Beloved Nuffnang

Tabung SSPN untuk baby,InsyAllah..Amin

Counter

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010!

Citer apa lagi yang hangat kalau bukan ni!!Tahniah skuad Abg Bal(FaFau cakap ekeke)

Pia pon nak menyebok gak buat entry fasal ni,lagi 1 pasal jejaka terhangat masa kini

Abe Khairul Fahmi Che Mat la,bertuah weh gewe dio trafik mencurah2 ke blog dia

Follower (termasuk kak tau yunk) bertambah mendadak,friend request kat Fesbuk lagi :)

Tahniah2!!Korang sweet couple



JAKARTA - Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2.
Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam tadi, Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.
Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009.
Kecemerlangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama serta jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali pada awal babak kedua menjadi detik pengubah perlawanan malam tadi.
Isu laser yang sering diperbesarkan Indonesia sebelum ini akhirnya terpalit kepada mereka sendiri apabila Khairul Fahmi tiga kali diganggu pancaran laser ke arah mukanya.
Ia bermula apabila Indonesia memperoleh sepakan sudut pertama pada minit kelapan diikuti ketika sepakan percuma pada minit ke-12 dan satu lagi sepakan sudut seminit kemudian.
Namun, Khairul Fahmi membuktikan dirinya tidak selembik penjaga gol Indonesia, Markus Harison yang 'alah' dengan pancaran laser ketika aksi final pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Permainan hampir berubah menjadi milik Indonesia apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-18 setelah bola terkena tangan Sabre Mat Abu ketika berlaku pergelutan di depan pintu gol.

Fairy Notes-seronok menang,tingkatkan prestasi,maintain okguys

Blog Cokia Pia dah ada header :D

Salam,hi u oll perasan tak?

blog ni dah ade headar wee huu~



Hasil kerja yats,terima kasih yats


Thanks u so much yats,susah2 jer
tolong buatkan header blog Pia ni

lihat berbakul2 berbalas email,bincang pasal header ni


nak harap kan pia bile nak jadi header
hihi :P



Fairy Notes-oh ya jemput singgah kedai Yats kat sini

Blog Cokia Pia pon kena serang


Tak pasal2 (T.T),nangis?Tak de maknanya
bazir air mata

Alhamdulillah,semoga Allah bagi hidayah
kat orang cenggini

Kesian2 kan orang macam ni,penat merayau
dari 1 blog ke 1 blog kumpul dosa.


Fairy Notes-Pasal bola je,kecoh la lu

Wednesday, December 29, 2010

Kalau Pia cakap jangan marah ye

Pia bace jalan2 blog,perasan ade yang gunakan pekataan Jakun

Pia automatik akan teringat pesan Cikgu Pia mase From 2

Kita orang bincang apa ntah dah tak ingat,tapi yang paling

berkesan dalam otak Pia cikgu pesan jangan guna perkataan

tu kerana kerana itu adalah salah satu nama suku kaum yang ade
kat Malaysia ni


Fairy Notes-pesan untuk diri sendiri ni

Laser,Nukler,Titinium,Uranium Bla..Bla

KUALA LUMPUR - Jika peminat bola sepak Malaysia dipersalahkan kerana didakwa menggunakan pena pancaran laser, ada pengendali blog semalam mendedahkan perbuatan yang sama juga telah dilakukan oleh peminat ...... ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2010 antara kedua-dua negara itu baru-baru ini.Kosmo


SEDUTAN video menunjukkan penjaga gol Malaysia, Sharbinee Alawi terkena pancaran laser hijau (dalam bulatan) semasa perlawanan menentang Indonesia di Jakarta baru-baru ini.

Cerita hangat selagi bola Piala Name Jepon
tu tak habis,saja nak sibuk buat entry

Fasal ni juge hihihi,boleh kan?

Nak minat bola,sokong boleh ajer

Tak payah la nak kecoh2 cari gado ok
(Pia tak mention siapa ok!)

Sume ade otak kan?Grow up la weh!


Fairy Notes-saje jer edit berita tu,karang tak pasal2 kontrobasi lak hihi

Tuesday, December 28, 2010

Back to Action!

Salam,hi semua

Rindu  kat Pia tak?
tehehe ;D

Minggu lepas sangat bz
dgn majlis pertunangan
adik Pia

Tunggu gambar dari OP
insyAllah.Tak sabar la
pulak hehe


Nasib baik ada OP kalau
tak,sapa nak ambil gambar?
Bz gilerz tau

Semalam bawak adik ipar
jalan2 KL jap,gambar tunggu
juge la ye :P,belum transfer

Kita layan email yang Pia
dapat minggu lepas la ye

InsyAllah nanti kite sambung
cerita okay,papai







Fairy Notes-mood penat,tapi tenang :)

Saturday, December 25, 2010

Para Isteri Jangan Buat Macam ni!Entry sarat dengan Tulisan

SAYA berusia 37 tahun dan berasal dari utara tanah air. Saya berkahwin enam tahun lalu dan ada seorang anak lelaki. Perkahwinan kami bahagia hinggalah Mac lalu apabila saya dapati isteri selalu berbalas SMS dan bersembang di laman sosial (chatting) hingga larut malam.
Pada satu malam setelah isteri tidur, saya memeriksa kandungan SMSnya dan terkejut kerana ada SMS daripada lelaki yang mengandungi ayat dan perkataan berbaur cinta. Saya memarahi isteri dan bertanyakan sejauh manakah hubungan mereka.

Isteri saya mengatakan mereka cuma berhubung melalui SMS dan telefon. Setelah saya menceritakan perkara berkenaan kepada ibunya, isteri saya tidak lagi melakukan perkara itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.
Dua minggu lalu, isteri meminta kebenaran untuk menggunakan komputer riba saya dan membaca e-mel yang sudah lama tidak dibuka.

Dia memberitahu saya kawannya menghantar sesuatu menerusi e-mel tetapi setelah memuat turun, dia tidak tahu ke mana bahan itu disimpan.

Dengan kuasa Allah, saya menjumpai apa yang didakwa isteri saya dihantar oleh ‘kawannya’. Hampir pengsan saya dibuatnya kerana yang dihantar adalah gambar seorang wanita menyelak bajunya dan mendedahkan buah dada.
Walaupun gambar itu dari paras leher ke pinggang (kerana gambar diambil dengan kamera web pada komputer riba), saya dapat mengagak itu adalah isteri saya berdasarkan rantai tangan dan rantai leher dipakainya.

Baju singlet yang dipakai juga kepunyaan isteri saya. Oleh kerana tidak boleh berdalih lagi, isteri saya mengaku itu gambar dia, tetapi dia mendakwa tidak menyelak bajunya ketika ‘chatting’.
Oleh kerana terlalu marah, esoknya saya mencari lagi di dalam komputer dan terjumpa empat keping lagi gambar yang amat mengaibkan, di mana gambar isteri saya berbogel di depan kamera web dan orang yang bersembang dengannya mengambil gambarnya tanpa pengetahuannya.

Saya memarahinya dan mengugut akan meninggalkannya. Dia menangis dan meminta ampun dan maaf serta berjanji tidak akan mengulanginya.

Dia juga mengatakan perkara itu sudah lama berlalu iaitu kira-kira tujuh bulan lalu dan dia tidak pernah berjumpa lelaki berkenaan.

Oleh kerana teramat marah, saya meminta kata laluan e-melnya dan membuat pemeriksaan esoknya di tempat kerja.

Hampir pengsan dibuatnya kerana saya menjumpai 10 keping lagi gambar isteri saya bersama seorang lelaki di dalam kereta dalam keadaan berpelukan dan bercium pipi.

Apabila pulang ke rumah pada petangnya, saya hilang sabar dan sekali lagi saya menunjukkan gambar berkenaan dan memberitahu isteri, saya sudah tawar hati kepadanya. Saya sangat kecewa dan marah apabila dipermainkan oleh isteri saya yang berlagak baik selama ini.

Saya menceritakan perkara itu kepada adik ipar saya dan dia menyampaikan kepada ibu mentua saya. Ibu mentua memujuk dan merayu saya supaya memaafkan dan melupakan apa yang terjadi serta tidak memanjangkan perkara itu. Isteri saya juga memujuk dan berjanji kepada saya dia tidak akan mengulangi perkara itu.

Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan berhasrat meninggalkan isteri saya, tetapi bila mengingatkan anak lelaki kami yang baru berumur empat tahun, saya tidak sampai hati. Apa patut saya buat? Saya buntu dan tertekan dengan apa yang berlaku.
INSAN KECEWA
Kedah
Isteri anda tidak memenuhi kriteria mengikut Islam dan perkara yang dilakukan membuatkan anda menjadi suami dayus.

Perkara yang dilakukan adalah keterlaluan dan anda perlu bertegas dalam menangani hal ini.

Maruah anda sebagai suami sudah tercalar dengan tindakan isteri dan seharusnya tidak mudah tunduk dengan deraian airmatanya.

Rumah tangga akan hancur jika pasangan suami isteri mengabaikan tanggungjawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujud keluarga bahagia yang juga tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

Berdasarkan penceritaan, isteri saudara jelas melanggar kewajipan yang digariskan dalam Islam bagi seorang isteri. Bagi Dang Setia, saudara mempunyai dua pilihan sama ada meneruskan hubungan itu demi anak atau menceraikannya.

Jika saudara berhasrat meneruskan hubungan itu, beri tempoh tertentu kepada isteri untuk memperbaiki dirinya dan pada masa sama bimbing dia ke arah kebenaran seperti dituntut agama.

Insya-Allah, jika dia benar- benar insaf di atas kesalahannya, dia pasti berusaha untuk berubah kerana seolah- olah diberi ‘nyawa’ kedua oleh saudara.

Kesalahan jelas dilakukan isteri tapi saudara, sebagai suami bertanggungjawab, mungkin boleh mencari sebab atau punca isteri berbuat demikian.

Mungkin dia berbuat begitu kerana kebosanan disebabkan saudara kurang memperuntukkan masa kepada keluarga dek kesibukan bekerja.

Dalam Islam, suami juga ada kewajipannya bagi memastikan kebahagiaan rumah tangga. Selain mendoakan kebahagiaan buat saudara sekeluarga, Dang Setia berharap saudara mencuba amalan berikut: Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya Dia wajib menyediakan kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri, dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu pasti dapat bekerjasama mendidik anak dalam kehidupan beragama Pentadbiran suami di dalam rumah tangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh baik. la bertanggungjawab di depan Allah SWT terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan rumah tangga adalah penting. Rasulullah SAW menasihatkan orang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah SAW menyifatkan wanita sebagai amanah Allah SWT. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang Dan barang itu rosak di tangan kita, tentu ia akan membabitkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah SAW berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik Berdasarkan kewajipan suami isteri yang ditetapkan Islam, kita dapat melihat perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib, sama ada suami atau isteri.

Dang Setia bukan ahli nujum yang boleh meramalkan pilihan terbaik untuk masa depan saudara, tapi cuba pendekatan di atas sebaik mungkin, insya-Allah rumah tangga saudara boleh diselamatkan demi anak tercinta

Fairy Notes-tak mahu tergolong dalam isteri macam ni..Amin

Blogger Popular Masakan Bagi Pia Award Oh My LV!

tettttt,Pia tak layak langsung sebenarnya kui..kui..kui

Demi kasih sayang ukhwah sesama blogger Pia dgn
malu2 terima award ini hihi

Eh ade soalan,dah siap jawap dah kat bawah Award

Terima kasih Sys DJ xoxo!Love Sys DJ

U oll Jangan jeles :P
Award nya,Chef tau O_o....Semoga bertambah2 terrel la Pia masak lepas ni..Amin

Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda?
~ panjang cerite nye..kalau tak silap darjah 4,10 tahun.umi kerja so kena cepat berdikari.standard la mula2 belajar masak nasi jadi bubur ayam mek d.telur dadar berperisa hangit tehehe :D

Siapakah yang menggalakkan anda memasak?
~ lebih kurang juge dengan Sys DJ,kes paksarela la lebih kurang hehe,lepas dah kawen MIL..Mak Sedara..Latest blogger2 yg happening lagi famous ni!

Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang-orang kesayangan anda :
~malunya Pia ni belum la terrel masak lagi,paling Pia suka masak Sambal Udang.Cik Abg saya sgt sweet dia makan je masakan wifey dia ni.Makanan kegemaran Hubby Nasi Ayam masih dalam proses belajar.Keluarga suka asam pedas kot,walaupon bukannya kaw asam pedas Pia tehehe :D.

Tag 5 orang blogger masakan yang sering berkunjung ke blog anda.
~ Adui pening kepala nak choose ni tehehe ok kita mulakan,walaupon bukan blogger masakkan sure u oll pandai masak ni
Amy
Deena

Pia tag wifey2 abad 21 :)

ade yang ade baby dah :'),

Alhamdulillah,insyAllah amin
untuk Pia,doakan kami ye

Take ur time ya,harap2 u oll sudi
ambil Award ni dari hamba

Eh,actually Pia dedikasikan untuk SEMUA follower dan yang
sudi membaca entry ini ikhlas ni.....Harap sudi terima ye

Friday, December 24, 2010

Wanita ambil masa tiga minit pilih kekasih

hanya minit tak percaya?


LONDON - Satu kajian di Britain mendapati wanita cuma mengambil masa tiga minit untuk membuat keputusan sama ada seorang lelaki itu sesuai untuk mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian tersebut yang melibatkan 3,000 orang dewasa dilakukan sempena pelancaran buku terbaru, Instinct yang dihasilkan oleh penulis Britain, Ben Kay.kosmo


Fairy Notes-Tapi Bukan Pia yang cakap tehehe

Nak Ayat Power?Nah hambek ko! =))

salam jumaat semua

cepat betul mase ye


wah wah wah,cari

ayat power ye

nak ngorat ke? :P

cube semak kat sini

 Thanks Google lalala

mana tau hehe


Fairy notes-malu

Thursday, December 23, 2010

Fikir dulu sebelum buat

terlampau bebas bersuara

Kerana Yunalis Zarai

“BAYANGKAN, tamat saja rancangan Shout! Awards, dalam tempoh tidak sampai sejam, saya menerima puluhan pengikut di Twitter dan kenalan baru di Facebook. Ini semua gara-gara Yuna,” tutur pereka fesyen Syomir Izwa, 33, yang terkejut dengan situasi yang melandanya usai pertandingan Shout! Awards 2010 yang disiarkan menerusi 8TV melabuhkan tirai.Selanjutnya klik sini

Sangat cantik baju ini klik LIKE =))


Fairy Notes-fesyen orang popular akan menjadi ikutan sekelip mata

Wednesday, December 22, 2010

Update Status FB secara am sahaja ye,tak perlu detail sangat

Banyak keburukkan jika manusai salah guna,dulu pon pia ade buat entry disini

Internet punca jenayah meningkat 7,000 peratus di Britain


LONDON: Siasatan sebuah akhbar tabloid Britain mendapati, kadar jenayah berkaitan rangkaian laman sesawang meningkat sehingga 7,000 peratus di sesetengah kawasan berbanding tiga tahun lalu.
Antara kes yang menunjukkan peningkatan ketara adalah bunuh, rogol, pedofilia, buli dan rompak.

Kata kajian itu, kemahiran pengguna komputer tidak banyak meningkat berbanding apa yang diketahui penjenayah.
Facebook terus menjadi antara punca utama pelbagai jenayah berlaku apabila penggunanya sering mengemas kini status masing-masing di situ tanpa menyedari maklumat berkenaan boleh dimanipulasi penjenayah. - Agensi Metro

Fairy Notes-not feeling well :(

Tuesday, December 21, 2010

Atiqah Adnan First Contest!!!



Mood pia bercontest datang lagi,walaupon tak penah menang hihi

Kali ini Pn Atiqah menganjurkan contest pertamanya

Si manis ni antara pemollow terawal blog Pia ni :)

Untuk syarat-syarat u olls yg berminat boleh klik sini

Ok,berbalik pada contest setelah menilai dari naluri Pia
yang suci murni ini

Dengan kuasa bulan dan setelah ditimbang kati kilo gantang

Pia memilih entry ini sebagai,sangat susah ok Atiqah sememangnya
pandai menulis..Pia suka bace hee~

Taraaa,jejaka terhangat musim ini hihihi

 Curik sikit ye,print screen

Pia sangat suke kerana ade Edward Cullen :P
sila jangan muntah ok.



Pia memang suka pangei dia Edward dari name dia
sendiri lalala

Walau seminat mane pon isteri minat kat seseorang
pelakon lelaki itu.

Yang penting suamy mesti kat carta teratas selepas Allah
dan Rasul S.A.W

Betul tak kawan-kawan?

Akhir kata
Harap Puan penganjur suka dengan entry ini
xoxo!
terima la entry ini seadanya cewahhh!


Fairy Notes-mase ni title suamy Atiqah mase tunang hihihi

Sama-sama restu


Keyword hari ni,agak2 watie ini yang dicari?

Ada lagi 1 cerita ade kena mengena sikit la tentang watie kat metro semalam


Sama-sama restu
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SUNGAI BULOH: Meskipun bapanya dikecam banyak pihak kerana menjalinkan percintaan dengan dramatis, Norwati Sadali atau Watie sehingga didakwa menjadi sebab perceraian perkahwinan kedua, anak hasil perkahwinan pertama penyanyi dan pelakon, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud merestui hubungan itu.

Anak sulung Joey, Syazwani Hanaziah, 15, berkata asalkan bapanya masih menjalankan tanggungjawab serta menyayangi dia dan adiknya, apa saja cakap-cakap orang mereka tidak peduli.


“Selepas berita mengenai perpisahan (perkahwinan kedua) disiarkan media, pelbagai cerita timbul tetapi bagi saya, hubungan dengan bapa selepas itu bertambah baik berbanding sebelumnya.

“Saya sebagai anak hanya mampu mendoakan yang terbaik buatnya dan saya harap dia menjalankan tanggungjawab terhadap kami walaupun sudah ada kehidupan baru,” katanya yang ditemui selepas mengikat tali pertunangan dengan Muhammad Amirul Abd Rahim, 18, semalam.


Menurutnya, hubungan dia dan dan adiknya dengan Watie juga baik malah bapanya juga semakin rapat.


“Kami tidak kisah hubungannya dengan Watie, dia tetap bapa kami dan kami menyayanginya sebagai seorang bapa,” katanya.

Joey, 37, tidak hadir ke majlis pertunangan itu kerana sibuk menjalani penggambaran.


Kisah percintaan Joey dengan Watie hangat apabila isteri keduanya, Noraini Nasir, 44, mendakwa dramatis itu menjadi punca keruntuhan rumah tangga mereka.

Joey sebelum ini turut dilaporkan menafikan Watie menjadi punca keruntuhan rumah tangganya dan meminta pelakon itu tidak dikaitkan dengan masalah itu.


Kes perceraian Joey dengan Noraini kini dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang.


Syazwani berkata, bapanya turut memberi restu kepadanya untuk berkahwin pada usia muda.


“Mengikut perancangan, perkahwinan akan dilangsungkan dalam tempoh dua tahun lagi. Bapa ada menghubungi saya dan memberitahu asalkan pertunangan ini baik untuk saya, dia merestuinya,” katanya.


Sementara itu, bekas isteri Joey, Shawalni Hanaziah, 35, berkata dia juga tidak ambil kisah dengan cakap-cakap orang terhadap bekas suaminya itu.


“Hubungan saya dengan bekas mentua juga masih baik sehingga sekarang. Pada saya jika dia menjalankan tanggungjawab sebagai bapa yang baik kepada dua anak kami itu sudah cukup,” katanya. metro

Kemalangan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Tragedi

PASUKAN penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.


Berita disini

Fairy Notes-Takziah

Monday, December 20, 2010

Paris Hilton

Sponsor kelab motor,hihi agak2 pelumbanya(kalau lelaki)
kena pakai baju mcm Paris pakai tu ke?

Mana tau nak cari pekumba perempuan pulak
Lepeh tu kena ikut pose macam dia =))

Berita disini


PARIS HILTON bergaya dengan menunggang sebuah motosikal pasukan perlumbaan miliknya di Madrid, kelmarin

Ulang Pakai baju yang sama..so what!!

Salam,hi semua wah tajuk Pia pagi2 dah garang

Saje jer bagi terkejutkan u oll ;P


dua gambar,waktu dan tarikh berbeza ade lagi gambar dgn baju ni kat
sini

mase kak ina kl kena serang dgn anon

anon tu siap tegur kak ina pakai tudung yang
sane jer.

kak ina jgn marah ye saya tak niat nak ungkit kisah
tu.

Pia cume nak jadikan pekara tu sebagai cerita pengalaman
Pia sendiri

Tak de salah nya kite pakai baju yang same berulang kali
janji baju tu bersih, kemas,tak rosak lagi

Apa pendapat u oll?



Fairy Notes-hari pon pakai baju ni pegi keje hihi

Fairy Notes 1-Thanks so much follower baru,nanti Pia jalan2 blog u oll ye,
sorry lambat.Pia bz sikit ni

Saturday, December 18, 2010

Manis,tak kena Diabetis punyo

Teramat manis kerana dah sampai kampung hubby,4 bulan dah tak balik,
busy konon

Hari tu papa zara sms cakap this week nak buat aqiqah untuk zara

Sampai sudah mak long n pak long kat kampung,nanti story
ok InsyAllah

Lagi satu manis,Pia dapat award lah dari si manis Marina

tengok,manis kan award ni ?tengok ajo pon dah rase manis


thanks so much dear,terharu :')

Pia tujukan award ni khas untuk

yang sudi terima dan bace entry ini

kerana anda memang la manis sudi follow
blog yg tak manis ni :)

Friday, December 17, 2010

Selamat Pengantin Baru SM Nasarudin dan Marion Caunter

Dari CantikNara






Fairy Notes-i'm trying my very best to b a gud muslim,hope u too

Selamat Hari Lahir Srikandi Cinta Ku

Umi Pia nya birthday hari ini,umi memang wanita
hebat



Dia wanita cekal,pandai masak,menjahit

Berkat duit menjahit la kami adik beradik dibesarkan
selain dari abah mencari rezeki


Telah banyak yang Umi beri pada anak2 nya

Pengorbanan tiada pernah jemu

Pia,hubby dan adik2 doakan kebahagian untuk
umi

Dipanjangkan umur,diperluaskan rezeki

Your love is so pure

Thursday, December 16, 2010

Spa Penjara

Artikel yang menarik perhatian ku,jangan la ter"copy" iklan tak rela nuffnang merajuk dengan ku hehe



KETIKA kaki melangkah memasuki ruang menunggu spa dan salun yang dihias ala Bali ini, aroma bau-bauan minyak aromaterapi menusuk ke hidung ditambah alunan muzik gamelan Indonesia yang memberi ketenangan kepada pengunjung.

Sementara menunggu, pengunjung dihidangkan secangkir teh halia panas bercampur madu yang dibawakan pelayan spa yang kebanyakannya terdiri daripada warga asing.

Jika dilihat dari segi luaran spa, salun ini menyediakan perkhidmatan yang sama seperti pusat kecantikan lain.

Namun tiada siapa menyangka di sebalik tembok batu serta jeriji besi ini terdapat sebuah pusat kecantikan yang menyediakan pelbagai rawatan kecantikan khusus untuk wanita.


Apa yang menjadikannya lebih istimewa apabila rawatan dilakukan banduan atau juruterapi yang sedang menjalani hukuman di Penjara Wanita Kajang.


Bagi pelanggan yang baru pertama kali mendapatkan perkhidmatan di sini pastinya diselubungi rasa takut dan bimbang, apatah lagi memikirkan rawatan dilakukan pesalah penjara yang sering kali ditafsirkan sebagai jahat atau tidak mempunyai perilaku yang baik.

Sebagai pelanggan, perasaan bercampur baur apabila kali pertama mendapatkan perkhidmatan di sini, bimbang pada keselamatan dan takut sekiranya banduan melakukan sesuatu ketika sedang diurut atau menjalani rawatan lain.

Namun usah bimbang, buangkan jauh-jauh perasaan itu kerana semua banduan yang berkhidmat di spa dan salun Penjara Wanita Kajang ini menjalani latihan terlebih dulu sebelum menguruskan pelanggan.

Paling penting, semua banduan diletakkan di bawah pengawasan warden penjara sepanjang masa.

Ini diakui Penolong Penguasa Penjara Wanita Kajang, Monawati Omar yang meminta masyarakat tidak takut untuk mendapatkan rawatan kecantikan di spa dan salun penjara kerana perkhidmatan dilakukan secara profesional dan dijamin selamat.

Ini kerana semua banduan mendapat latihan sepenuhnya serta diawasi kakitangan penjara.

“Jika tidak selamat, sudah tentu tiada pelanggan yang datang setiap hari untuk mendapatkan rawatan.

“Kebanyakan mereka adalah pelanggan tetap yang mengakui sangat berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan serta bayaran yang sangat berpatutan,” katanya.

Pusat kecantikan spa dan salun yang mula beroperasi pada 5 Disember 2008 lalu dibuka khusus untuk orang awam serta kakitangan penjara.

Penubuhannya diilhamkan bekas Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Mustapha Osman yang tujuan utamanya untuk mempelbagaikan kemahiran tahanan wanita, selain memberi peluang kepada mereka melengkapkan diri sebelum berhadapan dengan masyarakat.

“Sebelum ini, pihak penjara sudah menyediakan kemahiran kepada banduan seperti mencanting batik, menjahit, katering, dobi dan membuat makanan sejuk beku, namun kemahiran ini masih belum cukup kerana tidak termasuk aspek kecantikan.

“Menerusi pembukaan spa dan salun ini, diharap banduan dapat mempelajari teknik dan asas rawatan kecantikan, seterusnya menggunakan semua ilmu ini apabila mereka dibebaskan kelak.

“Walau apapun hukuman dijatuhkan kepada mereka, sebagai anggota masyarakat kita perlu menghormati mereka sebagai manusia biasa yang melakukan kesilapan dan tersalah membuat pilihan,” katanya yang berharap masyarakat memberikan ruang kepada tahanan kembali menyumbang kepada masyarakat dan tidak menyisihkan mereka.

Tambah Monawati, setiap banduan sama ada lelaki atau wanita akan menjalani modul yang sama membabitkan tiga peringkat iaitu modul orientasi, pengukuhan sahsiah diri dan kemahiran yang disediakan menerusi latihan secara berterusan.

“Untuk spa dan salun, semua banduan menerima latihan daripada pegawai penjara berkelulusan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Mereka akan mengajar kelas kemahiran seperti rawatan muka, salun, urut, sauna dan refleksologi mengikut tempoh tertentu.

“Apabila banduan ini mahir dalam bidang masing-masing, barulah mereka dibolehkan berkhidmat di spa. Apabila tempoh tahanan tamat, mereka akan diganti banduan lain dan begitulah pusingan seterusnya,” jelas Monawati.

Menurutnya, hanya banduan yang tidak melakukan kesalahan serius atau kejam saja akan diambil untuk berkhidmat di spa.

Kira-kira 60 peratus daripada 1,600 banduan di penjara itu terdiri daripada warga asing dan kebanyakan daripada mereka rakyat Indonesia yang didakwa dengan kes imigresen.

Semua tahanan yang bekerja di spa dibayar sejumlah kecil elaun bergantung kepada warna baju yang dipakai. Misalnya untuk baju hijau, bayarannya 60 sen sehari manakala baju biru 80 sen sehari.

“Pada dasarnya kami membantu mereka (banduan) agar dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat selepas keluar dari penjara.

“Kami juga berharap program ini dapat mendedahkan aktiviti kepada orang awam di samping dapat memperkaya serta memberi keyakinan diri kepada banduan,” jelasnya.

Spa dan salun yang dibuka setiap hari kecuali Isnin pada jam 8 pagi hingga 5 petang mempunyai tujuh pelatih dengan diawasi tiga kakitangan dan mampu merawat lapan pelanggan pada satu-satu masa.

Antara rawatan disediakan seperti mandi susu, rempah dan bunga, refleksologi, rawatan muka, urut badan, lulur, sauna serta perkhidmatan di salun seperti menggunting, mencuci, melurus, keriting dan mewarna rambut.

“Harga yang ditawarkan di sini sudah tentu jauh lebih murah berbanding pusat kecantikan di luar. Untuk rawatan badan dan muka, pelanggan boleh mendapatkan harga serendah RM30 sehingga RM40.

“Mereka juga boleh mendapatkan secara pakej seperti sauna, lulur, menyental badan dan rawatan muka hanya pada harga RM85 manakala harga untuk salun bermula dari RM7 sehingga RM80,” katanya.

Namun pelanggan perlu membuat temu janji terlebih dulu bagi memastikan mereka tidak perlu menunggu lama terutama pada hujung minggu atau pada cuti umum.Metro

Fairy Notes-menarik,tapi jauh la kat kajang

Fisherman Blogger

Haaaa,mase tgk Majalah 3 last week,dah teringat nak buat entry baru sekarang teringat

patutla rase somethinng klik sini

Pengguna Facebook kini lebih kreatif


PARIS - Profil bercorak artistik mula muncul di laman jaringan sosial Facebook selepas sejumlah pengguna mendapati reka bentuk baru itu boleh digunakan untuk menghasilkan imej yang bergaya, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang artis Perancis, Alexandre Oudin dipercayai merupakan pengguna pertama Facebook yang memuat naik gambar mukanya supaya ia kelihatan berpecah-pecah dan bertampal-tampal di laman berkenaan.

Facebook menambah baik profilnya pada awal bulan ini dengan menawarkan paparan visual lebih menarik kepada pengguna dengan tumpuan diberikan pada gambar penggunanya dan rakan masing-masing serta imej muzik selain filem kegemaran mereka.

Hasil kerja kreatif Oudin itu seiring dengan peraturan Facebook yang tidak membenarkan laman web berkenaan digodam.

Pengguna yang mahu menggunakan reka bentuk kreatif itu cuma perlu mengubah susun atur gambar mereka di dinding Facebook. - Agensi Kosmo

p/s-tak penah terfikir pon,cool la dia ni

10 Muharram

Bulan Muharam - Elakkan sebarang kepercayaan karut

Oleh ABD AL-RAZZAQ A.MUTHALIB

KESEDARAN umat Islam mengisi kedatangan bulan Muharam yang mulia ini dengan pelbagai amalan merupakan satu tabiat yang baik.

Kita yakin bahawa semua amalan yang dilakukan ini tidak lain dan tidak bukan kecuali di atas satu niat, iaitu semoga ia akan dimasukkan dalam senarai amalan soleh yang akan diberikan ganjaran pahala di akhirat kelak.

Namun, peringatan Nabi s.a.w. di dalam urusan ibadah ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Daripada Aisyah r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada urusan kami (urusan agama), maka ia akan tertolak. (Riwayat Muslim).

Sebab itulah para ulama, di antaranya ialah al-Fudhail bin `Iyadh meletakkan bahawa syarat utama menjadikan sesuatu amalan itu diterima ialah ikhlas kerana Allah s.w.t. dan bertepatan dengan sunah Rasulullah s.a.w. Al-Fudhail mentafsirkan firman Allah di dalam surah Hud ayat 8 dan surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud:

Allah menjadikan semua itu untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya,'' beliau berkata: Iaitu yang lebih ikhlas dan lebih tepat. Sesungguhnya sesuatu amalan yang dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak tepat, maka ia tidak akan diterima, dan jika dilakukan dengan tepat tetapi tidak ikhlas, maka ia juga tidak akan diterima, sehinggalah ia dilakukan dengan ikhlas dan tepat.

Beliau berkata lagi: Dan ikhlas itu ialah apabila dilakukan hanya kerana Allah `Azza wa Jalla, dan yang dikatakan tepat itu ialah ia bertepatan dengan sunah. (Ibn Rejab, Jami' al-Ulum wa al-Hikam, Tahqiq: Dr. Yusof al-Baqa'i (Beirut: al-Maktabah al-'Asriah, cet. ke-3, 2000), hal.15)

Justeru, dalam keghairahan kita menambahkan amal ibadah di dalam bulan Muharam yang mulia ini, marilah kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji dan menyemak semula, adakah amalan-amalan yang kita lakukan itu menepati syarat-syarat yang telah digariskan.

Di antara amalan-amalan pada bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih ialah:

1. Memakai celak pada hari Asyura dengan kepercayaan ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. Amalan ini diambil daripada hadis maudhu' (palsu) yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang memakai celak mata daripada arang pencelak mata pada hari Asyura, maka ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. (Rujuk: al-Albani, Silsilah Ahadith al-Dhaifah, 624). Ibn al-Jauzi, al-Maudhu'at, 2/116)

Hadis ini hukumnya maudhu' (palsu). Imam Ahmad berkata: ``Tidak ada riwayat (yang sahih) daripada Rasulullah s.a.w. tentang amalan memakai celak pada hari Asyura, dan ia adalah bidaah.''

2. Solat sunat yang khusus pada hari Asyura. Amalan ini juga bersumberkan hadis maudhu': ``Sesiapa yang sembahyang padanya (hari Asyura) empat rakaat, ia membaca pada setiap rakaat sekali surah al-Fatihah, dan lima puluh kali surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad), maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun.''

3. Mandi yang khusus pada hari Asyura dengan tanggapan dapat menghindarkan diri daripada sebarang penyakit pada sepanjang tahun. Amalan ini juga bersandarkan kepada sebuah hadis maudhu': ``Sesiapa yang mandi dan bersuci pada hari Asyura, ia tidak akan ditimpa sebarang penyakit pada sepanjang tahun, kecuali mati.''

4. Melebihkan pemberian seperti makanan, minuman, pakaian kepada ahli keluarga pada hari Asyura dengan harapan semoga akan dimurahkan rezeki sepanjang tahun. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Alqamah bin Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

Sesiapa yang melapangkan pemberian (makanan, minuman dan pakaian) kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan melapangkan ke atasnya rezeki sepanjang tahunnya. Hadis ini hukumnya maudhu', disebut oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudhu'at,2/115).

5. Menyediakan makanan yang khas seperti bubur (bubur Asyura) yang dikaitkan dengan sunah Rasulullah s.a.w. atau disandarkan kepada peristiwa Nabi Nuh a.s. yang menyuruh para pengikutnya memasak daripada sisa-sisa makanan dan biji-bijian setelah mendarat dan selamat daripada taufan besar.

Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar dan ia bersumberkan cerita-cerita dongeng Israiliyat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab Qashas al-Anbiya.

6. Membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tidak terdapat sebarang hadis sahih yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah daripada umat Islam. Utusan




Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

p/s-Sejujurnya ada yang pia tak buat ,cuba

Source

Wednesday, December 15, 2010

Maher Zain Showcase,selepas sebulan Eh 2 bulan la.Wau pandai nya matematik

Tengok tarikh kat gambar hihi,selamat diperap selame sebulan

Gambar dari camera samsung pia yang dah nazak ;')





Kemalangan dipelantar minyak



KUALA TERENGGANU – Enam pekerja di pelantar minyak Bekok C yang dikendalikan Petronas Carigali Sdn. Bhd. (Petronas Carigali) melecur apabila pelantar berkenaan terbakar semalam.
Kejadian selepas tengah malam itu mengakibatkan Alias Abdullah, 52; Mohd. Hamzah Abdullah, 32; Mohd. Fauzi Ibrahim, 37; Mohd. Rishaudin Ismail, 32; Mohd. Ariff Farimi; 28 dan Zamri Wagiman melecur di muka dan badan.
Insiden berlaku ketika senarai 108 pekerja di pelantar yang terletak kira-kira 200 kilometer di luar pantai Terengganu itu baru menyelesaikan tugas sebelum melakukan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual.Berita selanjutnya disini


p/s-syukur la kemalangan dpt dikawal dari jadi lebih teruk

Engkau Memang Cantik-Review

Pia share sipnosis buku yang Pia sedang bace

Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah.peribadi muslimah akan memberi impak kepada dunia,dan selalu memberi makna bagi sesama muslim.

Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak memilikki apa2,padahal dia sudah memilikki segalanya.Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun.Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya.

Antara ini tentu saja menggelisahkan hati dan menggundahkan fikiran.Harus ada usaha untuk kefahaman bahawa para muslimah itu sidah memilikki banyak makna selama ini bagi umatnya.Dunia yang sedemikian luas sedia menghamparkan sebuah tanggunjawab besar,bahawa muslimah harus berani tampil di medan dakwah.

Antara mereka sudah memulai dengan langkah kecil yang begitu bererti.Namun kemudian muncul masalah bahawa muslimah-muslimah tersebut tidak profesional dalam berperanan.Mereka berdiri di stu titik dan meninggalkan titik lainnya

Maka buku ini hadir sebagai sebuah nasihat bagi kita semua.Nasihat yang akan menjadi begitu berharga bagi kelangsungan dakwah islam pada masa yang akan datang.Kerana kita tidak pernah tahu,di tangan siapakah kejayaan Islam ini akan dimenangkan.Banyak kritik,bukti perhatian,banyak,banyak masukan bukti kasih sayang.Jangan jemu dan jangan letih menasihati.

Tuesday, December 14, 2010

Kicap Cap Kipas Udang tiruan

Haiyokk,hati2 kicap pon dah ade klon


GAMBAR menunjukkan kicap Cap Kipas Udang tiruan (kiri) yang mempunyai penutup plastik berlubang (dalam bulatan) berbanding kicap asli.

SEREMBAN - Kicap Cap Kipas Udang adalah antara jenama popular di kalangan pengguna di negara ini.

Tetapi ramai yang tidak sedar, oleh kerana popularitinya itulah jenama tersebut menjadi mangsa tiruan dan beredar dalam pasaran.

Bagaimanapun kegiatan haram itu terbongkar semalam apabila sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu sebuah syarikat pemborong barangan runcit yang menjual kicap Cap Kipas Udang tiruan.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang di Jalan Tuanku Antah di sini, sebanyak 3,360 botol kicap jenama Cap Kipas Udang tiruan bernilai RM9,100 dirampas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Mohd. Nor Musa berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada syarikat kicap berkenaan.

"Ketika serbuan terdapat lima individu termasuk pemilik syarikat berkenaan di premis terbabit.

"Hasil pemeriksaan mendapati kicap yang dijual di premis itu mempunyai ciri-ciri yang berlainan berbanding produk asli," katanya ketika ditemui di sini semalam.Kosmo

p/s-memang biasa dgn kicap manis

Pelindung bakat kecil

Pagi tadi masa siap2 nak gi keje,dengar Wardina bace berita ni kat MHI
Pia like this,bagus2 biarkan anak2 kecil membesar dengan normal


teringat iklan milo


Play more,Learn More


Pergi la bermain sayang

Pelindung bakat kecil

2010/12/14

Kanak-kanak ceburi bidang hiburan perlu kelulusan Ketua Pengarah JTK

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak di bawah umur yang berhasrat menceburi bidang hiburan seperti menjadi pelakon, pemuzik atau penyanyi perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata mereka perlu mendapatkan kelulusan dan mematuhi peraturan terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 bagi mengelakkan mereka dieksploitasi sehingga mengganggu pelajaran.
“Menerusi pindaan ini, dimaklumkan bahawa menteri akan menggubal peraturan dan mereka yang ingin terbabit dalam industri hiburan perlu mengikuti beberapa proses, termasuk mematuhi panduan dan peraturan ditetapkan.

“Tanpa kelulusan ketua pengarah Jabatan Tenaga Kerja, mereka tidak boleh bekerja dalam sektor hiburan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 pada persidangan Dewan Negara, semalam.

Maznah berkata, antara peraturan yang mesti dipatuhi ialah jika bekerja selama enam hari, kanak-kanak itu perlu ada cuti selama sehari dan jika mereka bekerja selama tiga jam secara berterusan, mereka mesti ada masa rehat sekurang-kurangnya 30 minit.

“Selain itu, mereka tidak boleh bekerja di antara jam 8 malam hingga 7 pagi kecuali dalam bidang hiburan yang memerlukan kelulusan ketua pengarah Jabatan Tenaga Kerja,” katanya.
Melalui pindaan rang undang-undang itu juga, sekiranya kanak-kanak itu bersekolah, mereka tidak boleh bekerja dan bersekolah lebih dari tujuh jam.

Menurut perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat 47,000 kanak-kanak yang bekerja di negara ini dan sebahagian besar daripada mereka adalah bagi membantu keluarga dan bekerja secara sambilan.

“Kementerian memandang serius mengenai penyalahgunaan tenaga kerja kanak-kanak. Melalui Jabatan Tenaga Kerja pemeriksaan berkala sentiasa diadakan di tempat pekerjaan.

“Pindaan rang undang-undang ini membenarkan kanak-kanak bekerja tetapi waktu bekerja adalah tidak melebihi tujuh jam sehari dan terhad kepada perusahaan yang diusahakan oleh keluarga mereka saja atau kerja ringan,” katanya. – BERNAMA

 Berita Harian

p/s-kalau la anak(amin) pia dpt tawaran berlakon iklan?tak lame sgt boleh kot :P

Engkau Memang Cantik

Currently reading this,will review later InsyAllah


Monday, December 13, 2010

Jual murah pun boleh untung

ORANG ramai tidak putus berkunjung ke kedai milik Sinah untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman
di Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Percaya atau tidak, segelas teh ‘O’ yang biasanya dijual pada harga 80 sen secawan hanya dijual pada harga 30 sen manakala milo ais yang biasanya dijual pada harga RM1.50 dijual hanya 80 sen segelas oleh seorang peniaga di Kampung Losong Atap Zin di sini.
Menariknya, peniaga tersebut, Sinah Sulaiman (gambar), 50, bertindak menjual semua jenis minuman di kedainya pada harga di bawah RM1.
Menurut Sinah, harga minuman yang dijual di kedainya tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu walaupun harga beberapa bahan mentah seperti gula dan susu telah beberapa kali naik dalam tempoh tersebut.
“Selain minuman, saya juga menjual lebih 50 jenis makanan pada harga murah. Sebagai contoh, karipap dijual RM1 untuk lima biji sedangkan di tempat-tempat lain mungkin tiga biji kuih berharga RM1,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Sinah memberitahu, walaupun dia menawarkan harga minuman dan makanan pada harga murah, dia masih mampu meraih keuntungan dan membayar gaji empat pekerjanya.Kosmo

p/s-rezeki dari Allah ade dimana2.Bila la Pia nak keluar dari comfort zone dgn berniaga?InsyAllah,Amin

Bila Syaitan Menghasut

Salam,hai semua...Pray for a beautiful monday for us

Betapa mudah nya hati ku ini dihasut syaitan!

 pic syaiton dari google

Benda yang remeh temeh seperti sedang tengok

siaran berita,melaporkan ada kawasan pendalaman

diMalaysia akan dapat internet percuma!

Waa hati busuk ku ini terus berkata,"waa seronoknya

dieorang,aku ni bukan yang berduit sgt but i have to pay

for my internet at home" :(,ade rase iri hati disitu...Istifar2

Jangan ikut perangai macam ni ok

Sunday, December 12, 2010

WikiLeaks

Akhir2 ni dunia kecoh fasal laman pembocor
rahsia sulit ni kan

Zaman dah berubah,dunia makin maju!

Jaga2,jangan sampai bocor  rahsia


Ataupon propa??fikir-fikirkan

ANTARA laman web WikiLeaks yang telah ditutup akibat digodam pasukan keselamatan upahan Amerika Syarikat.

BERBANDING sebaran berita umum atau propaganda biasa, rahsia besar yang dibocorkan sebenarnya mengundang rasa ingin tahu yang lebih mengujakan. Pendedahan maklumat sulit seringkali disambut dengan persepsi yang pelbagai dan eksploitasi situasi demi mencapai matlamat tertentu.

Perkara itulah yang dikhuatiri berlaku dan akan merubah corak perhubungan diplomatik antarabangsa apabila sebuah organisasi media baru bukan berasaskan keuntungan, WikiLeaks, bertindak mendedahkan pelbagai maklumat berprofil tinggi ke pengetahuan umum.

Organisasi yang memaparkan dokumen sulit daripada sumber yang tidak diketahui dan maklumat Internet yang dibocorkan itu sudah mula menapak di dalam talian sejak tahun 2006.

Dikendalikan syarikat The Sunshine Press, laman itu mendakwa memiliki lebih 1.2 juta data sejak setahun pelancarannya. Pertubuhan itu mendakwa diasaskan oleh para penentang politik dari China, wartawan, ahli matematik dan pakar teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan.

Aktivis Internet, Julian Paul Assange, 39, yang bertindak sebagai pengasas dan ketua pengarang WikiLeaks dipercayai mula mengendalikan laman web itu dari rumahnya berdekatan dengan Universiti Melbourne, Australia.

Sejak tahun pertama WikiLeaks beroperasi, wartawan dan penerbit berkelulusan doktor falsafah dalam bidang fizik tersebut tidak lagi mempunyai kediaman tetap dan sering berpindah-randah selepas laman web ‘panas’ ciptaannya itu telah memancing perhatian global.

PERJUANGAN kebebasan media Assange tetap diteruskan biarpun dia sudah ditahan atas dakwaan jenayah seksual.

Ternyata WikiLeaks mempunyai agenda. Ia sengaja mahu menyuluh wajah sebenar Amerika Syarikat (AS) melalui pendedahan dokumen-dokumen berkaitan tahap pengintipan Amerika ke atas sekutunya dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Selain itu, WikiLeaks turut membuka pekung AS dengan mengetengahkan insiden pembunuhan penduduk dan wartawan Iraq oleh tentera AS. Negara yang digelar ‘Polis Dunia’ itu kini malu apabila masyarakat antarabangsa sudah mengetahui berhubung penafian ketiadaan laporan rasmi kematian orang awam.
Itu termasuk rekod yang menunjukkan bahawa 66,081 daripada 109,000 kematian di Iraq bukanlah disebabkan pertempuran.
Akhbar The Guardian yang menyiarkan kandungan WikiLeaks juga mendedahkan bahawa banyak laporan penderaan tahanan disokong bukti perubatan. Ia menggambarkan kes tahanan yang dirantai, ditutup mata, diikat pergelangan tangan atau kaki dan digantung malah dirotan, ditumbuk, ditendang atau dikenakan kejutan elektrik.
“Kerajaan AS dan beberapa pemimpin dunia lain menyifatkan pendedahan WikiLeaks tidak bertanggungjawab dan boleh membahayakan keselamatan negara masing-masing.
“Pentadbiran Presiden Barack Obama sedang mencari ruang untuk mengenakan tindakan undang-undang mengenai pembocoran maklumat WikiLeaks,” ujar Peguam Negara AS, Eric Holder yang cuba menutup kudis majikannya.
Tekanan agresif
Berikutan dimalukan, AS telah bertindak mengambil langkah agresif. Sebuah unit khas melalui Jabatan Pertahanan AS dibentuk bagi menyekat penyebaran meluas dokumen rahsia tersebut.
Tekanan mula dirasakan kumpulan operasi WikiLeaks apabila ia terpaksa memindahkan perkhidmatan hos Internetnya ke sebuah alamat baru di Switzerland selepas hos di AS ditutup.
WikiLeaks tidak mahu mengalah dan mahu kekal beroperasi. Malah, kini ia terus aktif melalui alamat barunya iaitu www.wikileaks.ch, laman web yang didaftarkan oleh sebuah parti politik Switzerland.
Sebagai tindakan susulan, Switzerland pula ditekan AS untuk mengarahkan institusi perbankan miliknya, Swiss Post, menutup akaun yang digunakan WikiLeaks bagi mendapatkan dana dan tajaan dalam talian melalui perkhidmatan PayPal.
Langkah berjaga-jaga
Sebagai langkah survival, sebuah lagi alamat Internet iaitu www.wikileaks.li telah ditempah WikiLeaks dan beroperasi dari Liechtenstein, sebuah negara Eropah kecil yang terletak di antara Switzerland dan Austria.
Selain laman web WikiLeaks menghadapi gangguan teknikal akibat serangan ‘askar’ penggodam yang diupah AS, Assange turut diugut bunuh dan yang mutakhir diburu polis atas pertuduhan mencabul dan merogol wanita.
ANTARA laman web WikiLeaks yang telah ditutup akibat digodam pasukan keselamatan upahan Amerika Syarikat.


Biarpun Assange akhirnya ditahan menggunakan Waran Tangkap Eropah pada 7 Disember lalu, pasukan WikiLeaks kini bersedia menggemparkan dunia dengan pelbagai dokumen yang diyakini bakal membawa gelombang dahsyat.
Sebagai jaminan untuk nyawa Assange, penyelenggara WikiLeaks menggesa komuniti dunia memuat turun sebuah fail bernama Insurance.
Maklumat dalam fail dengan kod rahsia itu akan disebarkan jika Assange dibunuh. Fail bersaiz hampir dua gigabit (GB) itu dikatakan menyimpan beribu-ribu dokumen rahsia AS yang boleh memalukan AS dengan negara-negara sekutunya.
Kemarahan dunia
Mengambil kesempatan ke atas kebocoran maklumat tersebut, Timbalan Menteri Luar Ecuador, Kintto Lucas berkata, negaranya sedia menerima pengasas Assange jika dia mahu tinggal di Ecuador.
Jika itu pelawaan Ecuador kepada Assange, AS kini berhadapan gelombang kemarahan daripada kerajaan-kerajaan asing yang dikritik AS dalam maklumat sulit tersebut.
Menteri Ekonomi Argentina, Amado Boudou pula mengulas, pendedahan WikiLeaks mengenai arahan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton yang meminta diplomatnya menyiasat keadaan kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan Presiden Argentina, Christina Kirchner adalah suatu yang tidak wajar.
Bagi bekas pemimpin Cuba, Fidel Castro, pendedahan itu adalah satu ’skandal raksasa’ manakala Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani serta-merta memanggil duta AS selepas rahsia sensitif kedua-dua negara itu terbongkar.
Asange pernah dipetik sebagai berkata: “Negara yang tidak begitu telus seperti Rusia dan China adalah yang paling berpotensi menjalani pembaharuan melalui pendedahan maklumat rahsia ini.”
Mengenai kerajaan dan pasukan keselamatan China yang menyekat kebebasan bersuara, Assange mengulas, hanya kewartawanan dan penulisan sejati mampu mencetuskan perubahan dan itulah yang ditakuti pemerintah China.
Tarikan WikiLeaks
Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa (CENTEPIS), Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Azmi Hassan memberitahu, selain maklumat sulit AS yang menjadi intipati utama WikiLeaks, pendedahan lenggok bahasa yang digunakan para diplomat adalah satu lagi sebab ia popular.
Katanya, gaya penulisan laporan termasuk surat rasmi dan tidak rasmi daripada diplomat AS yang tidak menggunakan bahasa diplomat boleh menjatuhkan imej negara kuasa besar dunia itu.
“Misalnya, arahan Hillary Clinton yang meminta diplomatnya menyiasat hal peribadi khususnya keadaan kesihatan Presiden Argentina dan ubat-ubatan yang diambil beliau.
“Ia kelihatan sangat remeh dan sinis. Dari segi penggunaan bahasa, saya percaya ia tidak memperlihatkan profesionalisme seorang diplomat,” kata Azmi yang menganggap rahsia sebegitu tidak wajar didedahkan kepada umum kerana ia boleh memberi impak buruk kepada pemimpin dunia, bukan sekadar Amerika Syarikat.
Azmi menambah, apabila dokumen sulit kerajaan AS yang membabitkan hal peribadi diplomat lain atau kutukan langsung terhadap individu berpengaruh didedahkan, konotasi daripadanya memberi impak hebat.
Konsep hipokrit itu, menurut beliau, bertentangan dengan bahasa perantaraan yang cermat seperti yang diuar-uarkan di pentas ceramah AS. Namun, itulah yang menjadi tarikan unik WikiLeaks.
“Semua itu memimpin pembaca dunia untuk mengetahui lebih banyak isu yang dibocorkan. Orang tertunggu-tunggu kandungan seterusnya.
“Walaupun kebanyakan isu diketahui, kemampuan Wikileaks yang membawa terus dokumen rahsia ke mata pembaca menjadikan ia semakin digemari dan malah disokong oleh sesetengah pihak,” ujar Azmi.
Isu Malaysia
Satu lagi tarikan dari aspek pembaca Malaysia adalah penglibatan nama negara ini dalam kandungan dokumen-dokumen berprofil tinggi itu.
“Malaysia juga terkena tempias berikutan isu AS pada Februari 2009 melalui pejabat kedutaannya di Beijing meminta China menyekat sebuah firma negara itu daripada menjual giroskop panduan peluru berpandu kepada Electronics Components Ltd. yang berpangkalan di Malaysia.
“Ia menggambarkan seolah-olah kerajaan Malaysia tidak melakukan apa-apa sedangkan kerajaan kita mengetahui hal itu,” katanya merujuk kepada isu Malaysia yang turut dipetik dalam WikiLeaks.
Beberapa hari lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia melaporkan mempunyai maklumat mengenai dua firma Malaysia yang terlibat dengan rangkaian yang dikawal oleh Iran untuk membeli teknologi peluru berpandu dari China. Hal itu, bagaimanapun, tidak boleh diumumkan sehingga mendapat pengesahan.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kes itu masih baru dan KDN akan mengambil pendekatan terbaik kerana ia melibatkan keselamatan dalam negara. Antara usaha yang dijalankan adalah dengan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi perisikan luar negara yang mempunyai hubungan yang baik dengan KDN.

MELALUI pelbagai saluran media, orang ramai semakin tertarik untuk mengetahui isi kandungan fail rahsia yang belum didedahkan WikiLeaks.



Jelas Azmi, pendedahan isu-isu seumpama itu boleh memberikan gambaran yang tidak selamat sungguhpun banyak maklumat Amerika dibongkar melaluinya.
Walaupun pembaca melihat maklumat daripada WikiLeaks menelanjangkan tembelang AS yang bersifat talam dua muka, ia tetap mempunyai impak terhadap persepsi orang ramai seterusnya memberi kesan negatif kepada setiap negara yang dihubung kait.
Terus melawan
Meskipun nasib Assange masih belum diketahui, termasuk selepas kegagalan cubaan menjamin oleh golongan selebriti elit, peguamnya Mark Stephens berkata, Assange akan terus menentang ekstradisi yang disifatkan sebagai pengaruh luar terhadap Sweden.
Sehingga kini, sudah lebih daripada 1,300 laman web salinan WikiLeaks diwujudkan. Kumpulan penyokong tegar WikiLeaks juga berjanji akan terus beroperasi seperti biasa dengan kerjasama pihak tertentu di London dan dari beberapa lokasi rahsia lain.
Dalam pada itu, ribuan penyokong secara terang-terangan menjalankan demonstrasi bantahan dengan menyatakan bahawa penahanan Assange adalah satu pencabulan hak asasi dan kebebasan sivil.
“Sebarang perkembangan mengenai Assange tidak akan mengubah perancangan kami untuk terus melaporkan kebenaran dan mendedahkan maklumat seterusnya.
“Serangan keterlaluan yang sedang kami hadapi sebenarnya datang daripada firma-firma yang tunduk kepada tekanan AS. Saya menyifatkannya sebagai satu konfrontasi jelas terhadap kebebasan bersuara dan kebebasan media,” ujar jurucakap WikiLeaks, Kristinn Hrafnsson.
Kosmo

Saturday, December 11, 2010

Siapa Bakal Suami Rabecca Nur Al-Islam?Lawyer?Majistret ?

hehehe,saje letak tajuk gitu


KUALA LUMPUR – Setelah genap tiga tahun bercinta, Rabecca Nur Al-Islam, 24, akhirnya mengumumkan calon pilihan hatinya kepada umum iaitu seorang peguam, Nor Azam Datuk Sulaiman.

Menurut Rabecca, dia bakal mengakhiri zaman bujangnya dan melangsungkan perkahwinan dengan Nor Azam, 42, pada 14 Januari 2011.

“Setelah tiga tahun menjalinkan hubungan, kini saya sudah bersedia untuk memiliki keluarga sendiri dan menjadi seorang isteri,” katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan jejaka pilihan serta tarikh perkahwinannya di butik Harrods, KLCC semalam.Kosmo


p/s-tak ya la seksi2 lagik ok!awww

Lain Macam Jer

Terkena Keyword pelik pulak ni




Kenduri adik,kenduri ape tu?

Tak mo tak mo,cari yang elok2 je ok

jangan cop pia otak yellow pulak ye :P

Biasa la perempuan pk lebih sikit, malunya

Tak rela blog suci i dinodai dgn keyword yg
tuuttt,hehehe

Friday, December 10, 2010

Selamat Pengantin Baru Pelakon Zaibo

Dapat dari email



BATU PAHAT: “Saya amat bersyukur kepada Allah walaupun dalam usia yang sudah lewat tetapi Dia memberi rezeki yang begitu bermakna. Saya reda dengan ketentuan-Nya terhadap perjalanan hidup ini kerana saya percaya, banyak hikmah di sebalik pernikahan ini,” kata pelakon berpengalaman, Zainal Ariffin Abdul Hamid (Zaibo).

Bertempat di Pejabat Kadi Batu Pahat, Zaibo, 54, diijabkabulkan dengan kenalan lamanya yang juga ibu tunggal, Siti Hawa Syawal, 45, oleh Kadi Daerah itu, As Sheikh Mustafa Omar, kira-kira jam 3 petang semalam.

Siti Hawa yang mempunyai sembilan anak menerima mas kahwin RM22.50. Majlis diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan untuk keluarga rapat kedua-dua pihak saja.



Menurut Zaibo, dia dan isteri sepakat untuk mengadakan majlis yang ringkas secara tertutup kerana memandangkan usia masing-masing yang sudah meningkat dan Siti Hawa pula pernah berumahtangga.


“Mulanya kami hanya nak bernikah di pejabat kadi dan mengadakan kenduri doa selamat. Bagaimanapun perancangan itu bertukar apabila ramai pula ahli keluarga sebelah perempuan yang hadir. Saya agak tadi hampir 80 orang. Namun saya bersyukur kerana mereka datang meraikan kami,” katanya yang akan mengadakan majlis resepsi Januari nanti.


Pelakon teater terkenal itu mengenali Siti Hawa sejak 10 tahun lalu dan kembali rapat selepas tiga tahun kebelakangan ini. Namun mereka tidak pernah membincangkan soal hubungan yang serius, sebaliknya atas dasar persahabatan.
Kebetulan Siti Hawa adik kepada kenalan Zaibo.

Hati Zaibo terbuka untuk lebih serius ketika Ramadan lalu dan ini dinyatakan kepada Siti Hawa. Pun begitu, kesibukannya sebagai pelakon membuatkan hasrat itu ‘hilang’ sehinggalah dua minggu lalu, mereka masing-masing serius.

“Benar, saya mengambil keputusan cepat. Malah kenalan dan keluarga pun, saya hanya beritahu dua hari sebelum majlis pernikahan diadakan. Saya percaya dengan ketetapan Ilahi terhadap perjalanan saya dan isteri. Doakan kami bahagia,” katanya.

Antara rakan artis yang hadir Betty Benafe dan penulis skrip, Wahid Nasir.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Labels

Artikel (222) Award (9) Bahan Santai (120) Beloved Nuffnang (26) Celebration (105) Cite biase jer (153) Doa (11) Emosi (183) First Time (186) Gift (6) Info (264) Kawen-Kawin (26) Lirik (21) Love (46) Nasihat (68) Pia berhujung minggu (83) Tag (21)