Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 30, 2010

Keputusan Piala Malaysia 2010-Kelantan juara

Kelate mene!!

Ghambo ambo dapak hok gookgle(google)wi(bagi)hehe





p/s-sedih,ade pengacara tv kutuk penyokong kelantan buruk perangai kat laman sosial :(....kan dah kene kutuk...penyokong kelantan tolong la behave.KERANA NILA SETITIK,ROSAL SUSU SEBELANGA

Tahniah sayangku Rina Salleh!!-Gadis Melayu 3

Tahniah3!!!Pia memang yakin Rina akan menang,Rina memang ada karisma tersendiri.xoxo!

Rasa memang ramai yang dah tahu kan.Pia memang tak berpeluang nak follow GM ni
rumah tak de TV9


Gambar dari FB Rina

Walau belum berpeluang bersua,Pia sgt syg dan suka dgn persahabatan yg terjalin diantara kami
Pia kenal Rina melalui blogshop dia dan jadi customer,Rina tak layan Pia macam customer.
Rina layan customer dia lebih mcm kawan,Rina friendly,kami berkomunikasi di FB sampai sekarang .Rase macam dah lame kenal,she is so lovely .....

Rina adalah sumber inspirasi fesyen Pia,walaupon Pia ni still comot dan tak pandai pakai shawl mcm Riri(Pia suke panggil Rina Riri)


Friday, October 29, 2010

Tips?

Sebelum dan selepas...macam lipat baju juge(keje rumah yg paling pia tak suke buat :P)

Idea dari kakak sepupu Pia ni ehehe,kalau Pia rajin Pia buat

Ni kebetulan rajin hari tu hihi,



Contoh,kalau banyak2 plastik mesti serabut kan?

Taraaa,kemas dan jimat ruangkan lipat macam ni??


Sekarang banyak organiser untuk plastik dipasaran,pilihan ditangan kita untuk menguruskan palstik2 yg ade dirumah kita

Sekarang kerajaan dah buat kempen kalau shopping barang dapur hari sabtu kebayakkan Hypermarket kenakan bayaran 20sen jika nak plastik
Jangan lupa bawak Eco bag,jgn jadi mcm Pia selalu lupa bawak :P

Thursday, October 28, 2010

Istifar banyak2...Nabi Junjungan S.A.W dihina lagi!!! :(

Terima la balasan kerana hina kekasih Allah...tunggu saja


Tolong report!!

Kajian Mengenai Bulan dan sikap Dato' Dr Hj Fadzlilah Kamsah

Ade kat Fesbuk Aplikasi ni dan Pia try lagi satu...tarikh lahir kita dalam kalendar Hijrah...Bagus kan?




Wednesday, October 27, 2010

Tsunami melanda lagi dan Saida mohon cerai

BEBERAPA penduduk melarikan diri ke tempat yang lebih tinggi selepas gegaran gempa bumi kuat dirasai di Padang, Indonesia kelmarin.
JAKARTA - Kira-kira 113 orang maut dan ratusan lagi termasuk sekumpulan peluncur ombak Australia hilang kelmarin setelah ombak besar tsunami yang dicetuskan satu gempa bumi kuat melanda Kepulauan Mentawai di perairan Sumatera dengan memusnahkan perkampungan dan rumah.

Ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Mujiarto berkata, menurut maklumat terkini seramai 113 ornag terbunuh.

Menurut Pertubuhan Palang Merah Indonesia, bilangan mereka yang masih hilang ialah 502 orang.

Agensi Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan, gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Mentawai, barat pulau Sumatera pada pukul 9.42 malam kelmarin waktu tempatan.

Gempa itu berpusat pada kedalaman 20.6 kilometer, 280 kilometer ke selatan bandar Padang.

Beberapa pegawai berkata, bencana itu mencetuskan tsunami setinggi tiga meter yang menghanyutkan 10 buah kampung.

Sekumpulan pelancong Australia melaporkan bahawa bot mereka yang dinaiki 15 orang musnah dipukul ombak yang kelihatan seperti tembok air menghempas sebuah teluk selepas gempa bumi bawah laut itu berlaku.

Sebahagian mereka terpaksa berpaut pada pokok-pokok untuk terus hidup.

Agensi Kaji Selidik Geologi AS menyatakan, gempa bumi itu berlaku pada pukul 9.42 malam (waktu tempatan) pada kedalaman 20.6 kilometer, dan berpusat 280 kilometer ke selatan bandar Padang.

Mudjiharto berkata, tsunami di Mentawai melanda sejauh 600 meter ke darat di Pulau Pagai Selatan, lokasi paling teruk terjejas.

Sementara itu, seorang warga Australia, Rick Hallet menyatakan, dia bersama 15 yang lain melihat seolah-olah satu tembok air bergerak ke arah botnya yang dinaiki mereka di sebuah teluk di kepulauan Mentawai.

"Kami mendengar bunyi ngauman yang amat kuat," kata Hallet yang menguruskan perniagaan sewa bot di Sumatera.

"Saya terus melihat ke laut dan kami melihat tembok air itu menuju ke arah kami. Tsunami itu melambungkan sebuah bot ke arah kami dan bot kami meletup akibat rempuhan," tambahnya.

Kumpulan itu termasuk sembilan warga Australia itu kemudian bertindak pantas dengan terjun ke dalam air ketika bot mereka meletup.

Beberapa orang daripada mereka dihanyutkan sejauh 200 meter ke darat.- Agensi


SAIDA (kanan) dan Mohd. Ghazali masih mengharapkan rumah tangga merekadapat diselamatkan walaupun telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam. 

Amin-semoga mereka dapat selamatkan ikatan suci mereka


Dan satu lagi berita kurang enak..Kakak Dato' Siti Nurhaliza mohon cerai

Kosmo

Kegiatan maksiat atas bumbung berakhir tragedi

Berita semalam yang menyesakkan nafas,budak 12 tahun!

Al-Fatihah


ANAK panah menunjukkan arah seorang budak perempuan berusia 12 tahun terjatuh dari tingkat enam ketika cuba turun melalui dinding sebuah apartmen di Petaling Jaya kelmarin. Gambar kecil menunjukkan keadaan mangsa selepas terjatuh.

PETALING JAYA – Seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai di sini kelmarin dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan sumbang.
Perkara tersebut didedahkan oleh penduduk di situ yang sebelum ini sering melihat mangsa bersama beberapa remaja lelaki naik ke bumbung bangunan itu.
Menurut mereka, remaja perempuan berkenaan bukan penduduk di situ. Selain itu, dia juga sering dilihat terhendap-hendap setiap kali hendak ke bumbung bangunan tersebut.
Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, penduduk kemudian bersepakat untuk memasang perangkap bagi mengetahui aktiviti mereka.
“Alangkah terkejutnya kami apabila melihat mangsa sedang berasmara dengan tiga remaja lelaki di situ.
“Kami kemudian menyergah mereka menyebabkan mereka terkejut dan cuba melarikan diri. Ketika itulah mangsa cuba turun dengan memanjat dinding tetapi dia gagal lalu terjatuh ke tanah,” ceritanya ketika ditemui semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

p/s-minta dijahui dari kalangan kita..Amin

Tuesday, October 26, 2010

Kurang Ajar

GAMBAR menunjukkan gelagat kurang ajar seorang askar Israel di belakang seorang wanita Palestin di sebuah rumah.


BAITULMUQADDIS - Sebuah kumpulan hak asasi manusia Israel, Breaking the Silence menyiarkan gambar-gambar terbaru yang menunjukkan askar Israel bergambar dengan tahanan dan merosakkan rumah orang Palestin yang dirakamkan dalam Perang Gaza 2008 hingga 2009.

Dalam satu gambar, seorang askar mengacukan raifal ke arah muka seorang tahanan yang matanya ditutup.

Sementara itu, seorang askar lain menconteng dinding sebuah rumah dengan lambang Star of David dan menulis ayat yang bermaksud dia akan datang sekali lagi.

Dalam gambar yang lain, beberapa orang askar kelihatan tersenyum dan bergaya di dalam sebuah rumah milik seorang penduduk Palestin.

Satu lagi gambar menunjukkan seorang askar menunjukkan aksinya di belakang seorang wanita bertudung yang memasak di dapur.

Tentera Israel bagaimanapun tidak memberi sebarang komen segera mengenai gambar-gambar itu.

Pendedahan gambar-gambar itu dibuat selepas satu siri insiden yang sama berlaku dalam laman web sosial di Internet.

Pengasas Breaking the Silence, Yehuda Shaul enggan mendedahkan sumber gambar-gambar itu diperoleh.

Namun dia menjelaskan pihaknya telah menerima puluhan gambar yang menunjukkan bahawa tindakan kurang ajar askar Israel itu semakin berleluasa.

"Ia sudah menjadi norma pasukan tentera Israel. Ia adalah kesan langsung di kawasan yang kamu (Israel) kuasai setiap hari. Kamu (Israel) menjadi korup dan tidak lagi mampu melihat mereka (orang Palestin) sebagai manusia," kata Shaul.

Shaul memberitahu, pihaknya masih cuba untuk menentukan lokasi gambar-gambar itu dirakamkan.

Pada Ogos lalu, gambar-gambar di laman sosial Facebook menunjukkan seorang askar wanita bergambar dengan beberapa orang tahanan Palestin.

Satu klip video di laman perkongsian video YouTube turut menunjukkan seorang askar menari di sebelah tahanan wanita Palestin yang memakai tudung. - AFP

Kosmo

Sebuah kisah benar.....

Tadi on the way pegi keje hubby Pia cerita ada suatu pekara berlaku kat salah sorang pelajar sekolah tempat hubby keje.

Hujung minggu lepas,sepatutnya pelajar yg dudok asrama boleh pulang ke rumah masing2

Tapi ade sorang pelajar perempuan ni tipu parents cakap minggu lepas tak boleh balik.

Tujuan nya supaya dapat pergi Genting dengan "kawan",nak dijadikan cerita
lepas menghabiskan masa di situ mereka turun lebih kurang pukul 5pagi

Malang nya berlaku kemalangan semasa mereka nak turun dari tempat tu dan pelajar perempuan itu koma dan meninggal tak lame lepas tu.

Pia cerita ni bukan nak mengaibkan orang,semoga dapat dijadikan tauladan
Sedihnya arwah meninggal macam tu,ajal semua ditangan Allah

Allah sayang sebab tu dia ambil budak perempuan tu cepat

p/s-semoga pia dapat mendidik anak dengan baik jika diizinkan Allah mengandung

Monday, October 25, 2010

Petikkan dari La Tahzan

Pia dah habis baca novel Bagaikan Puteri semalam,kena beli trilogi ni ending sedih.

Novel ni ade 2 lagi sekual sekual atau trilogi

Nanti ade mase Pia cari sipnosis Bagaikan Puteri


Sekarang Pia nak sambung baca buku La Tahzan.yang ke-2



Wahai orang yang bergembira
di atas penderitaan orang lain
dan selalu memburuk-burukan masa
apakah kamu orang yang selamat dan terlindungi
atau apakah kamu punya perjanjian kuat
yang menjaminmu dari hari ke hari
Sesungguhnya kau adalah orang yang bodoh yang tertipu

Page 1 109.Jangan Bersedih,kerana dunia terlalu hina untuk ditangisi-La Tahzan 2 mini version

Saturday, October 23, 2010

Terapi

Selain mendekatkan diri pada Nya kal berduka(yg sebaiknya)

Pia dok layan novel Bagaikan Puteri



Dah lama tak baca novel,boleh dijadikan terapi menghilangkan duka lara
dihati :)...InsyAllah

Actually dah lame Pia tak baca novel,aktiviti masa lapang mase bujang dulu :P

Novel ni pon dah lame publish,cuma sekarang baru dapat beli,tak pa janji dapat
Alhamdulillah....cerita nya sangat best!!Teruja...baca susah nak berhenti!

Ok Pia ade keje ni...jumpe lagi InsyAllah...daaa

p/s-terima kasih diatas kata2 indah anda diruangan komen semalam,maaf tak sempat balas

Tuesday, October 19, 2010

Romantik tak romantik??Inspired by Cik Yanie Gebu

Salam :)

Tadi bace blog Cik Yanie Gebu

Bagi Pia cute citer nya,kebetulan situasi yg Cik Yanie alami
lebih kurang sama Pia pernah alami.hihi

Cik Yanie ajak Encik T nya p makan kat sebelum balik Putrajaya
tapi En T dai cadangkan tapau makan dalam kete jer..alolo comel

Pia pulak lagi la Cik Yanie,nama jer tempat keje dengan En S
sekarang dah jarang lunch sesama,coz jalan jem..panassss pulak tu.
Tak pe la kan,tolak ansur...cian pula nanti En S Pia.

Tapi ade 1 hari tu angin ngada2 Pia dtg,insist nak lunch sesama dgn En S
so En S dgn susah payah dtg la,lepas tu g Mek D pandu lalu.Siap2 dah
makanan Pia ajak gi makan di Taman berdekatan.En S turut perintah....

Agak2 dimana taman ni?hehe Thank u Google

Dah sampai dah ni,Pia ajak turun..En S jawab apa??
"Sayang kita makan dalam kete je la ye,malas nak turun
lagipon cuaca panas terik ni" kuikuikui(ini tak de pia tambah hihi)

Pia nak kata ape,tak kan nak makan sorang kat Taman yang bape tapak
lagi nak sampai tu.Sabar je la kan dah sampai ni.
Nak juga makan dalam kete,ade katanya Air Cond,kan cuaca tengah panas

Tak pa la En S,En S kan selalu ikut cakap Pia
Lagipon baru Pia ingat dah penah picnic time lunch
I love you just the way u are(malu).

Petikkan kata2 Cik Yanie,Pia LIKE

En S lain kali kita picnic lagi boleh???

Monday, October 18, 2010

Hingga menitis linang dari kelopak mata

Sayu sungguh perasaan Pia dengar lagu Maher Zain "THANK YOU ALLAH" hari ni,sampai nangis.

Pada hal bukan kali pertama dengar,tak mengapa....Pia hayati liriknya

Buka menangis kerana Maher Zain ye...ehehe

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Maher Zain's - Thank You Allah

Saturday, October 16, 2010

Maher Zain Showcase ,Tahniah dan Pia jadi penchori??

Salam,
Selamat berhujung minggu semua :)
Pia OT hari ni,InsyAllah

First of all Pia nak ucapkan Tahniah untuk para graduan yang dah selamat berkonvo

Terutamanya untuk adik ku (yg tgh majuk pada ku)InsyAllah hujung bulan ni dan Cik Bulan dah pon berkonvo
pada 13hb :).Tahniah3x!!!! Cikgu Bulan ku tayunk

Gambar yg menyebabkan Pia jadi Penchori(ayat ala2 Hanis Zalikha) ekeke,sorry ye cik bulan chori dari Fb mu....Muah2


Ini pula cerita malam tadi
Alhamdulillah Pia dapat menonton Showcase Maher Zain :),rase macam tak percaya dapat tengok Maher Zain perform live.



Thanks so much habib for make it happen xoxo!Kalau tak dapat pergi Pia tetap sayang sangat2 :D
Encik Habib Pia la yang bersusah payah keluarkan duit(ye la kami ni bukan loaded sangat,syukur sgt)


Dan Encik Habib juge la yg bersusah payah pergi ambil tiket kat pejabat Raudahtus Sakinah di Taman Melawati,walaupon Habib ade kerja...


Ok,stop sampai sini dulu ye..InsyAllah nanti Pia update..sebak lak...

p/s-minat Maher Zain boleh jgn taksub sudah..yg penting hayati lirik lagu nya.Pesan pada diri sendiri juge :)

Friday, October 15, 2010

Joey dan Watie Elite..Apa kes?Baik layan Bajet 2011 lagi bagus

Joey owh Watie....asal kan bahagia....berita disini


BAJET 2011: Mentransformasi Malaysia negara maju berpendapatan tinggi

Syukur..Alhamdulillah

Salam jumaat..sesungguhnya diri ini sering terlupa kala dikuasai EMOSI

Sesungguhnya Kita patut BERSYUKUR...


1. Utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam , krn beliau tidur disisi Kita bukan dengan orang lain.
2. Utk anak/adik perempuan Kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
3. Utk cukai pendapatan yg Kita kena bayar, krn itu bermakna Kita masih mempunyai pekerjaan.
4. Utk pakaian Kita yang dah tak muat , krn itu bermakna Kita cukup makan .
5. Utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap Dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna Kita mempunyai tempat tinggal.
6. Utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna Kita masih lagi boleh mendengar .
7. Utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna Kita Ada pakaian untuk dipakai.
8. Utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja , krn itu bermakna Kita masih berupaya utk kerja kuat.
9.. Utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna Kita masih berupaya utk berjalan.
10. Utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna Kita masih hidup untuk meneruskan Hari tersebut...


Maher Zain-Thank You Allah


I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take

الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah


I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud
to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah

الحمد لله

Cemas!!!

video

Thursday, October 14, 2010

dah 12 Emas...edited !!!XIX COMMONWEALTH GAMES

Yayyyyy!!!
Tengah dengar radio Suria ni,berita ringkas melaporkan Atlit kita di India telah berjaya mengutip  11 12 pingat emas SUKAN KOMANWEL!!Antara penyumbang emas Dato Lee Choong Wei...tahniah buat semua atlit yang berjuang untuk MALAYSIA...

Virus

 Fresh from my e-mail,i mean Pia la yang baru terima

Mungkin ada antara anda dah pernah dapat emial ni
tak,sharing is caring...betul ke ke tidak?(ala2 DATIN wAn AbE)


Dear All,

For your information.

URGENT!!! PLEASE CIRCULATE to your friends, family and contacts.

In the coming days, DO NOT open any message with an attachment called: BLACK MUSLIM IN THE WHITE HOUSE, regardless of who sent it to you. It is a virus that opens an Olympics torch that burns the whole hard disk C of your computer. This virus comes from a known person who you have in your list.

Directions: You should send this message to all of your contacts. It is better to receive this e-mail 25 times than to receive the virus and open it. If you receive a message called BLACK MUSLIM IN THE WHITE HOUSE even if sent by a friend, do not open, and shut down your machine immediately. It is the worst virus announced by CNN. This new virus has been discovered recently it has been classified by Microsoft as the virus most destructive ever.
This virus was discovered yesterday afternoon by McAfee.. There is no repair yet for this kind of virus. This virus simply destroys the Zero Sector of the hard disk, where vital information function.

Wednesday, October 13, 2010

Blog Rocky Bru

Dato Ahirudin Bin Attan penulis blog Rocky Bru diPANGGIL/disiasat SKMM

Sumber Buletin Utama

Penyokong Bola Mati Sesak Nafas

Ya Allah

Penyokong Kelantan Mati Sesak Nafas

Ajal nya sebegitu,siapa kita nak mempertikai kan nya kan?

Tapi.....perlukah sampai begini hanya kerana bola?Berita disini

Tuesday, October 12, 2010

Ina Naim dan Suhaimi dapat anak ke-2

Alhamdulillah Ina Naim selamat melahirkan bayi lelaki jam 1 petang tadi,sumber FB Suhaimi,hubby Ina Naim




sama birthday dengan Suhaimi,macam adik pia sorang same b'day dengan aboh Pia...8.06


Pic dari Google

BEN ASHAARI BLOG

Entry khas sempena




"Memandangkan aku nak buat satu hari satu pencarian header di dalam segmen " MILIK SIAPAKAH HEADER INI ? " , maka aku nak perbanyakkan lagi blog blog di dalam blog list En Ben "

Salam,hi En Ben saya nak juge

Saya kalau boleh nak dilist kan selama-lama nya kat blog En Ben...tamak tak saya hehe

Dulu saya pernah join Jelajah Blog En Ben,kalau la En Ben perasan hehe tak pe tak rezeki hehe

Citer serba sedikit ade kat link tu ye En Ben ok bye nak makan nasi jap...10q

p/s-jangan bagi aku membebel tetap menjadi pujaan hati ku

Pandelela Rinong,terima kasih sweet heart

Kerana kilauan Emas pertama acara kolam renang membuatkan Lagu kebangsaan berkumandang di Commonwealth Games aquatics venue,berita disini



p/s-tak dapat layan sangat sukan komanwel...bz

Monday, October 11, 2010

Hantaran hebat Dato Wan Muhammad Sani Sani Ekspress

Kredit to blog ini

Selamat Pengantin baru



bukan calang2 tiara kelasssss...cantik nya...

12 Maut, Lebih 40 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Enam Kenderaan Bas Ekspress,Van dan 3 kereta

Kemalangan ngeri berlaku di Rembau



Lupakan sejenak berkawinan terulung Dato Dr Sheikh angkasawan negara Malaysia itu

ada berita sedih disini

Takziah pada keluarga mangsa :'( ,sangat menyayat hati

Sunday, October 10, 2010

Gambar perkahwinan Bienda,Baju perkahwinan Bienda

Pia jalan kat sini tadi


Tarikh pernikahan dirahsiakan,tak pe la...ade Pia kesah hak2(gelak cik bulan) :P

10.10.10

Hari yang mempunyai tarikh impian ramai pasangan untuk mendirikan rumah tangga


Alangkah indah hari bahagia berlangsung pada tarikh yang indah
Bagi pasangan yang tidak dapat tarikh ini,jangan bersedih ye

Bukan semua orang bertuah macam pasangan ini
dan sepupu Pia,dia pon nak tawen esok

Yang penting ikatan dua hati direstui berjalan lancar dan yang
paling penting di BERKATI

pic from google

Saturday, October 9, 2010

Kad Jemputan Dato Dr Sheikh Muszaphar pula

Songket...kelas...from my email



Gambar Pre Wedding Dato Dr Sheikh Muszaphar

Sedikit disebalik tabir Pre Wedding photo shoot dan editing angkasawan negara ni

Dapat dari email ini,wahh..mesti antara u all dah penah tengok kan?
Ada 1 gambar tu siap pegang payung ala terbang2 gitew.pIa tak upload kat sini



yang ni favorite Pia



p/s-time pia kawin dulu,kami tak ade pre-wedding photo shoot mcm kebayakkan bakal pengantin sekarang buat ni :)

Maher Zain,i'm so sorry.Apabila muslimah terjerit-jerit semasa persembahan Maher Zain

Terbaca cerita fasal keterujaan student2 yang pergi show Maher Zain(sangat jeles ok) di salah sebuah Universiti ISLAM kat blog ni dan sini

I'm sorry Maher Zain,it doesn't represent the behavior of all muslim girl
or women in Malaysia

 pic from MZ fb

Truly sorry,may be they were over excited to see u live 

Hope they excited or love your beautiful and meaningful songs like i do

Ini la jadinya jika minat orangnya instead of really into the lyrics and the message


Pia sempat tengok interview MZ kat MHI,pihak penganjur cakap MZ datang
ke Malaysia untuk kebaikkan ,not this (T_T)

Friday, October 8, 2010

Thursday, October 7, 2010

Awas Jangan Letak Komputer Atas Paha, Bahaya.

Gambar yang disiarkan dalam majalah Pediatrics
        menunjukkan seorang budak lelaki berumur 12 thn
 meletakkan komputer riba di atas pahanya


       

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu

kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel

yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Gambar yang disiarkan dalam jurnal  
Pediatrics menunjukkan paha kiri
          seorang budak lelaki 12 tahun berwarna
   kemerah-merahan seperti melecur
             akibat meletakkan komputer pahanya.


Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan   rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

        Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan
        komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

        Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius. Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan     komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

        Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

        Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

        Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan    peniup kaca.

Wednesday, October 6, 2010

Maher Zain MaherZain Maher Zain!!!

Teruja sangat MZ datang Malaysia!!Thanks to my colleague yang kenal kan pia dengan karya Maher Zain ni tahun lepas



Antara aktiviti MZ diMalaysia

And I'm so proud of Proton :)



Pertama kali dengar lagu InsyAllah terus menusuk kalbu


Subnallah lagu2 Maher Zain sungguh indah-indah belaka!Lirik InsyAllah disini

Pia rase happy kerana boleh gelar diri ini antara peminat Maher Zain
yang terawal :)
don't care!nak juga cakap Pia peminat paling awal kat Malaysia ni:P

Follow Up Comment

Pia suka bace buat follow up komen kat blog2 yang Pia komen
suke bace balik..kalau sempat hehe

tapi akhir2 ni banyak SPAM yang masuk huhu,hati2 ye u olls

ini contoh2 SPAM yang masuk dalam inbox Pia

Tak habis-habis emo

Bukti camera digital telah mengalami kerosakkan gigi :'(,entry sebelumnya disini

Muka pia dalam gambar ni mesti korang rase nak lempang laju2 jer kan?hehehe ayat cik bulan

Bila zoom kan nampak gambar tu ade garis2 menegak ;(,lepas tu terang semacam
Hubby dah email samsung,tengok la apa suggestion,huhu tolong la sihat balik
my dear pinky camera..tolongggggggg la.

Tuesday, October 5, 2010

5 Rencah 5 Rasa



Mase bulan puase kan,pia sempat menonton

Rancangan masak 5 Rencah 5 Rasa diTV3

Sekali jer Pia pernah nonton show ni

Yang menarik perhatian pia kan

Pengacara rancangan ni,petah dalam pelat..

Comel lagi,putih melepak ;D Sherson Liam

name nya kalau Pia tak silap

Tak sangka lelaki macam dia ni pandai masak

memang la kebanyakkan Chef handal adalah lelucky

Cume pada pendapat Pia,lelaki mcm Shersom Liam ni

jarang mempunyai bakat didapur ;),kagum Pia

Pantas,tak kekok nampak gerak geri dia

Resipi yang paling menarik perhatian Pia

mase tengak rancangan tu Sambal Belacan Avocado


Semua Pic dari Pak Cik Google

Marvellous la!!nanti Pia mahu cube hehe



p/s-hubby Pia pandai msk nasi,lembut jer.Lagi sedap dari wifey dia msk nasi

Monday, October 4, 2010

Calar Balar

 Hari ini ISNIN,suka tak?hehe,saje  nak buat entry poyo ni

 Lihat jari ku,luke terkena pisau

Adeh,ade 1 hari tu tu ade jer tak kena...habis calar balar tangan
ade jer sebab jari ni tersadong sana-sini (T_T),nampak kecik jer luke
pedih taw huhu.


Yang kena laci plastik 4 tingkat mase nak tarik laci tu,macam ade plastik lebihan tajam2 sikit.




p/s-luke dah lame baik,,tengok la gambar bulan berapa hihi,jangan marah

Makan,Bagaikan Puteri

Heheh,tajukkk kelass tak?

Minggu yang bz,open house dan kenduri :)

Penat tapi seoronok!Alhamdulillah.

Tapi cite yang ni tak de kena mengena dengan
open house dan kenduri yang Pia pegi minggu ni
hehehe

Mase raya hari tu,Pia ambil cuti lame sikit

Hubby start keje awal dari Pia,saje je cuti lebih
nak rehat sikit.

Pia enjoy la jadi SURI RUMAH sepenuh mase
kejap mase cuti tu.

Mase cuti ni,Pia rajin pula nak jemput hubby balik
keje.Pagi kawan hubby baik hati datang jemput

Selalu nya sejak kawin dia yang jemput Pia,saje
tukar2 shift jap hihi.

Sebelum balik tiba2 je hubby ajak singgah
Giant batu caves,kebetulan lalu situ.

Pia cakap Pia dah siap masak,dia cakap "tak pe
sayang masak before datang amek saya kan?tahan kot"
Boleh simpan dalam fridge esok pagi panaskan boleh makan.

So,hubby masuk ke ruang paring Giant dengan jayanya
Hubby belanja makan RasaAyamMas,10q habib....

Sekian untuk kali ini,semoga kita bertemu lagi,InsyAllah

Jom layan gambar





Wifey yang gedix
Habib yang setia dengan trademark tak suke pandang camera

White coffee,cedapnya Pia suke kopi.

Suke nya dia dapat minum kopi,bulan puase dan raya tak minum kopi.memang sedang cube kurangkan pengambilan caffeine

 Makan dengan gembira

Bagaikan Puteri Ramlee Awang Murshid
owh penggang novel ni pon dah rasa Bagaikan Puteri ;)
Singgah kedai buku,mase pegi book fair pia dah nak beli novel itu.
Dah dalam genggaman,then nampak orang sebelah cari sangat  novel ini
Pia dengan baik hatinya bagi pada peminat novel itu.
Pia fikir boleh beli lain kali cari kat kedai buku nanti
Kedai ini sangat best!jumpa novel itu disini setelah sekian lama cari
 lepas pegi book fair,susah juge nak cari novel ini,terhangat dipasaran
Akhirnya dapat juge miliki dengan harga diskaun lagi :)


Terserempak pula Edward Cullen hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (219) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (25) Celebration (105) Cite biase jer (152) Doa (10) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (262) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (67) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)