Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 31, 2011

U oll minat team apa?

iSteri Encik Fadzli ni peminat setia MU ,MANCHESTER UNITED!!

Habib dia suke Arsenal,tapi sekarang dia

dah beralih kepada kelab2

yang sedang meningkat naik

sokong biasa2 jer kelab2 top 4 EPL ni

Pia memang penyokong MU dari sekolah
menengah lagi(baru kenal)

zaman2 Eric Cantona, Beckham ececece :P
from google

hari tu MU menang hubby sms

habib-sayang MU menang la,suke la tu
Pia-mesti la,hihihi(gelak jahat)
habib-ceh,rileks la awal lagi
Pia-ok la sayang ku,penyokong team cap ayam ,hak2(gelak jht lagi)
habib-sayang jgn la ober confident sgt,karang jadi macam musim lepas
Pia-will c ;P

Fairy Notes-bukan nak ejek team hubby,dah memang logo team ade ayam ;D

Saturday, January 29, 2011

Vera Wang

NAMA Vera Wang sememangnya bukanlah label asing bagi pencinta fesyen. Ketelitian rekaannya dan disertai barisan koleksi aksesori termasuk haruman Vera Wang biasanya menjadi milik mereka yang benar-benar menghargai fesyen kelas atasan.
Baru-baru ini label itu menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat tempatan apabila pengacara popular, Marion Rose Caunter Abdullah, 30, isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasaruddin Tan Sri SM Nasimuddin, 27, membaluti tubuhnya dengan gaun eksklusif hasil sentuhan Vera Wang pada majlis resepsinya baru-baru ini.Kosmo

Fairy Notes-Pia pon macam,terkezut...they got money...so boleh je

Friday, January 28, 2011

So Closed yet So Far

I cry It's my only solution I cry To all this  I cry With all of my heart I cry"




Fairy Notes-YOU will always be there Allah,pray for strength 

Thursday, January 27, 2011

so amateur me

Pia suke tengok langit :),Subhanallah!!!indah kan?

tenang je jiwa tengok kebesaran Allah ni :)


mase ni jem terok
lepas hujan,nak magrhib otw blk keje
rainbow :)

paddle pop?ehehe



Fairy Notes-kita bernafas pada udara yang sama,merenung langit yang sama kan? :)...lagi nak tanya pia ni :P

Wednesday, January 26, 2011

Pecah rumah!!

Dunia ni macam2 masalah

Balik keje tadi,kami dikejutkan

dengan berita rumah jiran kena pecah
masuk!!!!

TV LCD,BARANG KEMAS habiss


AMARAN!!sekadar gambar hiasan kutip dari google

Teringat Ustazah Masithah dalam
ceramah Tanyalah Ustazah TV9

Yang pia ingat lebih kurang

jika niat kita ikhlas melangkah kaki
keluar nak pergi mencari rezeki

tawakal la meninggalkan rumah
mohon pada Allah

selepas kita berusaha dengan mengunci
rumah(langkah keselamatan)



BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA


Fairy Notes-dekat sgt dgn rumah kami,tak pe ALLAH ade...pia jangan risau sgt ok...semoga jiran tabah menghadapi dugaan

Tuesday, January 25, 2011

Terharu..kememeh

Mood Pia 2 3 hari ni touching2 jer,nape ek?



kememeh betul kan? ehehe

Pia terharu,follower bertambah

walau Pia sekarang amat susah nak online :'(

u oll ,asih sudi komen kat blog Pia

terima kasih sangat( infinity!!!) :')



InsyAllah nati Pia pegi blog u oll
ya

Monday, January 24, 2011

Demam

Start sakit tekak sebelum cuti tu

lepas tu kawan baik selsema
pulak datang esoknya

Alhamdulillah

feel better dah

uwaaa!!!tak sempat nak catch up
updates dari u oll

tunggu Pia nanti ek..InsyAllah



Fairy Notes-masih mamai sikit kena makan obat kan.buntu tak dapat hapdeat blog :(
Rindu

Saturday, January 22, 2011

Aca E-Day

My second last sis Tasha bakal ikut jejak langkah Pia nak jadi isteri orang
dah,InsyAllah tahun 2012

Mula2 Pia macam tak pecaya sebab tak terfikir dia pulak selepas Pia
Aca pulak

Angah Pia lelaki (Pia sulong),belum ade tanda2 nak settle down lagi

Bawah angah ade 2 orang adik lelaki lagi,6 orang semua.





Inilah baru ade seketul gambar setelah entry ini,heheh

Weiheh,she's already 25th  umur yang tidak terlalu muda
untuk berumah tangga,just nice rite?

Dang~~~!!!baru tersedar i have to let her go dah sob..sob

Friday, January 21, 2011

Cuti

Pia sambung cuti,sob..sob

internet kat rumah still
tak de orang dtg nak set
up lagi

Tak dapat berblog,hari isnin baru dapat jumpa u oll
InsyALLAH

Dah nak masuk 3 kali bayar sewa rumah baru :'(

Fairy Notes-n3 ini telah dijadualkan

Thursday, January 20, 2011

When Hubby....

Request ni,Hubby
nak Pia buat sendiri
punya

Caphati oh my!!

Kena belaja ni

pic from here

Fairy Notes-saba ek B,tgu wifey belaja dulu.sementara tu kite beli frozen punya dulu boleh?

Wednesday, January 19, 2011

Halia Hutan,Lempoyang

SERDANG - Bahan ekstrak halia hutan atau lempoyang boleh digunakan sebagai penawar kanser pangkal rahim iaitu penyakit kedua paling ditakuti wanita selepas barah payu dara.
Penemuan itu adalah hasil penyelidikan selama 10 tahun Makmal Penyelidikan Kanser Makna, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mendapati tumbuhan herba liar tersebut terbukti mampu melawan sel kanser pangkal rahim pada peringkat awal.
DR. Ahmad Bustamam menunjukkan pek
vaksin merawat penyakit kanser daripada
ekstrak halia hutan di Serdang semalam.
Penyelidiknya, Dr. Ahmad Bustamam Abdul berkata, kajian makmal menunjukkan penggunaan spesies halia itu dalam dos yang betul boleh menyembuhkan penyakit dalam tempoh tidak sampai 72 jam. Kosmo

Fairy Notes-Teringat Husin Lempoyang dalam citer Arwah P.Ramlee hehe

Tuesday, January 18, 2011

Malis Cha Kue Tiaw , Setapak

Salam semua,hye korunk hehe
TIRU AYAT Cik EpaL pulak


u oll sarapan apa hari ni?

Pia makan nasi kerabu

Hari ni citer fasal makan sikit

U oll biasa makan Cha Kue Tiao
kan?

Kat KL ni yang Pia tau kat Malis Taman bunga Raya
Setapak

Cawangan dia kat Platinum Walk Danau Kota Setapak
Shop Lot

Oishi!!Yummy2!



Tangkap gambar mode auto
Mode "Food"

Thanks habib,aja bibi dia yang malas baca manual hihi.real kan gambar pakai mode yang khas?
Macam mata kita tengok live!

Monday, January 17, 2011

Kedai gunting rambut dalam lori

MOHD. NAFISOL menggunting rambut pelanggannya di atas lori yang dijadikan premis bergerak di Jalan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur semalam.

TUNGGU GILIRAN. Seorang anggota tentera, Mohd. Nafisol Saad, 39, menarik perhatian ramai apabila menjadikan lori satu metrik tan miliknya sebagai kedai gunting rambut bergerak di sekitar Taman Setiawangsa dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Menurut Nafisol, kerja menggunting rambut pelanggan itu sudah menjadi sumber pendapatan keduanya selepas mendapat sambutan baik masyarakat setempat. Katanya, antara punca perkhidmatannya mendapat sambutan ialah bayaran yang dikenakan hanya RM5 untuk dewasa manakala kanak-kanak pula RM4. Kedai gunting rambutnya beroperasi setiap hari kecuali hari Sabtu bermula pukul 6 petang hingga 11 malam di Jalan Taman Setiawangsa dan sekitarnya. - Bernama Kosmo


Fairy Notes-dulu penah baca kat paper fasal salun rambut wanita dalam bas,wonder apa jadi ek.google pon tak dapat cari

Friday, January 14, 2011

Belajar Pecah rumah di YouTube?

Polis tumpaskan Geng Banchik


SAIFUL AZLY menunjukkan sebahagian barang yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang akhbar di Seremban semalam.


 


Laman web YouTube yang membolehkan pengguna Internet berkongsi menonton video atau filem kini disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah pecah rumah.Kosmo


Fairy Notes-dah banyak kali cakap,teknologi tak salah.Manusia yang selalu salah guna kan teknologi.

Thursday, January 13, 2011

Bahaya Fitnah

Hari tu Pia terkejut bace berita ni

Well tak berani nak cerita fasal rumah tangga orang

Jaga rumah tangga sendiri dulu huhu,takut minta dijauhkan
Amin.

Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.Sumber dari sini

Fairy Notes-blog pia ade unsur2 fitnah tak?takut la

Nora Danish bercuti di Jepun

Wah,Pia baru je mood japone pagi tadi

Lunch break check Nuff tadi ade orang

cari Nora Danish happily bercuti dengan
family kat Jepun


agak2 ade orang makan hati?

The Flavor Of Life-Hana Yori Dango

:)




Fairy Notes-semlam terserempak dengan seseorang yang dah lame tak jumpe ;)

Wednesday, January 12, 2011

Form Spring toing..toing

Terasa nak letak mende tu kat blog
 gali dari google

ok tak u guys??Walaupon eden ni

bukan shiapa2 nak ditanya itu ini

berfesyen lagi lah hampeh kikikih

perasan nya i awww :P

sorry entry tak bermutu

masih tak sempat nak berblog

takut u oll lupe kan pia hehe

tak kan?

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11


KEYWORD 11.1.11 OMG ramai yang cari chef Sherson handsome ni

Dah tak tahu n ak google mane dah tu je mampu
thanks google


Fairy Notes-bz :(,nanti pia jalan2 blog u oll eh

Pesawat AirAsia Terbabas Ketika Mendarat Di Kuching

KUCHING: Pesawat syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini berikutan hujan lebat pada malam Isnin.
Seramai empat orang dipercayai mengalami cedera ringan. - BERNAMA Mstar



Tutorial Cara Membuat Menu Bar dibawah Header Blog

ida ada tanya macam mane nak buat
menu bar kat bawah header tu

Sorry yunk akak tak sempat jawap

A bit bz and internet kat rumah belum
ade lagi lepas pindah *sigh

Akak copy dari blog Sinar Raudhah ye

klik sini untuk cara2 nya.All the best


Fairy Notes-Yats pon antara sifu yang ajar Pia tutorial ni :)

Monday, January 10, 2011

Siapa dia yang bersuara emas itu

Pengemis bakal jadi jutawan kerana suara emas

 

COLUMBUS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pengemis yang tidak berumah di sini, Ted Williams dihujani tawaran lumayan yang membolehkan dia bakal menjadi jutawan selepas permintaannya untuk diberi kerja dengan menggunakan suaranya disiarkan di Twitter dan laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.
Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:
"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."
Pengemis itu turut bercakap dengan gaya seorang penyampai radio yang mempunyai suara unik semasa gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar tersebut dari dalam keretanya di Houston Street, Columbus.
Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).
Seorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat.
Dia juga mendapat tawaran berjumlah AS$10,000 (RM30,725) untuk menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio.
Sementara itu, seorang ejen pencari bakat di bidang penyiaran di Los Angeles, Shane Cormier berkata, Williams memiliki bakat yang amat unik.
"Kami boleh menjadikan Williams seorang jutawan," katanya.
Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.
"Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya," katanya. - Agensi Kosmo

AJL 25...Main Terkejut..terkejut...

FT n yuna tetap terbaik dalam hati ku

Yuna buat ku terbuai dengan vokal dan
piano/keyboard nya
Semua poster AJL25 thanks to google

FT round a  applause to u! boleh nyanyi
balik lepas berendam dalam air!


Patut la dalam melodi cakap kalau jadi
jadi lah nanti...bravo2

Hafiz berjaya buat akak pecaya e kau kena
tembak


hampir nak gugur jantung
akak!

Tahniah lagi Noktah Cinta pon besh

Last but not least tahniah buat Ana Rafali



keputusan kat sini

Fairy Notes-no doubt dengan keputusan,sebab juri2 semua memang hebak2 belaka.terkejut sikit je.

Fairy Notes-minat Dato Haji Ramli MS juge hehe,gempak susunan muzik nya

Sunday, January 9, 2011

5 Rencah 5 Rasa

Kata kunci minggu ini


Err,bekok c tu ape ek?(sambil garu2 kepala)

dan ade juge orang mencari2 Chef encem
Sherson Liam ni 

tak reti nak cari kat mane

FB pon tak jumpa Chef ni

Jumpe Promo rancangan 
5 RENCAH 5 RASA ni je



 

Saturday, January 8, 2011

Amy Search and son

Dah sekolah  :)


Lain pula bagi legenda rock, Amy Search atau pemilik nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman, 53. Tempoh seminggu yang dibekalkan untuk memantau keadaan anaknya Alexander Zulkarnain dirasakan amat singkat.

Alexander yang baru memasuki pengajian darjah satu masih lagi kekok dengan kondisi sekeliling berikutan pengalaman berkomunikasi yang berbeza berbanding pembelajarannya di tadika Montessori sebelum ini.

“Konsep pembelajaran di sekolah rendah dan tadika sangat berbeza maka perhatian lebih, perlu diberikan kepadanya dalam usaha membiasakan diri dengan persekitaran baru,” tambahnya yang turut menemani anak lelakinya menjamu selera di kantin sekolah.

Figura yang terkenal dengan alunan lagu Isabella itu tidak menolak sistem pendidikan yang diberikan di sekolah harian biasa, malah tidak membandingkan kualitinya dengan sekolah swasta.Kosmo

Friday, January 7, 2011

Majalah Nur Edisi Januari

Ehsan dari Butik Iman



215 Checklist Transformasi Diri 1432H
  • 83.Elakkan memakai anak tudung yang berlapis2 kerana kulit kepala sukar bernafas.Page 136
alamak..InsyAllah kalu tak boleh elak kurang kan pakai ehehe


Wajah Penghuni Syurga

Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda,

"Golongan yang pertama kali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama.Dan orang yang masuk sesudah itu adalah seperti bintang yang sangat terang cahayanya.Hati mereka sebagai satu orang(bersatu)tidak pernah berselisih dan benci membenci di antara satu sama lain.
Tiap-tiap seorang din antara mereka mempunyai dua orang isteri.Masing-masing diantara kedua isteri itu tampak sumsum betis dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya"

-Riwayat Al Bukhari-

Page 162

TE to the RA to the SA

Salam Jumaat

Hi semua :)

Susah nya jadi pia
yang berhati kaca ni

sikit2 nak terasa
boleh ek sikit2 je

terasa apa ek?
dapat rase sesuatu

yang tak ikhlas dalam
dunia blog

Tu je sekian
terima kasih


Fairy Notes-i love blogging,gembira dapat kenal u oll :)

Thursday, January 6, 2011

SOSEHSOSEH: Nora Danish bukan nak menggatal!

thanks google


KEJAYAAN skuad bola sepak kebangsaan meraih gelaran juara baru Piala Suzuki AFF 2010 ternyata menarik perhatian. Ramai yang memuji aksi barisan pemain pimpinan K Rajagopal itu.
Tidak terkecuali kelompok selebriti popular tanah air yang turut meluahkan perasaan bangga dengan pencapaian pasukan kebangsaan. Paling menarik perhatian komen artis yang mendapat jolokan Hot Mama, Nora Danish menerusi ruangan laman sosial facebook atau twitter miliknya. Katanya, 'proud to be Malaysian. Safee & Fahmi, both of u are my sweethearts XOXO call me!'. Pelbagai reaksi yang SS dengar mengenai kenyataan Nora menerusi laman sosial yang diikuti ramai peminat itu. Ada yang kurang senang dengan kenyataan artis jelita ini. Walaupun apapun kenyataan yang dikeluarkan Nora itu tiada lain bagaikan satu pujian dan motivasi kepada pemain kebangsaan. Malah, rakan SS sempat merisik-risik dengan orang kanan Nora mengenai kenyataannya itu. Benarkah pelakon jelita itu sudah jatuh hati dengan pemain bola sepak kebangsaan terutama penjaring terbanyak kejohanan, Safee Sali dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat? Setahu SS dua bintang bola sepak ini sudah mempunyai teman istimewa masing-masing tambah-tambah lagi Safee yang sudah beristeri. Fahmi pula sudah mempunyai kekasih hati. Sememangnya, kenyataan itu hanya sekadar gurauan dan Nora sekadar berlawak saja. Jangan ada pula pihak yang membuat spekulasi yang bukan-bukan. Nora yang sedang bercuti di Jepun bersama keluarga, hanya terlalu teruja dengan kemenangan skuad negara. Kenyataan itu pula hanya diluahkan secara spontan dan tiada niat lain selain memuji aksi mantap pemain kebangsaan.

SS percaya kenyataan itu juga didorong oleh semangat peminat setia bola sepak kebangsaan yang dahagakan kejayaan meraih gelaran jaguh Asean selepas 14 tahun menunggunya.

Fairy Notes-bukan pia cakap ok,peace :D

Selamat Ulang Tahun

Khas untuk blogger Jard,birthday nya
hari ini

Jard penah ajak Pia tengok wayang ;)

Sangel Chuka Hamnida Jard Shi,ehehe
(perasan korea sugguh daku :P)

Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan
rezeki dan bahagia



Fairy Notes-cepat2 jadi puan hehe :P,jangan marah gurau

Fairy Note-dah jarang wish selamat hari "jadi",umi cakap kite tak tahu bila kita jadi
Ustaz Hasan Din pon ade cakap kat Halaqah hari tu.

Wednesday, January 5, 2011

Masa untuk float

Story mase bawak adik ipar jalan2

Keesokkan harinya pulak,jatuh pada
final Piala Suzuki AFF

Lepas keje terus bawak adik ipar
bawak adik ipar pergi Al-Ikhsan
Wangsa Maju

Lepas tu pergi WWM,Wangsa Walk Mall
alang2 dekat dengan Al-Ikhsan




hehe tak sempat masak untuk dinner

A & W jadi pilihan,asalnya Pia nak
makan Subway,rotinya habis sudah :(

Info menarik tentang A & W ialah


Bear bear itu maskot A & W
Klik ye lebih jelas

Minyak masak main sorok2,minyak petrol naik 10sen je hadiah tahun baru

Harga petrol RON97, minyak tanah naik

KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam tadi, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.
Beliau berkata, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.kosmo

Fairy Notes-terima kasih kerajaan,love u.good job.Beryukur la kita

Fairy Notes-maaf la gov,pia tak bersyukur.bukan nak meminta2.tau kena usaha sendiri.cume sebagai manusia bia nak emosi kejap jer

Tuesday, January 4, 2011

Majulah sukan untuk negara!


i always love to see their relationship

lebih dari sekadar coach dan anak didik

macam ayah dengan anak,mereka sangat serasi
bersama

Dato sangat taat ataupon dengar kata coach
persis seorang anak dengar cakap ayah

kalau tak tak kan Dato Lee Chong Wei pemain No.1 !

walaupon Dato Chong Wei belum dapat tawan si jeLik Dan 
tu hihi,sorry Lin Dan i tak suke ur arrogant attitude

tak pe,belum ade rezeki lagi tu ..Ciayok Dato!!

Berita perletakkan jawatan Dato Misbun

fairy notes-majulah suka untuk negara tanpa ada sebarang campur tangan politikus

Peluang keemasan!

hehe,saya nak tayang muke terbaru kami suami isteri

hari tu adik ipar datang,bawak jalan2 sikit

sempena cuti sekolah dia datang hari tu

hubby ni kan susah nak bergambar

pujuk2 sikit hehe berjaya,ade pulak

orang nak tolong amek gambar kan
molek la tu

panas2,pelik ekspresi muke ku
berdiri tak same padan hihi

Fairy notes-korang mesti tau venue kami snap gambar ni kat mane kan?hehe

Monday, January 3, 2011

WAG'S Malaysia

Wife and girlfriend (WAG'S)

Gelaran untuk kekasih dan isteri
pemain2 Liga Perdana Inggeris (EPL) tu








Ehsan dari MWFC


Fairy Note-doakan happily ever after

Entry Pertama 2011

Salam semua,ola

Dah 3 hari tak hapdet
(T_T)

2010 dah melabuhkan tirai

2011 menjelma,Alhamdulillah

Diri dan keluarga masih diberi
peluang bernafas di Bumi milik
Allah ini

Syukur padaMu ya Allah kami
masih dapat bersama

Bersyukur la,ada yang kehilangan
orang yang tersayang pada permulaan
2011 ini :'(


dan bermacam lagi tragedi menimpa
diseluruh dunia,bunuh sana sini

nyawa seakan tiada nilai lagi :'(

lemah hati ini melihat berita2 ini


fairy notes-Al-Fatihah buat arwah Faizal

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)