.Kosmo


Fairy Notes-Siapa minat Jack Sparrow?Lanun femes emes dari Hollywood :P

Saturday, February 19, 2011

Tunjuk Perasaan Umpama Virus.Dari Mesir kini Menular ke Yemen

SEJUMLAH penunjuk perasaan propemerintah membaling batu ke arah para penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Presiden Ali Abdullah Saleh di Sanaa, Yemen semalam.

SANAA - Pertempuran sengit antara para penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang pemerintah di sini menyebabkan sekurang-sekurangnya 40 orang cedera semalam manakala tentera dikerahkan ke bandar pelabuhan Aden, selatan negara itu bagi mengawal ketenteraman.

Sekitar 2,000 orang penunjuk perasaan, kebanyakannya pelajar, meninggalkan Universiti Sanaa dan menuju ke Dataran Pembebasan di sini apabila mereka bertembung dengan penyokong-penyokong pemerintah sekali gus mencetuskan pertempuran yang masuk hari ketujuh semalam.Kosmo


Fairy Notes-Bersyukurlah dengan keamanan yang kite sedang nikmati. :)

Friday, February 18, 2011

Siap! :)

Ingat tak Pia kena marah kunun tempoh hari?

 dulu Pia guna kad ni,thanks google

Tadi Pia dah pegi buat kad baru dah,Alhamdulillah
settle!

Yang Pia suke sebab cekap la staff MBB Jalan
Ipoh buat keje

Tak sampai setengah jam urusan nya

Tak payah isi2 form bagai,semua mereka buatkan
tandatangan aje..Syabas2

ini kad baru,walah!bukan manyak pon ongkos dalam tu :P

With Bear Bear Besar!

Selamat Hari Jumaat

ehehe,saje nak jaja gambar

je entry akhir2 ni :P

U oll mesti tau tempat ni kat mana

musim2 cuti akhir tahun hari yang lepas

adik ipar datang dok rumah Pia,ade bawak dia jalan2
sikit



bear2 paling besar yang penah Pia lihat seumur hidup,eh kak ipar yang over posing :P

Thursday, February 17, 2011

BE muncul lagi :),syukran

Alhamdulillah BE muncul buat kali pertama pada
tahun 2011 ni

Thank You Nuffnang,nuffnang rocks!!!




Nak tau kenapa Pia tepek Metered Earnings
sekali?

Haaa,ni ade lagi 1 citer nak bagitau u oll

bukan niat nak riak ye,hanya nak kongsi
kegembiraan

Lame juge Pia tak dapat BE,last untuk
tahun 2010 dapat BE Nokia C3.

Ni baru muncul BE baru,Alhamdulillah.

Ade jodoh kan? :)

Wish list no.2 dah tercapai.Alhamdulillah

Hadiah hubby beri in advance birthday

Pia bulan Mac,save the date u guys hihi ;P


Fairy Notes-tadi ade orang spoiled mood Pia,Pia bincang dengan orang lain.Orang lain yang sibok menyampuk dengan nada annoying!

Fairy Notes-Tak pe,Pia saba je.tak nak biarkan orang spoiled mood Pia lame2.Pia buat dek jer,hello i'm not talking to u anyway.Get a live!

Wednesday, February 16, 2011

Indah

Assalammualaikum

hye u olls...Pia miss u oll mucho!

Sorry still tak dapat BW

Saba je la kan..kan :(

saje nak cite sikit,kadang2

tonton drama Pia terperasan

eh macam familiar la tempat ni

 nak balik dah,matahari dah nak terbenam

antara drama yang Pia perasan

drama Nigina lakonan Rosyam Noor
dan Emelda

Embun Mutiara Awal dan siapa ek heroin
dia..lupa :P

banyak dah drama shoot kat

jeti ni kot,yang terbaru Pia perasan

drama HANI kat TV3.

Taman Tasik Metropolitan Kepong

tempat main layang2,jogging  :)

nice place,tapi parking susah nak

dapat weekend ..

Kawasan ni dalam tv lagi cantik

mesti la mereka tau teknik sinematografi
kan ?:)

Fairy Notes-Pia tengok banyak sangat drama ke?tak lah :P

Tuesday, February 15, 2011

The Chosen One Lyrics-Maher Zain-Salam Maulidur Rasul

Pia nak share lagi satu favorite lagu Maher Zain,Beautiful song.
Subhanallah

Lagu Maher Zain semua best,lirik yang bagus.





The Chosen One Lyrics

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Saturday, February 12, 2011

Ada soalan untuk pia?

from google

Entry ni Pia buak untuk anda tanya soalan pada Pia

ehehe(bajet je pia ni)

Soalan peperiksaan tak dapek den nak nolong
wokey :P

Oso no sensentap(sensitive) question allowed ngeti?
heheh

nak pasang toing2 tak gheti (T_T)

tapi kalau Pia tak mampu jawap jangan marah ye
hihii

Pia cube k....

Friday, February 11, 2011

semakin tak terkawal

Janin berulat di Sungai Gombak
Oleh Nor Azizah Mokhtar dan Safeek Affendy Razali

2011/02/11

KUALA LUMPUR: Tidak sampai sehari selepas polis Bukit Aman mendedahkan 517 kes pembuangan bayi direkodkan di seluruh negara dalam tempoh lima tahun lalu, dua lagi janin bayi ditemui di dua lokasi berasingan di ibu negara dalam tempoh 24 jam semalam. BH

Fairy Notes-itu yang dilaporkan,yang tak dilaporkan ?Nauzubillah

Al-Fatihah

Salam takziah untuk keluarga FIL atas permergian arwah pak de :(

(abang FIL) pada pukul 2am tadi.

Semoga keluarga Pak De tabah menghadapi ujian ini.

dan rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman
Amin

Fairy Notes-pia sempat melawat Pak De pada hari hari Rabu hari tu dengan hubby dan FIL

Wednesday, February 9, 2011

Alhamdulillah

Permulaan 2011 banyak kegembiraan dari duka

Walaupon ada duka menjengah

Bulan Rabiulawal/Feb menjelma

Banyak pekara gembira dalam bulan ni


Kawan yang lame tak jumpe tiba2 muncul
kembali

Pia sangat gembira,semoga persahabatan
kami makin erat(Amin)


Semoga kekal begini..Amin2

Jika tidak,semoga Pia jadi lebih tabah

Tuesday, February 8, 2011

unik nya Malaysia

dengan kehadiran masyarakat cina kelantan



Fairy Notes-pia tengok kat buletin utama demo kecek kelate,main dikir barak...cute :)

Fairy Notes-sory entry sepantas kilat,menumpang internet orang :'(

Monday, February 7, 2011

Ado sekor anak tupai

Assalammualaikum,hye semua

macam mane cuti?best?

mesti seronok kan?

Pia balik kg hubby,semalam pagi2 dah sampai
KL.

Adik sepupu hubby jumpa sekor anak tupai!!!

Macam mane mereka boleh bela tupai?

Masa mereka main bola kat laman umah atok

tendangan bola kena pokok,lepas tu tupai tu
jatuh kat tanah.

mereka  pon  ambil untuk bela,terujanya!

pia memang teringin nak pegang sentuh
belai tupai.

bukan senang nak jumpa,tengok tupai
lame2

jinak sangat :),kawaeee(comel)


nampak tak ia makan agar2,minum air oren tau.gambar ia minum air tak sempat snap




name ia Ben
watermark cincai je....hihi

Fairy Notes-mintak maaf manyak2,masih tak dapat jalan2 rumah u oll :(

Friday, February 4, 2011

Si Belacan dan paku =))


Fairy Notes-cuti2 ade chan tengok MHI,BARU kenal si belacan n paku ni...Belacan dah kawen dengan orang M'sia.Orang Sarawak

Thursday, February 3, 2011

Semoga pelajar Malaysia di Mesir Selamat dan Happy Chinese New Year


Syukur la,good news

Du(thuk)tahun Arnab :)

Gong Xi Fa cai

Happy Anniversary

Alhamdulillah, dah 3 tahun
bergelar isteri kepada Enche Fadzli

Selamat Ulang tahun ke-3

Last years wish

내가 오빠를 사랑-naega oppaleul salang


I Love u so much sayang-sarang he oppa,xoxo!


nal salang jusyeoseo gamsahabnida-thank you for loving me




Fairy Notes-i'm sorry sayang kita masih ber2 :(


Fairy Notes-doakan kebahagian kami hingga ke akhir hayat ye 

Wednesday, February 2, 2011

kena marah :'(

kad ATM Pia hilang,aduhai cuai betul! :(

hubby Pia MARAH,huk2

hubby marah sebab Pia cuai

Pia memang cuai,kenapalah cuai
sangat!!

Nak gune baru perasan hilang,entah
berapa hari hilang :(

Tuesday, February 1, 2011

Ice Room

Salam semua

minggu ni minggu cuti :D

u oll kemane?sibok jer Pia ni ;P

jumaat lepas Pia pegi chill dengan adik

minum2 dan makan desert di ICE ROOM Kota Damansara

layanan memang best,mesra ;)

dragon fruit juice
desert ice cream,ice cream ni berbeza sikit...keping2 mcm ice tapi smooth jer :) name nya AVOCADO somethig dah lupe :P

Gedix time
Siyes dah lame tak kuar dengan adik


Fairy Notes-hubby tak ikut,dia jumpe kawan dia hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (219) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (25) Celebration (105) Cite biase jer (152) Doa (10) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (262) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (67) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)