Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 31, 2010

Gaza

 Malang sungguh nasib sukarelawan yang menyertai misi kemanusian ke GAZA ,berita penuh diBerita Harian

 Rasanya ramai yanag dah tahu mengenai berita sedih ini

Serangan di perairan antarabangsa pencabulan undang-undang serius: Anifah



 Semakin hari semakin parah :'(,mari kita sama berdoa ya

Sunday, May 30, 2010

The More We Know

Ni nak coret sikit jer before nak tido,tak keluar pon malam minggu.Kat umah jer

Suke3,syok dudok umah..kena ade buku,internet TV semua la baru bertambah syok kat umah :)..ade yg setuju??

Berbalik pada tujuana asal pia ketuk keyboard ni

Dalam kotak fikiran Pia sekarang kan

Ada ini
*
*
*
*

Lagi banyak kita mengkaji(tahu sesuatu pekara)
Lagi banyak kita tak tahu sebanarnya

sekadar gambar hiasan,dari gugel

apa pendapat anda?
sudi2kan la komen ye
selamat berhujung minggu


p/s.1-kena banyak menbace ni,takut otak berkarat
p/s.2-tadi gi kenduri aqiqah my buddy,nanti citer...

Saturday, May 29, 2010

Prince Of Persia

Malam semalam,Pia telah berjumpa Blogger wanita tersohor Jard ,yeyyyy sila tepuk tgn.

Teruja dan gementar pertama kali bersua,she is sweet,friendly.

Kami menonton cerita ini,seperti yg tertera di tajuk entry



Tiket ditaja oleh Nuffnang sapa yg join Nuffnang musti tahu kan?Thanks Nuffnang

Venue di e-Curve Mutiara Damansara,setiap blogger yg join dapat 2 tiket

Ceritanya OK..ade lucu hero comel ehehe

Tak pandai komen sgt fasal filem,cume PELIK citer latar belakang ala2 Arab,

dialog in English, British accent lagi yg i suka tu u :D(ai,u) ayt Cik Gebu hehe

Jard dengan baik hati telah mengundang saya untuk menonton wayang bersama.

Hadiah sempena menjadi pengomen tegar blog nya, thanks so much Jard :)

Memandangkan kali pertama bersua 4 mata,malu2 kucen juge kami,So tak bergambar la kami

Tiada gambar untuk diupload untuk entry ini ehehe,tapi ini KISAH BENAR ok



p/s-terima kasih Jard susah2 Q amek tiket,ku lambat sikit sampaiTak dapat teman Jard Q sama2

Wednesday, May 26, 2010

Cerita Hari Ini

Assalammualaikum,hi there

Hari ni nak share 2 artikel,kedua-dua nya fasal Mati(mcm kasar jer bunyinya)

Pia memang suke share artikel kat blog ni



Ini kebetulan je ni,maut kan Allah yang tentukan

Mengarut kan?

"sesungguhnya mati itu pasti"

Tuesday, May 25, 2010

Curi

Pia bukan nak cerita isu poligami,ku memang manusia biasa yg tamak.tak sanggup berkongsi suami.Minta dijauhkan..Amin....

Pia tak prejudice terhadap warga asing yg dtg cari rezeki kat sini

Cume memang anti kalau spesis yang over,buat mcm masalah kat negara ku yg tercinta ni

Contoh nya artikel HM(Harian Metro) hari ni,memang geram bila Pia bace perempuan aniaya kaum sendiri

Mintak dijauhkan dari kita semua,Amin


p/s-pernah terjadi pada saudara jauh ku :(


Sunday, May 23, 2010

Tag

Fuhhhh,baru siap keje sekolah yang diberi oleh gorgeous mum,Afidah
Thanks ya,rasa happy

1). Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?

mengucap syahadah,semoga ku mati dlm iman

2). 6 orang di hati anda?

sapa yg sayang saya,saya akan syg lebih dari kamu syg saya....wink

3). Anda rasa anda comel?

erk,tomei la jugek :D


4). Single or taken?

happily married,Alhamdulilah


5). Blog yang anda suka?

manyak sgt,termasuk si gojes yg Tag ni :)


6). Adakah bilik anda kemas setiap hari?

pengakuan,jika bgn awal baru sempat kemas (T_T)

7) Lagu terakhir yang anda dengar?

lagu kat blog si pari2 pagi adik ku


8). Last text message?

dengan si pari2 pagi juge :D,psl makanan KAWAN baik dia hahaha =))

9). Last phone call?

dari hubby

10). Hari terakhir anda menangis?

tahun ni ade juge la,kurang ingat

11). List lima color favorite anda?

pink , merah , purple , black and orange

12). Orang terakhir anda ber-YM?

dengan kawan u la dear,Jard :)

13). Game paling anda suka?

Turbo Pizza

14). Adakah anda peminat MCR?

MCR tu ape???betul3 tak tahu

15). Apa perasaan anda jawab tag ni?
happy,kenyang lepas lunch tak masak beli jerk

16). Anda rasa tag ini best?

simple but nice


Tag lagi 10 orang;

1.Adik-u know who u r =))
2.Cik Bulan
3.Atiqah Adnan
4.Jard ,ku tak kira,kena jwp juga haha
5.Ezzati
6.Puteri
7.Sara
8.Yats
9.Org London
10.Sakura

halamak .. smapai 10 jerk?? byk lagi dlm kepala i nie... ok.. i nak bagi kat semua yg baca entry nie..(ayat ni copy bulat2 dari Afidah hehe)

Friday, May 21, 2010

Ma Me Mi Mo Mu

Muehehe,tajuk mcm kelas vocal akademi fantasia pulak kan :P


Haaa tu la nak sangat suara merdu bak bulu perindu

Main belasah jer

Last-last siapa yang merana









p/s-Dato' Siti Nurhaliza hanya 1,mana boleh tiru atau.Bakat dia Allah yg kurniakan untuk nya

Martha Stewart

Wahhh Martha datang Malaysia :),minat dgn dia
Sebelum kenal show dia,ingatkan rancangan boring apa la
Kali pertama menonton Martha Stewart Show,
terus jadi Love at first sight kat TV show dia


Thursday, May 20, 2010

Facebook





Lagi dan lagi dan lagi...Facebook kuat sungguh pengaruh Fesbok ni
kepada kita sekarang

Apa yang boleh ku katakan,berhati-hati ye semua
manusia semakin kejam

Jenayah ada dimana2
Semoga Allah melindungi kita..Amin

Wednesday, May 19, 2010

Jard...Thank U

Dikesempatan ini nak ucapkan terima kasih kat Jard terharu dan tak sangka,nak tahu? klik sini

Tak lupe juge pada Ezzati .....rindu tau..dari dia la Pia kenal Jard :)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sedang chatting dengan Jard sambil ngap sekerem Milo :D,hancusss diet ku






p/s-Semoga diizinkan Nya utk kami bertemu

Moral of the Story(Gambar)

Menchori(ayat Hanis Zalikha) memang berdosa ye,faham2 la

Ni Pia share dari apa yg ade dlm inbox email

Akibat menchori kabel

Amaran,gambar ini ngeri...ibu mengandung tak note ya














AdaMaya

Salam 1 Blogger Malaysia :)

ok2 saya tau AdaMaya dah tamat siaran :(

Saya baru terhegeh2 nak ulas pulak pasal AdaMaya ehehe

Episod 17 AdaMaya paling menyakitkan hati!Huh

Dah berganti dgn Syah Jihan,kelako juge citer baru tu Pari2 ckp Perak
Siap berkain batik wakakak

Ok,tanpa melengahkan time...tgk la haasil bebelan ku yg tak seberape ni

Maya,lebih baik kamu makan RACUN dari terima suapan dari bukan muhrim mu wahai Maya :(
Lepas buat salah tunding jari marahkan suami ye Maya,kamu yg tak bertanggungjawab lambat jemput Amani
Lps tidurkan Amani yg comel,kamu meroyan pulak nak mintak cerai.Padahal Adam dah berlembut dgn kamu
Ini paling TERBAIK ye kamu Maya,berkhalwat dgn Dani yg tak tau malu tu.Adam masih bersabar

Adam masih baik hati berbincang cara baik demi mase depan Amani dan rumah tangga mereka pd esok pagi

Tuesday, May 18, 2010

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI

Ini lah masanya,inilah inilah inilah..berapa byk ini laaaaa =))


Pia Pia oh Pia Pia jgn berlengah lagi,ok2 ni saya sedang mengetuk papan kekunci komputer pejabat utk menyatakan disini bahawasanya saya ingin blog saya dijelajah oleh En.Ben Ashaari yg ku selalu jumpa didunia alam maya ni.Tak sangka dia sgt2 popular didunia blog ini

Nama manje saya disini Pia maaf tergedik pula :)),name kat FB Hurin Adawiyah

So far nama blog saya nama omputih My Real Fairy Tales.Blog saya ni telah bertukar nama sebanyak 3 kali termasuk My Real Fairy Tales.Masih tercari2 identiti dan nama tetap untuk blog ini.

Nama blog sebelum ini
  • Cheriter@ Pia
  • Kerana Diriku Wanita Biasa

Tujuan saya berblogging untuk ekspresi diri dan seperti kata2 di header sekadar meluahkan rasa jiwa

Saya cukup teruja setelah mengenali dunia blog.

Dunia blog Malaysia sahaja sudah cukup berwarna-warni dan hebat

Saya terhidu siri jelajah ni,dari blog pengunjung blog saya TK, Cik Bulan,adik syg yg saya kenal dari alam maya

Sebab paling utama ingin Blog isteri En.Fadzli dijelajah En Ben
  1. supaya blog biase2 ini dapat menyerlah,tak menyerlah banyak sikit pon ok :)
  2. Nak lebih ramai blogger sedar akan kewujudan blog ini
  3. Nak trafik,tipu la kan jika saya tak nak up kan trafik blog saya ni kan
  4. Kenal dgn lebih ramai blogger yg hebat diluar sana
  5. Suka dgn Tagline Jgn Bagi Aku Membebel :D blog En.Ben.Akhir2 ni,dulu mcm terlepas pandang ehehe.
  6. Terima kasih En.Ben selalu share tips n inspirasi utk berblog.Kadang2,saya memang tak terkejar entry En.Ben pantas mcm keretapi kat Korea,Jepon 
Akhir kata(tiba-tiba pulak),maaf penulisan saya masih lemah.semoga saya dapat banyak membaca dan memperbaiki mutu penulisan saya di blog ini.Semoga saya tabah menunggu En Ben singgah ke blog ini :)

p/s-En Ben,status diFB yg masih berkesan dikotak fikiran saya tentang warga asing gembira dapat beli kasut baru walaupon harganya hanya RM5,manakala kita hanya puas dapat menyarung kasur berjenama yg bernilai ratusan RM.



Surprise!

Klik ye jika minat nak bace artikel ni

Sunday, May 16, 2010

Keputusan Pilihanraya Kecil Sibu 2010

BN

kalah

boleh agak?

keputusan keluar agak lambat

Sempat menonton

Lintas langsung tadi,thanks TV3


Liputan Sepantas kilat jer,biasa la ka*&#

Berita lanjut disini

Dan Berita Hairan Harian

Selamat Hari Ibu

Muehehehe,malunyaaa

AWAL kan saya jawab tag ini,thanks Afidah diatas tag ini :)

Letakkan gambar anda bersama ibu anda. Tak kesah candid atau pose.

Gambar ini diambil pada tahun ini,sila rujuk tarikh kat tepi tu ehehe
kat umah abg umi,Pak Ngah ku
Umi ku suka gelak2 kalau nak bergambar

Susah juga nak bergambar dgn umi ku ini
Asyik gelak jer,mcm shooting drama kena byk kali take

Tgk la tu umi ku kunun2 buat muke serious,padahal baru lps gelak2 =))
Last2 pin candid ini juge yg Pia pilih utk letak kat sini hehe

Maaf umi jika nak mu ini tak menjadi anak yg terbaik buat mu
Selamat Hari Umi,pengorbanan mu tdk mampu ku balas
Selamat Hari Ibu buat mak mertua diPerak juge,abg long n k.long syg Mak :) 

Saya Nak Tag pada yg sudi,silakan :D

Entry tahun pertama sebagai blogger sempena hari ibu disini

Friday, May 14, 2010

Piala Thomas 2010

menang kalah adat bertanding,tapi kalah memang tak best.lemah sgt eh?hmmm

 Berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul

Bangkit la,gali lah bakat muda yg terpendam diluar sana

Thursday, May 13, 2010

Berita Sedih

Tadi buka2 jer FB dpt berita yg teramat tak disangka :'(

kawan FB dan Pemilik Gegurl Boutique



telah meninggal dunia,walaupon tak pernah bersuara

sayunya hati Pia,tak pernah berkesempatan nak jumpa arwah

kad perkahwinan Arwah Kak Aida,Pia ambil dr FB Arwah

Tapi Pia dpt rasekan dia baik sgt,cara dia lyn Pia bukan sebagai customer

Tapi dia lyn Pia mcm adik,mesra sgt....

Kini Arwah dah tiada dibumi Allah ini

semoga dia ditempatkan dikalangan org2 yg soleh dan beriman

Salam Takziah pada keluarga Kak Aida

Al-Fatihah


 sedang mengayakan cardigan dari Gegurl Boutique,Arwah Kak Aida dlm kenangan

Wednesday, May 12, 2010

Patah Hati

Just like the pic,

my fragile heart status?= Broken Heart

Owh,got nothing to do with my lovely hubby

Salam semua,harap ada la yg sudi menanti entry dari diri ini

Ade ilham nak berblog,tapi saya sedang patah hati,putus asa nak berblog :'(

Semoga hati yg hancur menjadi keping2 ini,cepat sembuh

Love,
Pia

Monday, May 10, 2010

N,Not Nothing


Saya Suke diTag :D,kali ni saya di Tag oleh pengantin Baru...Atiqah,thanks so much dear

"Rules:
It's harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people including the person who tagged you. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real.. nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question."



What is ur name:
Adawiyah
 
A four letter word:
Nope


A boys name:Nor Iman Rafael


A girl's name:
Nurul Iman

An occupation:
Niaga
 
Something you'll wear:Net Shawl


A type of food:Nachos
 
Something found in the bathroom:New & Tredy Yogurt Milk Bath
 
A place:Norway


A reason for being late:Ngam2 arrived what? :D


Something u'd shout:None of your business


Something you drink:
Neslo

A musical group:Now See Heart
 
An animal:Nuri


A type of car:Neo(Satria) 

A type of fruit:Nona

Would like to tag
Pari2 Pagi
Safia
Follower Yg diSayangi



p/s-jgn menyampah dgn entry berwarna2 saya ini ye

Friday, May 7, 2010

Fikir Sejenak

Salam Jumaat semua

Tadi dalam perjalanan pulang dating aka sarapan dgn Cik Bulan

Dekat nak masuk taman perumahan ku

Still kat jalan besar lagi,kenderaan mula bergerak perlahan

Kenderaan dari kiri berebut2 nak masuk lane kanan,which is laluan ku jua

Sampai turun kereta ku lalu ditempat kawasan punca kenderaan perlahan

Alangkah sayunya hati ku,ku lihat seorg Nyonya tua sedang berhempas pulas

mengayuh basikal roda tiga nya,kerana jalan agak berbukit,sayu pilu ku melihat

 Pic dari Google,tgh drive mane blh amek gambar

Tapi ku tak dapat menolong Nyonya itu,tak boleh berhenti kan kereta secara mengejut

di jalan besar itu....

Apakah kisah hidupnya yg membawa kepada kehidupan dia sekarang?

Sepatutnya diumur begitu,dia hanya duduk dirumah berehat sambil melayan cucu?

Sebaknya dada,walaupon hanya 2-3 saat ku sempat melihat Nyonya itu mengerah kudratnya

Ehsan dari google jugak

Thursday, May 6, 2010

Entah,Mood Kurang Bagus

Psstt,ni nak citer Pia bz ni tak cukup time berblog,

Eh,Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.Apa dah bagi salam pon lupe

U all musti tak rindu Pia kan?Muehehehe(tiru gelak Cik Epal?)

Pia nak bace buku ni,sila rujuk entry ini :D

Minggu ni jalan asyik jem jer,pergi balik keje jem tak sempat nak berblog (T_T)

Hari AdaMaya tak dapat tonton lagi hari ni ;(

Minggu banyak juga Pia touching2 :'(

Pissed Off Pictures, Images and Photos
Di kantor Pia kena tukar tempat duduk,betul  la ada bidalan(btl ke kata bidalan?)



Lagi kite tak suke sesuatu benda,pekara atau seseorg tu

itu la yg kite dapat,atau kena lalui.

Sekarang ni Pia duduk sebelah dgn colleague yg kurang ajaran nya

Selalu bikin orang Pissed Off,Pia memang dah lame PANGKAH dia ni

Tabahkan hati ini Ya Allah.Ku yakin ada hikmah disebaliknya.

Pia terpaksa duduk sebelah dia kerana dia tak mahu berganjak dari kedudukkan dia

Tunjuk keras kepala,tak mahu tukar tmpt,group dia semua dah bertukar tempat

Semua staff di department kami tu dah bertukar tempat,cume dia jer tunjuk BAGUS

Kelasss engkau ye,dapat arahan pon buat derk jer...Takpe wait and see....

Kite tgk berapa lame kau boleh ikut kepale kau jer.

Dipejabat buat cara orang bekerja,nukan (tgk ,mrh benar ni eja pon salah ):P ("BUKAN" la )tunjuk perangai budak2



p/s-u all boleh buka FB tak?Pia tak dapat la nape ek?Dia keluar ini"Services for this domain have been discontinued".Hmmm,ntah la ,dah la tak boleh log in kat office,kat rumah pon FB buat hal.

Monday, May 3, 2010

Tulusnya Cinta Mu

Sungguh hati ini terharu menatap artikel ini,semoga cinta mereka kekal hingga nafas terhenti..Amin


Sunday, May 2, 2010

Pengakuan

Ok,saya mengaku saya dah terkena penangan drama Adam Maya

 Banyak missed episod drama ni,rumah ku agak jauh dari tempat keje

Nasib baik ada tv3.com.my ,ehehehe

Kadang jalan jem,memang tak berkesempatan nak menonton Adam Maya

Memang sebelum ni saya jarang dapat menonton slot Akasia di TV3

Saya banyak buat OT,cume sejak awal tahun ni saya merajuk...fed up dgn politik kat ofis ni

Rasakan tak payah OT ,bestnya cukup time cabut la balik home sweet home.

Dalam citer ni,manusia tak pernah puas kan,dapat suami encem,caring,baik mcm Adam

pon,Maya tu still tak puas hati.Pegi melayan cinta pertama dia si Dani yang annoying tu

Rasa macam nak pijak jer si Dani tu,muka tembol,tak tau malu kacau isteri orang huh!

Bagaimana pon drama ini makin berseri bak bulan dipagari bintang(tiru ayat soffya cik bulan :D)dengan Lagu dari Dakmie ni.

Enjoy the song ya,sehingga berjumpa lagi..InsyAllah




p/s-hari ini gaduh2 manje dengan enche hubby

Saturday, May 1, 2010

Iron Man 2 Si Lelaki Besi

Mase Iron Man 1 Pia berpeluang menonton dengan hubby tercinta,tiket dapat free untuk tayangan perdana  Ahli iMetro(Harian Metro).100 penghanta sms paling cepat dapat tiket,dan terselit la kami :D



Ni Iron Man 2 dah keluar,Harian Metro dah tak bagi tiket free dah sekarang. :|



Rase macam nak pi tgk la,sebab dah penah tgk yg pertama.Nak tgk suit besi dia makin canggih.

Iron Man 1 bagi Pia cite dia biase2 je,cume pia rase hero dia Tony Stark aka Robert Downey Jr cute,sempoi,bijak,kaya.

Scene mendebarkan pon boleh tahan juge,cinta pula mcm malu2.Simpan dalam hati (rase2nya la,pandangan sendiri)Pepper Potts Pasu Cili =))(Gwyneth Paltrow)..cewahhhh

Tapi ade 1 lagi fakta tentang hero encem,ada karisma bagi ku dia ni.

 tengok tu,segak bergaya,encem.charming ..pic dari gugel

Sayang seribu kali sayang,dia ni dah la banyak buat kes, keturunan Yahudi pula :(.Nasib baik la u ni cute dan bakat lakonan nya memang kelasssss.Masih dapat peluang di Hollywood tu.

Lagi fasal fakta Robert Downey Jr klik sini

p/s-Selamat Hari Pekerja,semoga daku semakin rajin kerja lalalala



Jem Paling Tak Enak Di Muka Bumi

Petang semalam hujan lebat,Alhamdulillah ,hujan itu RAHMAT dari Allah

Dalam perjalanan pulang

Nak masuk jer hiway,hujan lebat sangat2.

Putih jer cermin, pemandangan amat kabur

Lepas jer pondok tol,hubby decide untuk berhenti kejap

Singgah di Petrol Pam Cengkerang

Jalan pon sangat jem,yeyyyyyyy :|

Estimate time to arrive our home sweet home is about 30minutes

Oleh kerana jem,masa perjalanan telah bertambah 1 jam 40minit

Melepas tengok Adam Maya (T_T),Pia tak salahkan hujan ye..Serious...

Nasib baik ada kawan2 blog buat review diblog ehehe,

menyakitkan hati eh semalamnya episod semalam......

Ok lah,ada gambar2 SIKIT ni.

Dah nak masuk tol,hujan


Sangat lebat dah


Pondok tol pon hampir tak nampak














Kesesakkan diSERIkan lagi dengan pemandu yang potong Q,Sila2
Perangai korang memang macam eh..annoyed!

Tak berbaloi2 bayar tol :(

kete saya ada masalah Air-Cond

Berwap cermin,jenuh mengelap

Nasib baik tak naik muscle =))














Selepas 1 jam,mentari senja muncul,mentari dah nak terbenam

p/s-Subhanallah,cantiknya



Owh,ada kemalangan rupenya
















Lepas jer kawasan kemalangan,lenggang (T_T)















Singgah beli makanan kelate,gulai ayam tu sedap.Oh,kantoi dah..dapur saya tak berasap semalam






p/s-kat sebelah gerai ni ada 1 gerai lagi..akibat dah lama dalam kereta gerai kot .Sedap2 jer i suroh hubby pergi belikan.Patutla cepat je...ayat ni terpacul dari mulut enche hubby "sayang ni,terkejut makcik tu saya order murtabak..tu kedai apam balik la" (T_T). Oh,Ampun sayang...











































LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (219) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (25) Celebration (105) Cite biase jer (152) Doa (10) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (262) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (67) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)